Ahad, 23 Jun 2013

Al-Kisah terkunci..,

Alkisahnya semalam kami suami isteri ada berbincang.. tentang pintu bilik kami.. eryna dah pandai tekan kunci pada tombol pintu, takut terkunci pintu pulak.. aku ckp kt hubby.. kita kena letak kunci bilik yg disimpan dlm bilik di luar bilik.. utk precaution.. Lepas bincang masing2 lupa nk ambil tindakan..

Tengok2 ptg tadi nk bukak pintu xboleh.. haissshh masin mulut papa mummy.. so kami berdua berusahalah korek sana korek sini tp tak berjaya membuka kunci tu.. Last2 hubby ckp.. nampaknya kena panjat siling lah jawabnya.. so hubby pun panjat dr one of the other room.. dan akhirnya berjaya jumpa siling belah dlm bilik.. haaa.. kat bawah ni aksi1 beliau yg mendebarkan.. huhu.. nak turun bawah kena pecahkan siling.. gabra gak aku yg menunggu di sebelah luar pintu..
Mula2 nmpk kali hubby turun.. byg2 jer..

Haaa dah nampak jelas kakinya.. huhu

Sedang mencuba utk turun.. kalau jatuh memang mcm nangka busyuk laaa...huhu


Apalah dibuatnya tu...

Mencuba bukak pintu dgn kaki kot... Dan berjaya bukak pintu..


Hasilnya.. siling yg berlubang ditinggalkan.. huhu

~mel

Jumaat, 21 Jun 2013

Eryna ku sayang..

Dah lama tak bercerita tentang Eryna... sebenarnya nak berblog pun dah tak cukup masa.. kerja memang tak sudah2 cuma sehari dua ni mood nak berkerja xde langsung.. sekali sekala mood tu datang mmg satu kerja pun tak boleh buat...

Ok back to Eryna... lagi beberapa minggu she's turning 3 years old. Dah besar anak dara mummy. Alhamdulillah setakat ni kesihatan Eryna baik.. membesar seperti kanak-kanak normal.. mulut pun dah pot pet pot pet.. memang bercakap dah lancar.. sgt2 suka berlari dan melompat.. dan boleh melompat dari atas katil ke bawah.. turun tangga naik tangga dah expert! Cuma since kami balik dari Romania, kami dapati Eryna makin menjadi-jadi pulak perangainya. Seminggu ditinggalkan banyak perubahan pada diri Eryna.. ketara betul..

Gambar ni di hari pertunangan my brother.. dua hari sebelum kami ke Romania.. 

Sewaktu kami ke Romania, Eryna duduk dgn Uwan & Atuk di Gombak.. Tq uwan, atuk, makngah & teha yang tolong tengok2 kan eryna.. Selepas balik ke Penang kami dapati eryna banyak berubah.. Pertama dia sangat matured. Nampak lebih matang.. bercakap lebih lancar.. sambil dgn mimik muka bila bercakap.. dan mahu org mendengar dia bercakap dengan teliti... Eryna sekarang ni mmg dah jarang pakai diapers.. Kalau di rumah memang tak pakai dah cuma utk berjalan dan malam hari tu pakai lagi laa sebab takut tak sempat.. tapi aku tengok dia mmg dah pandai kontrol.. cuma adalah sekali tu dia ter u uh kat rumah uwan... tak tau apasal.. mungkin sibuk & syok sangat bermain agaknya.. kat rumah sendiri tak pernah pulak terjadi...

Cuma sejak akhir-akhir ni memang makin pandai buat perangai dan kuat memerintah.. kalau dia nak something memang kena bagi.. kalau tidak menjerit2 sampai sudah.. dah pandai juga nak lepuk orang..tak mau mengalah...menangis pun kuat.. sampai selalu kena marah dengan mommy.. geramm betul..  Semua nak kena ikut cakap dia.. buat sepah pun dah pandai.. jaga2 kalau dia bukak henbeg mommy.. abisla mekap mommy dikerjakannya...


Sebagai seorang anak dara jelita. Eryna juga dah pandai nak melawa.. ok selipar akan bertukar tiap2 hari.. kejab nak pakai selipar warna merah.. kejab nak kasut pink.. kejab seliper princess... baju pun dah ada taste.. yg dia suka jer nak dipakainya.. kalau tak suka jgn harap..  Setakat ni baju kegemaran eryna adalah baju Ajipah (Zirafah) dan Baju Dorra. Baju Barbie pun suka jugak tp anak patung Barbie dia kurang minat. Ada 2 ekor Barbie yg aku beli.. xde nya dia nak main.. huhuh...mommy dia yg lebih2.. Hisap susu pun dah kurang... biasanya aku bagi pagi sekali dan malam sekali sebelum tidur.. kdg2 tak bagi pun kalau dia tak mintak.. ikut keadaan..

Anyway.. biasalah kan.. budak2 nak membesar.. macam2 gaya dan cerita. Semoga lepas ni kurang sikit dah perangai Eryna tu.. pening laa.. huhu..

~mel



Jumaat, 14 Jun 2013

Trip to Romania... Part 2..


Dari Bucharest kami menaiki keretapi ke Bacau. Kami seramai 6 org dibantu oleh seorg participant konference yg berasal dari Bucharest yg sama2 naik keretapi dgn kitorg. Gambar kat atas tu kami berenam sedang beli tiket untuk ke Bacau, aku, hubby (tukang amik gambar), Marrku dan Tuomas dari Finland, Yun Mei dari China dan Alexandra yang membantu kami dari Bucharest ke Bacau. Dia memang sgt2 bagus orgnya. Spjg perjalanan dari Bucharest ke Bacau kami berborak sampai tak terasa perjalanan yg hampir 5 jam tersebut. Sampai2 di Bacau, AJK2 conference telah pun menunggu di train station.. so dgn cepatnya kami menapak ke hotel yg disediakan.. jalan kaki jer tak sampai 10 minit.. Nama hotel yg kami tinggal adalah Vila Corola.. Hotel ni walaupun agak kecil tetapi sgt selesa.. owner nya juga sgt peramah..

Ok aku skip dulu aktiviti di hari pertama iaitu conference sebab aku tgh malas nak menulis.. hehe.. Yang di bawah ini sebenarnya adalah catatan aku sewaktu trip dijalankan pada hari kedua persidangan. So aku just edit sikit2 jer... 

Organiser conference ni mmg sgt bagus, pada hari kedua kami berpeluang untuk mengikuti trip ke beberapa tempat menarik di kawasan sekitar...  Tempat2 tersebut adalah Neamt & Harghita counties (Bicaz Lake, Bicaz Gorges & Red Lake) dan ianya adalah sgt2 awesome..



Pada hari kedua persidangan, ada arrangement utk trip. Mulanya aku malas nak ikut.. ingat nak shopping je.. tp bila fikir balik..baikla pergi, klu gi sendiri mungkin tak sampai pulak ke tmpt2 lain selain dr pekan yg sedia ada..kan.. So pagi-pagi hari Sabtu kami dah gerak ke tempat bas menunggu... tu haa basnya.. kat gambar atas... :D

Ini adalah Bacau City...
Bandar Bacau ni mmg tipikal bandar di Romania yg bangunannya cantik dan antik serta ada banyak icon2 yg menarik terpapar..

 Ni adalah salah satu hotel yang disediakan oleh pihak penganjur.. 

 Bangunan-bangunan cantik dan antik di sepanjang perjalanan kami.. Dapat dilihat sepanjang perjalanan banyak bangunan-bangunan lama yang cantik dan ada juga bangunan yang ditinggalkan.. sayang sungguh.. 

 Me & hubby dalam bas untuk trip tersebut..

Kami memulakan perjalanan dlm cuaca yg agak mendung dan hujan renyai2 dgn  Sepanjang jln terdapat banyak gereja.. bangunan2 lama yg antik-antik.. Pemandangan mmg sgt lain dari negara2 yg pernah kami pergi.. jln yg kami lalui agak kecil rasa mcm nk berlanggar2 jer kereta2nya..  Dlm perjlnan tetiba nmpk kereta kuda di tgh jln... ohh.. sgt pelik!! rasa mcm berada di zaman dulu2.. kereta kuda masih digunakan sbg pengangkutan harian..

Berada di sini mcm berada di zaman silam.. hihihi.. ada gak rasa mcm berada di Russia kot..(macam pernah pergi Russia)..  Kami berhenti kat sebuah bandar lama Gathranams yg berasal dr kaum lama Kuhulen yg telah dibina sejak tahun 1600. Pengaruh kristian mmg sgt kuat.

 Malangnya disebabkan hujan turun pada pagi tu.. so kebasahan juga la kami.. payung tak de pulak tu, so kami belasah je la hujan2 pun...sambil2 menumpang payung org lain tanpa malu-malu lagi...

 Dalam kehujanan kami dibawa ke sebuah biara lama di bandar Roman, yg terletak lebih kurang 40km dari Bacau. This was our first time mask dalam sebuah biara.. satu pengalaman baru utk kami...

Dalam biara tersebut...

 

Kemudian kami pergi pula sebuah biara lain... ini adalah sebuah biara orthodox. Bisrita Monestary 8km dari bandar ini. Orthodox Monestary dari tahun 1412.. kami dpt lihat seni bina medieval yg mmpunyai dinding yg kuat utk perlindungan. Monestary ini adalah monestary orthodox monk yg mana peraturan dia klu org pompuan pergi tak boleh pakai seluar atau skirt pendek. So di pintu monestary tu disediakan kot2 utk dipakai oleh org perempuan. Org perempuan juga diwajibkan menutup rambut/kepala bila masuk monestary ni..Dan aku tgk perempuan2 Romania terutama yg dtg sama2 dlm trip kami mmg siap bawak tudung kepala utk prepare masuk dlm monestary tu..  Time dalam bas tu sebelum turun ke biara tu tetiba tgk Alexandra dan Livia (salah seorg participants) bawak keluar skaf/shwal dari handbag diorg. Bila ditanya diorg ckp bila masuk biara mesti tutup kepala... then bila kami sampai ke pintu biara, yg perempuan kena pakai  kot di atas sebab pemakaian seluar bagi perempuan adalah dilarang dalam biara tersebut. Interesting kan? errr...  mcm pompuan melayu islam yg xtutup aurat nk masuk masjid la tu.. :P Sebabnya lebih kurang jer macam Islam.. kena bertudung.. melabuhkan baju.. kata incik hubby mmg orthodox ni lebih kurang macam islam juga.. dan bila borak dengan bapa mentuaku bila dah balik malaysia, dia cakap kalau ikutkan kita boleh makan daging/ayam yg disembelih oleh diorg ni... yg betul2 la.. bukan yg dah terpesong..

Incik hubby sedang mendengar dgn khusyuknya penerangan ttg biara ini..


Kemudian kami pergi pula ke Pangarati Monastery yg dibina pada abad ke 15 dlm tahun 1460. Dari apa yg diberitahu ianya mula2 adalah sebuah monestary kecil lepas tu ditambah2 hingga jadi besar pada tahun 1860. Masa kat sini hujan turun dgn lebatnya.. basah kuyup kami dibuatnya.. Monestory ni atas bukit dan tempatnya sgt cantik.. Senibina nya mmg kagum aku tgk.. tp bila masuk tu biasalah dlm hati selawat bnyk2.. takut pun ada..tp pengalaman mcm ni mmg susahlah nk jumpa.. sambil berjalan sambil belajar sejarah negara lain.. Sgt menarik..

First time tgk ni... 

Yo yo je bergambar..

Kami kehujanan tapi still bersemangat nak melawat.. :D

Seni dalam biara ini mmg sangat mengagumkan. Ukiran san lukisan mmg cantik dan detail..


Hubby tunggu diseberang sana.. hujan yg sangat lebat masa ni.. dia malas nak mengharung hujan...

Kagum dengan penerangan dari monk ni...

Setelah habis melawat biara2 tadi.. kami dibawa pula melawat ke kawasan pergunungan di mana tetiba di tepi jalan ada gerai-gerai seperti di atas. Tempat ni namanya Bicaz Gorges dan ianya sangat unik dgn batu2 yang tersergam indah...

Sepanjang jalan adalah cantik ok!

Kami berhenti sekejab untuk bergambar. 

 Dari biara2 tu kami dibawa pula ke Red Lake di mana pd tahun 1837 Red Lake terjadi akibat landslide. Red Lake ni letaknya di atas gunung.. dan perjalanannya melalui jln kecil.. naik gunung.. Dan bila sampai kat red lake ni sgt menarik ok. View sgt cantik.. bnyk kedai souvenir.. hehe itu sgt penting. Souvenir kat sini harganya jauh lebih murah.. masa kami kat Bucharest Fridge Magnet harganya 10 ke atas satu.. sampai takut nk beli..  tp kt atas Red Lake ni hnya 3lei., dlm hati ckp.. rugi dah beli kat Buchares.. huhu..

Sampai2 di Red Lake.. perut berkeroncong yg amat sgt sebab dah tengahari.. so kami diperkenalkan dengan sejenis roti besar yang digulung yang dipanggil panko (alahai gambar dari henfon incik hubby.. huhu).. dan ianya sangat sedap!! Harganya 10 lei tp percayalah cakap aku.. aku rasa ianya sgt sedap (haha ke sebab lapar.. tak tau laa.. :P). Kat atas tu kami bergambar depan kedai roti tu..

Ada kawasan menjual2 juga di Red Lake ni... so kami ambil kesempatan utk shopping...hihi

Baju pesyen2 romania yg cantik.. sempat aku beli 2 lai utk eryna.. selai utk aku.. hihi..

 Me and hubby kat depan Red Lake

Ahli-ahli rombongan menikmati pemandangan yang sangat menarik di sana 


 Gaya seorang hero filem hindustan... huhu

 Gambar dari atas bas waktu nak balik dah dari Red Lake..

 Dari Red Lake kami di bawa menikmati pemandangan dari atas pergunungan... subhanallah sangat cantik. Ada sebuah tasik yang sangat besar dan spjg perjalanan kami merentasi tasik tersebut melalui atas bukit.

Sambil2 jalan2 tu tak sedar dah pkl 4 lebih dan kami belum lunch!! masing2 dah bising perut lapar! hahaha.. sabar je laa.. Last2 kami di bawa ke sebuah restoran tersembunyi kat tepi tasik tu.. sgt2 best.. makan mengadap tasik.. Restoran tu di Buhalnita, di tepi  Bicaz Lake (Izvorul Muntelui Lake) dan namanya adalah Lostrita Restaurant.

Ini adalah lunch kami pada hari tersebut...  ikan trout yg digrill bersama mashed corn.. walaweh... sgt sedap!!

Menapak dari restoran yg berada di bawah bukit selepas lunch adalah sgt meletihkan... kaki aku siap bengkak sampai balik ke sini... :P. Nampak sgtlah jarang exercise.. :D

Cantikkan!! Bukan orgnya tapi pemandanganya daaa...

Lepas makan semua dah penat.. maklumla dah lewat petang.. ingatkan dan boleh balik... rupa-rupanya tak boleh balik lagi... kami dibawa melawat sebuah personal museum yang sangat unik... 

Ok.. dah tak larat nak tulis... sambungan seterusnya di Part 3... :-)


~Mel
Best!

Selasa, 11 Jun 2013

Trip to Romania.. Part 1

Perjalanan dari KL menghala ke Abu Dhabi.. kemudian ke Rome dan akhirnya Bucharest bermula pada 3 Jun 2013 pada pukul 10 malam. Aku ada conference di Bacau Romania bersama-sama dengan encik hubby. Perbelanjaan ke Romania ni USM tak tanggung yer.. huhu.. guna duit sendiri 100%. Aku highlightkan perbelanjaan sendiri sebab dulu ada org tuduh aku perabih duit rakyat... haha.. sgt sensitif bila kita guna duit sendiri hasil titik peluh kerja 24/7 dan org cakap cenggitu.. huhu.. Anyway.. aku  blogkan perjalanan kami suami isteri ke negara Romania yang pada keseluruhannya negara kuat Kristian.. sangat mencabar tetapi banyak ilmu baru yg kami dapat.. 

 Ready for adventure di KLIA... huhu.. konon2 la tu... 

 
Dah ready nak naik flight... ke Rome kami naik Etihad Airways.. best juga..

 
Diri sendiri di Abu Dhabi... hajat hati nak gi Abu Dhabi jalan2 bila2 nanti.. :P

 
Incik suami di Abu Dhabi...  

 
Di airport Rome, Italy

 
Incik suami di airport Rome.. ingat nak cari jersey AC Milan tp sygnya airport dia sgt kecik.. huhu.. nak shopping pun tak berapa best :P


Akhirnya kami sampai di Hendri Coanda Airport, Otopeni, Bucharest.. penat mmg penat tp seronok jugak!


 Rumah makcik Romania yg kami tumpang.. makcik ni rakan sepermainan game online dgn hubby beberapa lama dahulu... baik orgnya, dptlah kami duduk percuma di Bucharest selama 2 malam.. :-)

 
 Matawang Romania adalah dalam bentuk RON/lei.. Kadar tukaran lebih kurang sama atau sedikit rendah dari matawang malaysia.. kira 50lei lebih kurang RM50 juga laa..

 
Buah anggur yang sedang berputik depan rumah makcik... geram menengoknya...

Bandaraya Bucharest.. first time tgk mmg sgt impress.. bangunan semua antik2 belaka..

 
 Bucharest City.. tak puas mata memandang... sgt cantik

 Salah satu icon/landmark di Bucharest

 Makcik kenalan hubby yg mahu dirinya tidak dikenali dalam gambar.. katanya dia dah tua.. tak cantik.. hehe.. masa ni snap time dia nak belikan kami roti di kedai tu... sedap rotinya.. incik hubby kena paksa makan roti sebesar2 gajah.. memang tension dibuatnya.. tp biasala.. org tua..

 Di sebuah tram station yg sgt cantik..

 Makciklah tukang ambik gambar yer... 


 Cantikkan bangunan belakang tu!!

 Me at Bucharest City...
 Incik hubby menghayati Bucharest City...

 Sepasang kekasih berbulan madu kali ke nampuluh di bandaraya Bucharest... nak jadi cerita bangunan belakang tu sgt unik sebab di luarnya adalah bangunan lama.. di dalamnya bangunan baru kaca.. org2 kat sini mmg jaga bangunan lama.. so diorg tak musnahkan... baguskan! walaupun adalah sedikit pelik.. huhu


 Sila translate.. aku tak faham.. haha..

 Pizza vegetable utk mengalas perut yang kelaparan di tghari..

 Drakula... icon famous di Romania... tapi org Romania tidaklah berbangga dgn drakula ni.. masing2 macam tak berminat nak cerita bila ditanya pasal drakula... boleh?

 Oleh sebab ramai yg kirim.. aku borong FM je la... tp sebenarnya agak mahal.. satu dalam RM10.. so bila dah ramai yg kirim beratus duit habis utk beli FM aje.. huhu..

 Susah betul nak cari souvenir kat Bucharest ni... puas pusing.. nak cari tshirt pun susah.. harga pun agak mahal.. dalam 30 lei sehelai.. 

 Pokok ceri sedang berbuah di tgh bandar... geram betul nak amik makan.. huhu..

 City centre lagi...

 Siap pergi pasar untuk beli buah cherry.. aku memang dah aim dari malaysia nak beli buah cherry sebab aku tgk dlm wikipedia yg Romania adalah pengeluar cherry ketiga terbesar di dunia.. so bila sampai sana memang aku mencari cherry.. alhamdulillah dapatlah makan cherry yg sedap itu... harganya mmg tak mahal.. kalau kat msia seciput dah berpuluh2 RM..

 Tak taulah bangunan apa... amik jer gambar asal cantik..

 Aku dan hubby di depan University of Bucharest.. bestnya nampak universiti tu.. tgh bandar dan bangunannya sangat menawan kalbu..

 One of the museum in Bucharest... aku tak ingat nama... sori ler..huhu

 Tak jemu mengadap Bunga rose ni..

 Musim spring baru nak abis... so masih banyak bunga yang cantik2 terutamanya bunga rose..

 Lepak sekejab di sebuah park di bandaraya Bucharest.. entah nape incik hubby tetiba tak sedap perut.. huhu... mungkin perut jet lag..

 Teksi Romania.. since kami nak ke sana, pihak penganjur conference dah bagi amaran awal.. jangan naik teksi sebab org teksi di sana jahat2 belaka.. akan charge mahal dan sebagainya.. kami dinasihatkan naik bas atau train utk ke mana2.. which is quite convenient..

 Fresh milk murah di sana... kami mmglah suka minum fresh milk.. peluang tidak disia2kan..

 Alahai.. sorrylah suamiku.. jariku mengganggu semasa pengambaran di tengah kotaraya Bucharest..

 Di tengah2 kotaraya Bucharest

 Di depan Peasant Museum...

Di depan kedai bunga yg cantik... bunga2 mmg cantik2 belaka.. terpegun tgk..


 kami dah nak berangkat ke Bacau untuk conference setelah lepak di Bucharest.. time ni tgh tunggu keretapi...

 
Dalam keretapi nak ke Bacau...


 Dalam keretapi nak ke Bacau.. till part 2.. Our trip in Romania..


Ok itu sahaja untuk part 1... insyaallah.. part 2 lebih detail... 

~mel