Rabu, 4 Mei 2011

Zaiton Sameon di Danau Kota...

Andainya.. kau dapat menyelami hatiku..
Pasti kau.. tahu betapa pedihnya..
Hidupku.. sering berendam air mata,
Sejak cintaku hancur dan musnah...

Dah lama sebenarnya nak cerita pasal ni.. tapi kesuntukan masa. Cerita pasal Zaiton Sameon.. Tadi dalam kereta otw nak ke ofis terdengar lagu kat atas.. di Sinar fm.. sedap2 lagu zaiton sameon ni.. tak lapuk dek hujan.. tak lekang dek panas..Malam sebelum berangkat ke Melbourne tempohari, kami ke uptown danau kota, saja jalan2.. Sedang jalan2 tu tetiba sampai kat 'pentas' persembahan di situ. Bila aku amat-amati mcm kenal jer penyanyi tu.. tiba2 hubby cakap.. bukan ke tu Zaiton Sameon?? Aku cakap.. a'ah.. Zaiton Sameon.. Dah sgt berumur orangnya.. Bergerak pun agak slow..

Bila tengok situasi dia time nyanyi tu.. mmg agak sayu hati aku.. dulu dialah diva.. sekarang mencari rezeki dgn menyanyi di pasar larut malam.. Rambut yg dah beruban diwarnakan blonde.. pakaian pun biasa2 aje.. ada org kata ingatan dia dah kurang.. Suara masih ok walau ada glitch di sana sini.. Dan ayat dia membuatkan aku sebak.. dia cakap.. mungkin org akan cakap dia macam2.. dah tua pun menyanyi lagi.. tp inilah sumber rezeki dia skrg ni.. hmmm.. mmg sedih tgk dia.. kesian aku tgk.. Mungkinlah ini apa yg Allah nak tunjukkan pada kita semua.. kita tak semsetinya sentiasa di atas.. kalau Allah nak bagi ujian/dugaan pada kita.. sekejab jer DIA boleh ubah nasib kita.. mcm kak eton ni.. masa dia kat atas mmg sgt2 glamer.. tak tahulah apa yg dia alami selama dia koma beberapa lama selepas eksiden tu.. tp.. setelah dia kembali pulih pun.. dia tidak mampu nak kembali ke atas..




p/s sori.. kualiti video sgt2 xbest.. huhu.. dok dekat sgt dgn speaker masa tu.. :P

Apa2 pun moga kisah kak eton ni jadi pedoman kepada kita.. Kdg2 kita selalu terlupa bila dah senang sikit.. Aku doakan semoga hidup dia lebih baik.. tak perlu dah menyanyi2 dikhalayak ramai utk mencari rezeki.. Semoga dia dapat menghabiskan usianya yg telah senja utk megabdikan diri kepada Yang Maha Esa...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan