Jumaat, 30 Ogos 2013

Abang - Part 2

Entri ini bersambung dari Part 1..

Ya.. sewaktu belajar di Amerika, kalau tak silap aku 2 tahun lepas belajar kot..aku tak ingat sgt sebab masih muda remaja @ budak2 masa tu.. huhu.. abangku balik ke malaysia.. di samping nak ziarah keluarga, dia juga balik bersama dengan aweknya bernama Hayati.. org KL duduk di Kg Pasir.. masa dia balik dia menyatakan hajat ingin memperisterikan kak yati ni.. So, parents aku telah ke KL untuk meminang gadis pilihan hati abg aku ni.. tapi sayang.. pinangnya ditolak dgn alasan tunggulah kak yati habis belajar dulu..so baliklah parents aku dan abg aku dgn hampa... kejadian selepas itu aku tak ingat.. mmg tak ingat.. then after a while abangku dan kak yati balik semula ke Amerika..

ini abang aku... Azlan (sewaktu di US)

After that aku rasa abg aku dah makin menjauhkan diri dari keluarga..  berita dari dia semakin kurang.. kurang dan kurang... dipendekkan cerita.. kami dapat berita dari kak yati yang abang aku semakin liar dan akhirnya berkahwin dgn seorang perempuan mat saleh..  Parents aku macam tak caya..  tapi terpaksa percaya.. kakak2 aku ada lah jugak contact kak yati.. utk tahu cerita.. last2 kak yati balik (tamat pengajian) dan dia bawak cerita macam2 yg tak sanggup kami dengar.. tapi macam tak berapa percaya pun ada.. especially my parents laa pasal ini anak sulung diorg kan.. yg ditatang bagai minyak yg penuh.. segala kehendak mmg diturutilah gitu..

Then abang aku hantar gambar di bawah.. gambar perkahwinan dia dengan Dalene Warren yang bertukar nama menjadi Darlina Abdullah... at least arwah my parents lega sikit.. dia kawen ikut cara islam..


Sekali sekala abang aku ada lah jugak hantar berita.. dan of course tak balik2..  Perkahwinan beliau dgn Darlina nampaknya macam ok.. bila update.. bertambah anak.. bertambah anak.. so kami tidak menyangka yang bukan2.. arwah mak & ayah selalu lah contact abang aku dan ingatkan beliau tentang islam..  So kat bawah ni aku sertakan gambar keluarga abang aku.. suatu ketika dahulu.. nampak ok kan... bahagia..


Tapi ada satu ketika.. tetiba memang kami lost contact dengan abang aku ni.. puas cari tp tak dapat dihubungi... hmmm... dah la dia duduk di Alaska.. tak de/susah nak cari melayu.. so tanya kawan2 dia tak tau.. Memang merunsingkan kami sekeluarga.. namun begitu arwah mak dan ayah macam dah sedikit accept yg dia takkan balik...

Bersambung di Part 3...
Panjang lagi ceritanya ni....




Khamis, 29 Ogos 2013

Abang - Part 1

Awal minggu ini aku menerima satu message di facebook dari seorang yang bernama Jazmin Lopez.. mulanya ingatkan spam.. bila baca message dia baru perasan.. laa.. ini anak sedara aku.. Jazmin.. anak abang aku yang sulung (satu mak satu ayah - aku ada adik beradik lain, lain mak satu ayah). Aku dah lama ingin berkomunikasi dgn Jazmin. Aku tak pernah jumpa dia.. umur dia sekarang 21 tahun. Ibunya (bekas isteri abang aku) berasal dari Alaska, kemungkinan besar dari golongan Eskimo. Dulu aku pernah add Jazmin dalam fb tapi tiada balasan, then bila dia message aku dia cakap dia baru teringat email yg dia guna utk fb tersebut dan terjumpa...

Message pertama dia pada aku adalah:
Hello my name is Jazmin, my maiden name is Jazmin Ziden I finally got access to my old Facebook account and saw you messaged me on there a year ago saying you are my auntie in Malaysia?
Bila baca message tu aku agak excited. dan berbalas2 messagelah. Then dia suruh aku add adik2 dia.. add mak dia.. dllg.. Disebabkan add keluarga dia ni.. then aku tahu tentang diri abang aku yang sebenar.. which is sangat menyedihkan... :'(

Biar aku just introduce abang aku... nama dia Azlan.. dari kecik aku agak rapat dgn dia.. mungkin sebab masa kami kecil aku anak paling bongsu (belum ada adik) dan dia anak paling sulung.. dia tak de adik lelaki so mana2 dia pergi main aku akan ikut.. hinggalah ke besar.. banyak jejak langkah dia yg aku ikut.. secara sedar mahupun tidak sedar..

Lepas SPM abang aku ditawarkan belajar ke US under JPA which sgt membanggakan ibubapa aku la.. lepas dia fly.. ada dia balik sekali.. bawa hajat... ingin berkahwin dengan seorang gadis melayu....

bersambung di Part 2...

Jumaat, 16 Ogos 2013

Email dari Mesir...

 Aku baru terima email ini diawal pagi tadi dari pelajarku yang kini berada di Mesir. Beliau pulang ke Mesir awal Ramadhan tempohari setelah gelodak di Mesir kian runcing. Beliau pulang untuk memastikan isteri, anak2, ibubapa dan adik beradik beliau dalam keadaan selamat. Sebelum ini aku telah menghantar email kepada beliau untuk mengetahui keadaan beliau di sana... Setelah membaca email ini, aku rasa sedih..

Marilah kita sama2 berdoa semoga Allah melindungi pejuang2 Islam dan insan2 yang tidak berdosa di bumi Mesir... Amin..

Ini email dari beliau...

Walikom alsalam Dr.,
Thank you so much for your message and sharing your concerns. We are still in Egypt. So, far the situation has been very saddening and shocking. Personally, I have witnessed the second massacre mid-Ramadan where more than 200 people were killed with thousands injured in one night for more than 9 hours of on-going shooting! I could not believe such a thing could ever happen here.

Now, that we have watched a real war in the media yesterday where thousands of civilians were kids including full families and peaceful people of all ages were killed then burned in their hospital, I believe the country is going into a civil war.. I am not sure what might happen specially tomorrow "Friday" throughout the country, but hope these generals find their lost minds soon before the crisis burns the country.

I will keep you posted with my news insha Allah. I am supposed to return by the end of August depending on the situation here and our safety as well.

Best wishes,
Ismail



~mel
Salam Jumaat Penuh keberkatan

Ahad, 11 Ogos 2013

Aidil Fitri 2013..

Tahun ni turn beraya di Pahang bersama adik beradik,, maklumlah anak yatim piatu.. Namun begitu ianya tidak menjadi alasan utk kami tidak berkumpul di hari raya... Kami beraya di rumah my sister di Taman Jati Bera, kebetulan kakak aku beli rumah di taman yang sama utk kemudahan kami berkumpul... so..ada dua rumah utk kami adik beradik stay...

Sehari before balik gombak aku sempat buat kuih tart.. ini namanya kuih tart pas.. haha.. sebab pembalutnya hijau... :D. Kami berpuasa 3-4 hari di Gombak then baru ke Pahang..
 
 Sampai2 rendang rusa dalam proses masak.. kami sempat singgah di tepi Sg Pahang beli  ekor 4ikan patin untuk masak berbuka... haa itu dia ikan patin masak tempoyak satu kuali besar!

Setelah diumumkan raya maka kami adik beradik solat isyak dan bertakbir bersama2... best best!

Me & Eryna Zulaika dihari raya pertama.. susah betul nak suh dia amik gambo..

Papa, Yina & ALiff seteah selesai sessi salam2 dan bagi duit raya..

Me & my siblings utk sesi pengambaran raya...

Me & my sister cikjan

Yina dan maklang... yina dah besar skrg ni tak delah takut kat orang lagi... bermain pun tak hengat dunia.. mommy & papa nak ke mana2 pun senang...

Ziarah ke pusara arwah bonda.. time raya sajalah dapat menziarah beramai2...adik lelakiku Azim biasanya akan mengepalai bacaan tahlil...


Eryna dan Irdina sedang membelasah kuih raya di Kg Seberang Guai...

Di rumah sepupuku.. gambar kami dan keluarganya...

Sempat mamat ni memejamkan mata di Sg Lui (gambar kandid) :P

Pandu Laju Maut Menunggu

Selamat Hari Lahir yang ke 8 buat Nur Amirah Hannani yang pot pet pot pet... jamuan di KFC
Dah nak balik Gombak... singgah di tepi Sg Pahang untuk membeli ikan patin & tempoyak kiriman ibu mentuaku.. huhu...

Dari Pahang kami balik Gombak... adik beradik hubby pun semuanya masih belum balik dari kampung halaman suami/isteri masing2... so tinggalkan mak abah berdua sahaja di rumah... :(

Anyway..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... alhamdulillah tahun ni rezeki sebelum raya agak ok.. so dapatlah bersedeqah lebih sikit dihari lebaran...

~mel