Entry ni bukan pasal demonstrasi bersih ya.. hehe.. just tentang kebersihan.. Nak kata aku ni pembersih sgt xde la.. just biasa2 saja.. Tadi time tgh dok menyiang & basuh ikan tetiba teringatkan arwah mak.. sebab mak lah yg ajar cara siang & basuh ikan.. arwah mak sgt particular ttg cara pembersihan makanan.. kena basuh sebersih-bersihnya dan setelah dibasuh mesti disiram sayur atau lauk pauk tu.. kalau siang ikan mesti abis darah2 perut ikan tu dicuci.. So.. menyiang ikan adalah perkara yg aku tak suka masa kecik2 dulu sebab it takes time.. jenuh nak basuh & sampai tercucuk2 tulang ikan nak bagi ikan tu bersih..
Itu ttg makanan.. kalau pasal kebersihan rumah.. memang kalau boleh nak rumah tu kemas & bersih sentiasa tapi sebagai wanita bekerja dan selalu balik dah malam.. mmg seminggu sekali baru lah dapat mencuri.. itupun tgk keadaan laa.. kalau sempat.. ada member2 yg menggaji org utk cuci rumah tiap2 minggu.. so tak perlu ada maid.. which mungkin boleh konsider sebab kadang rasa penat gilaa buat semua2 kerja kat rumah.. termasuklah lipat kain yg melambak tu..
Lagi satu aku tak suka pinggan tak basuh dlm sinki.. mmg kalau sempat aku akan clear kan semua.. Sinki aku mesi kemas dan clear.. Aku pernah jumpa keluarga yg tak reti nak basuh pinggan.. tak reti cuci dapur.. tak reti basuh makanan dengan baik.. which for me sagt teruk.. Nak bagi makan sendiri atau keluarga mesti bersih.. jgn main belasah jer.. teringat aku masa aku gi kembara 4 negara dgn student 3 thn lepas.. maa kitorg kat ipoh.. dok umah keluarga angkat.. ada 2 org student ni dok kat satu rumah yg mana makcik tu boleh gunakan kain buruk alas kaki utk lap pinggan isi makanan.. which aku rasa sangat loya... dah ler makanan tu dihidang kat aku.. bebudak tu report kat aku lepas aku makan lak tu... eeeiii..uweekkk!! Nak bagi org makan biar bersih...
Lagi satu pasal bersih.. last week kan adik aku kawen.. masa tu la sesi umpat mengumpat kami adik beradik. Al kisah aku patutnya pergi somewhere dgn my adik beradik.. tapi disebabkan uwan hubby pulang kerahmtullah.. kami kansel ikut derang. Time jumpa hari tu masing2 komple tempat derang pergi hari tu sgtlah tidak hygenic.. rumah org tp tandas tidak bersih.. nak membuang pun tak selesa. Itu satu hal.. tempt nak sembahyang pun tak de.. nak tumpang bilik bersepah dan kurang bersih.. begitulah kata my sisters. Sedangkan ada insan di rumah tu yg boleh dikatakan alim.. berniqab.. tp bilik dia sendiri tak diurus dgn baik.. nak tumpang sembahyang pun tak boleh... so.. aku mendengar sahaja.. but itulah kan.. sbg seorang yg menyanjung islam, tempat beribadah itu mestilah selesa dan yg penting BERSIH!! Wajib BERSIH!! Tak cantik tak pe tapi besih. Macam mana nak beribadah kalau tiada tempat dalam bilik kita yg bersih?? At least itu harus dititik beratkan. Dan bagaimana na ambil air sembahyang kalau bilik air kotor/tak sempurna... ?? ~Maaf kalau empunya diri baca ni.. please take it as positive comment.. perbaiki kelemahan diri.. bersihkan mana yang patut supaya org boleh tumpang sembahyang dgn selesa yaa... takkan pompuan nak sembahyang di ruang tamu kan??
Aku teringat.. suatu ketika dulu laa.. aku pernah ada roomate yg sgt2 alim.. berjubah gelap sentiasa.. bertudung labuh.. dan aku sgt2 respek sebab dia mmg sgt alim.. tp lama2 aku duduk dgn dia aku jadi rimas.. dia ada bau yg sgt meloyakan tekak.. dia pakai jubah dan memakai baju kurung kat dalam.. ini menjadikan badan dia berkuap dan berpeluh dan dia jarang basuh jubah dia.. sebab bila dia nak solat dia tanggal jubah.. baju kurung tu dikira bersih... mula2 aku buat dek je la.. tapi aku jarang lepak dlm bilik sebab tak berapa tahan baunya.. so aku lepak bilik sebelah.. lama kelamaan aku perasan xde sorang geng2 borak bilik2 sebelah nak masuk bilik aku.. until one of my friend sound.. ehh.. cuba ko cakap kat roomate ko tu.. badan dia berbau giler.. bukak pintu bilik ko mmg terbau sampai ujung korridor bau nya.. Aduh aduh.. Aku sebenarnya segan nk tegur.. tp sebab org dah sound macam tu.. satu hari tu aku pun baik2 cakap kat dia.. jgn pakai baju lapis2.. kalau nak pakai lapis2 make sure basuh selalu.. aku siap bg tips kat dia.. tips ni dari arwah mak juga.. kalau nak ilangkan bau ketiak.. ambil limau nipis atau limau purut.. tenyeh kat ketiak tiap2 hari masa mandi.. insyaallah.. ilang bau tu kalau diamalkan.. Walaupun dia nampak sedih masa aku sound tp dia ikut dgn bersemangat.. alhamdulillah.. mmg akhirnya bau badan dia tu hilang.. dia dah rajin mandi...huhu.. dan penting tu bila nak solat & beribadat...
So sebenarnya kebersihan tu bukan hanya fizikal.. tp juga kebersihan dalaman.. Semestinya kita cuba jadi seorang yg bersih luar dan dalam.. jgn di luar bergaya.. tapi bila masuk bilik.. nauzubillah... teringat pulak satu kata-kata zaman dulu2.. kat luar nampak cantik tp b**tot penuh ta**. So biarlah 'kacak luar kacak dalam' . Tujuan bersih yang paling utama utk beribadah.. nak sembahyang perlu bersih tempat persekitaran sembahyang... hati juga perlu bersih supaya khusyuk dalam sembahyang dan fikiran tak merapu pergi ke tempat lain... segala2nya harus bersih..
Tapi.. aku akui nak bersih fizikal & persekitaran tu taklah susah sgt (kecuali utk org yg mmg dh biasa hidup dalam suasana kurang bersih).. tapi nak bersihkan hati tu.. mmg sgt2 sukar.. baru aku baca baru2 ini.. kalau nak bersihkan hati mintalah doa setiap kali dalam sembahyang.. masa sujud.. berdoalah kpd Allah semoga dibersihkan hati... itu yg sedang aku cuba sekarang.. tp makin aku cuba kadang2 tu ada jer dugaan datang.. kan.. moga2 Allah berikan kekuatan dan membersihkan segala2nya dalam kehidupanku dan keluargaku semua... insyaallah.. AMIN..
~mel
TQ ... Panjang bekalan hari nie ...
BalasPadamTQ ... Panjang bekalan hari nie ...
BalasPadamSama2.. huhu.. nanti kita bekalkan makanan pulak yer.. :P
BalasPadam