Jumaat, 29 April 2011
Sumpah.. (dari kaca mata seorang pendidik)
Blog aku jarang membicarakan hal politik, biasanya lebih kepada hal-hal personal diriku. Tapi petang ini aku terpanggil untuk menulis tentang sumpah. Sumpah dalam politik Malaysia semakin menjadi-jadi. Aku kurang berminat tentang politik sebab aku rasa politik dalam pendidikan memungkinkan pengaruh yg kurang sihat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bagi aku, biarlah individu berfikir sendiri, membangunkan minda dan menilai politik secara matang tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Walaubagaimanapun, senario politik malaysia bagi aku sangat kurang menyenangkan. Aku rasa bimbang bila anak-anak kita didedahkan dengan percaturan politik yg melibatkan sex dan sumpah. Sex sudah seperti menjadi trend. Yang meloyakan tekak apabila pendedahan sex ini melibatkan orang-orang yg beragama Islam. Bukankan payung Islam tersebut sudah sepatutnya membuatkan insan-insan mejauhkan perlakuan yang melibatkan mendedahan sex? Sudah hilangkah rasa malu kita sebagai umat islam? Yang membimbangkan aku apabila anak-anak kita dari peringkat umur secara bebas dapat membaca tentang perkara sex sebegini bagaikan perkara tersebut adalah perkara biasa. Entah-entah anak2 kita yg berbual2 di sekolah juga membincangkan perkara yg sama. Logiknya jika ibubapa juga taksub politik. Bercerita di depan anak2.. takutnya aku.. Akhirnya.. kalau perkara-perkara ini mempengaruhi anak-anak kita.. itu yg menjadikan makin ramai pelajar terjebak dgn perlakuan yg kurang menyenangkan.
Sumpah!! Ini juga aku takut. Aku rasa ramai guru pasti mengaku.. ada pelajar yg suka bersumpah.. sumpah cikgu!! saya tak buat!! atau sumpah cikgu! Bukan sy yg buat!!. Sepatutnya perkataan sumpah ini tak boleh dihalalkan untuk membuktikan sesuatu. Sumpah, sama ada akan membuatkan org lain percaya (walaupun tidak benar).. ataupun menimbulkan perasaan ragu-ragu di hati manusia. Dalam Islam, kalau ragu-ragu maksudnya kena tinggalkan. Kita tak boleh ragu-ragu dengan sesuatu.. kalau ragu-ragu, jgn buat atau jgn percaya. Kalau bab makanan pun kalau ragu2 pun kita xleh makan kan, haram! Tapi skrg ni, dah jadi trend, bersumpah utk membuktikan sesuatu. Jadi kemungkinan pelajar2 yg belum matang akan terfikir, ehhh.. baik aku bersumpah aku tak sihat mlm tadi, demam, tu yg tak siap kerja sekolah... mesti cikgu akan percaya.
So, aku rasa.. politik sgt ni sgt2 kotor dan membawa pengaruh yg sangat tidak baik kepada pemimpin-pemimpin kecil yang sedang kita bentuk sekarang ini. Tolong2 la sgt2 wahai org politik.. kasihanilah generasi akan datang.. :(
~mel
Rabu, 27 April 2011
Busy..
This week walaupun cuti pjg.. tp aku kerja jugak.. mujurlah sabtu jer.. itupun aku terpaksa minta member tukar jadual sbb aku perlu ambik kelas pagi... klu x kelas aku smpi mlm... Next week aku nk ke Kota Kinabalu pulak.. ngajar di sana.. ke KK kali ni mmg dgn family laa.. utk lain2 session belum pasti..
So.. nk watcamne.. tiap minggu kerja.. nak balik kampung pun xleh (rasa bersalah).. aku ni anak yatim piatu.. klu ada mak ayah mesti dah kena bebel..Last two weeks aku ngajar di KB, so dapatlah jumpa kakak aku di sana... tp tu laa.. kesian kt hubby & parents hubby.. mesti derang rindu..
Ngantuk daaa... jom tidur... kepenatan.. hari ni td ada 3 viva masters.. berpinau kepala dibuatnya..
~mel
p/s Risau aku bila wife aku bz sesangat ni. Grrr. (ditaip oleh hubbyku time aku xsedar..huhu)
Sabtu, 23 April 2011
PTPTN
3-4 minggu aku mmg tersangat busy.. masa rehat aku rasanya just masa tidur. Dah beberapa hujung minggu aku berkerja, so tak berkesempatan nak update blog. Actually banyak perkara yg nak di blogkan tapi disebabkan tak de masa so senyap je la..
Anyway.. nak berbalik kepada kisah Melbourne.. ada kisah yg hampir menyebabkan kami tak jadi ke Melbourne... iaitu kisah hubby di blacklist oleh PTPTN. Tujuan kami ke Melbourne utk ke Conference Global Learn 2011. Petang nak ke Melbourne, my brother hantar kami ke LCCT. Waktu kami sampai di LCCT untuk bertolak ke Melbourne.. kami terus checkin, solat and kami makan kejab kat McD, kemudian terus nak ke gate utk tunggu kat gate. Kami mmg agak awal tp aku mmg lebih suka awal dari tergopoh2 kemudian.
Sampai di Immigresen, bagi pasport, tiba2 pegawai immigresen tu cakap hubby tak dibenarkan keluar negara kerana blacklisted PTPTN. Kami sgt terkejut sebabnya setiap bulan bayar PTPTN. Then kami diarahkan ke pejabat.. kat pejabat tu jumpa 2 org pegawai lelaki yg cakap tak boleh buat apa2 coz hanya PTPTN shj yg boleh whitelist balik. Kami cakap.. mcm mana nak whitelist mlm2 buta (time tu dlm pkl 9.00 mlm & flight kami pkl 10.30). Diorang cakap tak boleh bantu and derang just bagi no pejabat PTPTN.. call pun mmg tak de org angkat. Masa tu aku dah sangat gabra dan rasa nak nangis dah!! Takkan aku nak ke Melbourne sorang!! Bukan xpernah ke luar negara sorang tapi dah rancang nk gi dgn hubby mmg tak sanggup rasanya nak gi sorang. Then aku cakap kat derang, kalau kitorg tunjukkan bukti pembayaran tiap2 bulan derang xleh consider ke? Kalau hubby tak bayar bolehlah kami terima.. ini kami bayar tiap2 bulan!! Time tu ada sorang pegawai pompuan terdengar kata2 aku. Dia tanya nak tunjuk camne?
Aku cakap boleh bukak cimbclicks and tgk transaction bulanan account my hubby. Kebetulan mmg bawak laptop & broadband. So kami buka and tunjuk terus statement account yg menunjukkan transaction bulanan yg bayar ke PTPTN dan siap ada monthly schedule utk bayaran bulan2 seterusnya. So dia suruh kami print.. gitu gini gitu gini dekat 9.45 pun belum settle. Last2 dlm pkl 10 baru kami dibenarkan keluar pejabat. Tapi dgn amaran lepas balik ni mesti minta PTPTN whitelistkan & rayuan lepas ni tak dilayan lagi!! Terpaksa kami berlari ke gate.. sampai2 org dah suruh boarding.. nak terkucil pun tak sempat!! Sgt tension masa tu.
So.. untuk sape2 yg lom bayar PTPTN silalah check status anda. Sebab kalau u all start bayar lambat..kemungkinan di blacklist tu amat besar. Dan even dah bayar pun u all takkan di whitelist automatik! Kena contact PTPTN utk status. Patutnya PTPTN ada system utk update status org yg dah bayar. Sistem skrg ni sgt menyusahkan org. Kononnya PTPTN ni nak membantu rakyat tp nampaknya dalam kes kami.. sgt tidak membantu... menyusahkan lagi adala. Bayangkan kalau sorg tu jenis tak gi oversea.. tetiba dah berumur nak ke Mekah... tetiba xdpt pi Mekah sbb kena BLOCK PTPTN??? hahaha..
Anyway... pengajaran sungguh!!
~mel
Isnin, 18 April 2011
membebel...
Ok.. seminggu dua ni aku mmg totally sgt2 sibuk. terutama utk set-up pengajaran dan teknikal arrangement utk program pensiswazahan guru (ppg). Dan aku juga terpaksa setup web utk 2 konference besar my school iaitu The International Conference on Early Childhood and Special Education (ICECSE) 2011 dan The International Conference on Measurement and Evaluation in Education (ICMEE) So setiap hari mmg tak ada masa untuk berpoya2 sama ada kat ofis atau di rumah. Rasa agak stress tp mujurlah hubby ku sangat memahami (ayat bodek) dan masa rehat sgtlah terhad.
At first utk PPG ingat aku akan bg taklimat & mengajar di kampus induk Penang semata-mata. Tapi last2 minit terpaksa ke Kota Bharu utk bg taklimat + mengajar di sana. So, Jumaat lepas aku terbang ke KB dgn family semua.. bawak semua laa.. kesian kat eryna nnt asyik kena tinggal.
Di KB aku bagi taklimat ttg group utk kursus2 dan ngajar Teknologi. Kalau ikutkan aku punya instruction, aku rasa clear semuanya. Tapi bila dah balik sini.. rasa macam student2 ni ramai yg tak dengar apa aku cakap.. tak follow instruction. Banyak betul email yg aku dpt... rasa annoyed pun ada.. geram pun ada.. huhu..
Ok.. sebenarnya nak bebel pasal tak ikut instruction la ni.. kebanyakan student PPG ni ada yg dah lama berkhidmat.. aku tau ramai yg excited dapat sambung belajar.. ada juga yg 50-50 nak belajar ke idak.. ada yang aku pun tak tahu sebab apa derang mintak nak sambung study. Anyway.. apa2 pun bila dah daftar, dah hantar surat perjanjian.. aku harap mereka fikir tentang tanggungjawab masing2.. belajar PPG ni boleh dikatakan free.. tak yah bayar yuran pengajian.. lebih kurang kerajaan peruntukan seorg guru/pelajar dalam RM42k seorg. Aku tak risau dgn yg mmg semangat nak belajar, tapi risau dgn yg 50-50 nak belajar ke idak tu... Aku hope that semuanya ingat tanggungjawab masing2 terutama kepada duit tax payer yg digunakan utk bayar yuran pengajian mereka ni.
Oleh yg demikian.. diharap mereka juga ikut instruction.. dengar betul2 apa lecturer cakap. Setakat ni mmg ramai yang tak ikut instruction. Jadi email aku mmg penuh dgn email2 yg tak ikut instruction, pastu tanya soalan yg aku dah terangkan dalam kelas dsbgnya. Dan kebetulan masa di KB, aku pinjam kereta kakak aku utk drive dari rumah dia ke USM Kubang Kerian, dan my hubby yg drive. Sementara tunggu aku mengajar, hubby dok blakang dewan kuliah and dengar aku punya lecture. Aku pun tanya dia balik, apa yang aku minta student2 ni buat.. dan hubby terangkan apa yg aku cakap.. tapi yg peliknya ramai student yg tak berapa nak faham/ikut apa yg aku cakap... errr... agaknya aku perlu kecek kelate ke atau perlu cakap Siam. But for me, sebagai guru tentunya mereka faham bahasa aku yang neutral ni walaupun bukan bahasa baku... huhu..
Lagi satu yang aku agak rasa terganggu adalah dgn SMS yg bertalu2 dtg ke henfon aku.. adoiilaa.. aku pun xtau mana derang dpt no henfon aku.. tpnya aku juga perlu privacy. They all sbg guru should know that. Kalau malam2 buta hantar sms tanya itu ini.. sorila aku takkan balas. Student PPG ni bukan sikit.. ada lebih kurang 1200 org. Bayangkan kalau 1/2 drp tu hantar SMS... atau 1/3 je dah cukup utk buat aku jadi gila.. haha... So.. aku harap laa.. cikgu2 PPG ni faham.. walaupun excited JGN SMS saya ya.. apalagi call.. huhu...
Anyway.. apa2 pun.. Selamat Datang semua guru PPG USM.. belajar rajin2.. jgn plagiat kerja2 org.. sy ada plagiarism detector.. huhu... dan yg paling penting, INGAT TANGGUNGJAWAB ANDA. Tiada siapa yg paksa anda belajar.. anda yg apply.. so please be the best!! GOOD LUCK!
~Dr. Mel (ada Dr. pulak kat depan tu.. hahaha)
Ahad, 17 April 2011
Selasa, 12 April 2011
Ahad, 10 April 2011
Menang Petronas..
Tadi tetiba hubby gtau yg Petronas wat contest bubuh minyak. Kebetulan minyak kereta kitorg dh nyala2.. so aku cko jomla gi buh minyak. Smpi2 petronas belum pkl 5.30, contest start 5.30.. so aku ckp hubby.. gi la isi angin tayar dulu tggu pkl 5.30. So hubby isi angin tayar dulu.. baru gi buh..
Sbb minyak mmg dh kering, so target nk buh 70.95. Yg lain adalah 30.95 & 50.95.. Mula2 try 50.95.. xberjaya.. pastu terus isi ke 70.95..aku dgn semangat dukung eryna menengok.. kereta kt blakang berderet!!
Bila smpi 70 berdebar3.. last2 yesss!!! dpt 70.95.. hehe.. yoyo jer.. hadiahnya.. tu kat atas.. pewangi kereta... haha cam tau2 jer kereta kitorg dh bau muntah eryna..:D
Tahniah hubby.. esok try pulak dgn Honda yerkk!!
~mel
Jumaat, 8 April 2011
Yina Demam...
Bila hubby dah amik eryna.. nampak ok jer.. xdela nangis cuma demam & selsema. Tapi biasalah bila dah camtu xnak la pulak dia main2. Kami just bawak dia duk kat ofis jer dulu sementara tunggu waktu balik.. dah letih pas pas dari mommy ke papa.. tukar2.. eryna dah letih. Papa eryna memang pakar utk tidurkan eryna.. kejab jer dia riba.. tepuk2 eryna dah kuyu.. kebetulan awal minggu hari tu dapat kiriman dua set cadar dari best fren aku di Johor.. Actually terkejut gak dapat sampai dua coz dia cakap nak bg aku set cadar.. ingatkan satu.. bila dapat.. mak ooiii dapat 2.. so aku cadangkan kat hubby, satu tinggalkan aje kat ofis, satu lg bawak balik rumah.. actually kitorg ada bnyk set cadar ni.. so tak tau nak letak mana.
So... tinggalah satu set kat ofis.. lepas hubby tidurkan eryna tadi.. terus letak kat atas set yg sgt empuk tu... lenaa... sampai skrg.. dptlah aku sambung kerja sikit.. konon2nya :P
~mel
jab gi nak balik kerja dah..
Hepi weekend everybody!!!
Selasa, 5 April 2011
Isnin, 4 April 2011
Victoria Market..
Anyway enjoy the fotos.. coz xde masa nak menulis banyak2.. :P
~mel
Hectic days at work.
My fantasy..
Anyway.. otw back dari melbourne, jumpa la jugak kat Melbourne Airport si Fantasy ni. Harganya boleh tahanla.. AUD49.
Ahad, 3 April 2011
Mini Cacti..
Anyway, Pada hari Khamis petang kami pergi ke St. Kilda beach, saja jalan2.. tengok2 ada market yg amat menarik.. ada dua perkara yg aku beli kat situ.. yang pertama adalah beads marble.. (nnt kalau ada masa aku update pasal beads ni).. dan yg kedua adalah mini cactus.. yg sgt2 kecik dan diletak dalam bekas yg ada magnet belakangnya utk dijadikan fridge magnet.. hihi.. harganya AUD6.50. Bila nak beli tu penjual tu siap tanya.. 'are u travelling to somewhere in the next few days?' aku cakap yes. Pas tu dia tanya.. 'by flight?' aku cakap yes la jugak.. haha.. Then dia pun terus amik mini cactus tu dan pack elok2 mcm kat bawah ni..
Penjual tu letak bubble rap dan bagi mini cantus tu terletak kemas dlm bekas kat atas ni.. so selamat dibawak.. xde goyang2...
Yina nyam2
Sedapnya dpt pegang & makan biskut sendiri.. khusyuk betul eryna makan.. hepi sungguh bila mommy bg kebebasan utk mkn sendiri... nyam nyam nyam.. saya dah ada gigi sikit.. hihi..baru nk tumbuh..
~mel
Sabtu, 2 April 2011
Good Bye Melbourne..
Bye bye melbourne.. kalau ada kesempatan dtg lagi.. insyaallah... Tak sabar2 nak balik ke KL.. yiehaaaa...
~mel & faizal @melbourne