The Unexpected Journey of My Life....
Sabtu, 25 November 2017
Operasi #potongkepala #Salmon. Mcik xpandai so pcik kena buatkanlah. Kalau tak kena campak je kepala seketul dlm periuk 😂😂
Khamis, 23 November 2017
Muka-muka happy lecturer belanja nasi lemak pagi ni. Siap minta kebenaran nak mkn dulu sebelum kelas start. Mujur korang datang cepat anak2.. #KongsiRezeki #PelajarSem1 #Alhamdulillah #IamALecturer 😍😍
Selasa, 21 November 2017
#ProjekMalamNi menyiapkan macaroni cheese utk jamuan kat sekolah #Eryna esok. Cikgu beria Whatsapp papa @faizalr tanya nak bawa apa esok.. 😂😂 Anyway mommy saja buat dlm bekas mcm muffin tu sebab mudah esok cikgu xyah susah nk potong. Just bg seketul sorang je. Kan senang. Sikecik ni dah habis dua pinggan makan mlm ni. Esok mommy bgn pagi masuk dlm oven dulu. Kena siapkan awal2 coz esok kena pi ofis awal utk bg training pkl 830am kpd lecturer USM. Sempat borak kat whatsapp dgn kawan di UPM, dia pun tgh masak utk jamuan anak dia esok. Hebat kami ni kan walaupun bekerja tak tentu masa😂😂 💪🏻💪🏻
#CeritaSemalam.. Di Majlis #aprs2017 bersama Dr. Rosemaliza & Prof Madya Dr Mohamad Hj Makmor yg juga memenangi Anugerah Pengajaran #AAN2017 #AAN11.
Di APRS 2017 yesterday. Wakil TNCA USM.. tetiba tertanya2 bila depa advertise event ni, kalau tak sure saya join bertanding. Tp Prof Karim cakap.. udah2lah tu.. simpan tahun depan pulak 😅😅 With Rosemaliza (UIA) kiri dan Fariza (UKM) kanan..
Sabtu, 18 November 2017
We are #bestfriend sejak dari umur 5 tahun di Tadika Tahfiz Fitrah. Sekarang dah Tahun 1 nak naik tahun 2.. #Aufa kelas no 1, #Eryna kelas no 4 (agak2 masuk kelas last next year 😅😅) tapi masih sgt rapat.. waktu rehat mesti mkn sama2.. kongsi makanan.. xtaulah mcmmana depa plan nak jumpa waktu rehat tiap2 hari.. Petang mmg transit ditempat sama.. #Alhamdulillah #ErynaZulaikha #AufaNazuha #BudakTahun1
Khamis, 16 November 2017
Saya biasanya akan bantu tutorial seorg rakan setiap semester 1 utk kursus umum pendidikan tahun 1. Teaching load sy mmg agak tinggi tp sy suka nk bantu tutorial ini sbb mengajar student first year ni seronok sbb mereka masih fresh. This semester saya diberi 2 kelas Tesol. Bila masuk kelas ke 2, sy terpandang seorg student lantas bertanya.. awak ni sy interview kan dulu? Mak awak jahit telekung kan? Lantas dia ckp, iya Dr... Minggu lepas dia ckp, mak dia kirim telekung kat sy tp dia lupa nak bawa. So this week dia muncul dgn telekung hasil jahitan ibunya. Cantik jahitannya. Ayah dia petani dan mak dia bisnes jahit telekung.#Alhamdulillah dpt telekung baru.. boleh bawa ke Ofis baru next week. Staf ofis baru dah sibuk tanya bila nak dtg.. saya ckp minggu depanlah sbb minggu ni schedule dah full.. minggu depan bolehla pindah sikit2.. Staf pulak yg excited tggu sy pindah ofis.. Tak tahu lah bos no 2 baru depa ni garang 😂😂
Isnin, 13 November 2017
Pagi2 rikues nak bfast tosei Astana, mmg sungguh2 dia mkn😅😅😅
Isi perut pagi Isnin, layan budak cuti sekolah..
Ahad, 12 November 2017
Sanggup beli The Star hari ni 12 November 2017 sebab page ni. Tau pun sebab staf Jab. Pengajian Tinggi whatsapp bgtau keluar newspaper 😅😅😅
Jumaat, 10 November 2017
#Throwback #salzburg #mozarthouse #ccbss #Austria #GermanyTrip #FAU
Khamis, 9 November 2017
Diberi tanggungjawab utk design learning space for USM, went to Intel for a meeting and really tergoda dgn SMARTone by ACE.. everything that i need is there.. 😂😂
Rabu, 8 November 2017
Aduhh.. Ni student Nigeria sy yg dtg ofis semalam. Dia ni Kristian.. kalau nampak dari jauh dia akan bg salam.. kdg tak tau sape.. terus jawab waalaikumsalam., last2 tgk mamat ni.. 😂😂😂.. adess.. Ni haa hantar message dgn InsyaAllah bagai.. Saya doakan Allah berikan hidayah padaNya utk menerima Islam.. InsyaAllah.. Amin. p/s.. International Award dari Nigeria tu.. 😅😅😅 #PhDStudent #USMStyle #USMFacilitator
Sabtu, 4 November 2017
Masih belum #MoveOn 😂😂. Gambar diambil oleh my sifu, Prof Karim, Pengarah Pusat Cemerlang Akademik USM. Sebenarnya dialah yg bersungguh2 memilih dan mencalonkan sy utk #AAN tahun 2016. Tanpa galakan dari beliau sy rasa kurang konfiden sebenarnya.. huhu.. Ketika gambar diambil tangan minah gedikss si #Eryna trus tunjuk ke.... huhu.. pandai sgt yer.. #MommyPapa #MommySygEryna #Family
#Throwback #FridayNight #Family with Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Jusoh & Timb Menteri Pngajian Tinggi Dato' Mary Tan. Tengok tu #Eryna selama diri dgn atuk baru dia. Mujur sempat lambai pak menteri utk bergambar.. huhu.. sbnrnya dia dah nak kluar dewan, saya sibuk dipanggil oleh VC USM utk bergambar dgn #TeamUSM. Encik suami td ckp walaupun saya dpt anugerah tapi saya xdpt salam menteri.. dia je yg dapat.. ewahhh!! #Alhamdulillah #AnugerahPengajaran #AnugerahAkademik Negara #AAN #Family #SoaringUpwards #USMStyle
Alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Allah atas penganugerahan Anugerah Pengajaran bagi Anugerah Akademik Negara ke10. Terharu dan teruja menjadi seorang 'guru' terbaik negara.. Kalaulah ayahbonda masih ada.. tentunya mereka yg paling berbangga.. Arwah mak terlalu ingin anak2nya menjadi guru, manakala arwah ayah menjadi penggerak anak2 utk belajar ke peringkat paling tinggi. Berbanyak terima kasih kpd encik suami @faizalr yg sentiasa menyokong dan sentiasa percaya pada kemampuan isterinya. Saya takkan ke tahap ini tanpa sokongannya. Even nak pi interview AAN pun dia kena ambil cuti sbb isteri xboleh drive, gabra xboleh buat simulasi.. mcm2lah..huhu.. Juga terima kasih utk keluarga tersayang.. i love u all.. Terima kasih kakak2 & abg ipar yg hadir mlm ini.. Maaf buat yg xdpt dijemput.. but u are all in my mind.. Ya Allah.. Terima Kasih atas kurniaan dan rezeki dariMu. p/s VC USM dah pesan siap2.. guna duit anugerah tu wisely.. 50k tu... huhu.. InsyaAllah just nak simpan utk pi haji pakej boleh?? 😂😂😂 #syukurselalu #AAN #AnugerahPengajaran #Alhamdulillah #MommyPapa #USMStyle
Jumaat, 3 November 2017
Terjumpa dgn bekas bakal artis @ada2aje si @ainndz di Alamanda. Sbnrnya tgh lunch tu mmg tetiba teringatkan ain sbb ain mmg selalu lepak alamanda.. xsangka instinct tu tepat.. hihi.. Dah banyak tahun xjumpa ain.. tp xdpt borak lama sbb boss nak cepat pi solat jumaat..
Rabu, 1 November 2017
Hubby terjumpa kunci M ❤️F 2017 di jambatan menghubungkan bandar #salzburg dan #hohensalzburgfortress. Cepat2 hubby gtau suh ambil gambar. Kat jambatan ni org gantung kunci banyak2 dan salah satu tujuan sbg lambang cinta. Ada makna kunci ni. #MommyPapa #Love #FnM
‹
›
Laman utama
Papar versi web