Isnin, 1 November 2010

Misteri 3 (perbualan dgn zainah ptg tadi..)

Selepas aku publishedkan blog tadi.. tetiba aku ckp kat hubby.. apa kata aku call Zainah.. hubby cakap.. call laa.. call laa.. Aku pun terus capai henfon & call zainah.. aku set speaker fon on supaya hubby boleh dengar sekali percakapan kami..

Bila telefon di sebelah sana berbunyi, tdgr salam dari zainah.. aku pun jawab salam dia.. dia terus ckp.. terima kasihlaaa sebab call dia.. aku ckp saja jer kak.. nak tanya khabar.. Pastu dia terus bukak cerita...

"Nak tahu.." dia mulakan perbualan.. "budak lelaki yg aniaya akak hari tu, bawak lari anak perempuan akak.. dah seminggu dah.. aduhh risau akak.. dah 3 hari dok kat Larkin mencari anak akak tu.."... Errr.. aku sbnrnya tak expect ada cerita gitu.. aku pun tanya.. anak akak yg mana ni kak? (kan dia ckp anak dia 7 org). Dia ckp anak pompuan yg besar sekali.

Aku tnya zainah ni.. camne dia boleh larikan anak zainah.. zainah ckp dia dtg rumah zainah time zainah tak de.. bawak sorang budak pompuan yg lari dari rumah juga.. so skrg ni si mamat amirul hafiz ni bersama2 dgn 2 org budak perempuan.. Zainah ckp dia dh report polis.. gambar dh diedarkan dan budak2 tu dikesan di Melaka...

Hmmm.. aku pun tak taula nk caya ke tak nak caya ke.. sbb cerita dia tu mcm automatik kluar dr mulut dia tanpa fikir pnjg lagi.. xdela macam teragak2 dia nk cakap/cerita.. lancar jer.. pastu latar belakang dia mcm ada ramai budak2.. dan aku terdengar suara budak bising nak cakap jugak dlm fon.. alaaa.. mcm budak2 kecik sibuk nak amik tefon dari mak dia waktu mak dia tgh ckp kat fon.. camtu laa..

Kata Zainah esok dia nak ke Melaka.. dah puas cari anak perempuan dia.. bila dia minta tolong husband dia, husband dia sibuk dgn kerja (??) which aku buat conclusion may be dia dah bercerai dgn husband dia kot.. ishh.. takkan la ada ayah yang tak risau anak perempuan hilang...kan...

Lepas aku dah call zainah tu.. hubby cakap.. cubala try mama amirul hafiz tu.. nombornya masih aku simpan.. bila aku try call.. nombornya tak dpt dihubungi.. sama macam time malam zainah datang ke usm.. try2 tak de org angkat fon...

Anyway.. pelik jugak.. biasanya kalau budak hilang mesti kepoh gak kan? ishh.. ntahla.. makin misteri si zainah ni.. Aku ckp kat hubby.. esok ingat nak call dia lagi.. tnya dah jumpe ke tak anak dia tu.. sambil call tu ingat nak rakam.. huhu... harap2 menjadi laaa...


~mel

2 ulasan:

  1. bile nak sambung lagi ni.. eksited..!!

    BalasPadam
  2. keh3.. ingat nak call ptg td.. tp busy pulak.. ni baru nk sms tnya kabar.. :P

    BalasPadam