Ahad, 13 Oktober 2024

Tersedih...

Aku ni jenis sangat sensitif.. terutama tentang keperluan asas atau keperluan lain. Tu sebab bila anak-anak nak apa-apa terutama berkaitan sekolah aku akan cuba tunaikan.. Hujung minggu ni aku tiba-tiba tersedih. Bila aku tersedih memang susahlah nak baik, that's why aku cuba avoid jadi sedih. Aku ni kalau boleh tak suka hampakan orang. Kalau dalam kalangan adik-beradik aku.. aku ni biasanya jadi tempat adik beradik meminjam duit. Dulu masa adik-adik masih belajar di universiti aku jadi tempat mereka minta duit. Bila dah kerja jadi tempat pinjam duit, which sedaya upayanya akan beri. Walaupun memang tak menguntungkan aku. Bila mereka pinjam makanya mereka akan bayar ansuran. Katalah mereka pinjam RM2k.. bila bayar RM200 sebulan memang jadi macam airlah kat aku.. Tapi sebab adik-adik kan.. aku tak banyak songeh sangat. Adik aku yg sorang ni pulak sedang buat PhD, dari dulu ditaja HLP sampai dah kerja balik semula, tiap-tiap semester cari aku untuk bayar Yuran Pengajian. Macam aku cakap tadi.. bukan dia tak bayar balik, cuma... bayar ansuran.. memang dilute lah duit tu bila sampai balik kat aku... 

Selain dari adik aku, aku ada kakak (lain mak satu ayah). Dia sebenarnya dulu kaya raya.. tak pandanglah kami adik-adik yang kerja kerajaan ni. Since aku dah kerja dan established, dia ada juga ajak pi rumah dia di Kemaman.. dia rajin sangat melabur skim cepat kaya. Dia pernah try pujuk aku masuk tapi aku dan husband memang tak minat. Cukuplah dengan rezeki sedia ada. Hidup jelah kami sekadar apa yang ada.. FYI, masa kecil kami takdelah rapat dengan kakak aku ni.. kami lebih rapat dengan abang (adik dia satu emak dengan dia) sebab abang tu dibela oleh arwah mak aku. Tapi kalau ada kenduri dan hari raya, adalah juga kami berjumpa. Sekali sekala ada juga kami ke rumah dia. Masa PKP tiba-tiba dia contact aku.. katanya kereta nak kena tarik. Ehh.. orang kaya pun kereta nak kena tarik? Katanya tukang tarik kereta mengejar dia suami isteri. Kereta dia jenama apa ntah Country Club ke apa yang aku tak mampulah dan tiada keinginan nak beli (sebab tak mampu). Masa tu aku setuju untuk tolong after aku tanya encik suami. Aku kesian walaupun dia jauh lebih kaya dari aku, Dulu dia ada kedai emas, sekarang ada kedai perabut jati yang dah agak sendu. Dia janji nak bayar setelah selesai salah sebuah rumah dia di KT. So aku berikan pinjaman sebanyak RM5k. After a few months dia bayar balik.

Then, tahun lepas, sebaik sahaja aku sampai di New Delhi untuk meeting, kakak aku ni Whatsapp nak pinjam duit lagi. Aku reply aku di ND dan aku tiada duit dalam bank untuk di transfer sebab aku di oversea. Masa tu hari Sabtu dan dia janji nak bayar semula hari Selasa. Dalam hati aku..mesti dia nak melabur kat mana-mana ni skim cepat kaya. Mujur aku ada alasan aku di luar negara. Tiba-tiba baru-baru ni dia nak pinjam duit lagi.. kedai dah berapa bulan tak bayar. Aku cakap kat dia.. memang aku nampak senang , ya aku ada duit sebab hidup aku sangat sederhana. Kalau datang rumah aku memang sangat sederhana. Dengan sofa dicakar kucing, dengan alas meja berapa ringgit entah.. berbanding rumah banglo dia yang mewah cantik dan memang ala ala orang kayalah. Aku ni hidup di rumah teres semata.. Bila dia mintak tu aku basuh dia.. aku cakap dia kena downgrade kehidupan sebab bisnes dia dah tak jalan.. maksud aku downgrad tu apa-apa barang kat rumah yang have-have tu jual je la.. tak perlu jadikan aku 'mangs' tempat pinjam duit. Yang aku sedikit terkilan, adik beradik aku yg lain tidak di approachnya. Padahal kakak-kakak aku berduit juga, malah husband kakak aku nombor dua tu CEO Megah Holdings kot. Bila aku cakap begitu, terus cakap.. .segan.. Adik aku pun bila aku suruh pinjam kat kakak aku pun segan... Abis dengan aku tak segan pulak. Adoii... Tapi aku ni mudah kesian.. so aku bagi kakak aku pinjam RM5K dan adik aku aku bayarkan yuran pengajian PhD dia RM2.7k. Selain adik-beradik beberapa kawan juga approach nak pinjam duit.. ada juga sampai putus kawan sebab aku tak bagi pinjam.

Kenapa aku tiba-tiba bersedih.. sebab aku tak tau nak cakap kat siapa apa yang aku tanggung. Terlalu ramai yang suka ambil kesempatan pada aku sebab "Aku meduah kesian". Padahal aku ni sebenarnya selalu terpinggir. Banyak jer aku pendam sorang-sorang.. yang aku sendiri tak cerita kepada adik beradik aku. Dulu masa aku sekolah tiada pun adik beradik yang kisah pasal aku. Even kakak aku yang dok nak pinjam duit aku tu mmg out of context la.. Pernah aku minta dia belikan getah rambut, masa tu aku umur 5 tahun kot.. sampai sudah dia tak belikan. Aku dulu selalu cari jalan sendiri, untuk selesaikan masalah aku. Masa di UK, aku tak cukup duit aku kerja hantar surat khabar free dari rumah ke rumah. Dengan kena kejar anjing lah... macam-macam aku kena. Yang paling sadis masa aku Tingkatan 1.. masa tu mak dan ayah aku sangat aktif dengan PAS. Aku pula pelajar cemerlang tapi tak dapat sekolah asrama penuh. Paling sadis aku kena masuk sekolah Katholik yang sebelum itu adalah SMJK(C), tetapi nak dinaiktaraf dengan memasukkan budak-budak Melayu. Aku batch ke dua dan aku tak dapat tukar ke sekolah lain.

Masalah aku bila masuk sekolah tu, Baju sukan. Masa tu semua baju sukan adalah lengan pendek, wajib pakai masa PJ. Aku minta duit dari arwah ayah untuk beli, arwah ayah cakap tak payah beli sebab lengan pendek. Masa tu tiada lagi inner lengan ni semua. So aku pakai baju putih lengan pjg utk PJ. Kena marah dengan cikgu dengan amaran, next class kena pakai baju sukan. Mana aku nak cari duit beli baju? Minta kat mak pun tak dapat duit tu. Untuk tak kena marah dengan cikgu aku terpaksa pinjam baju sukan kawan aku dari kelas lain yang duduk depan rumah. Tiap kali PJ aku pakai baju basah... ya baju basah sebab kawan aku PJ hari sebelumnya. Aku tak ingat berapa lama aku begitu, sampailah aku berjaya kumpul duit belanja sekolah aku untuk beli baju sukan. Bayangkan tiap-tiap minggu aku pakai baju sukan basah masa PJ. Bila teringat balik sedih sangat rasanya tapi tiada siapa yang dapat tolong aku.. kecuali kawan aku yg sudi pinjamkan baju basah dia kepada aku.😭😭😭 Aku tak salahkan mak ayah,pengaruh agama sangat kuat masa tu.. tapi itu semua hanya permulaan, banyak lagi yang aku hadapi tapi aku usaha dan tak pinjam duit orang lain sebab aku tak reti nak pinjam kat orang... Sampai aku degree, master, phd... apa-apa aku buat sendiri.. 


Sebenarnya aku jadi sedih sebab aku geram.. kenapa aku kena hadap orang nak pinjam duit ni??? Kenapa ya? Ianya mengingatkan aku kepada macam mana aku struggle sebelum ini dan tiada siapa yang aku ada untuk menolong aku. Kalau aku cerita tentang struggle aku masa PhD, kerja sebagai care-giver kepada orang cacat.. kena basuh berak orang cacat, kena masak pork dan ham... semata-mata untuk survive... 

Dan aku geram kat kakak aku tu... bila aku cakap kena downgrade dia cakap dia dah tak makan sedap-sedao.. dia ingat downgrade makan je ke.. downgradelah kereta, pakai myvi atau viva second hand sudah... pi duduk kat rumah kecik laki bini.. tak yah dah dok banglo besar tu... 

Ishhh... sangat sedih dan geram... aku harap ada orang faham kenapa aku sedih.. senang nak cakap jangan beri.. tapi aku tak sampai hati sebab aku pernah susah suatu ketika dulu... susah sangat... 😭😭😭

dan.. aku sedih bila orang kedekut dengan aku sedangkan aku sentiasa tidak kedekut dengan orang... aku sentiasa sudi berkongsi apa yang aku ada dengan orang lain...

~Mel