Sabtu, 30 April 2016

MF Mart


Biasanya pagi2 sabtu kami bfast di luar. Bosan dah mkn ditempat biasa, kami pi mkn ke arah Tmn Samagagah Permatang Pauh. Paginya pun tak pagi sgt.. dekat pkl 10 dah pun. Otw nk cari warung utk bfast encik hubby tunjuk satu flyers.. ajak ke situ.. MF MArt. Tulis kat flyers tu ada jualan brg2 dari Jepun. So selesai bfast, kami pun mencari lah kedainya... Sampai2 baru tau.. oo bundle rupanya. Tapi barangan dari Jepun la..  Masuk2 tgk banyak pakaian.. kami sebenarnya bukan org highclass huhu.. pakai baju seluar bundle pun tak pe.. tak de salahnya... Di bahagian belakang kedai tu pula ada perabut import dari jepun. Fuhh... mmg cantik perabut2 import tersebut. Kualiti mmg bagus dan paling penting design mmg cantik. Memang tergoda aku, Tengok almari baju pun tertarik sungguh.. mujur rumah dah penuh almari baju... hhuhu..

Then tengok banyak seluar jeans cantik2.. utk budak perempuan.. so aku beli 2 helai jeans utk Eryna.. harga RM5.30 jer pun satu... dan yang paling best sbb sebenarnya bukan seluar jeans 2nd hand tetapi seluar jeans yang tidak terjual.. Label still ada.. Cuma dah kerepotlah label tu...

Seluar jeans utk Eryna
   
Siap ada bunga2 di kaki lagi... mmg cantik.. 

Disebabkan tergoda dengan almari.. tertangkap jugalah satu almari dari jepun ni. Kayu dia mmg cantik.. huhu.. ini semua salah encik suami yang ajak datang MF Mart :P
Inilah almari yang telah di book dan dibayar..

Oleh sebab tak bawa duit masa pergi bfast tu.. terpaksa book dan balik untuk keluarkan duit dulu... duit bawak 20sen nak beli almari.. anyway.. dapatlah beli almari ni.. tak taulah bila sampai..katanya dalam masa seminggu.. :P

~mel

Selasa, 26 April 2016

My day..

Selepas hantar Eryna, terus ke ofis. Jambatan agak sesak pagi ni, mujur tak jem teruk sgt tp jenuh juga nak sampai ke ofis. Dlm hati penuh aktiviti yg kena buat hari ni. Smpi usm terus ke Bakti. Sy perlu bfast.. kelaparan. Teringat semalam sy tak lunch, mlm sy masak mi tp langsung tak sy sentuh. Hanya mkn sebiji karipap RM1.20. Patut sy rasa sgt lapar. Sy mkn lontong di Bakti. Dlm hati fikir.. pagi ni sy perlu ke sekolah utk penyeliaan latihan mengajar. Kelas guru pelatih pkl 10.50am. Then lg sorang pkl 12.35pm. 

Habis bfast sy ke ofis. Marking assignment ada bnyk. Tp perlu isi efiling dulu. Tgh2 isi pening sbb bnyk gila kena byr. Rupanya bila naik gaji ni, tax mmg jd lebih gila. Kepala pening. Nak ngadu kat suami, dia busy mtg. Pening nk submit ke idak.. last2 tgk jam dah pkl 10.. perlu start kereta ke tgh pulau utk ke SMK AlMasyhoor.. silap2 klu lmbt jalan ke sana jem juga.. Sampai sekolah.. check buku Rancangan Pengajaran cikgu then masuk observe 2 masa. Giler penat & panas dok dlm kelas. After kelas bincang dgn cikgu, then masuk kelas lg satu. Abis kelas 1.10pm. Berbincang dgn cikgu 20minit then minta diri, perlu balik usm dgn segera.. ada meeting 230pm perlu balik dgn segera. Otw to USM jem pula jalan esp kat area Green Lane. Perut lapar tp dah sah xsempat lunch. Sampai ofis 210pm.. capai biskut 2 keping, teguk air, zohor, bergegas ke bilik persidangan.

Sampai bilik persidangan tingat perlu jumpa bos kejab, kena tukar schedule temuduga ISMP di KL sbb ada kelas bertembung dgn schedule tu. Kelas last.. so need to be there.. Mujur dia ada. Bila sy cerita problem sy, dia ckp ok boleh tukar, then inform kerani, dia take note tp still kena cari dulu org ganti tmpt sy.. Settle urusan temuduga baru masuk mtg. Mtg bnyk pula hal dgn bidang sy.. arghh.. terpaksa tumpu perhatian & bnyk ckp. Letihnya.. Habis mtg pkl 430 sambung pula dgn taklimat temuduga ISMP. Kejab je katanya.. tengok2 pkl 5 lom abis. Hati dah degup degap, klu lmbt, jambtn sure jem. Abis taklimat bos suh tunggu utk confirmkan dgn org lain.. alhamdulillah.. lega dpt tukar buat temuduga di induk shj sbb ada org nk tukar ke kl. Lega hatiku yg dah risau.. Kluar bilik persidangan berlari ke ofis tutup ekon & tutup pc.. mujur awal2 jambatan xjem walaupun dah lambat.. tp kat hujung jambatan mcm biasa terdengkut2..

Sampai TPJ.. ambil eryna.. perut lapar tp dah xlarat nk mencari mkn.. ckp yina balik nnt mommy goreng pisang je la.. Sampai rumah goreng pisang.. kupas rock melon ada 2 biji hasil tanaman sahabatku. Tingatkan suami.. harap2dpt tinggalkan sebiji utknya smpi jumaat nnt.. Biasalah apa2 pun si isteri ni ingat akan suaminya yg jauh walau sibuk mcm mana pun..  Then terus je masak utk mkn mlm.. sebab fikir klu dah naik atas dgn kepenatan aku hari ni, sah aku xjd nk masak & akan tunda makan smpi esok pula.. Selesai masak, aku naik atas.. Asar dah dihujung waktu.. sementara tunggu maghrib layan si eryna. 

Lepas maghrib.. dpt message perlu ambil si Elmo di stesen bas butterworth, Kluikut penat nk tidur jer rasa tp bnyk tanggungjawab perlu disettlekan. Smpi rumah 9pm.. hidang nasi suap eryna.. naik atas. That was my day and kaki tgn sy rasa sengal-sengal.. otak rasa tepu..

Skrg mata dah nk terpejam.. Moga Allsh permudahkan urusan sy esok.. esok ada bengkel mooc sehari suntuk. tp perlu ke sekalah  juga utk last observation. mungkin akan lari observe waktu lunch la nmpknya...

Dah naik atas.. Eryna bertanya.. mommy dah mkn ubat? Arghhh.. lupa!! badan dah xlarat nk bgn.. so ckp eryna.. mommy dah tak larat.. moga esok mommy ok... 

~mel
merapu sbb ngantuk dan kena sleep now... Cherraaa..


Isnin, 25 April 2016

Bertugas baik kampung..

This week aku ada tugasan MQA di Unitar International University. Waktu diberi tugasan dan pilihan hari utk lawatan ke Unitar awal-awal aku dah pilih hari Khamis & Jumaat 21-22 April. Sebabnya dah lama benar tak balik Gombak. Bukannya tak nak balik tapi aral melintang.. since aku jatuh masa team building hari tu, kaki kiri aku sakit dan tak baik2.. boleh baca ceritanya kat sini..actually memang ada plan nak balik tapi tak jadi sebab sehari dua nak balik tu kaki kiri aku bengkak hanya ketika drive dari rumah ke ofis.. so aku takut juga nak drive ke KL, takut kaki tak ok.. so tak jadi balik. Masa tu kesian kat hubby sebab dia kena kerja di JB, so kalau aku ke KL kuranglah letih dia drive balik Penang on the same day.. tapi nak buat macam mana, keadaan aku tak mengizinkan utk drive jejauh sendirian.. So bila dapat tugasan MQA ni aku plan nak balik Gombak sekalilah, walaupun sebenarnya hari sabtu tu tetiba ada banyak tugas... tetiba upsi nak dtg audit PPG, aku sebagai Penyelaras patutnya ada..tp bila fikir2 balik.. arghh.. asyik aku je yang kena hempuk dak upsi, baik bagi can kat boss aku pulak kena.. huhu.. lagipun kerja aku habis jumaat petang.. upsi nak dtg sabtu pagi.. eh... bila masanya aku nak balik penang? Then tetiba ada kolokium posgrad pulak.. ada 2 prospektus dan 1 pre-viva aku kena nilai..aduss.. so aku decide nilai prospectus dan pre-viva kat KL dan hantar report je la... Then baru teringat malam sabtu ada kelas... adehh... tak pe.. my assistant jadi penyelamat.. ganti kelas aku..huhu.. Macam-macam..

Tugasan di Unitar biasalah.. bila buat akreditasi memang time kerja full.. dari temubual student, lecturer, check dokumen dllg.. Kebetulan kakak ipar aku kerja kat Unitar.. tp tak sempat pun nak berjimba2 dgn dia.. busy je.. Masa mula2 sampai ke unitar, terserempak dgn dia kat lift, then bila dah habis aku gtau nak balik sempat la jumpa kejab kat lobby bawah unitar tu.. huhu..

Selesai kerja di Unitar aku balik Gombak. Eryna tinggal di Gombak 2 hari, aku dok Armada Hotel. Drive je ke Armada kali ni sebab malas fikir cari teksi.. selamat je pergi balik drive kat KL. haha.. kadang2 perlu keyakinan sebab dah lama tak drive di KL. Memula cadanga bila balik Gombak nak ke KL mencari baju raya pada hari Sabtu. ENcik hubbylah dok ajak cari baju raya.. huhu.. Semangat pula mamat ni nak raya :P. Yelah kat KL mungkin lebih banyak pilihan dgn harga yang berpatutan. Hubby pula balik dari Tg Malim tumpang housemate dia, so tak delah dua2 kereta dibawa balik ek Gombak.

Pagi2 Sabtu dah siap2 dan breakfast tetiba mak mentua ku cakap kat hubby ajak ke Hospital Seremban melawat pak chek (adik mak mentuaku) yang admit hospital awal pagi tu. Hubbyku buat muka blur.. haha.. serba salah lah tu, maklumlah dah berhari2 dah plan nak beli baju raya. Seperti biasa aku terus buat decision yg tidak memeningkan kepala encik hubby.. aku cakap jomlah ke Seremban.. mak mentua tanya boleh ke.. aku cakap tak pe boleh jer.. baju raya bila2 boleh beli.. lagipun kami jarang2 balik, apa salahnya menyenangkan hati orang tua sekali-sekala balik.. Then mak mentuaku pun siap2, hubby ajak pak mentuaku yg memang agak susah nak ikut kalau nak gi mana2... Macam biasa kalau encik hubby ajak, abah tak menolak... bak kata mak.. abah tu kalau ijal ajak nak pulak dia.. huhu.. So kami pun berangkat lah ke hospital Seremban untuk melawat pak chek..

Sampai Seremban dalam pukul 12 tengahari, sempat kami singgah ke Giant beli buah-buahan sikit sementara tunggu waktu melawat pukul 12.30thari. Kesian pak chek keseorangan, masa tu tiada siapa yang melawat beliau. Kaum keluarga katanya nak dtg petang, Kami stay sampai pkl 2, then gerak balik. Kami singgah makan di RnR Seremban, masa tu decide nak singgah rumah along, kaka iparku di Sepang. Abah pun dah lama tak gi rumah along.. hubby pulak cakap, nanti along merajuk pulak tak gi rumah dia.. haha.. okla apa2lah kan.. aku tak kisah..asal tak disuruh bawak kereta. Aku nak simpan tenaga utk drive balik Penang :P. Dah lepak rumah along, solat dllg, pkl 6 kami gerak gi makan. Along beria ajak makan luar dulu.. so kami makan di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi. Actually aku pun tak dapat makan banyak sebab still kenyang. 

Namun begitu, rezeki jangan ditolak.. aku hanya makan 2 ketul sate je pun.. kalau makan lebih takut terkeluar balik..




Selfie satu family, macam biasalah kan.. aku kalau tak selfie tak sah.. :P
Selesai makan kami pun gerak balik Gombak. Sempat dukung Naeem.. hubby cakap..larat yer mommy dukung naeem.. huhu..
Sampai Gombak kepenatan, terus zzz jer.. tak ingat ape dah.. 


Pagi2 ni tadi kami balik.. dalam perjalanan singgah hantar hubby ke Tg Malim.. aku terus balik Penang,  Abah sempat beli pecal dan aku pun sempat belasah sikit before balik. Sampai rumah gtau mak mentua aku dah sampai.. pkl 6 dibalasnya cakap terima kasih bawa mereka ke seremban. Aku cakap no problem, kami bukannya selalu balik pun.. baju raya bila2 boleh beli.. Kesian mak dan abah..

Bagi aku hidup ni mudah bila ada give and take.. hidup suami isteri mesti ada tolak ansur bila tiba urusan keluarga.. Jgn berat sebelah. Memanglah dalam diri masing2 sedikit sebanyak nak utamakan keluarga sendiri tp jgn sampai ada yang terasa.  Dalam situasi aku mungkin lebih mudah sebab aku anak yatim piatu, sudah tiada ibubapa. Tapi still aku ada adik beradik. So tang raya still ada giliran. Seboleh2nya cuba adil dalam apa jua.. Suami/isteri jgnlah penting kan diri sendiri sahaja.. kdg2 aku pun sedar dalam keadaan sekarang aku banyak pentingkan diri.. maklumlah suami duduk jauh, so tiap minggu dia kena balik penang. Walaupun Tg Malim dekat dgn KL tp dia jarang balik sebab tiap minggu balik Penang. Aku sbg isteri pula memanglah nak suami balik tiap2 minggu.. kesian pula kat diri sendiri dan anak.. tugas suami mendidik anak, aku ni tak cukup kudrat utk mendidik anak dgn baik. .  tp terfikir juga situasi mak dan abah yg anaknya tak balik.. tapi nak buat mcm mana.. that's why bila ada peluang balik Kl aku akan balik.. cuma nak drive ke KL tu sekarang ni perlu sedikit kekuatan.. kdg rasa mcm tak larat jer.. :|

Entahlah..doa2 jelah moga hubby dapat pindah ke Penang.. lebih mudah merancang hidup.. moga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga.. 

~mel
penat tapi xleh tidur...

Isnin, 11 April 2016

Penang - KL - Osaka - Kyoto - Tokyo (Part 3)

Perjalanan kami berjalan kaki dari stesen bawah tanah Morimoyo ke Osaka Castle memang menarik. Dari berjumpa pokok sakura, melalui penjual2 pokok bunga hinggalah melalui kawasan forest yang sangat cantik. Kawasan park tersebut adalah kawasan di mana ramai orang bersiar2. Kebetualn di hari Ahad waktu kami datang ada acara lumba lari dan macam2 acara lain. Walaubagaimanapun ramai orang bawa anjing (tapi cantik2 dan pelik2), so kena hari2 takut accident terlanggar anjing. Satu perkara yang kami dapati sepajang berjalan kaki itu adalah tiada tong sampah tepi jalan.. adehh susah pula nak buang sampah.. so terpaksalah kami buang sampah dalam pokot jaket dulu.. huhu...

Pemandangan cantik ke Osaka Castle
Banyak tangga yang kami bertiga kena panjat utk ke Osaka Castle ni.. mencabar sungguh! huhu

Pelbagai aktiviti berlaku di kawasan Park sekitar Osaka Forest Park ini

Kubu lama sebelum sampai ke istana

Pandangan Osaka Castle dari kawasan yang macam tempat mengawal kot.. Kawasan tinggi ini dikelilingi air mngkin utk memastikan orang tak boleh masuk senyap2 ke kawasan istana.. kira macam security measures.. macam dalam cerita perang zaman dulu2...Memang sangat menarik dan mengkagumkan.

Selfie dgn Cik Yah
Selfie sowang2...



papan tanda nak ke castle


Jauh juga perjalanan (kaki) untuk naik ke atas istana osaka ni. Jenuh juga berjalan.. perut pulak agak lapar :P
Dah sampai pun di pintu gerbang Istana Osaka


Kat pintu masuk ke Castle ini ada sebuah perigi yang airnya di pam secara otomatik. kat situ diletakkan sebuah cawan buluh bertangkai panjang. Fungsinua mungkin utk minum air lah kot.. airnya memanglah sejuk kan sebab cuaca pun sangatlah sejuknya...

Diorang ni tak ajak mengambil gambar.. jadi aku jugak yang kena wefie.. huhu

Ini macam bangunan parlimen dulu2 kot. letakkan di sebelah osaka castle
Cik Yah dan Jsham bergaya di depan Osaka Castle

Di sekitar Osaka Castle. Memang menarik tempat ni. Betul2 di sebelah istana ada bangunan tempat jual souvenir dan kedai makan. Tapi of course jangan la pi makan kat sana.. tengok pun tak lalu... huhu... Kedai souvenir dia ada macam2 tapi kami tak beli apa2 pun sebab baru first day dan tak reti lagi nak guna duit.. sebenarnya belum tau mahal atau tidak masa ini.. kalau convert memang mahal giler... :P

Dari Osaka Castle kami terus naik train ke tengah bandar. Masih belum check-in hotel. Ramai kawan2 rekemen suh gi bandar Osaka dan bershopping di Tokyu Center.. tapi kami ni sebenarnya dah keletihan, sampai kat bandar terduduk kejab sebab letih.
Entah macam mana dalam perjalanan kami terjumpa Kedai Halal Pakistan (Kedai Ali) betul2 di tengah bandar Osaka... apalagi hati pun berbunga2 sebab tengah lapar.. jadi kami ambil keputusan untuk makan di kedai Ali ni. Letak kedai Ali ni berdekatan dengan UNIQLO Osaka.. ada 4 tingkat kalau tak silap Uniqlo ni.  Aku macam biasa tak berapa  minat makan nasi, so aku makan roti nan dan kari kamping.. memang sedap.. ke aku yg lapar.. huhu

Itu dia menu yang aku makan, roti nan dan kari kambing.. memang berselera. Lepas selesai makan kami ke Uniqlo berjalan2 meninjau uniqlo. Memang uniqlo sini jauh lebih besar dari uniqlo malaysia. hati dah tekad, nanti kena beli uniqlo utk hubby yang merupakan peminat tegar uniqlo.. :P

Kemudian kami ke Daiso pula..huhu.. ni semua tempat feveret kat Malaysia. Daiso kat Jepun ni memang lagi murah dari Malaysia, harga barang 108 yen sahaja.. dalam 3 ringgit lebih. kat Malaysia Daiso RM5 + gst lagi.. huhu...

Dah keletihan berjalan, barulah kami balik ke Hotel Shin-imamiya tempat kami melepak utk hari tersebut.
Satu yang bagusnya wifi dikebanyakan hotel jepun adalah percuma... so gembiralah hati kami dengan kewujudan wifi percuma tersebut.


~mel
Hubby dah bising blog tak update since balik dari jepun... :P