Sabtu, 23 April 2011
PTPTN
3-4 minggu aku mmg tersangat busy.. masa rehat aku rasanya just masa tidur. Dah beberapa hujung minggu aku berkerja, so tak berkesempatan nak update blog. Actually banyak perkara yg nak di blogkan tapi disebabkan tak de masa so senyap je la..
Anyway.. nak berbalik kepada kisah Melbourne.. ada kisah yg hampir menyebabkan kami tak jadi ke Melbourne... iaitu kisah hubby di blacklist oleh PTPTN. Tujuan kami ke Melbourne utk ke Conference Global Learn 2011. Petang nak ke Melbourne, my brother hantar kami ke LCCT. Waktu kami sampai di LCCT untuk bertolak ke Melbourne.. kami terus checkin, solat and kami makan kejab kat McD, kemudian terus nak ke gate utk tunggu kat gate. Kami mmg agak awal tp aku mmg lebih suka awal dari tergopoh2 kemudian.
Sampai di Immigresen, bagi pasport, tiba2 pegawai immigresen tu cakap hubby tak dibenarkan keluar negara kerana blacklisted PTPTN. Kami sgt terkejut sebabnya setiap bulan bayar PTPTN. Then kami diarahkan ke pejabat.. kat pejabat tu jumpa 2 org pegawai lelaki yg cakap tak boleh buat apa2 coz hanya PTPTN shj yg boleh whitelist balik. Kami cakap.. mcm mana nak whitelist mlm2 buta (time tu dlm pkl 9.00 mlm & flight kami pkl 10.30). Diorang cakap tak boleh bantu and derang just bagi no pejabat PTPTN.. call pun mmg tak de org angkat. Masa tu aku dah sangat gabra dan rasa nak nangis dah!! Takkan aku nak ke Melbourne sorang!! Bukan xpernah ke luar negara sorang tapi dah rancang nk gi dgn hubby mmg tak sanggup rasanya nak gi sorang. Then aku cakap kat derang, kalau kitorg tunjukkan bukti pembayaran tiap2 bulan derang xleh consider ke? Kalau hubby tak bayar bolehlah kami terima.. ini kami bayar tiap2 bulan!! Time tu ada sorang pegawai pompuan terdengar kata2 aku. Dia tanya nak tunjuk camne?
Aku cakap boleh bukak cimbclicks and tgk transaction bulanan account my hubby. Kebetulan mmg bawak laptop & broadband. So kami buka and tunjuk terus statement account yg menunjukkan transaction bulanan yg bayar ke PTPTN dan siap ada monthly schedule utk bayaran bulan2 seterusnya. So dia suruh kami print.. gitu gini gitu gini dekat 9.45 pun belum settle. Last2 dlm pkl 10 baru kami dibenarkan keluar pejabat. Tapi dgn amaran lepas balik ni mesti minta PTPTN whitelistkan & rayuan lepas ni tak dilayan lagi!! Terpaksa kami berlari ke gate.. sampai2 org dah suruh boarding.. nak terkucil pun tak sempat!! Sgt tension masa tu.
So.. untuk sape2 yg lom bayar PTPTN silalah check status anda. Sebab kalau u all start bayar lambat..kemungkinan di blacklist tu amat besar. Dan even dah bayar pun u all takkan di whitelist automatik! Kena contact PTPTN utk status. Patutnya PTPTN ada system utk update status org yg dah bayar. Sistem skrg ni sgt menyusahkan org. Kononnya PTPTN ni nak membantu rakyat tp nampaknya dalam kes kami.. sgt tidak membantu... menyusahkan lagi adala. Bayangkan kalau sorg tu jenis tak gi oversea.. tetiba dah berumur nak ke Mekah... tetiba xdpt pi Mekah sbb kena BLOCK PTPTN??? hahaha..
Anyway... pengajaran sungguh!!
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan