Taman Rekreasi Universiti tu khabarnya lebih utk kegunaan Pesila nak camping2.. di kawasan hutan simpan USM yg masih ada 22 ekar kot.. Aku pun sebenarnya tak de la semangat nak gotong royong.. huhu.. datang nak tunjuk muka jer utk perasmian.. So sarung tangan pun aku tak amik.. (tapi breakfast aku pau jugak..huhu pasal lapar kan)... So aku jadi gurugambar je la.. amik gambar mana2 yg patut.. huhu..
Mentari pun masih malu2 nak keluar.. apa lagi aku.. masih malu-malu nak kuar rumah.. kalau sambung tido kan best.. Ni kat jalan nak naik ke Taman Rekreasi Universiti..
Kira aku salah seorang yg terawal la naik kat atas bukit tu.. kosong lagi org belum sampai... walaupun aku ingat aku dah lambat..
Alatan2 yg disediakan... buat aku takut jer.. :P
Layout kawasan TRU yg di design oleh HBP..
Kelakar betul... penggali pun ada ikat reben.. jenuh aku nak imagin camne org tu nak menggali tanam pokok dengan reben terikat kat penggali tu.. huhu
Pro Canselor lepas tanam pokok dan menyiramnya pulak... Cool la dia ni..
Student2 yg dtg nak bergotong royong... tak pela kan derang pun dah ramai.. kalau aku tolong wat menyibuk dan meramai jer kan kan..
Anyway.. pukul 9 lebih aku dah melangkah kaki turun dari bukit tu.. time nak turun tu siap pakcik2 yg jaga kat tepi tangga tu cakap.. turun baik2 yer.. tangga tu curam sangat kang tergelincir pulak.. bahaya.. muka pakcik tu cam horror jer.. alamak obvious sgt dah ke perut aku ni... cam dlm hati pakcik tu kata.. dah tau awak tu cam tu nak gak panjat bukit tinggi2 ni.. huhu.. Apa nak buat.. demi menunjukkan muka kan?
~mel
xde mood nak kerja hari ni...
xde mood nak kerja hari ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan