Jumaat, 23 Disember 2016

Perth Nov 2016 - Day 4


Day 4 - 22 November 2016 - Tuesday

Post ini bersambung dari post ini

Lancelin Sand Dunes
Pada hari keempat ini, itenerari kami adalah untuk ke Lancelin iaitu satu pekan kecil yang perjalanannya mengambil masa 1 jam 40 minit dari Maylands. Perletakkan 129km ke utara Perth. Pagi2 aku dah sediakan sandwich utk bekalan sebab tak pasti ada tak makanan halal di sana. Biasalah setiap hari pun aku prepare bekal utk kami. Bila dah ramai2 ni ada je yang cepat lapar terutamanya si Aliff. Tempat ni sebenarnya dipilih oleh abg Amirul dan abgcik yang teringin nak bersand-boarding.

 


Dah sampai ke Lancelin... jalan ke sini bukannya Hiway, just jalan biasa yang melalui kawasan gurun.




Dlm perjalanan kami terus ke Sand Land Dunes, mula2 nak berhenti kat Lucky 7 tempat rent sand board tp teruskan aje ke Sand Dunes. Mujurlah kat Sand Dunes tu ada lori yg menyewakan sand boarding dgn harga AUD10 for 2 hours.

Sand boarding tu memang awesome ok. Aku yg penakut ni pun berjaya ber sand board. Apa lagi si nakal eryna.. selamba je dia bersand board tak nak org bantu.Sabo je la. We really enjoyed our two hours of sandboarding sooo much. Eryna toksah katalah.. meluncur dengan tak de takut2.. si Aliff pulak yang penakut sikit... hihi.. Abang Mirul & Abgcik pun enjoy themselves... Memang seronok.. tapi angin nya agak kuat, jadi bila dah last2 tu makin lama angin makin kuat jadi dah masuk mata.. mulalah rasa tak selesa..







Diriku bergaya dengan sandboard.. hihi.. gaya tu kena ada.. :P


Alkisah masa dah last2 tu angin makin kuat.. dengan tak disangka2 topi Aliff yang baru dibeli di Fremantle terbang.. tak sempat nak tangkap dan jatuh ke bahagian curam padang pasir tersebut.  Iya.. kami ber sand boarding di bahagian bukit yang agak landai.. tetapi di bahagian belakang bukit tersebut amat curam dan memang nampak menakutkan... hubby nak pi ke bawah ambil tapi aku cakap tak yah la.. takut aku melihat ke bawah sana.. nanti beli lain je la topi tu.. huhu

Topi Aliff sayup-sayup di bawah sana


Lancelin Beach
Selesai memenatkan diri masing2.. perut pun dah lapar, so kami tercari2 tempat utk makan dan solat. Takkan nak makan di tengah padang pasir kot.. nak solat bolehla.. boleh juga tayammum, pasir besih dan putih... :D. Setelah encik hubby drive ke arah pekan Lancelin, kami mengarah ke arah pantai lancelin dan terjumpa dengan satu tempat (kawasan lapang) yg sangat sesuai utk makan dan solat. Ada toilet dan ada kerusi utk berehat.







 


Alhamdulillah dapat mengalas perut sikit dengan sandwich dan crips... Setelah beberapa lama kat tepi pantai ni barulah tau tempat ni memang tempat orang berehat2 dan tempat bermain ski. Sebabnya bila kami dah selesai solat, muncullah ramai orang termasuklah 2 van orang Malaysia yang dtg situ nak makan.. hihi.. Mujur kami awal, dapatlah makan dan solat dengan selesa...  lepas tu kami teruskan perjalanan untuk balik ke Perth dan cari makanan yang lebih mengenyangkan.

Dalam perjalanan ke Perth, scenery memang cantik, so sempatlah juga kami berhenti kejab untuk bergambar. Abg Mirul, Abgcik dan Aliff dah xmo keluar so kami bertiga jela bergaya hindustan di tepi jalan ambil gambar bushes di Ausie.









Lakeside Shoping Centre at Joodalup
 Itenenarari hari ini juga termasuklah nak mencari Correlle di Big W +Lakeside Shopping Center di Joodalup. Ini semua pengaruh dari blog yang aku baca yang cakap di Big W harga Correle jauh lebih murah dari tempat lain... hihi.. Dalam Lakeside Shopping Center ni juga ada Woolworth yang membolehkan kami beli roti dan lain bekalan makanan. Kat Woolworth agak senang untuk mendapat bekalan bahan mentah yang boleh dimakan/dimasak. So kalau anda ke Aussie.. nak cari makan halal cari je di Woolworth. Dapatlah aku tangkap sekotak Correle.. cukuplah tu.. hubby tak marah nak beli tu pun dah syukur..hihi...

 Waktu kami dalam Big W memilih Correlle tetiba ada alarm berbunyi dan semua orang diminta keluar dari Lakeside Shopping Center... aduss.. terbantut shopping kejab... last2 rupa2nya false alarm. Adalah 15 minit juga terpaksa tunggu di parking.

 Dalam lakeside shopping center ada foodcourt ada choice makanan halal. Jadi kami ambil peluang untuk makan. Aku peminat Indian food, so ada Indian food halal dalam ni... beli roti arab makan dengan Lamb Rogengosh.. pergh mmg sedap.. portion daging banyak so aku siap tapau balik rumah. Yang lain2 makan butter chicken la.. lamb apa2 ntah lagi.. hubby siap makan set nasi dengan dua jenis lauk... harga dalam AUD12 dan portion sgt besar. So memang kekenyangan masing2. Aliff sorang yang makan kebab (dah tergoda dengan kebab di sini yg tak sama macam kebab di Msia). Dan di lakeside Shopping center ni juga Aliff  berjaya menunaikan impian untuk mendapatkan kad Pokemon original dengan harga AUD6 sekotak. Dia belia 3 kotak... huh.. gembira giler...


 Selesai kami di Lakeside Shopping Center.. kami pun balik lah ke Maylands untuk berehat...

End of Day 4 and we were happy...

Bersambung di  Perth Nov 2016 - Day 5

~mel