Selasa, 31 Januari 2012

Rezeki..


Rezeki.., originally uploaded by melati.a.

Hari ni balik2 dari kerja sgt penat.. ya.. sgt2 penat coz satu hari suntuk bg training utk my school. Rasa balik kerja nk order pizza ke.. ape2lah yg xperlukan aku masak.. Sampai2 kat rumah tiba2 mcik jiran sebelah rumah hulurkan ketupat & rendang.. Ya Allah.. alhamdulillah.. rezeki dikala badan tak berdaya..

Kdg2 Allah bg sinar kepada kita diwaktu kita memerlukan.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

~Mel

Isnin, 30 Januari 2012

Ketika ajal menjemput, sudah siapkah kita?

Malam dingin udara terasa menusuk. Air mata menitis, mengalir begitu saja. Mengingatkan kematian akan hadir bila2 saja. Bahkan bila Allah mentakdirkan detik ini kita meninggal dunia, maka sekarang ini pun kitaakan mati  dan kita tidak dapat menolaknya. Kita tidak bisa berbuat apapun, sekalipun kita berlari ke hujung dunia, kematian tetap menjemput kita. Rumah tiba-tiba penuh dengan tangisan. Anak-anak kita menangis. Pasangan hidup kita menangis. Orang tua kita menangis. Teman, kerabat, tetangga, mereka semua menangis (Mungkin?). Kita hanya bisa membisu, jasad kita dimandikan, dikafani, kemudian disoolatkan. Selesai solat, tubuh kita dimasukkan ke dalam keranda. Diangkat dan diletakkan  ke liang lahat. Diringi isak tangis orang-orang yang kita kasihi.

Tubuh kita diturunkan diliang lahat seukuran tubuh kita. Dimiringkan ke arah kiblat. Ditutup dengan papan. Tinggallah diri kita dalam kegelapan, sendirian dan kesepian. Tiada seorang pun yang akan menemani diri kita. Bahkan orang paling mencintai kita sekali pun pergi meninggalkan kita. Hanyalah amal kebaikan kita selama hidup di dunia yang menemani kita. Amal kebaikan itulah yang menjadi bekal kita. "Apabila nafas seseorang telah mendesak sampai dikerongkong dan dikatakan kepadaNya. 'Siapakah yang dapat menyembuhkanmu?' dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dengan dunia telah tiba dan tautan betis kiri dan betis kanan. kepada Tuhanmu-lah pada hari itu kamu dihalau."(QS. al-Qiyamaah : 26-30).

Ketika ajal menjemput, sudah siapkah kita?

~Sekadar Renungan

Jumaat, 27 Januari 2012

Moody...

Semalam sampai hari ni aku agak moody sikit.. yess sikit jer laa... Petang smlm aku ada meeting pasal penulisan buku... ok.. aku suka meeting tu dan sekarang aku tgh berusaha utk menulis buku pulak! After meeting one of the PM (Prof Madya) panggil aku sebab nak cakap something katanya. Aku pun ikutla gi ofis dia ni yg aku panggil Kak E. Dia adalah Pengurus satu unit la kat school aku. Bila smpi bilik dia dia cakap... hmm.. gini.. hari tu akak ada cakap yg akak nak bayar u utk buat 2 kelas latihan (di luar bidang tugas aku) kan.. Aku cakap la a'ah.. Then dia cakap.. ada orang dok cakap2 kat belakang yang aku tak sepatutnya dibayar utk tugas itu sebab sepatutnya itu adalah SUMBANGAN aku pada School aku... Aku terkejut! Kelas tu sepatutnya akan berlangsung 3 hari suntuk utk semua pensyarah dan staf School aku.

Aku cakap kat dia... Kak E.. Akak tau tak saya terpaksa buat banyak preparation utk kelas tu dan preparationnya bukan mudah sebab semua yg nak diajar tu kebanyakan perlu diajar dari basic! Dia cakap.. dia sebenarnya tak tau nak cakap macam mana dgn aku tapi dia tak larat nak dengar 'org dok cakap2 belakang'! Time tu aku mmg bengang. So aku cakap.. oklah kak E, up to you la.. Then dia cakap.. tak pe la.. nanti dia akan keluarkan SURAT PENGHARGAAN utk recognise aku punya contribution... Ehhh... 3 hari punya kelas dapat surat penghargaan aje??

Aku sebenarnya bukan ape.. aku bukan mintak sgt dibayar.. which is kalau ikut rate profesional aku adalah RM200 sejam. Kalau dari awal dia cakap suh aku buat kelas utk kebajikan.. then insyaallah aku no hal punya. tapi dia dah gtau aku yg Dekan dah approve pembayaran utk aku.. tetiba dia cakap tak jadi bayar sebab 'ada org cakap belakang'! Aku cukup tak faham betul.. sebabnya selama ni ramai pensyarah yg buat kelas cam tu dibayar...

So last2 aku decide... aku tak mo buat kelas tu.. bukan sebab duit tapi sebab aku rasa dari segi prinsipnya dah tak betul... sebenarnya aku dah ada banyak pengalaman kat school aku yg mana janji nak bayar aku.. esp bila suh aku TOLONG wat website. Semua janji nak bayar.. last2 habuk pun tarak. Bila time suh aku wat website & nak update..tgh2 mlm buta call suh aku update immediately.. Eryna nangis pun tak kira.. bila tanya tang bayaran.. TAK APPROVE.. walaupun sebelum2nya dalam meeting approve. So, aku decide cukuplah aku dipergunakan macam kuli diorg.. Banyak kali dah aku kena.. and banyak duit aku abis daa... diorang ingat buat website tu free agaknya.. domain kena beli, hosting kena beli... satu sen tak pernah bayar... iyer satu sen TAK PERNAH bayar.. So skrg ni nak suh aku bagi tenaga for free lagi.. ya Allah.. berikanlah aku kesabaran... Lepas ni kalau diorg suh aku buat website lagi aku akan cakap... korang gunakan blogspot je la yer... blogspot free... xyah keluar duit.. sape2 pun boleh buat..


Salah satu kelas yg diorg suh aku buat adalah kelas pembangunan laman web Joomla... haha.. bagus kan! Anyway... smlm aku dah tulis email kat Kak E cakap aku xnak wat kelas Joomla tu.. yg kelas hari Selasa ni aku buat jugakla.. sebab mendenya dah diannounce. Aku nak jaga airmuka diorg jugak.. walaupun diorg tak consider pun perasaan aku.

Arghhh.. malas nak fikir.. tapi sakit hati tu mmg sgt2.. Kecewa sebab diperlakukan macam ni.. Kak E mintak nak jumpa aku hari ni tp aku cakap aku xdpt nak jumpa dia.. aku mmg sngt2 terkilan.. aku tak salahkan Kak E sebab dia pun tersepit tp aku salahkan manusia2 yg dengki dan cakap2 belakang tu.

Aku ni sebenarnya.. pergi kerja tiap hari mmg tak de ambik tahu hal orang.. mmg aku ni bukan jenis nak sibuk2 hal orang.. yg aku tau buat kerja.. sarapan, lunch dgn hubbyku.. ke mana2 dgn hubbyku.. sessi2 mengumpat pun xde.. kalau mengumpat pun dgn hubby atau kot2 terserempak dgn member2 pun xsempat nak ngumpat org pun.. Kerja aku melambak2.. aku tak faham ada jugak org yg ada masa nak cakap2 belakang ni... ishh...

Ya Allah.. di tengahari jumaat ni aku berdoa semoga kau tenangkanlah hatiku dan lembutkan hatiku untuk memberi kemaafan kepada mereka2 yg membuat aku kecewa... Amin...

~mel

Isnin, 23 Januari 2012

Makcik Joget..

Semalam kami ke kenduri kawen saudara dekat hubby di Ecotouria Resort di Sg Congkak Hulu Langat.. Kenduri tu biasa je la.. macam kenduri kawen biasa.. cuma DJ dan lagu2 yg dipasang mmg agak membingitkan telinga.. hehe.. macam2 jenis lagu yg dipasang..tingat lak zaman kecik2 dulu kalau org kenduri sure ada joget lambak.. tetamu bila datang masing2 akan berjoget lambak dengan iringan lagu dari DJ.. tp zaman sekarang ni dah tak de dah joget lambak tu..

Anyway time kenduri semalam, budak2 ni nak mandi sungai.. resort tu tepi sungai jer.. so masing2 dah tanggal baju tepi sungai.. mandi pakai seluar spender jer.. huhu.. tapi si eryna takkan nak mandi pakai pampers.. aku mmg bawak baju spare utk eryna..tapi kat dlm kereta so dari sungai aku lalula tepi kenduri tu... alangkah terkejutnya aku bila tengok makcik ni tgh menari sorang2 kat padang tepi tepat makan tu... cuba tengok aksi makcik ni.. menari dengan best sekali!! Dan dia sedar aku amik video dia.. :D



Memang agak pelik sebab makcik ni dengan selamba jer menari lagu 60an ni.. mungkin dia terkenangkan masa silam kot.. atau mungkin di kampung2 masih ada joget lambak kot? Wallahualam..

~mel

Ahad, 22 Januari 2012

Saja2..


Saja2.., originally uploaded by melati.a.

Saja2 test..

Hepi Besday Papa!!


Hepi Besday Papa!!, originally uploaded by melati.a.

Papa dgn kek Angry Bird (kek besday adib).. Sama tak kening papa tu dgn kening angry bird tu?? Sampai tercengang Yina dibuatnya.. huhu..

Hepi Besday papa hari ni 22 January 2012.. Moga berbahagia selalu, dikurniakan kesihatan yg baik dan cepat2 besar ya.. :P

p/s hepi besday to adib tooo 21/1/12.. cantik nombor ni!!

~mel

Khamis, 19 Januari 2012

Planner USM 2012


Planner USM 2012, originally uploaded by melati.a.

Muka aku ada dlm planner USM kat bulan Mei 2012 yer.. Jgn marah.. glamer kejab.. huhu.. mesti org boring bulan Mei tgk muka aku spjg bulan.. :P

~mel

Rabu, 11 Januari 2012

Selasa, 10 Januari 2012

Ahad, 8 Januari 2012

Main di taman..


Main di taman.., originally uploaded by melati.a.

Pantang dilepaskan.. merata2 dia jalan..

Khamis, 5 Januari 2012

Khamis Petang..


Khamis Petang.., originally uploaded by melati.a.

Me & Yina di tepi Tasik Harapan balik dari kerja & nursery..,

Selasa, 3 Januari 2012

#JagaExam daa

Musim exam dtg lagi.. hari ni aku jaga exam tolong ganti Dr. Zarina.. actually dia minta swap dan nak jaga utk my one next week but aku kesian pulak kat student aku kalau aku tak pi jaga exam kelas aku next week.. kalau diorg nak tnya apa2 susah nanti..

So aku end up ckp kat Dr Zarina.. xpela aku tolong dia hari ni.. xyah swap.. lain kali bole la aku minta tlg dia pulakss.. huhu..;P

Anyway... ngantuk jaga exam ni.. haha

~mel

Isnin, 2 Januari 2012

Cempedak..


Cempedak.., originally uploaded by melati.a.

Dah lama teringin nk makan cempedak goreng.. susah betul nak jumpa di Penang ni.. tadi gi Carrefour terjumpa cempedak.. so beli ajelah.. dah siap dibedah.. tunggulah ptg sikit utk digoreng yer..

Sambil membedah tiba2 tingat dulu2 arwah ayah ada kebun cempedak.. time berbuah mmg tak larat nk makan.. oleh sbb aku sgt suka cempedak.. aku sanggup bawak sebijik cempedak besar naik bas utk balik hostel.. Sampai2 hostel ajak kawan2 satu dorm makan.. sampai licin termasuk pulur2 nya sekali.. tinggal kulitnya saja yg dibuang.. huhu...

Memori cempedak betul!!

~mel
masih lom settle mengemas!

Ahad, 1 Januari 2012

Gulai lemak daging salai & Sambal Hitam

Ni menu terakhir 2011.. dan ini entry pertama 2012.. aku masak masak lemak cili api daging salai letak belimbing buluh dan buat sambal hitam kuala lipis yg aku dpt resepinya dari blog my fb frens.. Dulu2 aku selalu mkn sambal hitam ni tp xtau nk buat... Punca aku belajar buat after hubby beli sebekas secara online dari kawannya.. hehe.. skrg. dah pandai...

Akibatnya.. lauk dan nasi semua habis licin dgn jayanya..;)

~mel
lepas Subuh & mata ngantuk2 ayam.. huhu