Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 21 November 2017

#ProjekMalamNi menyiapkan macaroni cheese utk jamuan kat sekolah #Eryna esok. Cikgu beria Whatsapp papa @faizalr tanya nak bawa apa esok.. 😂😂 Anyway mommy saja buat dlm bekas mcm muffin tu sebab mudah esok cikgu xyah susah nk potong. Just bg seketul sorang je. Kan senang. Sikecik ni dah habis dua pinggan makan mlm ni. Esok mommy bgn pagi masuk dlm oven dulu. Kena siapkan awal2 coz esok kena pi ofis awal utk bg training pkl 830am kpd lecturer USM. Sempat borak kat whatsapp dgn kawan di UPM, dia pun tgh masak utk jamuan anak dia esok. Hebat kami ni kan walaupun bekerja tak tentu masa😂😂 💪🏻💪🏻


#CeritaSemalam.. Di Majlis #aprs2017 bersama Dr. Rosemaliza & Prof Madya Dr Mohamad Hj Makmor yg juga memenangi Anugerah Pengajaran #AAN2017 #AAN11.


Di APRS 2017 yesterday. Wakil TNCA USM.. tetiba tertanya2 bila depa advertise event ni, kalau tak sure saya join bertanding. Tp Prof Karim cakap.. udah2lah tu.. simpan tahun depan pulak 😅😅 With Rosemaliza (UIA) kiri dan Fariza (UKM) kanan..


Sabtu, 4 November 2017

Masih belum #MoveOn 😂😂. Gambar diambil oleh my sifu, Prof Karim, Pengarah Pusat Cemerlang Akademik USM. Sebenarnya dialah yg bersungguh2 memilih dan mencalonkan sy utk #AAN tahun 2016. Tanpa galakan dari beliau sy rasa kurang konfiden sebenarnya.. huhu.. Ketika gambar diambil tangan minah gedikss si #Eryna trus tunjuk ke.... huhu.. pandai sgt yer.. #MommyPapa #MommySygEryna #Family


#Throwback #FridayNight #Family with Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Jusoh & Timb Menteri Pngajian Tinggi Dato' Mary Tan. Tengok tu #Eryna selama diri dgn atuk baru dia. Mujur sempat lambai pak menteri utk bergambar.. huhu.. sbnrnya dia dah nak kluar dewan, saya sibuk dipanggil oleh VC USM utk bergambar dgn #TeamUSM. Encik suami td ckp walaupun saya dpt anugerah tapi saya xdpt salam menteri.. dia je yg dapat.. ewahhh!! #Alhamdulillah #AnugerahPengajaran #AnugerahAkademik Negara #AAN #Family #SoaringUpwards #USMStyle


Alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Allah atas penganugerahan Anugerah Pengajaran bagi Anugerah Akademik Negara ke10. Terharu dan teruja menjadi seorang 'guru' terbaik negara.. Kalaulah ayahbonda masih ada.. tentunya mereka yg paling berbangga.. Arwah mak terlalu ingin anak2nya menjadi guru, manakala arwah ayah menjadi penggerak anak2 utk belajar ke peringkat paling tinggi. Berbanyak terima kasih kpd encik suami @faizalr yg sentiasa menyokong dan sentiasa percaya pada kemampuan isterinya. Saya takkan ke tahap ini tanpa sokongannya. Even nak pi interview AAN pun dia kena ambil cuti sbb isteri xboleh drive, gabra xboleh buat simulasi.. mcm2lah..huhu.. Juga terima kasih utk keluarga tersayang.. i love u all.. Terima kasih kakak2 & abg ipar yg hadir mlm ini.. Maaf buat yg xdpt dijemput.. but u are all in my mind.. Ya Allah.. Terima Kasih atas kurniaan dan rezeki dariMu. p/s VC USM dah pesan siap2.. guna duit anugerah tu wisely.. 50k tu... huhu.. InsyaAllah just nak simpan utk pi haji pakej boleh?? 😂😂😂 #syukurselalu #AAN #AnugerahPengajaran #Alhamdulillah #MommyPapa #USMStyle