Blog aku ni jarang copy paste dari tempat lain sebab aku just berblog anything related to me.. tapi bila baca petikan di bawah terasa nak kongsi kat sini... sebabnya.. ada juga sebab2 peribadi.. contohnya sebab aku ni hidup dlm dunia online yg penuh dgn dugaan dan cubaan.. banyak terdedah dgn perkara2 yg tak patut dilihat, didengar, dialami.. Kdg2 aku rasa geram dengan perempuan2 seksi (melayu + islam) yg avatar atau gambar profile menunjukkan baju yg seksi tak de lengan.. kadang2 nampak lurah2 dendam pastu saja2 menonjol2kan diri... which... bukan hanya tambah dosa dirinya sendiri tp tolong tambah dosa orang lain.. So harap2 petikan di bawah dapat mengingatkan aku tentang pentingnya memelihara anggota badan sendiri...
Tujuh anggota badan yang perlu dipelihara daripada dosa iaitu:
- Mata - hendaklah mengelak daripada memandang wanita atau lelaki bukan muhram, memandang aurat orang lain, melihat gambar-gambar lucah dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menjauhi dosa mata kerana pepatah yang menyebut dari mata turun ke hati. Bermaksud mata boleh menggalakkan hati untuk melakukan sesuatu kecurangan dan kemaksiatan.
- Mulut - hendaklah mengelak diri daripada berbohong, mungkir janji, mengumpat, mengeluh, bertengkar dan sebagainya.
- Telinga - hendaklah mengelak daripada mendengan umpatan, nyanyian yang mengkhayalkan dan melekakan hati dari mengingati Allah swt.
- Tangan - memelihara tangan daripada mengambil benda yang haram, menyakitkan orang dan mendapat rezki dari sumber yang haram.
- Perut - mengelak daripada memakan makanan yang haram, makruh, syubhah dan makan terlalu banyak.
- Kaki - menjauhkan diri daripada berjalan ke tempat-tempat maksiat.
- Memelihara kemaluan dan kehormatan - menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang cenderung ke arah itu.
~mel
aku bukannya baik.. tp aku ni kdg kala ada juga skemanya..
sis, nak copy juga.. nak jadikan ingatan sendiri ya..
BalasPadamsila2 sis.. :)
BalasPadam