Khamis, 29 Ogos 2013

Abang - Part 1

Awal minggu ini aku menerima satu message di facebook dari seorang yang bernama Jazmin Lopez.. mulanya ingatkan spam.. bila baca message dia baru perasan.. laa.. ini anak sedara aku.. Jazmin.. anak abang aku yang sulung (satu mak satu ayah - aku ada adik beradik lain, lain mak satu ayah). Aku dah lama ingin berkomunikasi dgn Jazmin. Aku tak pernah jumpa dia.. umur dia sekarang 21 tahun. Ibunya (bekas isteri abang aku) berasal dari Alaska, kemungkinan besar dari golongan Eskimo. Dulu aku pernah add Jazmin dalam fb tapi tiada balasan, then bila dia message aku dia cakap dia baru teringat email yg dia guna utk fb tersebut dan terjumpa...

Message pertama dia pada aku adalah:
Hello my name is Jazmin, my maiden name is Jazmin Ziden I finally got access to my old Facebook account and saw you messaged me on there a year ago saying you are my auntie in Malaysia?
Bila baca message tu aku agak excited. dan berbalas2 messagelah. Then dia suruh aku add adik2 dia.. add mak dia.. dllg.. Disebabkan add keluarga dia ni.. then aku tahu tentang diri abang aku yang sebenar.. which is sangat menyedihkan... :'(

Biar aku just introduce abang aku... nama dia Azlan.. dari kecik aku agak rapat dgn dia.. mungkin sebab masa kami kecil aku anak paling bongsu (belum ada adik) dan dia anak paling sulung.. dia tak de adik lelaki so mana2 dia pergi main aku akan ikut.. hinggalah ke besar.. banyak jejak langkah dia yg aku ikut.. secara sedar mahupun tidak sedar..

Lepas SPM abang aku ditawarkan belajar ke US under JPA which sgt membanggakan ibubapa aku la.. lepas dia fly.. ada dia balik sekali.. bawa hajat... ingin berkahwin dengan seorang gadis melayu....

bersambung di Part 2...

4 ulasan:

  1. Haishhh ... Bersambung plak ...
    Cepat skit ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. esok sambungannya pada waktu yg sama... :P

      Padam
  2. Balasan
    1. dah kuar part 2... tp banyak lg partnya.. haha.. citer pjg sgt.. :P

      Padam