Iyer.. itu topik yang sentiasa berlegar-legar di kepala aku bila aku melihat penjual2 online terutamanya di facebook yang menjual barang2 'kesihatan' dan kecantikan untuk untuk perempuan.. tagline2 yang dipaparkan kadang2 membuatkan aku yg membaca malu.. tapi mereka yang memaparkan tak malu kah?
Terfikir jugak.. mungkin aku ni dah tua kot.. sebab tu lah sgt sensitif dgn mende2 mcm tu.. tp aku rasa dari dulu aku mmg bukan seorang yg suka dengan perkara2 yg memaparkan dengan terang ciri-ciri keperempuanan... Aku tidak selesa bercerita tentang perkara-perkara yang agak sulit...
Contoh yg aku lihat.. pagi tadi aku melihat di timeline ada seorg yg sgt kukenali, masih anak dara.. menjual barang kesihatan secara online.. dan paparan utk tagline produk tersebut adalah... 1) Laraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan P***D**A. Terus terang aku rasa sangat sedih.. seorang gadis menjual barang dgn tidak malu2 memaparkan perkataan tentang badan perempuan yg seharusnya malu utk diperkatakan dengan huruf besar lagi.. Aku yg membaca merasa malu bagi pihak beliau.. Kalau nak menjual pun agak2lah.. kita ni perempuan.. islam.. seharusnya menjaga akhlak, menjaga perkataan.. menjaga setiap perbuatan.. aku tak tau org lain laa... aku nak sebut perkataan tersebut dgn kawan2 perempuan pun tgk2 juga orgnya.. inikan pula nak paparkan di fb utk menjual barang berkenaan... nauzubillah...
Ada juga isteri-isteri (mentang2 dah kawen).. bila menjual barang kecantikan dan kesihatan tidak malu2 memaparkan chat/perbualan antara mereka dan kawan2 yg guna produk mereka.. cerita pasal hubungan intim suami isteri.. bahagian d*** yg makin $%^& dan macam2 lain yg membuat aku tertanya2... mereka ni tak malu ke? Boleh cerita pasal hubungan suami isteri... suami cakap isteri makin $%%^& dan lain2 lagi la.. yg tak sanggup aku nak tulis (malu!). Tidak kah mereka ini tahu.. bercerita mende2 macam tu adalah HARAM.. walaupun nak jadikan testimoni... Yang aku peliknya dah paparkan mende2 mcm tu bg pulak motivasi cara keislaman... errr... semangat nak dapat duit jadikan macam tu?
Apa2 pun... wahai wanita.. jagalah aib masing2.. sembunyikan apa yg perlu disembunyikan..dan bersikap malulah.. Malu itu menghindarkan diri kita dari melakukan perbuatan yang tidak baik...Peringatan ini juga untuk diriku.. semoga aku sentiasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang.. malu untuk menjadi wanita yg terlalu terbuka pemikirannya dan semoga Allah sentiasa teguhkan keimananku dan keluargaku... Amin Ya Rabbal Alamin...
Maaf sekiranya ada yg baca dan terasa.. malu
utk menulis pos ini tapi malu juga utnuk menegur secara terang-terangan,
takut disangka dengki atau irihati.. sedang sebenarnya memang malu
melihat keterbukaan wanita2 di luar sana... Malu itu sebahagian dari
iman.. jagalah maruah kita sebagai wanita islam..
~mel
mungkin istilah malu dah xde dalam akal mereka lagi.. halal haram pon da x d pedulikan lagi.. kemewahan yang d kejar.. dunia smata²..
BalasPadamJual senyap2 beli senyap2.. Kalau tak semua org tau awak punya dah sizen...hahaha
BalasPadam