Selasa, 23 Jun 2009

cangkuk..

Setiap pagi waktu nak pergi kerja mesti dok fikir.. nak pakai baju apa. Aku rasa most perempuan ada masalah yg sama. Tetiba aku ternampak baju kurung dah lama tak pakai. So aku capai baju tu.. gosok ~dgn seterika baru beli after seterika lama musnahkan baju favourite aku :( . Siap menggosok, mandi.. aku pun bersiap2 nak gi kerja. Bila aku sarung kain dan nak cangkuk.. alahai.. tercabut pulak cangkuk tu. Adeh.. malasnyer bila dah sarung kain nak bukak pulak jahit.

So, dgn malasnyer aku capai jarum kat atas meja. Kebetulan aku baru lepas mejahit baju aku berwarna marroon kemerahan. So kat jarum mmg dah ada benang warna marroon tu. Dlm hati aku fikir.. alah setakat cangkuk guna je la benang sedia ada kat jarum tu, malas nk tukar2. Dengan tak tanggal kain tu.. aku pun jahit cangkuk tu... kalau mak aku tau mesti kena marah.

Kata orang tua2.. tak baik jahit baju dibadan.. tak tahu la sebab apa.. aku buat conclusion sebab takut terjahit badan sendiri kot.. atau tercucuk jarum kat badan.. tapi tadi aku dah buat elok2 tak de la pulak tercucuk pinggang aku.. anyway.. Macam2 petua org tua.. contohnya jgn ketip kuku mlm2 (sebab xtau)... jgn 'menyabung' waktu meniarap nnt ayah mati... jgn makan kepala ikan nanti jd kurang cerdik.. err.. mcm2 la.. tapi aku selalu buat jugak.. :P

Ni dia cangkuk kain yg aku jahit tadi.. mujur tak tercucuk pinggang..!!

~mel
xde mood..

1 ulasan: