Where am i, what was that
That made my heart beat so fast
I’m somewhere now that I’ve never been
So far from the world I was living in
Baby, I’m lost, but I’m not afraid
I know you’re the one to show me the way
Lost in your arms, lost in your love
baby, since I’ve found you
When I’m around you, I’m lost
I’ve come so far, I can’t turn back
There was no star, there was no night
Well, I followed you to this place
Now it’s too late, standing here face to face
It just seems so right to be holding you tight
I never thought it could feel so good to be lost
Lost in your arms, lost in your love
baby since I’ve found you
When I’m around you, I’m lost
But I’m not afraid
I know you’re the one to show me the way
Lost in your arms, lost in your love
baby, since I’ve found you
When I’m around you, I’m lost
Baby, I’m lost
~mel
i'm just lost and dunno what to do..
Isnin, 28 September 2009
LOST...
Ahad, 27 September 2009
sepagi di tepi queensbay..
dlm keadaan sakit kepala dikejutkan oleh boss ajak gi jogging..
terdudul tgk view yg cantik ni...
Khamis, 24 September 2009
muka2 lapar..
Bila sampai kat pizza hut.. masing2 dah kelaparan.. nak tunggu order mmg lama.. bila dah order large pizza lak habis kat situ.. hape daa.. so inilah dia muka2 anggota tenteraku yg lapar2 semuanya... huhu.. mujur derang tak makan pinggan2 kat pizza hut tu... :P
~mel
Selasa, 22 September 2009
org sebelah..
tadi org sebelah rumah cikjan ajak kitorang semua ke rumah terbuka
dia. dari siang td nampak sekor kambing tergolek sedia utk dibakar utk
rumah terbuka mlm ni. rupa2nya kambing tu disponsor oleh datuk ismail
sabri.. menteri ape ekk.. bapak si dafii tu.. hubby org sblh umah
cikjan tu keje ngn tok mael ni haa..
~mel
belasah je mkn tp mcm2 gak fikir.. huhu
Isnin, 21 September 2009
Pusara di Pagi raya..
Bismillahirrahmanirahhim..
Rabbighfirli waliwalidayya warhamhumma kama rabbayaani shaghiraan..
Ya Allah ya tuhanku, Ampunkanlah dosa2ku, dosa ayah serta ibuku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil...
Hari Raya 2009 kami rayakan sebagai anak yatim piatu tanpa ibu dan ayah. Bukan senang utk menghadapi hakikat ini terutama bila kami tak punya tempat untuk dituju, tiada org tua untuk dijadikan panduan, semua perlu diuruskan sendiri.. dan hari raya itu sendiri menjadi suatu keraian yang hambat walau cuba dimeriahkan dgn berkumpulnya kami adik beradik semua.
Upacara pertama setelah solat aidilfitri dan upacara bermaafan adalah ke pusara ayah dan bonda. Beramai-ramai kami ke sana, tahlil dan doa dibacakan.. moga arwah bonda dan ayahanda tenang bersemadi di sana dikalangan hambaNYA yang beriman.
Beginilah kami di pusara ayahbonda di pagi hari raya..
Ahad, 20 September 2009
aliff
aliff tgh berfikir.. nak tukar baju ke tak.. hari dah panas, kak mira
& cicha dah siap mandi tukar baju raya lain.. last2 aliff decide tak
nak tukar baju melayu.. still nak pakai baju melayu oplat.. ehh..
aliff dah pandai sebut coklat..
meriah
ptg td boring2 pas masak rendang, aku gi keluar ke pasar ramadhan kt
kg ni utk cari juadah berbuka. tak sangka betul bila tgk pasar
ramadhan kt sini, walaupun last day puasa tp gerai2 masih bnyk dan
meriah. juadah pun masih berbagai2.. berbeza dgn kt area usm sebelum
balik hari tu.. hari khamis pun dh tinggal satu dua je gerai yg
beroperasi... tp mungkinla sbb kt sini ramai org yg blk kampung.. tu
yg pasar ramadhannya masih beroperasi dgn jayanya..
Sabtu, 19 September 2009
Menu Raya..
Anyway.. tadi aku tolong masak rendang. Dulu masa mak ada pun mmg aku selalu didapur utk memasak.Cuma skrg ni kat rumah sendiri pun jarang2 masak. So kat atas tu antara menu2 raya kitorang.. anak2 yatim piatu.. huhu... :(
Aku sebenarnya rasa sedih sebab aku cam rasa raya ni orang-orang yang aku sayang tak ada di sisiku.. aku rasa sedih agt sedih sebenarnya.. tak pernah rasa begini.. hope this episode will end soon.. frankly speaking rasa tak ada semangat nak raya..
Anyway.. Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Batin...
~mel
sentimental mode.. dunno until when..
Jumaat, 18 September 2009
Selasa, 15 September 2009
Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..
Salam Aidilfitri buat semua.. Maaf dipinta sekiranya ada tuturkata yg tertera di dalam blog ni menyinggung hati sesiapa yang membaca. Sebenarnya walau tak sabar menunggu kehadiran kari raya, ada rasa yang tidak mampu nak digambarkan jauh di sudut hati ini. Hari raya kali ini ada terlalu bnyk kekurangan dan kehilangan.. Tahun ini pertama kali berhari raya tanpa bonda tersyg.. walaupun bertahun2 dulu mel berhari raya di perantauan tapi pemergian bonda adalah sesuatu yg sukar utk dihadapi... hilang erti hari raya tahun ini..
Utk semua.. Maaf Zahir Batin..
~mel
sayu....
Isnin, 14 September 2009
masjid 1921
Dalam perjalanan pulang dari muzium perang di batu maung smlm, kami
tiba di satu junction bertraffic-light. tetiba kami ternampak sebuah
masjid lama di hadapan kami. Tetiba boss ckp.. tahun 1921 masjid tu..
aku ckp.. mana tau.. boss ckp.. tu kt depan atas masjid tu.. aku pun
tgk.. a ah laaa.. tahun 1921.. berharganya masjid tu.. unik & sedikit
sbnyk penuh misteri.. tetiba muncul rasa syg kt masjid tu..
otw balik tu jugak kami melalui kawasan kampung2 melayu di pulau
pinang.. rasa lega hati sbb selama di sini terlalu bnyk kawasan yg
dipenuhi cha ya nun aliff.. sedih sgt.. harap2 moga kampung2 melayu tu
akan terus kekal sampai bila2..
dan.. masjid indah ini akan terus gah di pulau indah ini..
Ahad, 13 September 2009
kad raya 2007 ~versi lengkap
Untuk menguatkan lagi kekukuhan bahawasanya boss adalah perekabentuk kad raya ni.. ada aku masukkan juga kad2 yang sama tapi version nama aku & version nama boss.. tapi sorila saiz lain-lain sebab dapat dari sumber lain-lain. Dulu tak tahu ada org nak guna kad raya kitorg ni.. so tak de la simpan betul2.. :P
Huhu.. boss siap cakap.. agaknyer kad raya ni lawa sgt tu sebab dipilih sampai tak pasan ada nama kitorg.. huhu..special... yela boss.. mmg lawa kad raya ni.. sangat hansem :P
haaa... ini posting kat blog boss utk raya tahun 2007.. :)
~mel
boss.. watlah tahun ni punyer..
buh angin...
dah lama tayar kereta aku tak di buh angin. aku sbnrnya xberapa reti
(xreti sbnrnya) buh angin tayar ni.. so terpaksalah boss yg buhkan
selalu.. mekasih yer boss.. nnt tlg buh kan lagi..
Jumaat, 11 September 2009
aiseh..
Hari ni member twitter @wonojo ajak buka sekali kt pelita sg dua. aku
sebenarnya xberapa sihat sgt since last night.. siap jatuh tangga lg..
pg aku mmg xgi kerja tp ptg terpaksa gak pergi sbb jd penilai viva
student.. kepala pun cam pening2 lalat je time assessment.. mujur
assessment cpt abis.. balik2 terus boom..
bila tnya boss dia ckp kita gi lmbtla.. so ingat kol 6.45 baru gerak.
dlm kol 6 tiba2 abrar one of our tweet friend sms tnya kol brape nk
jumpa.. aku ckp kitorg g lmbt.
smpi2 kt pelita tgk2 abrar sorang2.. tnya mana wonojo dia ckp xtau..
jenguk2 lam bilik aircon tgk2 wonojo dok tgh present ape tah..
kitorg segan nk masuk.. dok luar je la..
Rabu, 9 September 2009
layan jiwang..
Tapi kan.. hati mmg sayu.. teringat arwah ayah.. teringat arwah mak.. Arwah ayah dah pergi lama dulu... arwah mak masih merah pusaranya.. arwah ayah tak banyak cakap.. lebih suka mendiamkan diri.. berbanding dgn arwah mak.. banyak cakap dan selalu komen apa2 yg dia tak suka. Arwah ayah cukup tegas.. kalau putih katanya.. putih lah.. tapi arwah ayah banyak bagi semangat pdku.. dan aku tahu dia amat bangga dengan kejayaanku walaupun dia tiada bersamaku utk meraikannya... Aku rindu arwah ayah dan arwah mak.. :(
Sebenarnya.. walau macammana pun ibubapa kita.. walau kita terasa banyaknya kekurangan ibubapa kita.. dan betapa sukarnya kita menerima teguran ibubapa kita.. betapa tak sukanya kita dengan pandangan ibu bapa kita.. kasih dan sayang kita kepada ibu bapa tak pernah luntur. Apa pun yang terjadi mereka tetap ibu bapa kita.. Jadi.. hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup.. kasihi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sewaktu kita masih belum mampu berdikari.. Benar kata arwah mak.. seorg ibu boleh menjaga seramai mana anak2.. tetapi anak2 mungkin tak mampu untuk menjaga seorang ibu& ayah.. itulah pincangnya kita sebagai seorg anak..
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
download lagu ni kat sini
~mel
terkenang waktu dulu2...
Selasa, 8 September 2009
sticker oh sticker..
pada satu pg last week, kt depan jln masuk usm pintu pagar bukit
gambier.. aku kena tahan dak pak guard.. pastu dia tnya.. student ke?
geram lak aku.. aku ckp staff.. dia tnya mana sticker? aku tunjuk aa
sticker purple aku.. dia sticker tu dh xvalid.. baru aku tingat dh
tukar sidang.. tpnyer geram gak sbb xde memo ape2 psl kena tukar
sticker keta ni..
ingat jumaat lps aku nk buat.. tp dh agak busy, aku tunda ke hari ni..
kebetulan lps kelas kol 2 aku free sikit, aku pun terus gi jab
traffic.. mula2 smpi kt kaunter tu.. tukang jaga kaunter wat xtau
jer.. dg muka masam.. pastu ada sorang minah ni tnya.. student ke
staff? aku ckp staff.. ada minah sorang lg ni terus angkat kepala..
terus je semua jd mesra.. urusan jd mudah.. xsampai 5 minit semuanya
settle..
haiii.. dlm hati aku ckp.. agaknya layanan kaunter ni ikut pangkat..
kalau org atas atas mmg layanan first class kalau derang cepat
kenalpasti.. kalau x.. mmg layanan third class laaa.. tah pape jer
derang ni...
Jumaat, 4 September 2009
pos malaysia
Smlm sesampainya aku kt rumah after balik kerja dan membeli juadah
puasa.. tetiba ada satu call.. ringkasnya org yg call tu ckp.. boleh
tak dtg ke pej pos kt jeti.. parcel JERUK yg aku hntr tghri tu.. kuar
air meleleh.. terkejut aku.. aisehhh.. time tu dh pkl 6.15+.. aku pun
ckp ok nnt aku gi sana tgk..
time tu kepala aku dh weng.. cemana ni.. so aku call boss.. sian dia
tgh jln kaki nk gi beli juadah brbuka.. dia ckp nnt dia temankn aku..
aku pun siap2.. capai gunting, gam, plastik sampah hitam & ape2 yg
boleh mmberi bantuan pd parcel aku nnt. tak lupa juga tingatkn sure
kena buka puasa kt sana @ tgh jln, aku capai air bandung cincau yg aku
beli, masukkn dlm tumbler besar.. bwk sekali.. mknn pun aku bawak
jugak..
after amik boss.. kitorg bergegas ke jeti.. biasala boss memandu kan..
sampai kt pjbt pos tu.. actually takut gak sbb takut kena marah ke sbb
packing xbetul.. bila sampai2 layanan amat baik sekali.. bila bukak
parcel.. derang siap tlg providekan plastik.. tlg bungkuskan.. which
buat aku rasa layanannya superb.. tgk2 ada satu bungkus jeruk terbukak
seal dia.. patutla.. yg lain ok.. so yg tu distaple kan dan operasi
bungkus pun dibuat betul2..
tgh bungkus azan berbunyi.. dtg sorang ni (muka agak serius).. hulur
sebungkus air suh aku & boss bukak puasa.. lerr.. air aku tggl dlm
kereta..
anyway.. setelah selesai aku & boss pergi ke kereta.. kitorg bukak
mknn depan ofis posmalaysia tu.. mknan murtabak xde potong2.. cubit2
je.. mkn kuih & then balik.. hehe.. best gak buka puasa depan pos ofis
tu..
anyway.. aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan pekerja2 pos
malaysia di bangunan tunku syed putra penang.. derang ni bhg parcel2
ni kt bhg belakang bangunan.. thanks so much utk kecemerlangan anda..
u have shown us yg tanggapan kita pd sistem perkhidmatan di msia mampu
dipuji dan first class. terima kasih utk semua.. kerana bukan sorang
je yg tolong kami.. ramai.. terima kasih bnyk2..
Khamis, 3 September 2009
Jeruk.. jeruk.. lagi..
Yang buat aku minat kat kedai ni sebab kedai melayu.. dan yg paling best sebab aku tengok sambil2 menjual, akak kedai ni dok mengupas buah pala jugak.. so aku percaya la kedai ni bukan hasil cha ya nun alif.. kat bawah meja dia siap ada guni gula lagi.. hehe.. siap amik bukti tu.. tapi may be lepas ni nak gi cari kat sungai ara pulak..kot2 ada kedai yg lagi murah.. ish..ish.. mmg betul penggemar jeruk kami ni.. walaupun xberapa baik utk kesihatan.. :D
So.. ada sape2 berminat nak jadi agen kami tak? Sbb ingat nak beli satu bonet kereta bawak balik KL raya nnt ni..
~mel
baru pas hntr 10 kg jeruk.. err.. stok kat umah tggl satu pack jer.. adehh...
Rabu, 2 September 2009
Bertamu di kalbu..
Bertamu di kalbu - Jaclyn Victor
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
download lagu ni kat sini
~mel
hidup ini tidak selalunya indah..
ada kalanya diselangi suka dan duka..