Hari Jumaat 18 April 2015, kami bergerak ke Pasir Salak Green Eco Resort di Kg Gajah Perak untuk tidur semalaman bagi menghadiri majlis pernikahan adik iparku. Perancangan kami adalah tidur semalaman di situ then mudahlah kami nak ke rumah pengantin pada paginya dan tidak tergesa2 untuk sampai di sana jam 10 pagi. Aku book Pasir Salak Resort ni dari Booking.com. Biasanya mana2 aku pergi mmg kat booking.com tempat aku cari hotel/resort dan setakat ni tiada apa2 masalah. Rate resort ini untuk satu chalet 2 bilik adalah RM150. So aku book 2 chalet untuk kami duduki.
Perjalanan ke Kg Gajah, keluar exit Behrang tetiba selisih dgn kereta adik ipar aku.
Masa duduk kat resot tu terlupa pulak nak ambil gambar interior dalam chalet, but overall condition dia ok.. aircond yg sangat sejuk hingga aku krem berkali2.. last2 tutup aircond terus..Chalet tiada peti ais, disediakan air minuman kecil2 sebanyak 4 botol dan juga including bfast di mana dia tak check pun bilangan kami yang pi bfast... :P
Aliff & Eryna bergambar depan chalet
Mak, Along, Naeem, me & Eryna.. comel2 belaka..
Entah bila mamat ni selfie guna fon aku... sempat tu..
Tak pernah jumpa tunas pokok kelapa budak Aliff ni... pelik!
Muaz dah ready nak gi nikah... ehhh!
Flower girl dgn hantaran :P
Along & Naeem...
Kami di tepi kolam.. ada kolam mandi di resort ni.. budak2 dok merayu nak mandi tapi xsempat daa
Cantik juga resort ni... tepi Sg Perak dan bagus utk family off for quick vacation. Harga pun ok.. satu chalet tu boleh muat satu family..
Kami dan Naeem..
Pandangan dari luar resort waktu nak berangkat ke rumah pengantin... Overall oklah resort ni.. tak delah eksklusif macam hotel tapi kalau nak percutian budjet with family.. it is recommended...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan