Aku tak berapa sihat since beberapa hari lepas.. so when isu kerajaan perak melanda aku tak berapa ambil tahu sgt.. sebab aku just layan sakit aku. Hari ni time aku nak makan malam.. tv3 tgh berita menayangkan MB baru angkat sumpah.. lepas tu berita jd cam rusuhan tu.. aku tetiba cam terkedu.. dan aku terfikir.. kenapa ini harus terjadi..
aku tak suka politik.. but aku ada definite pandangan tentang politik malaysia dan apa yg kita sbg rakyat malaysia perlu buat perubahan. aku hidup bergelumang dalam politik since aku kecil dan aku rasa politik menyebabkan ibu bapa yg terlalu ekstrim mengabaikan anak-anak.. tak kira apa jua latar belakang politik mereka. dalam aku membesar.. mmg aku tak suka.. parti pembangkang ataupun kerajaan sebab kedua2 nya itu membuatkan hidup aku sebagai seorang anak terabai. but as time goes by.. aku develop my sense of kesedaran ttg politik malaysia.. aku nilai sendiri.. dan aku rasa skrg ni aku ada pendirian yg mantap to whom i chose to give my believed to.
anyway.. berbalik kepada negeri Perak.. aku rasa sedih.. mmg sedih.. bila tengok apa yg terjadi. Aku sedih sebab kita sebagai rakyat tak diberi peluang untuk berkata apa2. aku tak sedih Nizar dah tak jadi MB.. aku tak sedih PKR tak dapat memerintah lg.. aku tak sedih kehadiran MB baru.. yg aku sedih kenapa rakyat jadi mangsa dlm pergolakan politik ni. Kalau dulu rakyat yg pilih YBs yg tukar parti tu.. skrg rakyat harus diberi peluang utk menunjukkan sama ada mereka memilih YBs tersebut sebagai individu ataupu mereka memilih YBs resebut kerana partinya. Barulah adil kepada rakyat.. then keputusan sama ada siapa atau parti apa memerintah perak adalah ditangan rakyat, bukan ditangan sultan atau ditangan parti2 politik.
kalau rakyat tak diberi peluang itu.. apalah maknanya demokrasi?? sekarang ini pergolakan politik dan perebutan kuasa ini menyebabkan rakyat makin menderita. Sudahlah keadaan ekonomi tak menentu.. peluang pekerjaan terhad.. banyak perkara lain yg perlu org2 politik ni fikir selain dari nak mengekalkan dan berebut kuasa.. fikirkan generasi yang akan datang.. ke mana arah mereka..
Hmmm...sedih betul.. dan kita sebagai rakyat fikirlah.. jgn kerana dah dilimpahi kesenangan atau takut sekiranya ada perubahan sesuatu yg buruk akan terjadi.. kita biarkan hak kita sbg rakyat ditindas.. semuanya ditangan kita.. tanpa kita siapalah mereka.. siapalah Pak Lah.. siapalah Najib.. siapalah Anwar.. siapalah Nizar.. kita penentunya.. so let us think wisely.. the wise thing is.. patut ada piliharanya semula di Perak.. supaya rakyat boleh bersuara siapa yg mereka prefer utk memerintah Perak... fikir2 kan lah.. antara sedar atau tidak..kita jd mangsa...
mel
~sekali sekala bercakap pasal hak kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan