Isnin, 30 September 2019

Supervisor...

Since last week dia mohon untuk jumpa saya. Katanya dia sgt perlu untuk jumpa saya.. then baru hari ini baru berkesempatan untuk bersua. Dia hadir ke pejabat saya.. perkataan pertama adalah.. Dr. saya ingin mohon maaf banyak2 atas kesalahan saya dengan linangan dengan airmata yg tak putus-putus. Lantas saya cakap.. eh.. awak takde salah apa2 kat saya.. Dr. saya memang bersalah kat Dr. saya terlalu ikut perasaan saya.. sekarang saya sedar saya takkan dapat grad kalau Dr bukan supervisor saya..

Al-kisah tahun lepas dia mendaftar PhD di bawah seliaan saya. Dia merupakan pelajar Master di bawah seliaan saya dan beliau satu2 nya pelajar yang dapat A untuk disertasi Master tahun tersebut. Namun bila dia daftar PhD dia rasa saya sangat sibuk dan tak dapat tumpukan perhatian pada dia. Bila dia nak tukar saya cakap.. ok.. saya just nasihat kan dia fikir masak2 sebab dia menamakan seorang yang saya rasa mungkin tidak sesuai dengan dia. Saya cadangkan seorang yang lain tapi pada masa tersebut dia macam tetap dengan keputusannya. Saya cakap kepada dia.. sebenarnya dia sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi saya sebab tidak pernah ada pelajar saya yang pernah memohon tukar supervisor walau sesibuk mana saya. Saya tandatangan borang pertukaran dan move on. Walau pun saya agak terkilan sebab dia memohon tukar hanya selepas 3 bulan pendaftaran, saya fikir tentu ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi.

Betul sangkaan saya.. hari ini dia ingin saya kembali menjadi supervisor dirinya. Dia cakap dah setahun dia stuck pada Bab 2, supervisor dia langsung tak baca apa dia buat dan semasa prospektus supervisor yang dipilih langsung tidah membantu malahan komen sebagaimana penilai. Dan the sv confess dia tak baca prospektus yang ditulisnya. Dia cakap.. dia minta maaf sangat2 sebab terlalu menurut rasa hati dan tak dengar nasihat saya. Dia tau silap dirinya sendiri. Dan dia paling terharu bila walau pun dia buat saya sedemikian, saya masih layan dia dengan baik, bila dia minta tolong saya masih tolong dia sebaik mungkin.

Lantas saya katakan pada dia.. saya lebih suka move on bila sesuatu terjadi, sebab saya percaya Allah Maha tahu. Apa2 pun saya tanya kpd dia, dia nak saya supervise dia semula ke? Dan dia tanya boleh ke.. sebab dia perlu isi borang semula.. takut nanti tak lulus. Saya cakap tak pe.. isi je semula.. denngan justifikasi yang betul. InsyaAllah akan lulus.

Sebelum pulang dia berkata, Dr. mak saya juga kirim salam dan pesan yang mak dia juga minta maaf sebab saya sebagai anak dia telah menyakitkan hati Dr.

Terharu saya... seorang ibu sanggup mohon maaf bagi pihak anaknya..

~Kisah hari ini dengan pelajar PhD.. dia dah isi borang dan saya dah tandatangan untuk dia rujuk kembali menjadi student saya semua.

#KisahUntukDikenangSuatuKetikananti

Selasa, 24 September 2019

Congrats Yuen Ting for your PhD!

Congrats Yuen Ting for your PhD! Dr Roz @banksy99i is the supervisor and me helping as a co-sv. This is Dr Roz first PhD graduates. Congrats to Dr Roz too!! This is my 11th PhD graduates 💪🏻💪🏻 #alhamdulillah

Konvokesyen USM ke 50

Sekali sekala beratuq apa salahnya.. 😂😂. Hari ini konvokesyen Komemoratif #USM ke 50 tahun.. sempat yg 50 tahun je la kot.. Nak tunggu 100 tahun mungkin tak kesampaian la.. 🤭🤭 #usmstyle #welead #IamUSM #KamiMemimpin. Hari Sabtu masuk konvo lagi 😅

Jumaat, 13 September 2019

Dating Malam

Merempit pi dating malam2 ni.. maklumla esok cuti 🤭. Ada bunyi org 🎤 karaoke tepi ni.. acah2 si dia.. dia cakap kena bala kang baru tau 🤣🤣. #mommypapa #Supper #Us