Jumaat, 25 November 2011
November & Disember 2011
Weekend ni 25-27 November 2011 - aku kena berbengkel di Park Ave, Sg. Petani utk Semakan Kurikulum Pusat Pengajian aku... (kerja..kerja..kerja).. Mujurla Isnin cuti.. tp kalau Jumaat, Sabtu, Ahad berbengkel.. Isnin sure tak relaks sebab nak basuh kain, kemas rumah.. dllg..
Weekend 2-4 Disember 2011 - aku akan ke Kota Kinabalu utk kelas PPG.. wokeh.. ini mmg kerja la kan... Hari Sabtu 3 Dis tu mengajar selama 6 jam.. fuhh.. mmg mengah jugak dibuatnya...
Weekend 9-11 Disember 2011 - Family day utk keluarga aku di Port Dickson... time ni kira cuti utk kami adik beradik berkumpul.. rasanya dah lama dah kami tak bercuti bersama2.. last sekali time eryna masih dlm perut baru beberapa bulan je masa tu.. kami berkumpul di A Famosa time tu.. kali ni di Port Dickson.. sebenarnya msing2 nak buat family day jauh2 tp sebab kekangan masa..PD udahla.. mujur gak kat PD kalau tak jenuh aku nak cari time yg sesuai utk join... hubby lak dah abis cuti.. :P
Weekend 17-19 Disember - Nak ke Kuching.. aku ada kelas PPG lagi di Kuching.. this time aku tak pi sorang.. hubby & co akan ikut.. mmg dah plan trip ke Kuching kali ni nak bawak hubby coz nak jalan2 jugak. Last time aku pergi aku gi sorang jer dan pergi hari sabtu balik ahad... ngeee....
Weekend 24-26 Disember - Pindah ke rumah baru/ kemas rumah dllg... okeh.. aku tak tau cam ne nak kemas rumah & pindah dlm keadaan weekend aku yg sgt sibuk.. tp alhamdulillah mujurlah cuti aku mmg berlambak2.. so lepas family day aku amik cuti seminggu sampaila pergi Kuching.. time tu aku berhajat nak kemas barang2.. kalau ada masa aku hantar sket2 brg kecik2 ke rumah baru... tak jauh sgt tu..
28-30 Disember - aku akan ke India insyaallah, ada jemputan konference di sana & aku mewakili Pusat Pengajian utk bentang paper kat sana...
So... ada sape2 boleh challenge my tight schedule tak? haha...
:P
Anyway.. ini semua rezeki aku.. sementara larat & sihat aku buat la..
~mel
Khamis, 24 November 2011
Pengalaman Naik Ambulan.. Nenoneno...
So, after viva student Master aku pun terus drive ke klinik. Sampai2 klinik alhamdulillah orang tak ramai.. so cepatla dpt jumpa doktor. Jumpa2 jer doktor bila dia check, something buat dia really concern.. and terus dia cakap.. u must go to hospital now! Aku pun terkejut gila laa... ehh.. aku cakap.. doc sy rasa ok jer ni.. dia tanya aku ada muntah ke..pening ke.. aku cakap i'm feeling really ok.. & aku drive sendiri ke klinik td.. Doc tu xmo dgr apa2.. suh misi masukkan air satu pint and suh aku call hubby. Aku pun call jer laa... aku cakap kat hubby suh sape2 hantar dia ke klinik sebab doc suh aku masuk wad!! Hubby pun segeralah gerak dr ofis dihantar oleh kawannya naik motor!
Masa pembantu perubatan tu dok amik darah aku + nak masukkan air, dia cakap kat aku.. kak.. akak rasa ok ke? Aku cakap aku rasa ok, xde apa2 rasa tak sihat.. then, dia cakap, akak gtaula doc tak nak pi hospital.. dia cakap dia rasa aku xde ape2 sbb b4 that aku amik darah secara random. Ada dua tiga org misi kat situ pun cakap, aku nmpk cam ok... Bila hubby smpi kitorg pun borak2 dgn jayanya sambil tunggu ambulance!! Yaa!! Doc tu arahkan aku dihantar dgn ambulan ke GH Penang!! Bila ambulan sampai aku cakap kat hubby, tak yahlah ikut.. aku naik ambulan sorang jer sbb aku tak rasa sakit apa2.. kalau ada apa2 aku call la dia.. tp kena tukar fon dgn hubby coz henfon aku bateri tinggal nyawa2 ayam!
So.. naikla aku ke dalam ambulan.. dak dlm ambulan tu suh baring.. yela kena baring pasal tgh dok masuk air kan. Bila enjin start... nenoneno.. waaa... aku dok dlm ambulan mcm org sakit kronik... merasala melambung2 + dengarlah drebar ambulan dok suh kereta.. sila ke kiri.. sila ke kanan.. smbil2 tu dak pembantu perubatan tu dok interview aku.. asyik2 soalan yg sama.. last2 dia tanya.. akak ada rasa loya ke.. pening ke.. aku cakap.. tadi tak de.. tp dah naik ambulan ni mmg jadi loya.. pening pasal melambung2!! Haha.. gelak budak tu dibuatnya.
Sampai hospital terus kena masuk ke dalam Bilik Zon Kritikal... okeh.. dlm hati aku cakap.. ehh.. kritikal benor rupanya aku ni... bersusun ada 5 katil utk kecemasan. Aku disorong ditgh2 antara 2 org tua lelaki. Doc check itu ini, tnya itu ini.. then dia injek ubat.. aku yg segar bugar + kebetulan pakai sgt glamer pulak tu rasa out of place dlm ER tu.. haha.. dah ler tgk org dok kena xray, bernafas semacam dllg.. yg best nyer tgh2 intai org lain yg emergency tu..masuk pulak org tgh berdarah2 kat dagu.. huhu.. seremmmm!!
Bila doc check2 tgk xde apa2 sgt.. problemnya cuma aku tak cukup ubat aje coz doc klinik tu xbg aku cukup ubat.. so.. after 1/2 jam my blood pun kembali to normal.. doc hntr aku ke ER yg 'normal' (tak kritikal lah tu'.. Last2 doc dtg ckp..ok u boleh balik.. u xde apa2.. huhu...
Anyway.. xpelaa... merasa aku naik ambulan... nenoneno lagik.. :D
~mel
Tak Puashati..
Muka tak puashati sbb kena duk dlm cot! Marah sbb mommy xbg keluar sbb Yina nakal sgt.. Mommy MC hari ni..
~mel
Isnin, 21 November 2011
Sunat baby perempuan..
Entah macam mana satu hari tu kami gi betulkan kereta di Sg dua.. ntah camne ternampak satu klinik ni... baru terfikir.. agaknya tulah klinik yg kawan aku cakap... aku pun terus gi ke sana dan tanya kat klinik tu.. receptionist tu ckp.. ada buat sunat utk baby perempuan... time aku tanya tu beberapa bulan lepas ya.. haha.. lepas tu dari sehari ke sehari nak pergi..tp macam2 hal. Dgn kesibukan aku yg kerja 24/7 ni mmg tak sempat langsung.. biasanya sabtu ada jer hal... ahad pulak klinik tutup. Last2 aku ckp kat hubby xleh jadi ni.. kang silap2 tak sunatla eryna sampai ke besar... huhu.. So kebetulan hari ni aku kelas petang pkl 5.. so aku cakap hubby hari ni kena pergi jugak..
Bukan apa.. kami risau sebenarnya, kang lepas sunat, meragam ke eryna ni.. so, hari ni tak hantar eryna ke nursery.. nnt kang pukul 4 lebih nak gi kelas tukar la shift dgn hubbyku.. Kami tak tau sebenarnya apa jadi time sunat anak perempuan ni.. pagi2 td singgah ofis ada student tu cakap mengerikan time sunat baby perempuan ni.. kalau bidan yg buat dia letak buah pinang dan ambil sedikit isi... dia pernah tengok.. errrr... so time nak pergi tu aku gabra gak la.. takut gak kot2 eryna tak selesa ke.. meragam ke..
Bila sampai klinik, ckp kat doc nak sunat eryna.. terus masuk dlm bilik.. baring kan eryna (kebetulan klinik xde org).. tgk doc tu relaks jer.. so aku jadi agak relaks gak... doc tu ambik sebatanag jarum & ubat sapu... tup tup... siap dlm masa 2-3 saat.. eryna pun tak nangis.. lepas tu terus relaks.. laa.. xde horror langsung.. keh3.. lepas tu dari klinik kami siap gi Pusat Islam USM, gi Switch QBMall dgn si eryna yg happy xyah gi nursery...
Kat klinik tu siap aku minta ubat selesa dan ubat kulit eryna yg kering.. dah prepare nak bayar sbb biasanya gi klinik panel usm free jer.. tetiba doc tu tnya staff usm ke.. aku ckp iya.. tp klinik tu bukan klinik panel aku.. dia cakap xpe..nnt dia check, kalau staff xyah bayar juga.. ehh.. aku baru tau.. so last2 xyah bayar ubat eryna... just bayar utk sunat eryna sebanyak RM25 sahaja... hehe..
Anyway.. alhamdulillah.. settle dah perkara yg menghantui fikiran aku sejak beberapa lama... So, kesimpulannya sunat baby perempuan ni tak dela complicated sgt.. huhu
~mel
Ahad, 20 November 2011
Rabu, 16 November 2011
Jumaat, 11 November 2011
111111.. oppss...
Bagi aku.. hari ni hari Jumaat dan aku tak sabar-sabar nak tunggu weekend.. sebab nak berehat.. nak lipat kain.. mop lantai.. baring-baring, layan gelagat eryna.. sangat nikmatnya.. huhu... So, hari ni adalah hari yg menggembirakan... Hubby balik dari solat Jumaat tadi bawak voucher restoran Western di Bayan lepas... kalau dapat makan western malam ni pun ok jugak kan!
Selasa, 8 November 2011
Hampir siap..
Alhamdulillah.. dah hampir siap rumah kami...:). Kena start packing dah nie.. huhu..
~Mel
Isnin, 7 November 2011
Suami & Isteri..
Suami: Macbook Pro 15"
Isteri: Macbook Air 11"
Suami: Lion iOS
Isteri: Terus tukar ke Lion iOS sbb jeles.. huhu
Suami: For office & research use
Isteri: For travel & sebelah katil use
Next step..
Suami & Isteri tunggu iPhone 4s.. huhu.. time to upgrade our iPhone pulak yer... :P. Apa2 musti sama.. kan kan...
~mel
We are Mac Lover..
Gaya Artis
Eryna menggayakan spek pink mommy otw balik ke Penang dari Gombak.. huhu.. bergaya takpe, jgn jadi artis udah..
~mel
Rabu, 2 November 2011
Another #Wordless Wednesday
p/s my new Macbook pro.. a gift to my hubby @fullfilth :P.. semoga meningkatkan semangat utk terus berjuang.. & the best thing.. it is a LION!! rrrrarrrrr!!
Selasa, 1 November 2011
Copy & Paste...
Blog aku ni jarang copy paste dari tempat lain sebab aku just berblog anything related to me.. tapi bila baca petikan di bawah terasa nak kongsi kat sini... sebabnya.. ada juga sebab2 peribadi.. contohnya sebab aku ni hidup dlm dunia online yg penuh dgn dugaan dan cubaan.. banyak terdedah dgn perkara2 yg tak patut dilihat, didengar, dialami.. Kdg2 aku rasa geram dengan perempuan2 seksi (melayu + islam) yg avatar atau gambar profile menunjukkan baju yg seksi tak de lengan.. kadang2 nampak lurah2 dendam pastu saja2 menonjol2kan diri... which... bukan hanya tambah dosa dirinya sendiri tp tolong tambah dosa orang lain.. So harap2 petikan di bawah dapat mengingatkan aku tentang pentingnya memelihara anggota badan sendiri...
Tujuh anggota badan yang perlu dipelihara daripada dosa iaitu:
- Mata - hendaklah mengelak daripada memandang wanita atau lelaki bukan muhram, memandang aurat orang lain, melihat gambar-gambar lucah dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menjauhi dosa mata kerana pepatah yang menyebut dari mata turun ke hati. Bermaksud mata boleh menggalakkan hati untuk melakukan sesuatu kecurangan dan kemaksiatan.
- Mulut - hendaklah mengelak diri daripada berbohong, mungkir janji, mengumpat, mengeluh, bertengkar dan sebagainya.
- Telinga - hendaklah mengelak daripada mendengan umpatan, nyanyian yang mengkhayalkan dan melekakan hati dari mengingati Allah swt.
- Tangan - memelihara tangan daripada mengambil benda yang haram, menyakitkan orang dan mendapat rezki dari sumber yang haram.
- Perut - mengelak daripada memakan makanan yang haram, makruh, syubhah dan makan terlalu banyak.
- Kaki - menjauhkan diri daripada berjalan ke tempat-tempat maksiat.
- Memelihara kemaluan dan kehormatan - menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang cenderung ke arah itu.
~mel
aku bukannya baik.. tp aku ni kdg kala ada juga skemanya..