Hari ni masuk2 kerja dapat berita seorang pensyarah di school aku kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Baru semalam aku diberitahu yg dia dimasukkan semula ke hospital kerana sakit kanser yg ditanggungnya setelah sekian lama.. Walaupun pada mulanya aku tak berapa rapat dengan beliau, tapi sejak beliau mula sakit dan keluar masuk hospital, banyak peluang dan tunjuk ajar yang diberikan olehnya padaku.
Aku rasa amat respect kepadanya, sebab dalam keadaan dia sakit, dia mampu bekerja remotely dan menyiapkan pelbagai perkara.. walaupun dari hari ke sehari aku lihat dia makin kurus dan makin lemah..
Yang paling aku hargai dia banyak membantu dan mengajar aku untuk membuat satu proposal utk grant yg bernilai Rm250K, tanpa sedikit pun keuntungan terhadap dirinya, tapi hanya untuk membantu orang lain.. bukan mudah bagi seorang pensyarah baru seperti aku untuk membuat proposal untuk grant yg sedemikian. Walaupun tetiba aku rasa terkapai2 tanpa dirinya, tapi aku tahu Allah lebih mengetahui yg terbaik...
Actually memang aku terasa kesedihan atas pemergiannya. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yg beriman...Amin..
Al-Fatihah..
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan