Ahad, 16 Mac 2014

Suatu Masa....

 

Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima




Tetiba lagu ni muncul dalam HotFM waktu drive balik dari Sunway Carnival Mall.. Tadi pergi Parkson untuk cari beg boleh lipat2 untuk dibawa ke Sydney... Sedih dengar lagu ni.. 

Kadang2 kita ni tak perasan.. kita takes things for granted, kita rasa org2 dalam kehidupan kita ini akan sentiasa berada di samping kita selama-lamanya.. mereka juga akan sentiasa mengambil berat tentang diri kita.. dan kita tidak perlu berbuat apa2 untuk menunjukkan kita 'care' kepada mereka.. tapi.. jgn kita lupa, mereka mungkin akan pergi selama-lamanya dari hidup kita.. dan tanpa kita sedar, mungkin kita seharusnya berbuat sesuatu semasa mereka masih bersama kita..



Hijab Kekasih

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbu ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu

Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu



~mel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan