Isnin, 31 Mac 2008

puisi utk diriku...

Detik 12tghmlm ini... melangkah usia ku setapak lg... 2008 ke.. 28

puisi utk diriku....

28 thn berlalu..
hidupku merentasi lapisan sejarah
manis ku redah
pahit ku telan..
hidupku yg penuh duka..
kurangnya suka..
hidupku yg ku hala sendirian
menongkah arus.. menepis badai..

terkadang aku goyah
rasa ingin mengaku kalah
pada kehidupan
pada kejahilan
terkadang aku putus harap
hingga merana jiwa..
hingga derita kurniaanNYA..

28 tahun ini...
aku telah hilang satu kurnia
namun.. yg masih ada.. tetap aku bersyukur..
cuma terkadang..
aku insan biasa...
bila di ulit derita
terasa hanya aku insan yg sengsara..
terasa beratnya dugaanNYA
jahil diri.. terasa ingin tinggalkan dunia...

Namun..
alhamdulillah.. diusia ini...
aku masih mampu bertahan..
Ya Allah..
Berikan aku secebis kekuatan...
Kerna disaat ini.. aku hampir hilang pegangan..


Mel~~

Isnin, 24 Mac 2008

Indah...


Kadang-kadang... keindahan itu mendamaikan..
Kadang-kadang... keindahan itu jua melekakan..
Sebagai manusia kita sering terlupa..
Yang indah itu akhirnya akan hilang serinya..
Bagai bunga kelayuan..
Bagai melati... yg mencari seri..


Jumaat, 21 Mac 2008

Jodoh Sesaat...

SURAH YASSIN :
[36] Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum bonda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru
Dalam usaha itu
Adakalnya tersasar dari jalan Mu

Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan
Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
Jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga
Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya
Yakin lah…
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat
Bila masanya datang , pasti takkan berganjak walau sesaat!

Sabtu, 15 Mac 2008

Kelab Jiwa Luka..

Entah macam mana hari ni terfikir nak membelek chatlog my gmail.. Baru mel terperasan yg... everything starts on March!! It was actually end of february when we started chatting more than we used to... because of kelab jiwa luka... huhu.. Although he was in my gtalk contact quite a long time before that (around a year before).. we seldom chats.. I noticed him as an online person... even when every other persons were offline, he was always there. But we seldom talk. I always told myself at that time... "dia adalah peneman mel.. dari jauh.. walaupun tidak bercakap.. tp mel ada teman". Of course.. sebab dia kerja malam.. dan mel masa tu tgh sakit.. selalu menanggung sakit di mlm hari.. dan tak dpt tidur.. internet jd peneman mel.. termasuklah si dia yg online tp diam di sebelah sana...

But in March, everything started.. I remembered in late february.. somebody told me to ask him... and dgn tak sangka2 I asked him one question that started everything... soalannya lebih kurang macam ni.. "bro. xx suruh sy tackle awak, boleh ? And his answer was... " emm.. jemput2.. cam tau2 org tgh free nih :P, baru bebas hari nih"..

After that.. we started talking to each other more frequently... actually masa mel tanya first tu mmg pertanyaan main2... coz.. he was the last person that i expect to be close to... becoz I though he was a very reserved person.. quite distant & different from me.. and sedikit sebanyak ada respect for him yg membuatkan I felt I was not quite to his expectation & requirement.. :P ... Takut aa nak kawan dgn mamat nie... dia nampak garang.. pendiam.. (which skrg ni i admit that he is garang.. hahaha).. but after I got to know him.. baru tau he is more than that...

Anyway... in march we became close friends... not as distant as we used to... wait till april... when the journey begins...

Jumaat, 7 Mac 2008

A KNIGHT IN SHINING ARMOR

In this world full of hurt and pain,

I need someone who would help me through the rain.

To comfort me when I’m sad,

Doing everything just to make me glad.

In this world I need a Brave Knight,

Who would never give up any fight.

A knight who would dry away my tears,

Telling me to overcome my fears.

A knight who loves me for who I am inside,

With him there's nothing more I need to hide.

A person who will still be standing strong,

Eventhough everything has gone wrong.

I need someone who is willing to give me more,

Someone I can call my Knight In Shining Armor.

Ahad, 2 Mac 2008

ibu... oh... ibu...

Mlm smlm mel berborak dgn seorang yg amat rapat dgn mel.. setiap malam, walau penat macam mana.. walau ke mana siangnya mel pergi, sebelum mel melelapkan mata, mel pasti berborak dgnnya. Selalunya setiap kali kami bercerita, cerita kami berkisar kepada cerita ibu kami... mama mel... dan mak dia.. bukannya apa, kami selalu membandingkan ibu kami... dan dia sering mencurahkan rasa hati dia... perasaan dia.. terhadap ibunya..

Ibu dia dlm lingkungan 60++. Tapi bila tengok fizikal.. mcm dah menjangkau 80++. Nampak tua.. dan susah hati... tinggal bersama2 dgn dia. Oleh kerana skrg mel tinggal menumpang di rumah mereka, selalu mel menjadi penonton.. berbagai perkara yg berlaku... mendengar cerita... kdg2 amat menyedihkan.

Mlm td.. dia berkata kepada mel... I love my mum... but at the same time, deep in my heart.. I hate my mum.. tiba2 mel rasa mel mcm faham... bnyk yg dikorbankan olehnya utk ibunya yg tersyg.. berpindah rumah, renovate rumah, menghantar ibunya ke mekah dgn package 18 ribu (tanpa satu sen ibunya mengeluarkan duit), menjaga ibunya time ibunya sakit (termasuk menukar pampers dll).. dan mcm2 lg... yg dpt mel saksikan. Smlm dia menangis.. katanya pd mel.. sampai hati ibu dia ckp dia memfitnah ibunya... dan mel sendiri mendgr kata2 tersebut keluar dari mulut ibunya... bukan saja memfitnah.. malahan pendengki... sayu hati mel.. amat sayu sekali... mcm mana seorg ibu boleh mengeluarkan perkataan tersebut terhadap anaknya.. dari pandangan mata mel... mel lihat keikhlasan dirinya menjaga ibunya..

Teresak2 dia menangis... sampai mel mengeluarkan air mata.. mel hanya mampu mendgr.. kerana mel hnya org luar..hanya mampu melihat tp tidak dpt merasakan konflik keluarga ini... hmmm..entahlah...

I cannot judge... it's not my place... just.. mungkin lebih mudah kalau perkataan pemfitnah & pendengki itu keluar dari mulut org luar.... bukan dari ibu sendiri.... hmmm...



Mel~~
mama... kdg2 rasa amat sunyi..

Sabtu, 1 Mac 2008

Lumba Lari...

Since mel balik malaysia hari jumaat lepas.. memang tak sempat nak menulis... berbagai aktiviti... hari ni macam free sikit.. just lepak kat rumah.. hari pun hujan, so nak keluar ke mana2 pun malas. Even nak keluar cari makan pun malas... kat rumah abg mel ni walaupun dapurnya canggih manggih tp tuan rumahnya jarang memasak.. semua beli.. so bila mel lepak sini.. mmg jadi malas nak ke dapur.. bukan ape.. kalau nak masak ape2 kena beli byk barang.. dari basic things.. bawang putih..bawang merah... chili laa.. ish..tu yg jd malas... ish ish ish.....

Anyway, pagi td anak sedara mel yg lelaki, Danial nama dia... darjah 3, pergi sekolah utk sukan (today is saturday).. so bila dia balik dgn basah kuyup, terus mandi... mel pun tanya.. mcm mana sukan td... lari dapat no. berapa.. Dengan muka masam dan penuh perasaan... dapat no. 4 la mak usu... Mel pun usik dia.. alaa..mmg danial tak kuat lari.. tu yg dpt no. 4. Dia pun jawab.. mana ade... Danial kuat lari tau, tp tadi hujan.. kena lari slow2.. Mel lak cakap.. alaa.. abis org yg dpt no. 1 tu dapat pulak lari laju.. hujan jugak... musti Danial tak kuat lari nie..

Tapi danial tak mo mengalah jugak dgn usikan mel... dia penuh perasaan.. dia pun cakap... macam mana budak tu tak menang.. tempat dia lari tak banyak air.. tempat danial lari penuh dgn air... tulah danial kalah... hehehe.... mel pun dah tak tau nak jawab.... gelak je lah.... gelak tgk walaupun dah kalah still ada semangat nak menang....



Mel~~
Moralnya.. jgn argue dgn budak2.. derang sure menang... hihi..
& walaupun derang menang, kita kalah tp derang still cute... :D