Selasa, 31 Mac 2015

After 4 years..

4 tahun lalu ada tarikh 23 Mac 2011 kami ke Wad Kardiologi dan Paedetrik (Pakar Jantung Kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang untuk memantau perkembangan jantung Eryna. Sewaktu Eryna lahir doktor mendapati degupan jantung Eryna tak stabil, jadi dia perlu follow-up di klinik pakar tersebut. Ceritanya di sini.

Eryna sewaktu pemeriksaan ketika berumur kurang 8 bulan. Doktor mendapati ada lubang sebesar jarum dijantung Eryna, namun begitu doktor positif bahawa ianya bukan satu masalah dan lubang tersebut akan tertutup sendiri. So appoinment seterusnya adalah apabila Eryna berumur 4 tahun 8 bulan. Sewaktu kami diminta membuat appointment untuk 4 tahun lagi pada masa itu, kami macam terkejut. Hah!! 4 thn.. entah2 apa yang berlaku. Jururawat disitu berkata, insyaallah kami berada di sini lagi 4 tahun nanti...huhu..

Selama 4 tahun aku menjaga kad appoinment eryna dengan baik, siap letak dalam plastik dan disimpan dalam purse.. takut hilang/musnah.

Day goes very fast. Sekejab sahaja rupanya 4 tahun.. semalam adalah hari yg ditunggu2. Awal2 aku dah minta hubby minta cuti hari isnin supaya kami dapat pergi bersama2. Mencari parking di hospital sangat susah di pagi hari, appointment jam 9 pagi. Apabila dah tak jumpa parking, hubby turunkan ku dan eryna sementara dia pergi cari parking. Masa tu dah 9.20pg. So aku dan eryna pergi dulu. Mujurlah misi tak kisah sgt kami lambat. Sementara menunggu eryna check berat (12.8 kg je pun) dan degupan jantung. Bila hubby sampai dia terpaksa pula ke tingkat 3 untuk ambil GL yang boleh di print melalui HRMIS. Memula misi suruh aku tapi USM tak guna HRMIS, so guna hubby punya je la.

Sewaktu menunggu nama dipanggil

Bila nama dah dipanggil utk scan.. eryna pun dengan gembiranya berbaring di atas katil. Memula sebelum pergi tu takut katanya.. puas pujuk!




Mamat pengimbas ni waktu mengimbas cakap semuanya nampak ok.. so kami agak lega.. tapi kena jumpa doktor dulu..

Setelah jumpa doktor tak sampai 2 minit, dotor cakap semua dah ok, lubang dan fully covered dan Eryna dah boleh discharged dari Hospital Pakar Jantung Kanak-Kanak. Alhamdulillah.. Eryna siap high five dengan doktor lagi... Semua Happy..

Dah sampai parking kereta.. punyalaj jauh papa park.. tapi tak pe.. we are happy..


~mel
kalau tak tulis cepat-cepat nanti lupa :P

1 ulasan: