Jumaat, 22 Mac 2013

Perkahwinan...

Pagi-pagi tadi incik hubby bertanya ada tak jemputan kenduri pada hujung minggu ni... Aku cakap ada kot.. ada jemputan dari Tn Hj Rahman, salah seorang pensyarah di Pusat Pengajian aku.. akan pencen tak lama lagi. Tn Hj Rahman ni sgt baik orangnya.. lemah lembut dan pakar dalam Bahasa Melayu. Incik hubby pesan nanti jgn lupa bawak balik kad jemputan yg aku tinggalkan kat ofis. . Al-kisah Tn Hj Rahman punya risau aku tak dapat kad jemputan so sampai 2 kad jemputan dia beri.. so mmg wajib la kena pi esok.. Sambil nak menyimpan kad jemputan tadi tetiba aku saja lah nak buka tgk alamat rumah dia.. Then aku terbaca sebuah nukilan dalam kad tersebut yang ditulis oleh Tn Hj Rahman sendiri... seperti dalam gambar di bawah.. Sgt menarik dan menusuk ke kalbu....


Anak-anakku,
Pesan orang tua-tua kita,
Bila bersatunya dua anak Adam
Syaitan dan iblis menangis sengsara,
Justeru,
Binalah istana seikhlas mungkin,
Semoga dua hatimu disatukan,
Bagai Adam dan Hawa,
Bagai Muhamms SAW dan Siti Khadijah,
Bagai Yusuf dan Zulaikha,
Dikurnia zuriat, tulus dan taqwa.

Hiduplah kalian dalam sederhana,
KErana itu ada hikmahnya,
Tuhan kasih, manusia suka.

Hindari olehmu riak dan bangga,
Kerana riak itu besar dosanya,
Tuhan murka, manusia mencela.

Ingatlah kalian,
Dunia ini hanya pinjaman,
Bagai sebuah ghali,
Singgah di pelabuhan,
Memunggah hasil buat bekalan,
Belayar menuju ke negeri Tuhan.

Bersama tetamu yang hadir,
Kita panjatkan doa dan kesyukuran,
Semoga istanamu harmoni berkekalan,
Bahagia dan taatmu kepada Tuhan.

Ingatlah pesan orang tua,
Buat azimat kekal bersama,
Sepanjang masa dikurniakan keberkatan.

AbRamn HA
USM
2 Februari 2013


Aku sgt  suka akan madah ini... banyak nasihat yang diberikan secara tidak langsung.. utk golongan muda mengemudi alam rumah tangga... Paling penting.. apa-apa yang kita buat, kita impikan biarlah bersederhana.. jgn melampau angan manusia.. jangan mengharap kepada yang di luar kemampuan kita sesama manusia.. Juga sangat-sangat penting diingat.. pengakhiran kita bukannya di dunia ini tapi akhir kita adalah untuk bertemu denganNYA. Hidup kita dan keluarga harus berpandu pada syariatNYA...


~Mel
Ya Allah..
Lindunganlah kami sekeluarga dan semoga rahmatMU dan hidayahMU memayungi kehidupan kami... InsyaAllah...

Selasa, 12 Mac 2013

Serunding Halia..


Serunding Halia.., originally uploaded by melati.a.

Subuh tadi dpt sms dr my student di Kuching bertanya dpt tak parcel dr dia. Aku ckp xdela pulak.. dia ckp dia ada hntr kek lapis kat aku plus serunding halia.. Student ni dulu aku pernah ajar.. skrg xajar dah.. Student2 Kuching ni mmg pada pandangan aku rajin betul bg macam2 walaupun aku sah xmngajar diorang..

So bila aku dpt parcel tu aku terus buka.. nak tgk serunding halia tu.. mmg aku tak pernah mkn sebelum ni.. so aku terus buka dan rasa.. hmmm.. boleh tahan rasanya.. sedap juga.. malam ni dinner nak mkn dgn nasi.. kata student aku sedap mkn dgn nasi panas2..

Sat gi boleh cuba...

~mel

Jumaat, 8 Mac 2013

takziah....

Pagi tadi terima berita dari one of my sister yang rumah kakak sulungku di Kemaman musnah akibat kebakaran.. Kakak ku yg sulung ni adalah kakak aku sama ayah berlainan mak.. Masya Allah..bila tengok gambar2 kebakaran tu rasa insaf sangat.. dari fb anak sedara aku, aku copy kan apa yg terjadi masa kebakaran tu.. 

"cite die time tu parent ak balik rumah dlm pukol 12 lebih camtuh,pastuh mase ayah ak nk bukak pintu rumah, asap da kuar dari bawah pintu rumah, so ayah ak g la kat blakang umah tgk2 bilik kimi da berapi da, time tu ak ngan adik bradik ak kat kedai tgh jage kedai, ayah ak call adik ak cakap rumah terbakar, ak trus lari balik rumah la, n bile ak da balik bilik kimi api da marak gile, so gune la paip umah ak ngan umah hj, ak da cube da padam kan api tapi da xsempat da, bumbung kimi api da marak gile, aircond lak letup2 da, kaca bilik kimi da letup gak, so time tu da xleh wat pe da, tunggu bomba je la.."
Perkara ini memang tak disangka tetapi ada hikmahnya..  Yang penting kita sebagai Hamba Allah harus ingat bahawa segala apa yang ada di dunia ini bukannya milik mutlak kita... ibu, bapa, suami, isteri, anak2, adik beradik, keluarga & harta benda adalah pinjaman sementara buat kita.. bila-bila masa Allah boleh ambil semula sebab ianya bukan hak kita.. kalau Allah nak ambil sekelip mata saja dia boleh ambil.. Yang penting kita perlu  redha dan selalulah berdoa padaNYA semoga kehidupan kita dipermudahkan dan dalam rahmatNYA... Insyaallah... 

Kepada kakakku dan keluarga.. semoga diberi ketabahan dan kesabaran dalam menempuhi dugaan Allah ini... daripadaNYA kita datang.. kepadaNYA jua kita akan kembali...




sampai 'lembut' kipas dek kepanasan...

~mel
gambar dicilok dari fb Hazwang anak sedaraku..

Isnin, 4 Mac 2013

Kenduri di Melaka..

Memula post ni nak wat live blogging tapi disebabkan masalah teknikal tak dapat fetch gambar...  jadi tak sempat siap.. so sambung je la hari ni kan..

Hari Jumaat  kami gerak dari Penang pkl 5 ptg dan sampai gombak pkl 8.30mlm. Pagi Sabtu kami gerak dari gombak pkl 9pg dgn mak mentuaku dan sampai melaka pkl 11.30pg.. Hari Sabtu tu menghadiri kenduri sepupu hubbyku di Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh... Hari ni Isnin masih sangat penat.. kebetulan patutnya pagi ni vetting soalan exam tapi minah kaf lam ya nga ni seperi yang aku dah predict takkan muncul utk vetting... so aku dokla lepak2 kejab bagi mood dtg utk wat kerja...

Ok.. kenduri di Melaka tu mmg la sgt2 grand kan.. Lepas kami sampai lepak aje kat situ.. tgk2 pengantin.. tgk2 org dtg dllg.. Lepas kenduri kami balik homestay yg disediakan oleh pak sedara hubby.. then gi makan malam kat rumah dia.. pastu masing2 nak pi jalan2 naik cruise dan pi Jonkers Street.. aku sebenarnya dah terover penat so tak lah menikmati sangat naik cruise tu.. haha.. sampai terlelap pun ada dlm cruise tu.. Otw nak gi ke Jonkers Street Eryna dan tertido.. so terpaksalah incik hubby dukung spjg Jonkers Street.. aku tolong sikit2 je la pasal aku pun tak berapa nak larat jalan dah... tgk barang kat situ pun dah tak berapa selera..yg tek best kat situ ada jual sosej dak cha ya nun alif yang aku rasa tak halal... terus rasa loya.. huhu..

Pagi semalam, Ahad kami terus gerak balik penang.. tak pergi kenduri belah lelaki sebab kami nak jalan jauh.. takut lewat sampai penang... Perjalanan semalam 7.5jam dari Melaka ke Taman Pauh Jaya... sampai2 rumah ketiga2 kami melepek.. penat yg amat...

Just enjoy the pics from kenduri &jalan2 Melaka...



Eryna di depan sign board majls resepsi..

me & incik hubby semasa majlis...

Mak mentuaku sedang bincang2 dengan pak chek.. iaitu adik mak mentuaku.. cantikkan tudung aku belasah jer beli utk mak mentuaku.. hehe... mujur sesuai dgn baju dia.. :D

Bunga segar hiasan atas meja tetamu...

Eryna excited nak amik gambar... :D

Suka betul dpt main kat atas pentas pelamin... kalau tak kontrol tu mau dipanjatnya kerusi pengantin tu... huhu

Alamak! Daguku berlapis... waaa... :P

Kami bertiga di tengah2 hall kenduri... :)

Aksi poyo anak dan papa.... ish ish ish...

Penganti perempuan iaitu sepupu incik suami.. Aina  namanya...

Me & si eryna yang pantang disuruh ambik gambar.. suka aje... btw baju yg aku pakai buat sendiri.. kain dapat hadiah masa jadi Hakim PINKS (Pertandingan bercerita kanak-kanak antarabangsa)..

Meja guest book... err.. seksi jugak sepupu incik hubby ni... ish ish ish... ontah la.. harap2 dah kawen berubahla ke arah yg lebih baik yer... (selamba je huhu... )

Kiri sekali: parents pengantin iaitu pak sedara hubby... kanak sekali pakchek (eh sempat main fon tu) dan sebelah nya mak mentuaku,,  tgh beratuur nak naik pelamin...

Mak mentua ku sedang menepung tawar... err..sebenarnya aku tak berkenan sgt tang menepung tawar ni.. dosa beb...  hmmm...

Kami... pengantin baru.. just married.. hahaha...


My cute baby... hihi...

Kami da pengantin... hehe.. mujur baju pengantin tak seksi.. so boleh la di blogkan. haha..

Beratur nak naik Malacca cruise... :D *happy dlm mengantuk*

Farrah ni cousin hubby juga... sama2 naik cruise.. :)

Kuyu dan poyo atas cruise...

Sukanya dia.... ada gambar tersnap tgh menguap.. huhu.. mujur tak upload.. :P

Eryna dan tido.. dukung je la sambil bergambar depan kicncir angin...

Jinkers Street - tak de ape2 pun.. ingatkan best rupanya idak pun...

Melaka Tower clock...SEIKO ni jenama feveret hubby... bila agaknya nak dpt seiko baru ni yer.. weekend ni kot?? hehe...

Sampai tertido sambil berdiri?hehe.. 

Anyway.. penat sungguh this weekend.. plus aku mmg outstation ek Trengganu awal minggu lepas... huhh... sakit pinggang dibuatnya.. harap hujung minggu ni dapatlah berehat... insyaallah...

SELAMAT PENGANTIN BARU AINNA & KHAIRY...
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA

~mel
tetiba tingin nak beli polaroid camera.. nak nak nak...