Khamis, 4 Oktober 2012

Nasib Wanita 2..

Hari ni aku ada tutorial pagi pukul 8 hingga 10 pagi. Abis aje kelas aku turun ke ofis hubby utk ambil roti canai yg hubby tapau utk fast ku sebab tak sempat nak makan sebelum kelas tadi. Mula hubby ajak makan kat ofis dia je tapi aku cakap tak pelah sebab ofis dia xde teh o kosong.. hehe.. itulah minuman asasi ku sekarang. So aku pun naiklah atas ke ofisku ditingkat 2.. Sampai2 aku terus masak air... nak wat teh o kosong.. sebab perut dah lapar aku pun makan roti canai terus.. Dah abis makan.. nak gi basuh tgn.. bukak pintu ofis tetiba kakak ofis sebelah panggil.. slow je dia cakap.. boleh tak akak nak bercakap 5 minit.. suara dia lain macam.. instantly aku cakap..ok kak..jab yer saya nak basuh tgn jab baru pas makan.. dia cakap ok..

Aku pun cepat2 pi toilet.. basuh tgn.. masuk ofis teguk air kosong jer (tak sempat nak wat teh o kosong lagi).. dan terus gi ofis dia.. Bila aku dah dok dpn kakak tu.. dia pun slow2 cakap.. hmm.. akak nak minta pendapat.. bla bla bla.. hmmm.. terkedu aku seketika... kakak tu nak pergi ke Mahkamah Syariah utk memfailkan fasakh terhadap suami dia..  dan dia tanya pendapat aku should she do it or not.. hmm.. hmm..hmm.. aku tak sangka.. sgt tak sangka.. sebab.. pada tahun lepas aku dan hubby telah menghadiri majlis perkahwinan anaknya yg pertama.. dia cakap kat aku perkahwinan dia telah menjangkau 32 tahun..  aduhai.. dan dia sgt2 tak tahan dengan suami dia skrg.. suami dia sgt baran.. menggunakan duit dia sewenang2nya.. suka marah2 tanpa sebab dan dia terseksa dah bertahun2 hingga dah banyak kali rasa nak berpisah. Dia pernah juga lari dari rumah bawak anak dia.. tp setelah dipujuk dia balik semula..

Tapi tadi dia cakap dia dah tak tahan.. sgt tak tahan dan nak ambil keputusan utk ke mahkamah.. cuma.. dia fikirkan apa kata keluarga, jiran2.. kawan2.. dllg kalau dia dalam usia sebegitu mengambil tindakan sedemikian.. Lagi satu dia cah banyak kali cakap pd suami dia yg dia dah tak tahan dan tak ingin meneruskan perkahwinan. Tapi bila dia cakap macam tu.. suami dia akan menangis memohon maaf dan lepas tu dia tak jadi nak buat apa2..

Aku sebenarnya tak tahu nak cakap.. tapi bagi diri aku seorang perempuan itu punya hak untuk bahagia.. punya hak utk hidup tenang.. punya hak untuk dihargai.. dan dari cerita kakak tu.. aku rasa macam suami dia langsung tidak menghargainya.. Yang aku mampu cakap pada akak tu adalah.. Akak..saya rasa akak perlu buat sesuatu untuk kehidupan akak.. hidup ni tak lama, kak. Takkan utk hidup kita yg tak lama ni, kita nak biarkan diri kita menderita. Aku cakap kat dia.. akak.. akak should take a step ahead. Akak pergilah mahkamah. Aku bukan nak mengalakkan penceraian tapi aku rasa kakak tu juga ada hak utk hidup yg lebih baik. Kalau dengan perkahwinan dia menderita.. apalah gunanya. Aku cakap kat kakak tu.. mungkin skrg ni dia fikirkan tentang anak2.. tentang cakap2 org.. tp sampai bila dia nak fikirkan itu semua. Patutkah kita menyeksa diri sendiri?? patutkah kita biar hidup kita asyik menangis..

By the way.. kakak tu memang selalu sakit2.. umur dah 50++.. dan selalu bila dia pnjat tangga naik ofis kami yg tinggi ni mmg aku kesian sgt2.. kadang2 dia xgi ofis sebab sakit.. kaki sakit laa.. tak leh jalan laa.. dia cakap kat aku.. suami dia tak pernah amik kisah bila dia sakit.. pergi hospital/klinik sendiri dlm sakit2 tu.. kalau anak2 ada anak2 bawakkan.. tapi sekali pun suami dia tak pernah bawak gi klinik ke.. hospital ke.. which is sooo sad... hmmm.. itu yg dia rasa sgt sedih..

Tulah.. bila dengar cerita dia tetiba aku teringat kisah anak2 murid aku hujung minggu hari tu.. ya allah.. ramai betul wanita yang merana.. ramai betul lelaki yg tidak tahu menghargai isteri masing2.. tapi tu lah kan.. bila dalam keadaan mcm ni aku tak tau nak tenangkan kakak tu.. dia ckp dia ceritakan kat aku pasal dia tahu aku akan bg nasihat yg terbaik utk dia.. dan aku takkan heboh2 pada org (aku ceritakan dlm blog aku ni tapinya.... waaa..).Tapi entahlah.. aku tak tau nak bg nasihat yg terbaik pada dia.. cuma yg aku katakan pada dia.. aku takkan suruh dia bersabar.. she has suffer too much.. aku cakap kat dia.. Buat masa sekarang akan fikirkan tentang diri akak sendiri.. fikirkan apa yg patut akak buat sekarang, jgn biarkan diri akak terus menderita... jgn biarkan diri akak terpengaruh dgn titisan airmata seorang lelaki.. huhu...

Aku cakap lagi.. kak..kita ni org perempuan sebenarnya boleh hidup tanpa lelaki..cuma kita terlalu takut.. kita takut kita tiada lagi tempat utk bersandar sedangkan sebenarnya kita mampu utk terus hidup.. Aku tnya dia.. dia nak ke terus hidup mcm ni..sembahyang tak khusyuk.. dok teringat /fikir ttg hati yg merana.. dia even told me.. kdg2 dia terfikir nak bunuh diri.. which.. aku rasa ramai wanita yg akan berfikiran demikian bila berada dlm situasi macam ni.. hmmm...tapi aku cakap dia..pergilah mahkamah syariah.. selesaikan di sana.. tak guna dia terus menderita..biarlah saki baki hidup kita yg ada ini kita jalani dengan tenang...

Untuk para suami.. aku rasa wanita tidak mencari lelaki yg sempurna.. tidak perlukan lelaki yang mendukungnya setiap hari.. membuka pintu kereta setiap hari.. memberi bunga setiap hari.. tapi wanita cuma ingin disayangi, dihargai dan yg paling penting dikasihani... Kasihanilah wanita yg membantu anda untuk meneruskan kehidupan anda.. yg tidak kedekut untuk membantu anda setiap masa.. yang tidak kisah utk memegang/membasuh seluar dalam anda yg dah dipakai seharian (hahaha,.. but it's true kan??).. yg diharap bukan emas permata.. (kalau dapat mmg syukur..huhu).. tetapi perasaan belas dan kasihan.. kerana kasihan ada kasih + an.. wujudnya kasih dan belas pada insan yg disayangi.. Mcm kakak tu.. dah 32 tahun kawen.. betapa lamanya dia mencurahkan kasih syg utk keluarga.. dan bila dah berpuluh tahun tersiksa.. it's time for her to go, I think..

Apa2 pun.. aku sentiasa berdoa moga kehidupanku terus dilimpahi bahagia dan rahmat dariNYA.. semoga kisah2 sekeliling ku yg aku dengar ini menjadi sempadan buat kami meneruskan hidup di muka bumi ini sehingga ke akhir hayat.. Aku doakan semoga kakak ku itu dapat mencari penyelesaian terhadap kemelut kehidupannya di akhir usia... Byk lagi cerita dari kakak tu.. yg ku paparkan hanya sedikit semoga jadi pengalaman buat kita semua... wallahualam..


~mel

1 ulasan:

  1. semoga akak tu tau ape yang terbaik untuk diri die..kalau die asyik fikir ape orang kate, sampai bile pon die xkan bahagia...

    semoga husband die pon akan berubah....n lebih mendekati Islam

    BalasPadam