So hari ni adalah penentuan untuk melihat sama ada lubang tersebut telah tertutup atau tidak.
Ini dia doktor Melayu berpelat kelantan yg agak pekat sewaktu tgh dok scan jantung eryna. Actually aku agak cuak jugak sebab time dia tgh scan tu muka dia serious pastu mcm banyak kali dia dok pusing2 scan kat tempat yg sama. Dahlah before that masa tgh menunggu ada satu family ni, anak dia dah umur 6 tahun, jantung ada lubang. So masa umur setahun budak tu telah dioperate utk masukkan jaring kat luar jantung. Ayah budak tu dok cakap kat aku.. tak pe..kalau eryna kena operate sejam je prosedur dia.. dan 3 hari jer baby dok kat wad... Aku mmg masa tu cuak habis.. macam2 fikir.. bila tengok doktor ni serious je.. lagila.. rasa cam sakit jiwa dibuatnya..
Eryna masa discan sgt baik. Masa tu baru bangun tidur dari atas pangkuan papa nya.. so dia dok diam dan tengok kat skrin scan tu macam tau2 jer.. sekali sekala adalah nak try meniarap but mmg really good girl lah eryna tadi.. :)
Itu dia eryna dgn tuan doktor... good girl kan anak mommy..
Tengah2 doktor ni scan datang sorang lagi doktor kat belakang aku dan hubby.. and tiba2 doktor tu cakap... "nampak ada lubang lagi kat jantung tu.. tapi sangat kecil.. so okla macam tak ada apa2.. dan jantung nampak stabil dan balance kedua2 belah..." Then barulah doktor yg 'menyecan' ni cakap dgn pelat kelantannya.. 'yer.. masih ada lubang tapi tak serious, dan dia predict akan tutup sendiri, insyaallah"... Lega rasanya. Dan doktor cakap..ok.. kita jumpa lagi setahun utk tengok lubang kecil tu tertutup atau tidak. Lubang tu hanya besarnya kurang dari lubang jarum... so mmg kecillah..
Alhamdulillah.. lega aku dan hubby.. kalau tidak mmg tak taulah nak cakap apa.. naknyer hari ahad ni nak ke Melbourne.. eryna tinggal dgn atuk & uwan di Gombak. aku cakap kat hubby tadi..kalau ada apa2 tadi, mmg jawabnya aku kansel terus nak gi Melbourne..
Syukur kepada Allah kerana dipermudahkan... moga setahun lagi lubang dijantung anakku akan terus tertutup dan harap2 moga anak mommy sihat2 selalu yer... AMIN..
~mel
p/s balik dari hospital sempat berjumpa dgn Fatin Aliah, one of my earliest fb friends..(first time jumpa hari ni, fatin kerja di UTM) kenal dia di fb before org malaysia tau kewujudan fb lagi pun.. huhu...

semoga semuanya akan dipermudahkan.. dan jantung Eryna akan pulih seperti biasa.. Amin..
BalasPadam