Since mlm aku tidur di ofis aku sgt conscious dgn tikus dlm ofis aku. Sebelum ni aku dah syak dah tikus ada balik kat ofis aku tu. tapi puas aku dok intai kat siling tp tak nampak ada lubang. So aku just ignore perasaan aku. Dan sejak akhir2 ni aku terover bz tak sempat nak jenguk betul2 kat dlm ofis aku.
Masa aku tidur kat ofis hari tu, dlm pukul 12tghmlm aku tutup lampu (bila aku citer kat kawan2 sekerja they all ckp.. beraninya tutup lampu!). Bila aku tutup lampu dgn pc terbukak aku tetiba dgr bunyi srupp.. zrapp.. kat atas siling. Tetiba aku nmpak ekor samar2 atas lemari ofis. Apalagi melompat aku bukak semula lampu. Mmg sah dia telah kembali. So, aku tidur bukak lampu mlm tu.. sbb ada tikus!
Oleh kerana aku sibuk kursus one whole week, aku tak de masa nak check ofis.. Smlm ptg lepas abis kursus terfikir nak bukak drawer2 meja aku. ya allah...habis benda2 dlm drawer meja aku dibelasah. Termasuklah krim Lancome aku! ceh! drawer tu mmg aku jarang bukak.. abis segala makanan yg sidia ni jumpa dimakan dlm tu. so mmg teruk. Smlm tak sempat nak mengemas.. so hari ni aku buat operasi mengemas. Kebetulan belah petang kursus aku xperlu hadir sebab aku dah lulus komponen tu utk pengesahan jwtn.
Berpeluh2 aku mengemas + mencuci utk memastikan sisa2 tikus apex ni abis segalanya.Aku panggil dia tikus apex sbb dia sgt cerdik. skrg baru tau mcm mana dia masuk ofis aku. mmg aku takkan nampak mana dia masuk sbb lepas dia kuar dia mcm kaver jejak dia.. tutup balik tempat dia kuar kt siling tu.. mmg mcm professor cerdiknya tikus universiti apex ni...
~mel
kagum betul dgn tikus apex ni...
Tikus tu teringin nak pakai losyen jugak tu, nk melawa mcm tuan punya losyen
BalasPadamceh..
BalasPadam