Jumaat, 26 Oktober 2012

Suasana Aidil Adha...

Kali ni kami tak balik kampung utk aidil adha.. walaupun cuti 4 hari tp kami decide tak nak balik sebab mak abah mentua blk ke NS.. Utk ke NS rasa cam penat sgt. Nak balik ke rumah my sister pun sama gak jauhnya.. So.. Penanglah tempat kami beraya.. Aku just buat rendang jer.. beli daging sekilo.. itupun masa tgh beli tu ada makcik tu bertanya., ehhh.. bnyknya beli daging.. aku terpinga2.. makcik ni cam tau jer berapa org yg ada kt umah aku.. ntah2 kt umah aku ada 10 org.. sekilo mana cukup.. haha.. tp sekilo utk aku berdua dgn incik hubby mmg agak bnyk.. tp kalau rendang tulah yg dibuat mkn mlm.. mkn dgn ketupat (beli) dan mkn dgn 2 btg lemang )beli gak.. mmglah abis.., huhu.,

Anyway solat aidil adha di Masjid USM sgt meriah.. org2 dr luar (international$ mmg ramai.. mcm2 jenis pakaian aku tgk.. penuhlah masjid.. best gila.. Eryna first time pi masjid time solat raya.. senyapp jer sbb takut kat org.. kalau tidak bila aku singgah solat maghrib time abis kelas mmg dia berlari satu masjid tmpt jemaah pompuan... huhu..

Hari ni eryna rekod berjaya pakai tudung spjg waktu solat. kalau tidak mmg dicabutnya tudung xsuka pakai.. kecik2 ni okla, klu dah besar nnt xmo pakai mmg mommy debusshhh... huhu

Lastly.. Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga.. Apakah pengorbanan kita ke arah kehidupan yg lebih baik dan berlandaskan hukum Allah Taala? Renung2kan...

~mel

Rabu, 24 Oktober 2012

Kalau lah...

Aku ada baca satu blog ni beberapa hari yang lepas.. salah satu kisah yg dipaparkan adalah kisah di Pulau Pinang suami tak perlu minta izin isteri untuk berpoligami.. cuma perlu dapat kebenaran mahkamah syariah jer.. ramailah wanita yang melenting.. ramai juga yang ok.. Untuk aku.. aku tak fikirpun hal tu sebenarnya.. tapi yang muncul kat kepala aku ni benda lain.. actually kadang-kadang aku selalu terfikir benda ni...

Dalam post2 aku sebelum ni aku ada ceritakan pasal my student dan kakak sebelah ofis aku yang menghadapi masalah rumah tangga.. my setudent dah bercerai, dimadu dan kakak sebelah tgh dok fikir2.. which is so sad for me.. Bagi aku, sekarang ni tak de lah fikir apa2 negatif.. cuma yg aku selalu fikirkan macam manalah hidup aku kalau suami aku tiada.. ok.. tiada tu bukan maksudnya dia pi kawen lain ke.. atau buat apa2.. tapi kita kan tak tau qada' dan qadar Allah.. tapi kita harus percaya kepada Qada' dan Qadar..

Katalah kita ni perempuan... tak semena2 suami kita meninggalkan kita.. pergi dijemput Ilahi ke.. atau apa2 lah.. (which aku doa2kan semoga ahli keluargaku semua dipanjangkan umur utk hidup bersama).. tapi katakanlah ianya terjadi.. mampu tak kita sebagai wanita menghadapi detik2 itu.. Mungkin perkara yang pertama kita perlu tanggung adalah kesedihan.. kesunyian.. tapi ada yang lebih penting dari itu... mampukah kita berdikari.. hidup sendirian, perlu menanggung anak2.. memikul tanggungjawab di dunia ini.. membesarkan anak2.. memberi makan pakai.. menguruskan segala2nya.. bersediakah kita wahai wanita??
Mungkin kita akan sangka... ahhh.. tak mungkin terjadi pada diri kita.. tapi qada qadar Allah siapa tahu.. Kalau suami kita kawen lain.. still kita boleh juga nak minta tolong dia sana sini kalau dia still ada rasa tanggungjawab pada keluarga.. tapi kalau suami kita sudah tiada.... macam mana kita nak survive..

Bagi diri aku, bila terfikir macam tu... aku rasa dari segi pengurusan keluarga dan nak tanggung keluarga tu.. insyaallah aku mampu.. aku rasa aku boleh tanggung itu semua.. aku wanita berkerja.. so financially mungkin bukan masalah bagi aku... cuma tang emosional mungkin akan takes time.. which is aku tak tau lah macam mana aku nak survive kan..  Tapi insyaallah..

Tapi terfikir juga.. utk wanita yang tidak berkerja.. surirumah.. anda macam mana? Apakah preparation anda untuk menghadapi kehidupan sendirian? Kalau suami anda tak de... how are you going to survive... emotionally, financially etc.... Jgn fikir negatif terhadap suami.. just fikir kalau sesuatu terjadi pada suami kita.. bagaimana dgn kehidupan kita nanti.. fikirkan macam mana nak besarkan anak2.. naknya kalau hidup kita bergantung sepenuhnya pada suami... nak pi pasar/supermarket pun tunggu suami.. nak buat apa2 pun tunggu suami... kalau suami xde mcm mana?Contoh kalau isteri tak pandai memandu... katakanlah kalau suami sakit.. demam.. tak larat.. mcm mana nak bawa suami ke klinik? teksi? oh.. kejamnya isteri yg terpaksa bawak suami yg sakit naik teksi...

Kalau isteri yg berkerja di rumah aka surirumah... aku berpendapat perkembangan diri tu sgt penting.. mmg mudah untuk mengharapkan suami.. tp kalaulah sesuatu terjadi pada suami kita... macam mana? Siapa pula nak dijadikan tempat kita bergantung... so at least si isteri kena tau memandu.. dan duduk saja2 di rumah tu buatlah aktiviti yg boleh menjana kewangan keluarga.. dan yg penting kalau suami bg duit.. simpan sikit2 di tempat yg kita tak mungkin ambil dan guna.. dlm keadaan aku yg berkerja ni pun aku mmg ada 'duit selit'.. bukan ape.. bila sesak2 mmg bolehlah duit selit tu membantu...

So.. just perkongsian utk para isteri... kalau kita berkerja.. simpan juga sikit2 utk masa2 terdesak.. aku ada tengok seorg RA aku dulu lah.. pakaian dia mmg cantik2.. suka melawa.. suka bershopping.. tp duit simpanan.. kosong.. bila tak de duit mula2 update status 'sesak' kat fb... jadi jgnlah abis bulan abis duit kita licin.. tinggal beberapa sen aje... simpan lah di bawah tikar ke.. bawah tilam ke.. dlm 50inggit sebulan.. jgn usik duit tu.. dan utk suri rumah pun perlu mcm tu.. duit yg suami bagi perlu disimpan sebaik mungkin.. mungkin di tempat yg suami kita pun tak tau... manalah tau apa2 terjadi.. sedikit sebanyak kita masih boleh bernafas...

Yang penting.. jgn ingat apa yang terjadi pada org lain takkan terjadi kepada kita... dan kalau ianya terjadi pada kita.. insyaallah.. kita telah bersedia...


~mel


Khamis, 4 Oktober 2012

Nasib Wanita 2..

Hari ni aku ada tutorial pagi pukul 8 hingga 10 pagi. Abis aje kelas aku turun ke ofis hubby utk ambil roti canai yg hubby tapau utk fast ku sebab tak sempat nak makan sebelum kelas tadi. Mula hubby ajak makan kat ofis dia je tapi aku cakap tak pelah sebab ofis dia xde teh o kosong.. hehe.. itulah minuman asasi ku sekarang. So aku pun naiklah atas ke ofisku ditingkat 2.. Sampai2 aku terus masak air... nak wat teh o kosong.. sebab perut dah lapar aku pun makan roti canai terus.. Dah abis makan.. nak gi basuh tgn.. bukak pintu ofis tetiba kakak ofis sebelah panggil.. slow je dia cakap.. boleh tak akak nak bercakap 5 minit.. suara dia lain macam.. instantly aku cakap..ok kak..jab yer saya nak basuh tgn jab baru pas makan.. dia cakap ok..

Aku pun cepat2 pi toilet.. basuh tgn.. masuk ofis teguk air kosong jer (tak sempat nak wat teh o kosong lagi).. dan terus gi ofis dia.. Bila aku dah dok dpn kakak tu.. dia pun slow2 cakap.. hmm.. akak nak minta pendapat.. bla bla bla.. hmmm.. terkedu aku seketika... kakak tu nak pergi ke Mahkamah Syariah utk memfailkan fasakh terhadap suami dia..  dan dia tanya pendapat aku should she do it or not.. hmm.. hmm..hmm.. aku tak sangka.. sgt tak sangka.. sebab.. pada tahun lepas aku dan hubby telah menghadiri majlis perkahwinan anaknya yg pertama.. dia cakap kat aku perkahwinan dia telah menjangkau 32 tahun..  aduhai.. dan dia sgt2 tak tahan dengan suami dia skrg.. suami dia sgt baran.. menggunakan duit dia sewenang2nya.. suka marah2 tanpa sebab dan dia terseksa dah bertahun2 hingga dah banyak kali rasa nak berpisah. Dia pernah juga lari dari rumah bawak anak dia.. tp setelah dipujuk dia balik semula..

Tapi tadi dia cakap dia dah tak tahan.. sgt tak tahan dan nak ambil keputusan utk ke mahkamah.. cuma.. dia fikirkan apa kata keluarga, jiran2.. kawan2.. dllg kalau dia dalam usia sebegitu mengambil tindakan sedemikian.. Lagi satu dia cah banyak kali cakap pd suami dia yg dia dah tak tahan dan tak ingin meneruskan perkahwinan. Tapi bila dia cakap macam tu.. suami dia akan menangis memohon maaf dan lepas tu dia tak jadi nak buat apa2..

Aku sebenarnya tak tahu nak cakap.. tapi bagi diri aku seorang perempuan itu punya hak untuk bahagia.. punya hak utk hidup tenang.. punya hak untuk dihargai.. dan dari cerita kakak tu.. aku rasa macam suami dia langsung tidak menghargainya.. Yang aku mampu cakap pada akak tu adalah.. Akak..saya rasa akak perlu buat sesuatu untuk kehidupan akak.. hidup ni tak lama, kak. Takkan utk hidup kita yg tak lama ni, kita nak biarkan diri kita menderita. Aku cakap kat dia.. akak.. akak should take a step ahead. Akak pergilah mahkamah. Aku bukan nak mengalakkan penceraian tapi aku rasa kakak tu juga ada hak utk hidup yg lebih baik. Kalau dengan perkahwinan dia menderita.. apalah gunanya. Aku cakap kat kakak tu.. mungkin skrg ni dia fikirkan tentang anak2.. tentang cakap2 org.. tp sampai bila dia nak fikirkan itu semua. Patutkah kita menyeksa diri sendiri?? patutkah kita biar hidup kita asyik menangis..

By the way.. kakak tu memang selalu sakit2.. umur dah 50++.. dan selalu bila dia pnjat tangga naik ofis kami yg tinggi ni mmg aku kesian sgt2.. kadang2 dia xgi ofis sebab sakit.. kaki sakit laa.. tak leh jalan laa.. dia cakap kat aku.. suami dia tak pernah amik kisah bila dia sakit.. pergi hospital/klinik sendiri dlm sakit2 tu.. kalau anak2 ada anak2 bawakkan.. tapi sekali pun suami dia tak pernah bawak gi klinik ke.. hospital ke.. which is sooo sad... hmmm.. itu yg dia rasa sgt sedih..

Tulah.. bila dengar cerita dia tetiba aku teringat kisah anak2 murid aku hujung minggu hari tu.. ya allah.. ramai betul wanita yang merana.. ramai betul lelaki yg tidak tahu menghargai isteri masing2.. tapi tu lah kan.. bila dalam keadaan mcm ni aku tak tau nak tenangkan kakak tu.. dia ckp dia ceritakan kat aku pasal dia tahu aku akan bg nasihat yg terbaik utk dia.. dan aku takkan heboh2 pada org (aku ceritakan dlm blog aku ni tapinya.... waaa..).Tapi entahlah.. aku tak tau nak bg nasihat yg terbaik pada dia.. cuma yg aku katakan pada dia.. aku takkan suruh dia bersabar.. she has suffer too much.. aku cakap kat dia.. Buat masa sekarang akan fikirkan tentang diri akak sendiri.. fikirkan apa yg patut akak buat sekarang, jgn biarkan diri akak terus menderita... jgn biarkan diri akak terpengaruh dgn titisan airmata seorang lelaki.. huhu...

Aku cakap lagi.. kak..kita ni org perempuan sebenarnya boleh hidup tanpa lelaki..cuma kita terlalu takut.. kita takut kita tiada lagi tempat utk bersandar sedangkan sebenarnya kita mampu utk terus hidup.. Aku tnya dia.. dia nak ke terus hidup mcm ni..sembahyang tak khusyuk.. dok teringat /fikir ttg hati yg merana.. dia even told me.. kdg2 dia terfikir nak bunuh diri.. which.. aku rasa ramai wanita yg akan berfikiran demikian bila berada dlm situasi macam ni.. hmmm...tapi aku cakap dia..pergilah mahkamah syariah.. selesaikan di sana.. tak guna dia terus menderita..biarlah saki baki hidup kita yg ada ini kita jalani dengan tenang...

Untuk para suami.. aku rasa wanita tidak mencari lelaki yg sempurna.. tidak perlukan lelaki yang mendukungnya setiap hari.. membuka pintu kereta setiap hari.. memberi bunga setiap hari.. tapi wanita cuma ingin disayangi, dihargai dan yg paling penting dikasihani... Kasihanilah wanita yg membantu anda untuk meneruskan kehidupan anda.. yg tidak kedekut untuk membantu anda setiap masa.. yang tidak kisah utk memegang/membasuh seluar dalam anda yg dah dipakai seharian (hahaha,.. but it's true kan??).. yg diharap bukan emas permata.. (kalau dapat mmg syukur..huhu).. tetapi perasaan belas dan kasihan.. kerana kasihan ada kasih + an.. wujudnya kasih dan belas pada insan yg disayangi.. Mcm kakak tu.. dah 32 tahun kawen.. betapa lamanya dia mencurahkan kasih syg utk keluarga.. dan bila dah berpuluh tahun tersiksa.. it's time for her to go, I think..

Apa2 pun.. aku sentiasa berdoa moga kehidupanku terus dilimpahi bahagia dan rahmat dariNYA.. semoga kisah2 sekeliling ku yg aku dengar ini menjadi sempadan buat kami meneruskan hidup di muka bumi ini sehingga ke akhir hayat.. Aku doakan semoga kakak ku itu dapat mencari penyelesaian terhadap kemelut kehidupannya di akhir usia... Byk lagi cerita dari kakak tu.. yg ku paparkan hanya sedikit semoga jadi pengalaman buat kita semua... wallahualam..


~mel

Nasib Wanita...

Post ni ditulis hari Ahad hari tu guna iPhone.. tapi tak terpost sebab kesibukan..dan keterlupaan.. hari ni teringat pulak sebab ada cerita yg hampir berkaitan terjadi.. so aku ingat aku post yg ni dulu sebelum cerita hal yang recently berlaku... So..ni cerita weekend hari tu..


This weekend aku di Kuching menjalankan kuliah PPG.. Walaupun aku sampai Jumaat dan bnyk masa utk lepak2, aku tak contact student yg dah jadi mcm kawan dgn aku utk pi jln2.. This time mmg aku fikir mls nk susahkan diorg.. So hari Jumaat tu aku just jln2 sorang utk shopping ape2 yg patut.. especially nk beli lipstik aku yg dah abis.. smpi terpaksa korek dgn jarilah nk guna.. haha..

After kelas smlm aku ckp dgn student2 tu mintak diorg hntr aku balik.. sbb dah mlm, aku mmg mls amik teksi, tp diorg ada lg satu kelas yg lom abis.. so aku kena tggu.. tetiba ada sorang student lain ckp.. xpelah Dr. sy nak kluar kejab ni.. meh sy hntr Dr balik hotel.. aku pun ok lah coz badan dah terlalu penat mngajar 3 subjek berturut2..So aku ckp kt student yg baik dgn aku tu.. xpelah lain kali jumpa lg..

Dlm pkl 11 mlm student tu (Mila namanya) sms tnya hari ni sape hntr ke airport).. aku masa tu tgh layan cerekarama.. huhu.. xpasan pun dia sms sbb fon silent mode dr kelas sblm tu.. Bila pg b4 mandi baru aku pasan..  Aku xreply, ingat saja nk tggu pkl 7 baru nk reply..6.45pg - Kuching dh terang benderang masa ni.  Mila call. Dia ckp dia ada kat depan hotel dah.. Laaa.. cepat2 aku siap turun bawah.. bfast pun xsempat.. tak pelah bfast kat airport je laa.. Mila dtg berdua dgn sorang lg student, kak ju. Kak ju tido kat rumah dia mlm tadi..

Dlm perjlnan aku tanya Mila.. bila suami dia nk dtg penang lg.. Suami dia buat PJJdi USM. Dia ckp tahun depan kot.. ehh.. aku rasa cam pelik sbb ada kot.. Then dia gtau.. dia dah berpisah dgn suami dia.. 4.9 yg lalu.. aku terkejut! Tp biasalah, aku mmg xtanya bnyk tp dia volunteer cerita.. Dia ckp suami dia ditangkap khalwat dgn student Unimas.. Actually tahun 2008 dah kena sekali.. ini lg sekali.. ohhh.. kesian aku dgr.. dia ckp dia minta fasakh sbb suami dia xberubah2.. rupa2 time suami dia ke usm sekali tu.. suami dia tersilap send sms.. nak hntr pada girlfriend dia tp terhantar kat dia.. dah gaduh2 pastu kena tangkap khalwat pulak.. Then dia jumpa lawyer dan minta fasakh..

Tetiba kak ju yg sama2 dlm kereta pun ckp.. akak pun sama Dr.. tp lg teruk.. akak dimadukan dah dua bulan ada madu baru tahu., dan semuanya berlaku mcm mimpi.. time nak final exam pulak tu.. Kak ju ni anak dia dah 7 org!! Suami dia bercinta dgn isteri org yg ada anak tiga.. dan kena tangkap kat hotel dgn pompuan tu oleh suami pompuan tu!! Kesian.. merana dia.. anak dia dua org dh masuk unimas.. Lepas kena tangkap tu pompuan tu bercerai dgn suami dia dan masing2 pi kawin di Pontianak tanpa pengetahuan kak ju.. dah 2 bulan kawen baru dia tahu, itupun diberitahu oleh Guru Besar sekolah suami dia. Btw diorg ni semua cikgu suami isteri..

Lepas tu diorg pun cerita, ramai dalam kalangan student2 aku tu pun single mum.. Aku pun mcm terkedu kejab.. tapi tulah apa nak buat.. semua dah tertulis masa kita lahir sejak dari Luh Mahfuz.... frankly rasa sedih.. siapa nak hidup mcm tu.. tingat kisah kawanku Salmiza.. serupa tp tak sama..

Cuma yg aku boleh katakan..inilah nasib wanita.. yg kita boleh buat adalah untuk bertahan.. kukuhkan kehidupan.. jgn mudah mengaku kalah pada kehidupan.. kisah yg aku dgr kbnykkannya kisah wanita yg didua tiga oleh suami masing2.. tapi tu lah kan.. kalau kita tengok persepsi pandangan serong pun akan terkena pada wanita juga..Kalau wanita jadi janda.. mesti dipandang serong.. yg pandang serong tu pun biasanya perempuan jugak..kan..

Anyway..  semoga kita semua diberi kekuatan dan rahmat dari Allah dalam mengharungi kehidupan ini..

Insyaallah...

~mel..