Isnin, 28 Mei 2012

Transit Planet Zuhrah 2012

Logistik Aktiviti

  Tajuk Aktiviti    : Transit Planet Zuhrah 2012
  Tarikh               : 6 Jun 2012
  Masa                : 7.30 pagi – 1 petang
  Tempat             : Universiti Sains Malaysia


Deskripsi Aktiviti(BM) :

Planet Zuhrah akan muncul merentasi matahari pada 6 Jun 2012. Pastikan anda tidak terlepas pengalaman ini untuk menyaksikan Peristiwa Transit Planet Zuhrah kerana ia hanya dapat dilihar dua kali seumur hidup.Peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada 8 Jun 2004 dan pada 6 Jun 2012 merupakan detik sejarah yang terakhir untuk abad ini. Peristiwa astronomi ini sangat penting dan ia jarang berlaku. Ia dapat dilihat di sebahagian besar negara di dunia termasuklah Malaysia iaitu pada pagi Rabu, selepas matahari terbit pada jam 7.12 pagi di Pulau Pinang. Satu titik hitam bulat iaitu planet Zuhrah akan dilihat  merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama 6 jam. Peristiwa seumpama ini akan berlaku kembali pada abad yang akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2117 !!!


JOM TENGOK!! JANGAN LUPA!

~mel

Temuduga ISMP...


Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu lepas aku bertugas sebagai penemuduga bagi kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) IPTA Malaysia. Setiap tahun memang ini adalah tugas rutin bagi kami, cuma last year aku tak terlibat sebab aku ke New Zealand pada waktu temuduga tu dijalankan. Sebenarnya tugas sebagai penemuduga ni sangat menarik. Macam-macam ragam pelajar lepasan Matrikulasi/STPM yang aku jumpa. pada kali ini ramai yang datang dari luar bandar.. tak ramai anak orang berada.. tak kiralah Melayu ke.. China ke.. India ke.. Tugas kami adalah utk menemuduga dan pastikan calon-calon mempunyai kriteria yang ditetapkan untuk diterima masuk ke IPTA tempatan. Maksudnya aku menemuduga bukan utk calon USM semata-mata. Mana-mana IPTA yang ada menawarkan bidang perguruan akan ditemuduga di USM sekiranya mereka memilih USM sbg tempat temuduga.

Biasanya kalau hari first temuduga, ok lagi sebab aku tak berapa penat sgt lagi.. bila masuk hari ke dua dan ke tiga memang pinggang dah start sakit duduk sehari suntuk  di meja penemuduga. Yang menjadi kemusykilan aku waktu temuduga ni, ramai calon yang tak buat persiapan.. kalau nak pergi temuduga guru, at least mestilah tau siapa Menteri Pendidikan, Falsafah Pendidikan Malaysia.. dan apa2 yang berkaitan dengan perguruan.. Geram juga bila ada yang tak study.

Yang paling aku bengang, dari kesemua calon berbangsa China yang aku temuduga.. hanya seorang sahaja yang tahu menyanyikan Negaraku!! Dan kesemua TIDAK TAHU RUKUN NEGARA. Geram betul aku. Aku bukan rasis tapi bila dah macam ni aku rasa nak hantar mereka semua balik negara laa.. Aku rasa kalau suruh mamat bangla yang kerja kat kedai Nasi Kandar tu nyanyi negaraku mesti derang boleh nyanyi. Kat sekolah dulu derang tak nyanyi negaraku ke hari Isnin time perhimpunan? Aku rasa cikgu2 kena ambil perhatian ni.. sebab calon2 ni bukan semua dari SMJKC.. ada juga dari SMK tp tak tau nyanyi negaraku. Macam derang ni bukan warganegara pulak!

Tentang calon-calon melayu pulak, obses dengan hiburan!! Bila ditanya isu semasa di akhbar atau tv tak tau. Dan bila tanya apa yg awak tengok di TV atau baca suratkhabar... HIBURAN. Ada sorang minah ni.. dia cakap baca tang hiburan jer..so aku tanya apa yg terkini dlm hiburan.. dia cakap pasal Aaron Aziz xleh masuk ABPH sebab bukan warganegara ke hape... ya Allah.. aku mmg tak tau pasal tu.. pastu tanya lagi berita semasa awak tak tau ke.. errr.. katanya pasal Perhimpunan BERSIH! Aku tanya apa yang awak tahu tentang perhimpuan bersih? Dia cakap pembangkang ingin merampas kuasa kerajaan!! Mengeleng kepala aku.. memang out betul! Nampak sgt tak tau perkembangan semasa.. tak tau mengolah.. Sedih aku bila anak-anak melayu jadi macam ni... Inilah jadinya bila hiburan menjadi tonggak kehidupan..

Ada banyak juga yang baik aku jumpa.. alhamdulillah.. semoga mereka-mereka yang terpilih akan menjadi guru yang mampu mendidik anak bangsa ke arah jasmani, emosi, rohani dan intelek yang cemerlang untuk dunia dan akhirat... Insyaallah..

~mel


Rabu, 23 Mei 2012

Norma telah pergi selama-lamanya.. Al-fatihah..

Blog Moon adalah salah satu blog yang aku subscribe dalam my Google Reader... tujuan aku untuk mengikuti kisah Norma.. Sebagai silent reader aku hanya selalu komen dalam hati.. menangis dalam hati.. dan berdoa dalam hati..

Pagi ini bila aku buka my reader... hmm... rupa-rupanya Norma telah pergi buat selama-lamanya.. menitis airmata ini.. akhirnya Norma pergi jua.. seminggu dua lepas ada terdetik dihati aku ketika aku baca blog Moon.. hmm.. aku dapat merasakan Norma akan pergi.. tak tau mengapa.. bila melihat gambar anaknya yang lebih muda dari Yina.. aku rasa sayu sgt.. dlm usia sedemikian tidak lagi mendapat kasih ibu.. Makin sayu melihat pengorbanan dah kasih sayang seorang suami yang tidak jemu2 menjaga dan mendakap isterinya yang lemah tidak berdaya...

Anyway.. marilah sama-sama kita sedekahkan Ummul Kitab Al-Fatihah.. Semoga Arwah Norma ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yang beriman.. Amin..  Innalillahiwainnailaihirajiun...

~mel

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru.. Cikgu...

Aku selalu ceritakan cerita ini pada pelajar-pelajarku.. pelajar-pelajarku semuanya guru... kisah seorang guru yang sangat aku ingati, setiap hari suatu ketika dahulu beliau telah menjadi pemanduku membawa aku berulangalik ke sekolah, beliau juga guru Perdagangan aku di sekolah tersebut. Telah lama aku mencari beliau dan alhamdulillah saya berjaya berjumpa beliau pada Julai 2011. Paling mengharukan aku, beliau baru saja tamat belajar di USM pada waktu itu dan konvo pada Ogos 2011. Aku rasa sgt bangga kerana aku menjadi  tetamu yg mengiringi beliau dan isteri semasa konvokesyen beliau, aku berada dalam Dewan yg sama, memakai jubah konvo yg sama sbg akademician USM yg melihat guru kesayangan saya menerima segulung ijazah dalam usia 55 tahun. Detik itu sangat2 berharga. Untuk cikgu Mohd Zulkifli Mohamed.. Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat. SELAMAT HARI GURU, cikgu.. 

Me & cikgu zul selepas upacara konvokesyen

cikgu zul, isteri & me

Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku... tanpa anda siapalah aku..

~mel

Ahad, 13 Mei 2012

Family Day Out...

Pagi2 tadi kami dah keluar.. ada beberapa agenda yang ingin disempurnakan.. mula2 cam pening nak pergi mana..then hubby cadangkan ke Kompleks Bukit Jambul sebab semua yg kami nak cari ada di sana.. so, mula2 bersarapan di Kedai Roti canai dan nasi lemak dekat2 dengan rumah..then kami menyeberang jambatan ke pulau.. sampai2 dalam pukul 10..so kami expect kedai2 dlm KBJ tu belum buka.. so hubby terus drive ke area Batu Maung utk melihat pembinaan jambatan kedua.. menarik juga! Bukan senang nak tgk view sebuah jambatan yg besar & pjg dlm pembinaan...

View yang sangat cantik... 

Itu dia jambatan sedang dlm pembinaan... ada nmpk cam kapal & bot yg digunakan dalam pembinaan..
@aliffzachary syok bergambar tepi pantai..

Cantik gak view ni..


Me, Hubby & Yina...

Lepas lepak2 kejab kat tepi pantai ni barulah kami ke KBJ. Di KBJ kami ke kedai utk beli barang aku kejab. Then tetiba hubby cakap jom naik atas.. kat atas ada panggung wayang LTS (kalau tak silap namanya).. so kami tetiba decide nak tgk The Avengers pukul 12.15 tghari..huhu.. tak sia2 tgk.. ceritanya agak best jugak.. teringatkan cerita2 best2 masa kecik2 dulu.. ada Hulk la.. ada Iron Man laa.. ada Captain America la.. huhu.. mmg best.. Eryna pun baik pulak tu.. first time bawak eryna tgk movie.. dan dia tgk sama.. bila dah boring eryna tido.. so xdela kacau atau menangis dalam movie.. huhu... After tgk movie.. kami terus ke Mydin.. sebenarnya mmg hajat nak ke Mydin beli barang rumah... So merayau la pulak di Mydin..  Dah membeli belah di Mydin.. perut pun dah lapar.. kami pun singgah food court.. makan ayam penyet.. harganya RM8.90 satu set.. ayam dia sgt besar + ada tembikai 2 potong juga utk cuci mulut..

Makan sepinggan dengan cik eryna mmg berterabur merata2..

Me and budak comot yg menumpahkan nasi dimerata tempat!! 

After dah abis makan, hubby tetiba cakap dia nak gi masuk Mydin semula.. so dia pergila sorang2.. rupa2nya dia nak beli coklat utk mommy... hihi.. coklat Hari Ibu rupanya.. :)

Ni dia coklatnya.. 

TQ my dearest hubby.. walaupun ada org cakap.. hari2 merupakan hari ibu tp kadang2 ingatan di hari ibu ni sgt membuat seorang ibu itu gembira.. tak perlu mende2 mahal.. yg penting ingatan dan perasaan kasih sayang yg ditunjukkan.... 

Alhamdulillah kami dah sampai rumah... penat berjalan2.. first time parking di KBJ mencecah 5 jam.. huhu..lamanya..  

Selamat Hari Ibu buat mak mak di luar sana..  salamzzz..

~mel

Sabtu, 12 Mei 2012

Toner..


Toner.., originally uploaded by melati.a.

Aku beli satu botol kecik utk aku isikan toner muka aku coz next week nak ke KB.. malas nk bawak botol besar.. ntah camne tetiba aku tengok botol toner tu dah berisi.. ehh.. bila pulak aku isi toner aku dlm botol kecik.. takkan lah hubby yg bubuh.. bukannya dia tau pun aku beli botol tu utk apa..

Bila aku pegang botol tu cam lekit sikit.. bila bau.. ehh bau susu.. laaa.. rupa2nya susu eryna.. awal2 eryna dah experimen dulu.. tuang susu dia dlm botol kecik aku.. kebetulan toner muka aku mmg kaler putih.. sebijik susu eryna... cesss cesss cesss.. pandai betul dak kecik ni konpiuskan mommy...

~mel

Selasa, 8 Mei 2012

Hari Ibu..

Smlm tumpang tgk youtube Ustaz Azhar Idrus kt henfon hubby & UAI cakap xleh sambut hari ibu.. dalam hati rasa kurang setuju sebab rasa mcm tak salah menyambut hari tersebut tanpa mengaitkannya dgn keagamaan.. Walaupun asal hari ibu itu dari agama Kristian yg melibatkan peringatan kpd ibu jesus, tapi aku rasa dlm konteksz zaman sekarang.. ianya sudah tidakr relevan.. Bg aku skrg hari ibu ke hari bapa ke mcm kita sambut hari pekerja.. dllg.. tiada akad dihati yg menyatakan kita percaya kpd agama kristian dllg.. Yang ada dihati kita hanyalah akad bahawa kita menghargai jasa ibu kita yg melahirkan kita, membesarkan kita, memberikan segala2nya kpd kita..

Orang akan kata pula.. tak perlu hari ibu.. hari2 kita perlu tunjukkan kasih syg pada ibu.. ya.. aku setuju.. tapi bg akulah ramai dlm kalangan org melayu yg tidak biasa mengucap..'I love u mum..'. Atau memeluk mak.. atau hantar sms.. 'saya syg mak sgt2..' Kalau ada pun tak ramai.. ada ibu yg sgt 'reserve' dlm kalangan org melayu.. terutamanya golongan2 zaman dulu.. kat kampung2.. mungkin golongan di bandar lebih terbuka sikit.. we can see the difference.. Org zaman dulu2 lg la.. mak ayah adalah authority.. nak gurau2 mmg xdela.. apa lg nak ucapkan rasa kasih syg..

So, i think tak salah kita adopt hari ibu ni.. cuba bayangkan kalau mak kita tiba2 dpt sms di pg hari ibu cakap.. 'Mak.. Sy syg mak sgt2.. semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik utk mak.. sy sgt hargai pngorbanan mak pada saya..'... Aku rasa tentu seorg ibu akan terharu.. silap2 mengalir airmatanya.. so, for me apalah salahnya kita sambut hari ibu.. semata2 utk ibu kita yg tersyg.. tiada kena mengena dgn lain2 sebab.. Sekali sekala kita ucapkan apa kita rasa.. berikan satu perasaan indah buat ibu kita.. yg pasti utk menghargai jerih perih ibu kita mengandung, sakit melahirkan.. sakit membesarkan kita.. sakit melayan kerenah kita.. seorang ibu sanggup keluarkan semula mknan dlm mulut utk beri pada anak.. dan rasanya tiada ibu yg akan pergi ke batu belah batu bertangkup sebab tak dapat makan telur tembakul!!

Maaflah kpd yg tak setuju aku berpendapat kita patut gunakan Hari Ibu utk melahirkan penghargaan yg selalu kita terlupa nak beri pada ibu kita...

I Love u mum.. you are always in my heart...


~mel

Sabtu, 5 Mei 2012

Solat..

Yina solat maghrib.. then doa sama2 dgn papa..

Semoga keluarga kami sentiasa dalam lindungan dan rahmatnya.. Aminn..

Carrot Cake..

Dah lama tingin nak mkn homemade carrot cake.. so mlm tadi buat keknya dan pagi buat lemon cream cheese frostingnya.. best!! tapi hubby xsuka sgt kek2 ni.. huhu.. tak pe aku suka..:D

~mel

Jumaat, 4 Mei 2012

Happy Weekend!!

Kami otw balik kerja.. jalan sgt jem, biasalah inilah keadaannya tiap2 Jumaat.. dulu masa kereta lama siap2 mknan bekalan jem.. tp sebab kereta baru.. xleh makan.. haha.. pada muka..:P

Selasa, 1 Mei 2012

Dari seorang penyair...

Tidak ada rumah bagi seseorang untuk ditempati setelah ia meninggal
Selain rumah yang dia bangun sebelum kematiannya
Jika rumah itu bangun dengan kebaikan, maka baiklah tempat tinggalnya
Namun jika dia bangun dengan keburukan, maka merugilah orang yang membangunnya
Harta kita, kita kumpulkan untuk para ahli warisnya
Dan rumah kita, kita bangunkan untuk kehanuran kematian
Bangunlah esok rumah yang diredhai si penjaganya
Tetangganya adalah Muhammad dan pembangunnya adalah Ar-Rahman (Allah)
Istana-istana dari emas dan tanahnya dari minyak misik
Sedangkan rerumputan yang tumbuh di dalamnya adalah minyak za'faran..

Sesiapa yang hendak berbuat, maka berbuatlah untuk tempat tinggal yang kekal, tempat tinggal yang indah dan tempat tinggal kehidupan yang sebenarnya yang tiada kegelisahan, kesedihan dan tiada kejemuan di dalamnya.. Dan sesiapa yang menginginkan hal yang demikian itu, maka dia mesti mengenderai kenderaan takut... takut pada Allah...


p/s Sedikit sedutan buku dalam pembacaanku.. tajuknya "Jagalah Allah, Allah Menjagamu - oleh Dr. "Aidh bin Abdullah Al-Qarni".. sedikit sebanyak aku rasa aku perlukan pembacaan untuk pembersihan hati.. sebagai manusia kerdil.. rasanya terlalu banyak perlu aku pelajari dan dalaman utk mendapat redha Allah... insyaallah..


~mel

Accident di Penang Bridge

Actually accidentnya hari Sabtu waktu aku drive balik dari Seminar Motivasi ibubapa oleh Dr Danial Zainal Abidin di DK A USM.. Best juga seminar tu.. bnyk tips2 berharga yg diberikan..

Seminar abis pkl 12.30, terus aku balik.. dah pesan kat hubby di rumah yg aku beli lunch.. sampai2 area jambatan jem xhengat.. sure ada accident.. betulla.. ada sebijik volkswagen baru terbakar & rentung.. ish ish ish... nauzubillahiminzalik..

p/s tgh2 drive bomba lalu.. ish.. xsuka betul cemas2 gitu.,