Smlm tumpang tgk youtube Ustaz Azhar Idrus kt henfon hubby & UAI cakap xleh sambut hari ibu.. dalam hati rasa kurang setuju sebab rasa mcm tak salah menyambut hari tersebut tanpa mengaitkannya dgn keagamaan.. Walaupun asal hari ibu itu dari agama Kristian yg melibatkan peringatan kpd ibu jesus, tapi aku rasa dlm konteksz zaman sekarang.. ianya sudah tidakr relevan.. Bg aku skrg hari ibu ke hari bapa ke mcm kita sambut hari pekerja.. dllg.. tiada akad dihati yg menyatakan kita percaya kpd agama kristian dllg.. Yang ada dihati kita hanyalah akad bahawa kita menghargai jasa ibu kita yg melahirkan kita, membesarkan kita, memberikan segala2nya kpd kita..
Orang akan kata pula.. tak perlu hari ibu.. hari2 kita perlu tunjukkan kasih syg pada ibu.. ya.. aku setuju.. tapi bg akulah ramai dlm kalangan org melayu yg tidak biasa mengucap..'I love u mum..'. Atau memeluk mak.. atau hantar sms.. 'saya syg mak sgt2..' Kalau ada pun tak ramai.. ada ibu yg sgt 'reserve' dlm kalangan org melayu.. terutamanya golongan2 zaman dulu.. kat kampung2.. mungkin golongan di bandar lebih terbuka sikit.. we can see the difference.. Org zaman dulu2 lg la.. mak ayah adalah authority.. nak gurau2 mmg xdela.. apa lg nak ucapkan rasa kasih syg..
So, i think tak salah kita adopt hari ibu ni.. cuba bayangkan kalau mak kita tiba2 dpt sms di pg hari ibu cakap.. 'Mak.. Sy syg mak sgt2.. semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik utk mak.. sy sgt hargai pngorbanan mak pada saya..'... Aku rasa tentu seorg ibu akan terharu.. silap2 mengalir airmatanya.. so, for me apalah salahnya kita sambut hari ibu.. semata2 utk ibu kita yg tersyg.. tiada kena mengena dgn lain2 sebab.. Sekali sekala kita ucapkan apa kita rasa.. berikan satu perasaan indah buat ibu kita.. yg pasti utk menghargai jerih perih ibu kita mengandung, sakit melahirkan.. sakit membesarkan kita.. sakit melayan kerenah kita.. seorang ibu sanggup keluarkan semula mknan dlm mulut utk beri pada anak.. dan rasanya tiada ibu yg akan pergi ke batu belah batu bertangkup sebab tak dapat makan telur tembakul!!
Maaflah kpd yg tak setuju aku berpendapat kita patut gunakan Hari Ibu utk melahirkan penghargaan yg selalu kita terlupa nak beri pada ibu kita...
I Love u mum.. you are always in my heart...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan