Ahad, 25 September 2016

Konvo PPG

Bukan mudah menguruskan pensyarah dan pelajar.. org tak hargai tak pe, as long as I know I have put 110% to make it happen #PPGUSM #konvokesyenupsi

Khamis, 22 September 2016

#StatusStress

#StatusStress  

Sbnrnya hari ni merupakan hari yg sgt stress utk sy.. pg2 boss no 2 tetiba bg arahan memandai2 minta ubah plan yg kita dah settlekan.. geram betul sy, dari hari Isnin mcm2 problem bila dah settle pandai2 suruh ubah. Memandai2 invite ntah sape2 ke dinner yg dah di arrange. Ehh.. boleh tak tanya dulu b4 nk invite org..  Dah nak kena re-arrange 😳😳


Then tetiba drebar bas telefon ckp.. boleh tak kita gerak pkl 3 esok bkn 4.30ptg.. sy ckp ehh bukan ke kami nk gerak pagi.. Drebar bas ckp eh tak.. kami dpt arahan 4.30ptg, mana boleh Dr.. 4.30 jambatan dah jem hari Jumaat. Mau 2 jam sangkut jem. Aduhh siapa yg pandai2 ubah.. aku yg book bas tau! Bila nego dgn drebar bas, dia ckp xmo pagi dan nak pkl 3 juga.. Aduss habis rosak semua plan.. mau pkl 8 juga smpi Tg Malim esok ni kang.. Ini gara2 boss yg sbnrnya bukan boss dah tp berlagak boss.. Ko naik jelah kereta mercedes ko, yg nak naik bas dgn kami apasal? Menyusahkan betul..


Pastu turun2 pejabat staf tgk jubah2 konvo tak de topi bulat.. semua mortar. Aduss takkan Dekan sbg ahli senat nk pakai mortar kot.. kami ni semua ada PhD beb.. takkn pkai mortar kot.. bila tnya staf yg mngada ni dia ckp unit tu ckp xboleh.. aku gak kena settlekan.. tak setttle juga..  lantakla ekau esok jawab.. malas dah nk pikio.. kalau kat usm senang xyah pakai topi pun waktu perarakan akademik 😳


Tetiba jumpa dekan pulak.. dia cakap nnt konvo saya xsempat ke upsi sesi pagi, so mcm sy ckp smlm u wakil sy utk sesi pg.. dan lagi sorang TD Akademik. Sy ckp.. tp Dato' ada masa tu Prof, dia jelah wakil Prof yer.. Dekan jenggilkan mata.. dia nak wakil saya atas kapasiti apa?? U penyelaras dah bertahun2, why nak bg dia pulak? No, sy tak nak dia duduk dibarisan senat.. saya nk u duduk ganti sy, sesi ptg sy ada oklah. Aduss.. stress.. masalahnya si Dato' ni insists nak dok dgn senat kononnya dia ketua projek.. mcm mana aku nak pi gtau pada seorang dato' (yg masih terasa dia bos) yg dekan suh dia beratuq sbg pensyarah biasa..pagi boleh je bg kat dia sbb dekan tak de.. ptg mcmmana? Nanti aku juga kena sbb dikatakan xgtau si Dato' suh sok blakang...  


Tak settle lagi problem di atas.. masuk kelas. nak kena guna lab. Check booking lab ada pulak kelas pendidikan khas buat kelas kat lab.. aduhhh. xguna komputer tp buat kelas dlm lab.. apa kes.. siap booking  satu semester lagi.. Bila ditanya lecturer dikatanya xde tmpt lain.. so dia book

komp lab.. adoii laa.. namapun lab komputer, bukan bilik tutorial.. siap ckp kalau aku xbg dia guna lab komputer carikan dia bilik lain. Ehh.. pulak! Ko yg salah in the first place guna lab komputer utk kelas tutorial biasa aku pulak kena cari kelas lain utk ko..ya rabbi.. satu lagi stress.. ehhh.. ko tak pernah tau undang2 penggunaan lab komputer yer? Lain la kalo ko ada guna komputer dlm course ko.. ini elearn pun ko xpernah buka.. 😳😳😳

Last2 terpaksa aku berkeras.. aku ckp aku dah potong slot dia dilab komputer, minggu depan carilah tempat lain. Diorg ada bilik pendidikan khas lagi.. awat xmo guna.. 


Aduhhh... first time gunakan kuasa veto 😞😞😞



Ya Allah.. Sesungguhnya ujian yg Kau berikan ini sebenarnya mampu aku tanggung, dan kerana itu Kau berikan padaku.. Moga Allah berikan kesabaran buatku dlm mengharungi dugaan ini 😒😒😒






Bekal 22/9/16

Bekal #lunch hari ni. Kalau kat ofis tak tau nak makan kat mana. Bawa bekal jela senang.

Jumaat, 16 September 2016

Jalan2 pagi..

Sepagi mencari #Pokemon sambil bersantai2 berjalan keliling taman menuju ke gerai capati. Yieeehaaaa...
~mel

Isnin, 12 September 2016

#Eryna & #Sumaiyyah

#Eryna & #Sumaiyyah. Maksedara & AnakSedara. Seperti biasa Cik Yina malu2.. 😁😁

#SalamEidulAdha

Sambil dengar khutbah solat eidul adha sempat dia tidur.. #JenisPenidur #Eryna #SalamEidulAdha #FaizalRahmanfamily

Ahad, 11 September 2016

Kenduri @ SP

#Us #Eryna #Papa #Mommy di kenduri kawen anak Kak Maznah. Sampai dah pukul 3.20ptg sbb jalan sesak dari Permatang Pauh ke Sg Petani. Masing2 dah kelaparan. Makan nasi bersungguh2 dan menghabiskan sebalang kuih kapit coklat huhu... Sabor je la anak beranak ni.. 😜😜

Khamis, 8 September 2016

My new Macbook (8/9/2016)

My new Rose Gold Macbook has arrived. Lega bila parcel ini sampai ke pejabat ptg tadi.. jenuh monitor UPS tracking system.. alhamdulillah sgt effective dan tepat timingnya. 

Kenapa aku beli Macbook ni? Dah lama teringin tapi Macbook air aku yang dibeli tahun 2010 masih berfungsi dgn baik dan masih sgt aku syg. Cuma tahun 2015 aku kena byr income tax yg sgt banyak sbb aku naik pangkat dan aku tak tahu bila gaji lebih dari certain amount setahun kena bayar income tax lebih 24%. Tergolek aku kejab. So selain dah potong gaji utk zakat dllg, aku fikir kena beli komputer tahun ni sbb dah 6 thn xbeli. Sedangkan lhdn memperuntukan RM3000 rebat cukai setiap 3 tahun utk pembelian komputer. Fikir punya fikir, baikla aku beli sebijik macbook.. nampak juga seketul komputer walaupun harga macbook ni lebih dr RM3k. Nak beli pc.. rasa tak berbaloi.. biasa xsampai 3 tahun dah bermasalah.

Anyway.. inilah Macbook yg sampai ptg tadi.. bestnya.. warna pulak feveret aku..
Upacara membuka kotak.. jengjengjeng... memang berdebar rasanya... :P

Label tepi kotak 😜 Oh my dream comes true... huhu.. konon.. Haaa.. Inilah dia kotak Macbook. Sebagai peminat tegar Apple, aku dapati kotak setiap barangan Apple ni pun sangat ekslusif...



Setelah slowly upacara buka kotak.. Slowly juga dikeluarkan dari kotak.. sayang ooo.. Wow.. rupanya mmg meruntun jiwa :P



Macbppk dah selamat di setup, barulah ianya boleh digunakan. Accessori Macbook ni tak banyak dan berat macbook ni cuma 1.9kg. Aku dah imagine ianya akan sentiasa ada dalam handbeg aku  

Perghh.. boleh connect dgn IPhone dan iPad.. tetiba boleh tgk apa yg sedang eryna buat guna iPad.. eryna pun terkejut 😱😱 tapi bila nak setup keyboard gesture.. terpaksa minta bantuan boipren yg jauh dimata sebab malas nk cari & fikir..

Apa2pun alhamdulillah...moga makin semangat nak kerja..

~mel

One of the best laksam in Permatang Pauh


Waiting....

Tak sabar2 menunggu... :P telah lama termimpi2.. akhirnya...


~mel

Rabu, 7 September 2016

USM-FAU Germany Conference 2016

 7 September 2016
Dalam kesibukan minggu pertama kelas bermula, sempat juga menyertai konference USM-FAU. Insyaallah publication untuk paper yang dibentangkan ini adalah dari publisher German.
Me Giving presentation in USM-FAU Conference 2016. #Alhamdulillah it waa a success!!

Getting Ready

Senyum gabra. Petang ni nak kena present kat org Jerman. Mujur org Jerman pun English berterabuq huhu

Selasa, 6 September 2016

Jumpa Kak Roy..

me & Kak Roy. Kak Roy pensyarah IPG. Masa awal2 masuk USM kak roy lah tempat mengadu itu ini. Masa tu Kak Roy tgh buat PhD dan selalu lepak dekat ofis sebelah. Selalu juga minta dia tlg hntr ke mana2.. esp klu nk naik bas ke KL, dialah yg akan hntr pi bas stand. Since dia dah abis phd sgt jarang jumpa dia.. tp PhD dia mmg bnyk cabaran.. dekat 7 tahun dia nk abiskan PhD.. tahun lepas baru konvo.. Anyway mmg dah lama sgt tak jumpa kak roy.. Hari ni jumpa time conference USM-FAU.. seronok sgt..

USM-FAU Conference 2016

USM-FAU Conference 2016. Opening Ceremony. "Pupils Diversity and Integration in Education - German and Malaysian Perspectives" Esok aku kena present... wish me luck!

Ahad, 4 September 2016

Quattro Cafe..

Last Sunday evening.. me & hubby, Just the two of us.. spending time together, having coffee.. #caramelmacciato #hazelnutmocha and #blueberrycheesecake #heavenly Tapi sorang pakai selipar jepun & sorang lupa nk mekap 😜❤️❤️❤️❤️
Sometimes we do need our own sweet little time to just be together and enjoy each other.. ~mel

Sabtu, 3 September 2016

Eryna & Buku..

#Eryna kalau dah jumpa buku sukar utk dibawa pergi.. Jenuh panggil 😁😁
~mel