Hadiah hari guru dari seorang guru yg aku selalu marah.. dan hari ni waktu dia datang bawa hadiah hari guru pun aku marah dia lagi.. sampai berjurai2 airmata dia.. Dia ni seorg guru sekolah berprestasi tinggi.. Dah 3 tahun buat master tak habis2.. Alasannya kerja sekolah terlalu bnyk sampai xboleh cope.. aku seringkali push dia.. mmg asyik push sampai akhirnya dpt juga dia siapkan proposal..
Abis proposal dia buat hal balik.. mnghilang dgn alasan kerja terlalu bnyk.. sampaikan aku ckp dia aku dah xboleh nak tolong dia lg selagi dia xtolong diri dia.. then dia buat keputusan nak berhenti..
Hari ni dia dtg.. ucapkan selamat hari guru (belated).. dan mintak maaf sbb dia tak berupaya nak penuhi apa yg aku nak dia buat sbb kekangan kerja.. Dia ckp akulah org yg paling bnyk marah dan membebel pada dia.. tapi dia tau aku bukan marah sbb aku suka nak marah tp sbb aku nak dia habis belajar dan dpt Master..
Katanya walau apa terjadi.. i'm still her teacher walaupun dia xmampu nak teruskan perjuangan dia.. So sad.. Kesian dia, dia pindah sekolah dr johor ke penang semata2 nk smbung belajar.. hmmm...
~mel
Jumaat, 17 Mei 2013
Selamat Hari Guru..
Selasa, 7 Mei 2013
Eryna solat..
Dah lama teringin nak belikan Eryna telekung tapi dok fikir dia masih kecik sangat... Memang dah lama follow satu blog ni yang buat customize telekung budak2... tapi tak terorder. Entah macammana dua minggu lepas rasa dah time untuk belikan eryna telekung.. saja2 nak latih dia solat sama2.. So aku pun orderlah telekung dari Blog Mila : Creativity in ME. Aku sangat2 puas hati dengan order tu.. Eryna pun suka sangat.. haha.. terover excited pulak minah kecik ni try telekung baru dia..
Harap2 kami dapat didik eryna supaya bersolat dari kecil... Insyaallah..
Semoga anak mommy istiqamah sampai bila2 ya sayang... Amin...
~mel
Ya Allah berikanlah keberkatan pada kami sekeluarga... Amin..
Harap2 kami dapat didik eryna supaya bersolat dari kecil... Insyaallah..
Telekung baru Eryna... cantik sangat.. |
Eryna test telekung baru... solat la tu konon2nya.. |
ewah2... solat pun boleh senyum.. |
Sujud dengan penuh gaya... hihi.. |
Semoga anak mommy istiqamah sampai bila2 ya sayang... Amin...
~mel
Ya Allah berikanlah keberkatan pada kami sekeluarga... Amin..
Khamis, 2 Mei 2013
PRU13..
Ok semalam petang sempatlah aku pergi ronda2 tgk situasi perang bendera di Permatang Pasir, Permatang Pauh dan area sekitarnya.. so kat atas tu adalah gambar hasil ronda2 semalam. Kebetulan balik2 dari ronda aku cakap kat hubby nak singgah kedai beli roti.. keluar2 dari kedai tgk ada konvoi motor bawak bendera PR yg sangat panjang... meriah giler.. rasa bersemangat dibuatnya..
Tak tau mengapa PRU kali ni aku rasa sangat dan lebih bersemangat. Semangat yang berkobar2 aku rasa. Since dah beberapa tahun kembali ke tanahair aku rasa banyak perkara yang sangat2 perlu diubah oleh kerajaan Malaysia. Monopoli oleh pemerintah bagi aku rasanya sangat melampau dan banyak perkara yang tidak telus dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Usah kita berbicara tentang politik mengikut hati dan perasaan.. kalau kita tengok memang meluat rasanya bila parti2 politik malaysia saling salah menyalahkan antara satu sama lain.. menunding jari dan menggunakan kaedah kotor dalam menjatuhkan pihak lawan. Rasa meluat sangat2 la.. tak kira BN ke PKR ke.. masing2 menggunakan bahasa kotor.. caci maki dllg.. geram rasanya. Semuanya tidak berhemah dalam cuba menonjolkan parti masing2..
Anyway.. for me myself.. aku memilih utk menyokong perubahan.. Mengapa? Mudah saja.. Pemerintah yang terlalu lama di atas akan mudah leka dan merasakan merekalah yang berkuasa.. dan akan memungkinkan mereka menjadi taksub dan lupa diri... So why not we give them a chance to rest... hehe... Kalau org tanya tak takut ke pembangkang memusnahkan malaysia.. Buat apa nak takut.. bila pembangkang naik mereka sure nak mengekalakn kuasa mereka sebagai pemerintah.. they will do everything they can to survive and attact malaysia people to believe in them.. so bila ada persaingan.. insyaallah mereka akan cuba sedaya upaya bekerja utk rakyat.
Perubahan akan membuka mata kerajaan bahwa.. rakyat punya kuasa untuk memilih yang terbaik.. dan kalau pemerintah tidak bagus.. then mereka punya kuasa untuk mengubah semula.. that's it.. dan bila terjadi macam tu barulah pemerintah akan lakukan yang terbaik untuk rakyatnya supaya rakyatnya akan terus memilih mereka. Ok?
OkBai..
~mel
Tak sabar nak balik kampung... hehe...