Khamis, 2 Mei 2013

PRU13..


Dah lama rasanya nak menulis pasal PRU13 ni.. tapi sangat-sangatlah tak de masa untuk update blog.. so harap2 tulisan ni dapat aku publish sebelum aku gi observe latihan mengajar petang ni..

Ok semalam petang sempatlah aku pergi ronda2 tgk situasi perang bendera di Permatang Pasir, Permatang Pauh dan area sekitarnya.. so kat atas tu adalah gambar hasil ronda2 semalam. Kebetulan balik2 dari ronda aku cakap kat hubby nak singgah kedai beli roti.. keluar2 dari kedai tgk ada konvoi motor bawak bendera PR yg sangat panjang... meriah giler..  rasa bersemangat dibuatnya..

Tak tau mengapa PRU kali ni aku rasa sangat dan lebih bersemangat. Semangat yang berkobar2 aku rasa. Since dah beberapa tahun kembali ke tanahair aku rasa banyak perkara yang sangat2 perlu diubah oleh kerajaan Malaysia. Monopoli oleh pemerintah bagi aku rasanya sangat melampau dan banyak perkara yang tidak telus dalam pemerintahan kerajaan sekarang.  Usah kita berbicara tentang politik mengikut hati dan perasaan.. kalau kita tengok memang meluat rasanya bila parti2 politik malaysia saling salah menyalahkan antara satu sama lain.. menunding jari dan menggunakan kaedah kotor dalam menjatuhkan pihak lawan. Rasa meluat sangat2 la.. tak kira BN ke PKR ke.. masing2 menggunakan bahasa kotor.. caci maki dllg.. geram rasanya. Semuanya tidak berhemah dalam cuba menonjolkan parti masing2..

Anyway.. for me myself.. aku memilih utk menyokong perubahan.. Mengapa? Mudah saja.. Pemerintah yang terlalu lama di atas akan mudah leka dan merasakan merekalah yang berkuasa.. dan akan memungkinkan mereka menjadi taksub dan lupa diri... So why not we give them a chance to rest... hehe... Kalau org tanya tak takut ke pembangkang memusnahkan malaysia.. Buat apa nak takut.. bila pembangkang naik mereka sure nak mengekalakn kuasa mereka sebagai pemerintah.. they will do everything they can to survive and attact malaysia people to believe in them.. so bila ada persaingan.. insyaallah mereka akan cuba sedaya upaya bekerja utk rakyat.

Perubahan akan membuka mata kerajaan bahwa.. rakyat punya kuasa untuk memilih yang terbaik.. dan kalau pemerintah tidak bagus.. then mereka punya kuasa untuk mengubah semula.. that's it.. dan bila terjadi macam tu barulah pemerintah akan lakukan yang terbaik untuk rakyatnya supaya rakyatnya akan terus memilih mereka. Ok?

OkBai..

~mel
Tak sabar nak balik kampung... hehe...



2 ulasan: