Selasa, 5 April 2016

Nikmat Sujud..

Semenjak aku jatuh semasa Team Building pada 27 Februari 2016 iaitu sebulan lebih yang lepas, aku tak berupaya solat seperti biasa. Aku terpaksa solat sambil duduk di kerusi memandangkan kaki kiri yang tidak boleh dilipat utk duduk antara 2 sujud. Apabila aku cuba utk duduk antara dua sujud, sakitnya Allah saja yang tahu. Mula2 aku ingat lama2 akan baik, namun setelah lebih sebulan aku mencuba tapi kesakitannya tidak berkurangan. Semakin lama hati aku makin gundah. Bagi aku solat sambil duduk di kerusi sesungguhnya kurang kenikmatan. Terutamanya bila sujud.. aku tak dapat sejud dengan meletakkan kepalaku di atas tempat sujud.. Ya Allah rasa sungguh kekurangan. 

Malam tadi sewaktu solat isyak, aku mencuba sekali lagi.. tetapi sebelum solat aku cuba test untuk duduk seperti semasa tahiyat akhir.. agak sakit tapi aku rasa aku boleh buat. Waktu solat, dgn bersusah payah aku cuba.. kali pertama aku berjaya sedikit duduk mcm tahiyat.. tapi sakitnya yang amat dalam proses untuk duduk tu... kali kedua.. aku cuba lagi.. lantas aku menangis.. aku tak berjaya. Aku tak dapat mengatasi sakit walaupun duduk secara tahiyat akhir. Aku terpaksa berhenti solat dan solat semula di kerusi. Hati aku sedih sgt.. rasa macam dah hilang satu keupayaan.. dan paling penting terasa aku hilang nikmat untuk bersujud.. 

Hati aku sayu sepanjang pagi.. kebetulan pagi ni ada sorang staf ppg aku datang ke ofis berbincang hal kerja. Entah macam mana aku tercerita kat dia ttg aku yg masih belum boleh bersolat mcm biasa walaupun aku dah boleh travel sampai ke Jepun. Staf aku cadangkan aku gi farmasi beli 'knee-guard', manalah tahu kot2 membantu.. Aku tetiba terfikir.. why not aku cuba! Kebetulan aku memang nak ke Pusat sejahtera USM, so aku pun singgah di farmasi USM untuk membeli knee-guard tersebut. Sedang aku dok memilih knee-guard tetiba aku terlihat Phamacist  yang bertugas tu seorang yang aku kenali.. Che Gayah, sama2 hantar anak ke Hadhanah dulu2.. aku pun menegur dia dan borak2. Aku ceritakan masalah aku kat dia. Dia pun cakap.. Dr. tak nak cuba urut dengan pakcik Yasin? Sambil dia menunjukkan pada seorang lelaki agak berumur yg sedang duduk berbual di sofa dalam farmasi. Pakcik tu boleh urut kalau ada sakit bahagian saraf. Aku macam... haaa... takkan nak berurut dgn lelaki!! Sorang staf farmasi menyampuk.. haa.. trylah Dr. saya pernah jatuh dan dia urut, elok. Dia tak angkat kain ke ape Dr.. dia baut semua beralas.. Dr cubalah.. Che Gayah mengiyakan kata-kata staf dia.. Aku pun mcm berbelah bahagi (sebab lelaki kan) tapi dah dua2 org farmasi ckp ok.. aku pun cakap.. ok nak trylah.. So che gayah pun cakap la kat pcik tu.. aku nak try. Pakcik tu cakap..ok.. mai kita diagnose dulu.. Che Gayah diarah jadi peneman. 

Waktu diagnose, pakcik tu ambil satu alat dan letak di setiap jari kaki.. ada yang rasa sakit.. sambil dia buat sambil dia terangkan. Bhg saraf mata ok tak rasa sakit (mengikut jari) tapi bila dia usik beberapa jari lain aku dah mula sakit. esp. bila kat saraf berkaitan pinggang. Then dia buat kesimpulan saraf aku banyak yang dah 'lari' dan dia perlu betulkan. So dia suruh aku pusing dan dia tekan bahagian belakang. mana yg rasa sakit dia akan betulkan. Memang betul bhg yang sakit bila dia betulkan hilang rasa sakit, terutama bhg pinggang. Then baru dia dia tanya lutut mana yang sakit, aku tunjuk dan dia try urut (atas kain ya). Bila dia pegang aku dah hampir menjerit.. sakitnya Allah saja yang tau. Siap mengalir airmata aku. Che Gayah siap cakap aduh tak tahan saya tengok. Tapi setiap kali lepas dia urut dia suruh aku try duduk antara dua sujud. Subhanallah... dari langsung tak boleh duduk antara dua sujud.. aku try dah boleh duduk sikit2. Walaupun ada sakit time nak duduk tu tapi tak seteruk sebelum itu. 5 kali dia picit, lima kali airmata aku keluar... tapi makin lama ianya makin baik. Makin kurang setiap kali aku try duduk antara dua sujud tu.. subhanallah.. aku rasa macam tak  percaya je.. aku boleh duduk... 

Sesi tu kejab jer.. less than 1/2 jam je.. tapi impact kepada diri aku sgt besar..  dan paling penting tadi aku dapat solat zohor dalam keadaan solat secara biasa.. aku dah boleh duduk antara dua sujud.. still ada rasa sakit tapi aku mampu bertahan.. Sesungguhnya tak tau macam mana nak cakap.. nak menangis pun ada.. Terima Kasih Pakcik Yasin.. dia tak minta bayaran banyak mana pun, cukup apa yang kita nak bagi.. esok ok insyaallah aku nak pergi lagi, kata dia buatlah 2-3 kali supaya lebih berkesan.. tadi dia nak teruskan kesian kat aku yang dah menitik2 air mata... 

Ya Allah.. Syukur padaMU kerana menunjukkan jalan.. Sesungguhnya Kau maha  pengasih lagi maha penyayang.. dan maha mendengar kesedihan hatiku..

Kalau sesiapa nak cuba boleh la hubungi Pakcik Yasin seperti tertera di atas..


~mel
Baru dapat call encik suami utk cerita kejadian.. ampun maaf dipinta buat keputusan tak sempat minta kebenaran dulu utk berurut dgn lelaki..Encik suami cakap bayarlah seratus dua ratus.. ok.. esok aku bayar banyak sikit.. tadi tak tau nak fikir bayar berapa.. bagi RM50 je :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan