Semalam aku dapat PM dari seorg kawan yg duk di Melbourne.. aku terlupa sungguh yg dia pernah gtau yg dia kat Melbourne skrg ni, baru nak abis PhD.. Azhari nama dia. Bila di baca status fb aku dia terus message & bg no fon dia. Aku message & bagi no fon aku, mlm tu terus dia sms. Apalagi aku cakap kat dia.. bawakla kitorg jln2. Rupa2nya dia dok kat Malaysian Hall, tak jauh dari hotel yg aku duduk. Pagi tadi kitorg arrange nak jumpa kat station tram terdekat.. dia tanya nak gi mana? Aku ckp nak jalan2 cari tempat shopping jer (walau xtau nak shopping ape pun..). Aku cakap dia, ada member aku sama kerja kat USM cakap kat dfo murah.. dia cakap..ok.. dia bawak gi dfo. Mula aku tak tau ape mendenya dfo tu.. rupa2nya Direct Factory Outlet.. huhu..
So, destinasi pertama pg tadi adalah dfo. Azhari ajar kami naik tram. First day hari tu mmg kami ada try naik tram..tp turun balik sebab xde duit siling nak beli tiket.. dan tak tau nak beli kat mana pulak tiket tu.. last2 tadi bila diajar, baru tau tiket tram boleh beli kat 7e. Kami mmg rajin gi 7e sebab kat situ jer dapat beli air murah sikit.. cam dua botol besar AU$5 atau $7. So hari ni ke mana2 kami ikut azhari dgn menaiki tram. Takdela termengah2 cam smlm jalan kaki. Semalam kami naik tram gak.. tp naik tram free jer pusing satu bandar. Kat dfo xde shopping ape pun.. cam xberapa meriah.. tapi ada kedai Levis, so hubby @fullfilth rembat sehelai Levis (mmg dari msia dah plan nak cari levis sehelai). Harga boleh tahan.. Then beli beberapa buah buku yg agak murah. Aku tak beli apa2 sbb nak beli baju pun cam xberapa nak sesuai..huhu.. so just jln2 aje.
Lepas tu @amirulzahid yg bersama2 dgn gerombolan kami cakap dia nak cari kasut sukan. So azhari cakap, dia akan bawak kami ke tempat factory outlet pelbagai jenama sukan. Perghhh.. bila sampai kat situ.. kami semua melopong. Mula2 ke FOS Nike.. harga mmg sangat murah. Tergoda sungguh. Then kami ke kedai2 FOS yang lain cam Adidas, QuickSilver, Kathmandu, Russell, dan ada gak kedai2 factory utk brg2 dalam org ppuan.. haha.. :P. Mmg suka sungguh kami di situ, so adalah beberapa barang yg dirembat di situ.. Lupa pulak.. time aku tgh dok sibuk pilih baju kat Russell.. bila keluar jer.. cari2 hubby xde.. puas kitorg pusing2 cari dia.. tp xjumpa.. gabra dah aku.. jenuh cari.. last2 jumpa dia dah lepas ke jalan atas sbb tak perasan kitorg sok tgh try2 baju kat dlm Russell tu.. huhu.. mujur jumpa.. kalau tak meraung aku kat tepi jalan tu.. :P
Dari situ kami balik ke citycentre.. masing2 dah lapar..azhari bawak kami ke kedai malaysian halal, OldTown Kopitiam Mamak.. so dapatlah kami makan nasi setelah 3 hari dtg sini. Harga nasi kandar adalah AU$10.95 sepinggan..haha..kalau convert aku tak makan laa.. so apa2 jgn convert duit malaysia.. :P Dari kedai makan, jalan2 city balik,jln2 kat RMIT university, cantik betul universitinya, lalu kat library yg cantik... then jalan kat Docklands & Yarra Riverbank, di kat Melbourne Exhibition Centre.. ambik gmbr sana sini, then Azhari ajak gi another dfo. Kitorg ikut jela walaupun kaki mmg ada rasa lenguh...huhu..Kat dfo tu aku dapat beli beberapa mekap branded murah.. huhu.. suka hati...
Hari ni mmg jln kat city centre aje laa.. Penatnya mmg penat.. sebelum balik, mcm smlm, kami tapau makanan dari kedai halal di tepi Flinders Street Station iaitu Lord of the Fries. Kedai ni 100% vegetarian dan halal. Semalam kami beli burger.. bigburger.. tak terabih nak makan.. hari ni kami beli hotdog pulak.. tak terabih jugak.. sgt besar.. Hari ni cuaca agak sejuk..hujan renyai2 lak tu.. hubby pakai baju lengan pendek jer coz semalam cam panas sgt.. hari ni kesejukan.. last2 pinjam sweater org baru beli..huhu.. jadi perasmi la tu.. kalau tak mesti beku.
Sampai hotel.. kepenatan.. tp sempat lepak kat lobby bawah utk check internet jab.. huhu..
~mel
Hi boleh tau kat mane DFO2 yg awak pergi tu?
BalasPadam