Sabtu, 27 Februari 2010

Langkawi..


Langkawi.., originally uploaded by melati.a.

Keluar2 hospital hari Khamis terus ke Langkawi hari Jumaat. Actually
dah plan awal2 nk ke Langkawi ni.. Tak sangka pulak warded sampai
seminggu.. Cemas2 je cam xjadi pergi.. Anyway, hari ni mmg best.. Yg
paling best gi Mangrove Tour.. Xlarat lah cerita.. Tgh tunggu makan
mlm tak sampai-sampai.. Aduhh rasa nak pengsan..

Rabu, 24 Februari 2010

..


.., originally uploaded by melati.a.

Noktah terakhir setiap insan adalah berbeza.. Setiap insan nasibnya
tak serupa.. Kdg2 terfikir akan nasibku.. Terfikir di mana penghujung
hayatku.. Doaku cuma satu.. Aku cuma berdoa semofa pwrgiku dgn mudah..
Tidak perlu menyusahkan sesiapa.. Tidak perlu ada org yg terpaksa
menjagaku.. Tak perlu ada insan perlu mgambil tahu.. Membasuh muntah &
najisku.. Tak semua org mampu melakukannya & aku harap xmenyusahkan
sesiapa.. Tapi klu ditakdirkan umurku pjg.. Aku berjanji akan menjaga
setiap insan yg aku syg walau terpaksa bergelumang dgn apa jua sekali
pun. Tapi aku rasa...

-mel
Cantiknya kegelapan mlm ini.. Betbalam2 di depan mataku..

Pagi Rabu...

Breakfast hari ni yg meloyakan tekak
Aku agak muram pagi ni... result darah malam tadi tak ok.. so harapan utk balik hari ni macam musnah dah sama sekali.. Biasanya pagi2 macam ni ada dua org doktor yg akan melawat.. mula doktor biasa lepas tu doktor pakar.. Skrg ni doktor biasa je yg baru melawat.. dia siap cakap kat aku yang aku nyer level lom sampai aim doktor... so cam xe peluang la aku nak tidur katil sendiri malam ni.. bengang.. bengang..

Pagi2 hubby dah call.. after hubby call my sister pulak call.. My sister tanya lom discharge lagi ke, aku cakap belum..my sister cakap tak pelah doktor nak suh rehatla tu.. ataupun nak suh aku tukar department dari doktor komputer kepada doktor perubatan kot.. huhu.. tengah dok cerita2 dgn my sister tetiba dia cakap kakak aku yg sorang lagi sms dia mlm tadi mintak dia buat something. Kakak aku yg sorang ni business woman, mcm2 business yg dia buat dan tengok gaya cam business dia agak berjaya la.. tapi kitorg xde la join atau ambik tahu pasal business dia coz bg aku sendiri aku mmg kurang minat bab business ni kecuali kalau berkaitan dgn kerjaya aku skrg atau yg berkaitan dgn minat aku (menjahit.. hehe). Yang lain2 out of aku punya minat laa...

Berbalik kepada sms kakak aku tadi.. my sister ckp sms tu pelik.. dia suh hntr 1M REG my sister> ke 36553. My sister tanya aku apekebendanya tu. Dia mls nak call kakak aku lagi sorang tu. Aku cakap aku pun tak tau. Aku cakap kat dia.. xpe jab aku check kat internet.. bila check2 laaa... MLM thru SMS pulak... haiiii.. kakak aku pun dah join MLM ke.. tp dia tu mmg semua jenis business dia join.. tapi tulah kan.. bila ajak my sister lagi sorang ni suh join.. mcm xberapa ok la bg aku.. maklumlan dia xcakap ape2 just suh join jer.. mujurlah my sister tanya aku dulu.. Aku call my sister balik cakap kat dia tak yah lah buat ape kakak aku mintak tu.. MLM tu.. aku ckp gak kat my sister..hmm.. kakak aku tu dah berjaya dgn business dia.. kereta berbijik2.. kereta mewah semua tp nak gak wat MLM SMS yg aku rasa keuntungannya xdelah bnyk sgt.. pastu my sister cakap.. ehh.. ko ingat dia pakai kereta besar dia ada banyak duit ke.. tah2 banyak lagi duit kita yg keje kerajaan ni.. huhu..

Anyway aku cakap kat my sister tak yah buat SMS tu.. ignore je la.. bukan ape.. silap2 bil kita yg melambung nnt tp org lain yg dpt untung.. kan.. kita ni pengguna.. dia wat business.. So my sister ckp ok.. dia takkan wat..

Entahlah kan kdg2 aku terfikir.. sampai bila kita nak kejar duit.. Duit ni makin banyak makin rasa tak cukup.. So biarlah berpada2.. Mmg duit tu perlu.. tapi jgn sampai duit jadi pegangan kita.. kalau kita sentiasa rasa tak cukup.. mmg ia takkan cukup.. so bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. ada org yg lebih susah dari kita kan.. Terkenangkan aku masa mula2 masuk hospital last week.. dok kat kelas 2/3 yang bersesak2.. derang tak de choice macam aku ada choice skrg.. aku dok sekejab kat sana tu pun rasa nak baring pun tak terbaring sbb crowded.. tapi bagaiman dgn derang yg tak de choice.. tak mampu nak ke wad kelas 1? Nak tak nak terpaksa hadapi walau berminggu2 kena dok kat sana.. Aku ni.. siap boleh tukar2 dari satu wad ke satu wad utk lebih selesa.. entah2 kalau wad yg aku entitle kosong jab lagi..boleh masuk pulak yg tu.. Orang2 yg dok kelas 2/3 tu mcm mana?? Still kena dok situ gak... kesiann..

So.. bersyukurlah..

Walaupun aku hari ni masih lagi frust.. hoping for a better tomorrow...


~mel
hari ni rasa nak meleleh jer...


Selasa, 23 Februari 2010

Saiful...

Tadi boring2 kat wad aku entah macam mana aku termasuk ke blog Saiful Bukhari.. Aku ni bukanlah minat sgt dgn politik.. tapi sikit2 tu adalah mengikuti perkembangan. Bila baca blog Saiful dia ada cakap.. kes dia bukanlah kes politik tetapi kes jenayah.. tapi for me myself walau apa pun yg ditafsirkan oleh Saiful.. i think terpulanglah pada individu utk menafsirkannya.

Bagi aku sendiri.. aku bukanlah fan DSAI. Since aku mengenali DSAI sbg ahli politik, aku tak pernah menyebelahi beliau. Pemikiran politik aku agak berlainan dan frankly speaking personally aku adalah rasa kurang respek sikit kat DSAI.

Anyway.. dlm kes DSAI-Saiful.. bg diri aku aku terpaksala memihak kepada DSAI. Aku rasa banyak mende yg tak logik dlm kes ni. Aku seorang researcher dan aku melihat kepada reliability dan validity terhadap fakta2 kes (ewah!). Aku rasa dari cerita2 Saiful & apa yg aku baca dari akhbar, cerita tu mcm tak logik.. Banyak kemusykilan yg membuatkan aku rasa there's something wrong somewhere.. Contohnya, faktor usia, faktor mau atau tidak, faktor 'virginity' Saiful... haha.. kalau he was still a 'virgin' kan.. mestila ke 'virginan' tu terserlah..

Bila baca blog Saiful tadi aku ada rasa sedikit simpati pada Saiful.. bukan simpati apa.. tapi simpati kepada kehidupan dia sekarang.. Siapa betul @ salah tu hanya Allah, Saiful & DSAI yg benar2 tahu.. DSAI masih boleh hidup sempurna walaupun dia adalah tertuduh, tapi Saiful hidup dlm ke'tensen'an walaupun dia yg menuduh.. Tapi tu la kan.. aku rasa kita sebagai audience boleh menilai yg mana betul mana yg tak betul.. aku rasa terlalu banyak keraguan yg tidak memihak kepada Saiful. Bagi aku sbg seorg pendidik, bila aku tengok latar belakang pendidikan dan aktiviti luar semasa universiti Saiful.. aku merasakan kurangnya sikap tanggungjawab Saiful itu sendiri.. terhadap dirinya sendiri dan terhadap kawan2 dia semasa dia belajar (Dia bekas MPP kan). Dia sepatutnya contoh kepada pelajar lain di uni tapi malangnya dia yg kantoi tak habis belajar.. So.. macam mana tu.. LAgi satu aku kesian pulak kat Saiful coz komen kat blog sia tu semua komen menyokong dia.. agak2 dia moderate blog dia kot.. yg mana komen mengutuk sure tak lepas.. aku rasa dia dah tak mampu nak menahan kutukan walaupun dia cakap dia tak marah atau terasa hati.. kan pelik bila komen dlm blog tu semua komen memuji...


Banyak fakta2 lain yg membuat aku terpaksa tak menyokong Saiful... walaupun aku bukan pro-DSAI. Apa2 lah kan.. moga kebenaran dapat dibuktikan..



~mel
tgh frust dgn result ptg ni... :|

Hari ke 5...

Hari ni masuk hari ke lima aku kat hospital.. Kebosanan tu mmg tak dapat dibendung lagi.. Aku rasa berbeza bila masuk hospital dlm keadaan kita tak berdaya, tak boleh bangun dgn keadaan aku sekarang ni yg boleh jalan2 dan bergerak macam biasa.. Just problem dlman yg perlu di monitor.. Hari ni pagi2 doktor dah dtg dan aku pun awal2 dah tanya bila aku boleh keluar.. Doktor cakap result belum stabil but much better.. so harap2 hari ni makin ok dan ada perubahan positive.. Doa2 lah yer..

Kesin kat hubby balik kerja kena dtg sini.. Walaupun kalau boleh aku nak dia dtg temankan aku kat hospital ni tapi sebab aku ni bukannya terbaring takleh gerak.. Cuma kebaikan wad ni xde time melawat yg guard jaga kat pintu.. meaning hubby boleh dtg bebila masa & balik bebila jugak.. So xdela aku tensen sgt.. Aku pun boleh jalan2 kat bawah cuma aku just turun bila hubby dtg jer.. walaupun aku rasa sihat walafiat, aku xberani pulak nak gi jalan bawah sengsorang.. takut jugak kot2 ade effect ubat.. kang terbongkang kat bawah sorang2 aku gak yg susah... huhu..

Anyway enjoy gambar2 suasana hospital yg aku ambil pg ni... BTW.. nurse kat sini baik2 belaka.. ramah tamah dan sentiasa tersenyum... setakat ni tak de la nurse yg muka masam.. semuanya ok..siap berfacebook dgn aku pun ade.. huhu... Siap nak belajar.. Baru aku pasan yg ramai lagi org yg bukan kaki internet macam kita ni... Terutama golongan2 nurse yg kerjanya fizikal.. tak duduk setempat..

Tuesday morning..
Ini mentari hari ni... xcantik sgt sebab dari angle lain dan thru tingkap sbb tangan aku sedikit menggeletar pagi ni sebab effect ubat.. so takut nak keluarkan henfon keluar tingkap.. kang sesia iPhone aku jatuh ke bawah.. huhu.. Kalau nak beli baru kena beli iPhone gak.. tefon lain macam dah xbest jer nak guna skrg...


Hospital..
Ini pemandangan kad area kecemasan. Masa nak checkin hospital dulu daftar kat sini laa.. Mujur dah biasa bawak student sakit.. so taulah mana nak dituju bila sendiri sakit.. huhu


Misi..
Ini misi yg bertugas pagi ni... Biasanya pagi2 pukul 5.30pg dia akan kejut aku utk ambil bacaan darah.. 7.30 bg medication.. kol 8.00 ambil blood pressure and check demam.. Since masuk sini smlm aku temperature aku naik (demam) dan ada blood pressure meninggi dan mlm tadi menurun sgt pulak... pening dibuatnya... but overall aku rasa sihat jer..


Room..
Inilah bilik yg aku duduk.. Room 7.. Bilik ni memuatkan dua org pesakit.. beraircon dan oklah agak private berbanding dgn bilik2 sebelumnya. Supposedly aku masuk bilik sorang tp bilik single semua penuh (ada 2 jer pun kat wad A3 ni..huhu).. Kalau dok bilik single mmg sah aku pujuk hubby checkin hospital dgn aku sekali & gi keje dari hospital.. :)

Ex roommate..
Ni jer gmbr yg aku tak ambil pagi ni.. Aku ambil 2 hari lepas.. Gambar masa ku kat bilik 4 org.. tp masa tu aku berdua jer kat bilik tu.. Bilik tu selesa cuma tak best sebab xde aircon jadi aku kepanasan.. so tu sebab aku tukar.. kalau ikutkan aku suka dok dengan kakak ex-roomate aku tu. Dia mengidap leukimia.. dah berbulan dok hsptl.. kesian dia.. really nice lady.. Aku skrg ni boring2 mmg gi lepak sana borak2 dgn dia..


Panjang lak entri hari ni.. Actually ada smngt sikit bila doc kata ada perubahan sikit walaupun still tak ok.. Penuh harapan agar esok ok.. Insyaallah.. Amin.. Doakan aku yer.. also thanks to my dear Hubby..


~mel
Bilik 7A, Wad A3,
Hospital Pulau Pinang.

Isnin, 22 Februari 2010

10 Things you need to know about dealing with a pregnant woman



1. She probably has to pee right this moment.

2. Her mood may change at any moment.
... and then change back. Then back once more.

3. Morning sickness does not just occur in the morning.
Some women experience morning sickness all day, or feel worse into the evening. Be sympathetic.

4. She looks at you differently now.
This can work both ways, if you actively engage in preparing for the baby, she may love you more deeply. If you don't, she may be weary of your suitability as a father.

5. It takes a fraction of the time for her to get upset that it previously did.
Probably about a quarter of the time it used to.

6. You will hear the female anatomy discussed with unparalleled candor.
It will make you uncomfortable. Very uncomfortable. You won't look at women the same way.

7. She will get freaked out.
Probably by some article she read, it is your job to find another article that says the first article is wrong.

8. If you don't sympathize with her, you will drop in her estimation.
Demonstrate some empathy for her aches, pains, nausea and fears or your relationship will be strained.

9. Don't expect her to maintain her pre-pregnancy activity levels.
She tires easily and won't be able to keep up with her normal activities, from her job to anything she might do around the house. You will have more to do.

10. She has to pee again.
Seriously.


Ahad, 21 Februari 2010

Pagi Ahad..


Pagi Ahad.., originally uploaded by melati.a.

Hari ke dua setengah warded.. Makin lama dok hsptl ni makin lemah
pulak rasanya.. Bukan makin sihat.. This morning dlm pkl 5.30 check
darah + medication. After 1/2 jam aku rasa xlarat terus.. Bila bgn
menggigil2, nk bgn utk ke bilik air pun xterdaya.. After a while sbb
feel weird sgt, aku call nurse coz aku nk subuh pun xboleh, jln rasa
nk jatuh.. Bila check, ubat overdose.. Skrg doc tgh dok review blk
dosage, sbb smlm doc increasekan dosage ubat..

Aduh.. Pening aku coz masih belum stabil.. Tensen pulak rasanya..

Anyway.. Enjoy your Sunday.. Hope will be able to enjoy mine..

~mel

Sabtu, 20 Februari 2010

Morning...


Morning..., originally uploaded by melati.a.

Good Morning from Hospital Pulau Pinang.... What a dull day although
sun is shining brightly.. I'm feeling ok instead of lots of blood
taking & medication injected to my body.. Doctor is thinking to add
some more medication but got to ask his boss first.. Keh3.. Funny..

This morning I saw my roomate crying.. Saw her Sweaping her tears
makes me feels vulnerable.. She's been here for two months already and
don't know whether she'll back to normal life or not...

Apa2 pun bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. Dugaan & ujian Allah itu
ada berbagai cara.. Kdg kita diuji dgn kesakitan.. Kdg kita diuji dgn
kesenangan.. Selalunya bila diuji dgn kesakitan kita akan ingat
pdNYA.. Tapi bila diuji dgn kesenangan.. Kita akan lupa...

~Mel

Jumaat, 19 Februari 2010

Warded..


Warded.., originally uploaded by melati.a.

Siang td aku diarah oleh doktor utk admitted di Hospital Pulau Pinang
atas sebab kesihatan. Oleh sebab arahan dr doktor pusat kesihatan sg
dua, so aku dibenarkan pergi admitkan diriku sendiri ke hospital..
Walaupun pd mulanya doc suggest aku naik ambulan. Oleh sbb aku
dibenarkan pergi sendiri.. Blk dr klinik aku sggh ofis amik hubby
dulu.. Blk rumah amik kelengkapan utk masuk wad + singgah HR amik GL.

Smpi hospital dlm tghari.. Gone thru a few screening test.. Then baru
admit ke wad. Dlm fail utk admit mmg tulis book utk Kelas 1 bilik
seorg. To my horror.. Smpi2 di wad tgk2 kena wad kelas 2 + org trlalu
ramai dan aku kena dok kat katil tmbhn yg diletak in between existing
katil2 yg ada. Locker pun dicari tah dr mana2 tmbh time aku ade kt
situ..

Aku mcm terkedu.. Hubby pun cam tu.. Bila aku tnya kt nurse they all
ckp wad penuh, kelas 1 pun full.. Kena tunggu.. Adehhh.. After doc dtg
& hubby blk, still xde byg2 akn ke kelas 1.. Aku jd tensen.. Suasana
wad really xmmbantu.. At last nurse dtg ckp after dinner kol 7/8 br
leh pindah.. Frankly speaking, wad tu mcm pasar.. Bising.. + even nk
cas henfon pun xleh.. Aku yg dok tgh2 dunia tmpt lalu lalang mmg xleh
tidur.. Nk baring pun xtrgamak..

When hubby came at 5pm rasa lega skit coz dptla borak2 release tensen.
Pkl 7 lebih aku mintak hubby tnya nurse bila aku boleh pindah.. Last2
terus dia ckp kemaslah brg.. Skrg boleh.. Jauh gak wad ni.. Yg
peliknya derang ckp wad penuh, aku hnya boleh msk kelas satu berkatil
4 tanpa aircon.. Aku ckp xpela as long as aku xdok kt wad pasar
tu..Bila smpi kt wad, tgk2 wad yg katil 4 pun cuma ada sorang penghuni
jer.. Bila tnya kakak tu dia ckp mmg wad kosong dh beberapa hari dah..
Bila intai wad katil 1 pun xde org.. Hubby wat conclusion td derang nk
monitor aku dulu coz bila ke kelas 1, wad campur pelbagai jenis
sakit.. Wad pasar td adalah wad specialisation..anyway lega dh dpt dok
sini.. Senang skit hati..

Kakak sebelah aku ni kena leukemia.. Dh dok sini since bulan 12. Sian
dia, husband + family dok kat Baling Kedah, so xdptlah dtg hari2..aku
baru kenal2 jer.. Nnt esok aku tnya2 lg ape2 yg patut kt dia..

Ada at least 3 hari lg aku kt sini.. Buhsannya..Just kena rehat.. Tapi
mujurlah dh tukar wad.. Frankly speaking rasa sure aku akan tensen
giler dok sana.. Tak taulah org2 yg kena warded kt sana cemana..
Tetiba rasa bersyukur sgt sbb selama ni aku brpeluang menikmati
suasana yg jauh amat baik... Even doktor2 kt wad tu nk marah2 doktor2
pelatih main belasah jer.. Xkira la pesakit tgk ke x..

Okla tetiba rasa ngantuk.. Penat aku sbnrnya.. Tidur dululah.. Doakan
kesihatanku bertambah baik.. Insya Allah..,

~Mel

Khamis, 18 Februari 2010

Doa Taubat...

Malam ni aku teringatkan arwah ayah yg sudah sekian lama pergi.. Masa aku kecil, masih ku ingat, selepas solat ayah selalu berwirid dan melagukan doa taubat.. Yang aku pasti, bnyk doa dan wirid yg ada di dlm diriku adalah hasil dari alunan setiap kali arwah ayah berwirid. Aku tidak belajar di mana2 sekolah agama.. tp aku belajar dari apa yg aku dgr dari alunan yg kedengaran setiap hari... Cuma pada masa itu.. aku tidak faham apa maksud alunan doa dan wirid dari arwah ayah itu... Hanya setelah aku tinggal di asrama sewaktu sekolah menengah, barulah aku tahu maksud2 semuanya... Dan salah satu darinya... doa taubat...


Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi..


"Tuhanku aku tidak layak utk syurgaMu
Tapi aku tidak mampu menanggung, siksa nerakamu..
Ya Allah kurniakanlah taubat dan ampunilah
dosaku..sesungguhnya engkau maha pengampun
dosa-dosa besar...


Masa di asrama memang selalu mengalunkan doa taubat setelah selesai solat jemaah.. bukan itu saja.. bacaan yassin setiap malam jumaat beramai2 juga sedikit sbnyk menjadikan diriku agak kuat.. tapi.. makin lama semuanya dah ditinggalkan.. bila arwah ayah pergi.. alunan wirid dan doa taubat juga pergi bersamanya... bila alam persekolahan ditinggalkan.. semuanya juga ditinggalkan.. kesibukan.. dan mcm2 lagi menjadi alasan utk melupakan semua itu...


Tiba2 mlm ini aku rasa rindu pada semua itu..

~mel
aku ingin jg kuat... tp aku makin lemah...



Selasa, 16 Februari 2010

Abg beca..


Abg beca.., originally uploaded by melati.a.

Abg beca abg beca di tengah jalan,
Cari muatan utk mencari makan,
Putar putar putar putar kaki mengayuh
Kaki kaku tersekat pun lalu jatuh..
Dari pagi hingga matahari terbenam..
Bla.. Bla.. Bla.. (tak ingat lirik daa..)..
~lagu latif ibrahim kot zaman dedulu kala.. Waktu Jepun memerintah
Belanda.. (ada ke??)..

Photo ni diambil sewaktu kami naik beca sewaktu family gathering kat
Melaka during Chinese New Year break. Utk family gathering kami semua
lepak A Famosa Resort Bungalow. It was good.. Will write about our
family gathering later..

Naik beca ni kat Banda Hilir Melaka yesterday sebelum balik ke KL,
smbil tunggu yg lain2 naik bukit St Paul. Aku xlarat. Masa nk naik
beca ni hubby siap pilih beca yg psg lagu best2.. Pakcik ni psg lagu2
kumpulan Search spjg ronda2 bndr melaka tu.. Tapi time pusing2 tu ada
tmpt2 yg agak tinggi.. Sempat hubby bisikkan kt aku.. Kesian pakcik
ni.. Aku pun rasa gitu.. Tapi tulah kan.. Aku ckp kat hubby.. Kalau
kita xnaik beca tu then lg kesian coz itu pendapatan pakcik tu.. Tapi
mmg jenuh dia mengayuh time naik bukit tu.. Kesian..

Anyway.. It was a good ride.. We really enjoy it walaupun masing2 agak
keletihan..

~mel
Masih penat..

Rabu, 10 Februari 2010

Dah lama..

Dah lama nak menulis pjg2 kat blog ni tapi masa seperti tak mengizinkan... Kesibukan kerja.. kepenatan.. kepeningandllg membuatkan masa utk menulis tu mcm dah tak de.. Kdg2 ada waktu2 nya dlm kepala ni bnyk nak ditulis tp tak berkesempatan..

Anyway hari ni macam agak free.. sbnrnya bukan free sangat.. selalunya hari rabu adalah hari yg paling sibuk buat aku.. sbbnya dari pagi hingga ke petang aku agak sibuk dengan kelas.. dan biasanya aku hanya ada lebih kurang sejam je utk makan tghari and then sambung kelas... argghh.. kdg balik rumah tak larat nak buat apa dah... huhu..

Last week muka masuk TV kejab.. haha.. masuk rancangan Bersamamu TV3.. kalau ade sape2 yg pasan itulah aku.. actually when my friend offered me & my students to take part on the program.. i was reluctant.. pertamanya sbb aku ni tak berapa suka nak menonjolkan diri.. frankly speaking aku lebih suka duduk dlm kepompong aku sendiri.. but when i told my hubby, he encourage me to do it. So with his encouragement aku pun join la.. Sejak akhir2 ni dgn muka aku bnyak masuk paper (4 kali kot) .. masuk plak tv mmg rasa pelik plak.. huhu.. time aku ke udara di TV3 tu sms masuk tak henti2.. tak sangka ada kawan2 sekolah, kawan2 kerja & my students yg tengok rancangan tu dan recognise me.. huhu.. Glamer ler kejab..

Muka aku dlm tv.. huhu..


Dalam pada menjadi glamer sekejab tu ada jugak aku rasa tension terlebih.. especially dgn kerja.. mmg kerja berlambak2 sampai aku tak tau mana nak buat dulu. Paling pening bila semuanya di demand pada masa yg sama dan tak fikir beban kerja... argghh.. mmg tension. Itu belum lg dgn perangai masing2 yg kuat mengipas.. tak cukup kipas siap guna aircon lagi utk tayang muka kat boss.. huhu.. tapi lantaklah kan.. asalkan diorg bahagia.. aku tak kisah sgt.. bg aku cukuplah rezeki yg ada sekarang.. tiap2 tahun gaji naik.. alhamdulillah.. walau kalau nak ikutkan aku sedar kalau aku tayangkan muka aku bnyk2 depan boss mesti aku cepat naik.. tapi buat apalah nak teruk2 sgt cenggitu.. tak kuasa aku.. aku bersyukur skrg ni dgn rezeki yg ada.. yg cukup utk makan pakai.. boleh simpan sikit2 setiap bulan.. tak yah fikir teruk2 kalau terasa nak beli apa2.. cukuplah tu.. tak payahlah nak lebih2 sgt kan... lagipun ada harta banyak2 pun menyusahkan aje.. bukan boleh bawak ke kubur pun..


That's me.. Tapi hubby ku lagi sempoi.. aku nak belikan dia baju baru pun dia tak nak..dia cakap cukuplah apa yg ade.. susah ada bnyk2 baju... huhu.. alhamdulillah.. kalau tak terbang duit aku... :D


~mel
merapu2 jer sebenarnya...


Selasa, 2 Februari 2010

Jelutong Milan FC


Jelutong Milan FC, originally uploaded by melati.a.

Mlm ni temankan hubby tgk bola USM FC lwn Trengganu.. Cam biasa lepak
stadium terbuka.. Tetiba nmpk adik kt sebelah pakai baju yg menarik..
So suh dia posing sat nk amik gmbr baju dia.. Jelutong Milan FC.. Mana
mau cari.. Huhu..