Ahad, 6 Januari 2008

What if...

Beberapa hari lepas mel demam. Actually mungkin sebab dah lama tak demam.. sekali demam mmg rasa tak larat sgt. So, kerana ketidaklaratan, mel just baring.. tido.. baring.. tido... Komputer on, tp tak berusik.. Telefon dlm handbeg... mmg sekarang ni malas nak check telefon... rasa macam tak de siapa nak call or sms mel.. so lebih baik tak yah check...biarkan je dlm beg...

Entah macam mana after seharian dok tido + mkn paracetamol.. tiba2 mcm terjaga sbb rasa mcm bunyi fon.. terasa nak angkat pulak. Bila mel angkat fon, satu suara yg familiar macam halilintar kat sebelah sana... mel just sempat cakap helo... lepas tu suara tu start tanya.. mel ko kat mana? ko ok tak? knp tak jwb sms? knp tak angkat fon? Mel pun jwb.. aku tido la.. aku demam.. tak larat nak bgn.. Suara tu meneruskan bebelan.. lebih kurang mcm nie... ya allah ko ni.. risau aku tau, bnyk kali aku sms.. call lg.. sume masuk voicemail.. tak jadi aku buat keje ari ni tau. Mel cuma sempat ckp... aku okla.. pas tu suara tu terus gak membebel... ko ni kan, dah lah duduk sorang2.. sakit demam org tak tau.. pernah tak ko fikir kalau apa2 jadi kat ko, mana org lain nak tau.. buatnyer ko keras sorang2 kat umah ko tu.. no one knows ko tau! Pernah tak ko bygkan sebelum ko tido, buatnya ko tak bgn esok pagi... mcm mana org lain nak tau... ??

Hmm...masa tu mel just mampu jwb.. ish ko nie.. takdelah mcm tu... aku ok..just hari ni jer aku tak sihat... lepas tu pjg lagilah perbualan mel dgn suara td... suara yg sentiasa concern psl mel.. sehari mesti sekali dia menghantar sms at least cakap hi.. walaupun di dlm kesibukan dia di samping suami & babynya...

Lepas perbualan tu.. mel just malas nak fikir apa yg dikatakan oleh suara itu... mel biar aje ia berlalu dari fikiran mel.. tapi hari ni.. suara itu tiba2 kedengaran... hmm.. betul ckp suara itu.. apa akan jadi kalau esok mel tak bangun dari tido.. siapa yg akan tahu?? Siapa yg akan ambil tahu?? Mama & papa mel biasanya akan tunggu mel sms... beritahu perkembangan.. ataupun tunggu mel sms mintak diorg call balik... dan biasanya diorg tak kisah sgt kalau mel diam. Bg mereka mel dah besar.. dah boleh berdikari.. Kalau setakat beberapa hari atau seminggu dua tak call tu, perkara biasa aje.. lagipun duduk jauh2 nie.. mmg biasa lah cam tu.. hmm.. itulah....

Sbnrnya malam ni mel rasa amat keseorgan... tu sebab tiba2 mel terfikir...

What if.. malam ni mel tido.. mel tak bangun2 lagi... ada tak org yg akan merasa kehilangan mel.. ada tak org yg akan ambik tahu mana mel pergi...

Apa2 pun.. kalau malam ni mel tido... dan tak bangun lagi.. mel berdoa moga Allah beri petunjuk agar mel tidak keseorgan disaat2 akhir mel.. dan juga andai malam ni mel tido.. dan tak bangun lagi.. mel mohon ampun dan maaf di atas apa jua salah mel buat kawan2.. dan insan tersayang... tapi apa2 pun.. mel berdoa semoga mel berpeluang utk menghirup udara hari esok.... rasanya belum cukup bekalan mel untuk pulang ke sana...

Dan apa2pun mel tahu esok suara itu akan mnghntr sms.. kalau mel tak jwb dia akan cari mel sampai ke ceruk mana sekali pun.... terima kasih sahabat... kau sentiasa ada dlm suka & dukaku..



Mel~~
Apalah gunanya pengorbanan... andai tidak dihargai... :(
Sahabat.. terima kasih atas setiap pengorbanan mu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan