Hampir setiap minggu aku travel hari Kuala Lumpur ke Penang. 'Hampir' sebab ada sekali dua yang tak balik disebabkan ada event hari Sabtu-Ahad, tetapi mostly setiap minggu akan balik ke Penang. Biasanya aku ambil flight Malaysia Airlines jam 6.35 pagi Isnin PEN-KUL(sekarang flight ni dah bertukar lebih awal jam 5.50 pagi) dan Jumaat malam aku akan ambil flight 11.35 malam. Tapi sebab sekarang dah ada penjadualan flight Malaysia Airlines, dah ada flight 9.05 malam, maka aku dah naik jam 9.05 which lebih convenient sebab aku akan terus jer drive dari ofis ke Putrajaya Sentral, park kat situ then ambil erl ke KLIA1. Kalau flight pukul 11.35 malam aku terpaksa balik rumah sebab masa yang panjang after balik kerja... lepas Isyak baru aku gerak ke airport.
Isnin, 9 September 2024
Travel...
Isnin, 2 September 2024
Aisyah...
Terasa nak menulis pagi ni. Kebetulan flight dari Penang ke KLIA awal dan sampai ofis di Presint 5 awal. Dalam hati teringat-ingatkan Aisyah.. semalam berpeluang berjumpa dengan Dr Aisyah, kawan since many years in USM. Aisyah meletak jawatan dari USM, then ke UiTM dan buat masa ini tidak bekerja dan menjaga ibunya yang sakit.
Sebenarnya aku tidaklah plan untuk berjumpa dengan Aisyah, tapi memang ada hajat nak berjumpa dengan Aisyah. Alhamdulillah Aisyah macam dapat baca hati aku setelah aku komen post beliau di FB, lantas Aisyah meesage aku dan dapat kami atur pertemuan ini. Terima kasih encik suami yang sentiasa beri peluang kepadaku untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Actually aku jarang jer keluar jumpa kawan-kawan. Even aku di Putrajaya seorang pun aku memang malas nak keluar ke mana-mana... tempatku hanyalah back and forth dari rumah ke tempat kerja.
Berbalik kepada perjumpaanku dengan Aisyah, kebetulan Eryna bila tau je mommy nak jumpa kawan, memang cepat dia nak ikut. So aku bawa Eryna sekali ke Elly Mellies Cafe, berdekatan rumah aku je. TQ Aisyah sudi drive dari Pulau ke seberang untuk jumpa aku. Aku sebenarnya kagum bila mana Aisyah kini menjadi caregiver kepada ibunya sepenuh masa, dan tidak bekerja buat masa ini. Bagi aku ianya satu pengorbanan yang sangat terpuji bagi seorang anak. Bukan mudah untuk berkorban kesenangan hidup sendiri walaupun untuk ibu tercinta... which is aku sgt respect..
Semasa berjumpa dengan Aisyah, aku bertanyakan tentang 'bekas' seorang kawan. Kenapa aku nyatakan bekas.. sebab dari mulut orang tu sendiri, aku merupakan 'bekas' kawan... dulu kawan berkawan rapat, tiba-tiba keluar dari seseorang, dulu aku kawan dia, sekarang bukan.. tanpa sebab yang aku tahu. Tertanya-tanya jugakan.. tapi walaupun aku dah menyangka it is something to do with my position sekarang. Dan Aisyah juga adalah 'bekas' kawan orang itu. Cuma it was 5-6 tahun lepas. Sebelum itu memang mereka berkawan sgt rapat, namun secara tiba-tiba aku dapat tahu mereka tidak lagi berkawan. Aku tak pernah bertanya kepada Aisyah sebab for me it was non of my business, tetapi bila ianya terjadi ada aku secara tidak semena-mena, aku jadi pelik. Kenapa sebenarnya... Paling jelas sekarang ni bila berjuma orang itu sudah tidak semesra dahulu, suka mengelak dan kalau dulu rajin nak berselfie.. sekang jauh sekalilah..
After berbual dengan Aisyah.. aku buat conclusion sebabnya sama.. Aisyah tidak terus berkawan dengan orang itu kerana orang itu obses dengan level dan kedudukan dirinya, dan aku pula dia tidak mahu terus berkawan sebab aku adalah orang yang mengambil alih tempat beliau. Pening aku.. boleh putus kawan sebab pangkat ya.. serious aku tak faham. Anyway, tak mengapalah.. actually aku ni kalau dia nak balik ke sini (tempat aku sekarang) aku ok jer.. boleh aku tidur kat ketiak suami aku tiap malam 😅😅😅, tak perlu aku habis duit naik flight tiap minggu travel KL-PEN. Aku berada kat sini disebabkan aku diperlukan, dan aku menganggap ianya satu pengorbanan. Aku tak pernah minta/apply untuk ke Kementerian... aku dipanggil untuk ke sini. Tapi tindakan orang tu seperti aku merampas jawatan ini darinya, aku mcm tak boleh brainlah juga. Padahal memang dia dah tak boleh sambung di sini sebab waktu dah maksimum baginya.
Entahlah kan.. pangkat dan jawatan ini memang menggiurkan nafsu seseorang, kawan pun sanggup dibuang demi obsession dengan pangkat.
Terima kasih Aisyah... semoga Allah melipat ganda pahalamu atas pengorbananmu yang tidak terhingga. Till I meet u some other day... Moga kita dipanjangkan umur untuk bersua lagi.. InsyaAllah.. Amin..
~Mel 2 September 2024
Khamis, 6 Jun 2024
Kagum..
Sebagai seorang Ketua Jabatan.. aku selalu meluluskan permohonan perjalanan staf-staf aku yang terdiri dari pelbagai peringkat iaitu dari staf sokongan dan pegawai-pegawai. Biasanya pegawai memanglah bergaji lumayan terutamanya PTD. Namun bila aku tengok gaji staf sokongan aku rasa macam... Allahu sikitnya gaji mereka, yang menjadi boss untuk khidmat pengurusan hanya berkelulusan diploma dan gaji kasar dalam RM2500 sahaja. Apa lagi yang bawahan... kalau yang bertaraf SPM atau N17, N19.. mungkin kurang lagi gajinya (bergantung kepada tahun bekerja juga).
Namun dalam aku bergaul dengan staf-staf sokongan ini... aku rasa sangat kagum. Mengapa kagum? Dengan gaji mereka yang sedikit, tetapi mereka sangat pemurah. Contohnya salah seorang staf aku (EO - Pembantu Pegawai Tadbir, yang selalu aku perhatikan. Gaji dia aku tengok dalam 2400++. Tapi dia sangat pemurah. Semasa aku nak ke Mekah, dia siap berikan kepada aku pewangi sejadah Raudhah.. Selain itu rajin sangat dia memasak kek (dia memang pakar kek dan cookies) dan bawa ke pejabat untuk disajikan kepada kawan-kawan dan staf sepejabat. Tempohari aku hantar beliau untuk wakilkan aku ke Jom Masuk U di Tawau. Aku tengok dia beli ikan bilis dan bagai-bagai barang dari sana.. dan diagih-agihkan sesama satu ofis. Bukan itu saja.. masa hari ibu, dia siap buatkan soft cookies cicah susu untuk semua staf mak-mak di ofis. Dia ni single parent, ada anak sorang... so rasa macam hebat budak ni.. gaji tak seberapa tapi bab pemurah memang win..
Begitu juga seorang staf N19 di ofis aku ni.. orang Sabah umur dah 50an... Kalau dia pergi ambil anak tengahri, mesti ada belikan goreng pisanglah, kuih muih untuk dinikmati bersama satu ofis. Masa dia balik sabah tempohari siap belikan sebungkus mee sabah untuk setiap sorang staf. Walaupun pemberian tak seberapa tapi aku memang kagum.. sebab mereka tidak berkira walaupun mereka hidup biasa-biasa sahaja.
Yang aku tak suka, bila orang ada duit tapi selalu mengeluh tiada duit. Nak belanja orang berkira dan macam takut akan habis duit. Padahal duit belanar kata orang kelantan. Kadang-kadang orang mcm ni suka kalau sentiasa disogokkan dengan apa-apa, kadang-kadang tu suka menerima tapi tak suka memberi. Aku pun tak faham kadang-kadang orang-orang jenis gini...
Semoga aku dan keturunanku Allah berikan kemurahan hati dan tidak merasa bakhil dan kedekut dalam bersedekah dan membantu insan lain...
~mel
Khamis, 23 Mei 2024
Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam
Semasa diminitkan untuk menghadiri bengkel di Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam, agak reluctant sebab malas nak drive ke Shah Alam. Bukanlah malas apa, sebab keesokan harinya ada mesyuara Lemabaga Pengarah UPSI Holdings di Zenith Putrajaya, maka akan beberapa hari tidak pulang ke rumah memandangkan weekend balik ke Penang. Namun begitu demi tugas aku teruskan.
Bila tengok nama hotel ni macam sangat asing, macam tak pernah pergi walau selalu je ke Shah Alam dan tinggal di hotel-hotel di sana. Perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam tidaklah sukar, dan tiada jalan yang belit-belit. Just ikut sahaja waze, insyaallah boleh sampai kurang dari 50 minit. Aku memang mengharapkan waze untuk ke mana-mana dalam KL sebab memang jalan agak bersimpang siur. Kalau dulu di Penang aku hanya drive dari rumah ke tempat kerja memandangkan suami ada.. sekarang apabila hidup bersendirian memang aku kena survive dan memberanikan diri untuk explore ke mana-mana yang diperlukan.
Berbalik kepada Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam.. rupa-rupanya sebelum ini ia adalah Grand Blue Wave Hotel. Seiring dengan namanya yang baru, hotel ini adalah hotel patuh syariah.. which made me feel at ease bila tinggal di sana. Sampai-sampai je ke tempat parking, dan keluar dari pintu kereta.. terus kedengaran zikir berkumandangan di ruangan parking. Alhamdulillah. Jarang sekali jumpa hotel yang sebegini.. hotel lain yang biasa aku jumpa seperti ini adalah Hotel Tamu, Kampung Baru.
Aku memang selalu teruja kalau dapat tinggal di hotel sebegini. Makan pun tiba-tiba jadi selera, bukan apa makan kat sini memang agak sedap juga. Bengkel juga berjalan lancar. Bengkel yang di urusetiakan oleh jabatan alam sekitar, NRE, menjemput kami dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan sebagai kolaborator. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya.
Salah seorang staf Jabatan Pendidikan Tinggi adalah Azreen dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seorang staf baharu yang dihantar oleh Ketua Pengarah.. bila berborak dengan beliau, rumahnya kami tinggal di apartment yang sama, dia di tingkat 32 dan aku ditingkat 16. So aku dah ada kawan satu apartment. Dia juga merupakan bekas pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, dalam jurusan yang pernah aku ajar. So, adalah persamaan di situ.
Dia ada cakap, aku tak macam pengarah lain.. pengarah lain garang-garang.. aku ni lepak je dengan staf. Ramai yang teringin nak apply masuk bahagian aku. Sebenarnya aku memang bagitau aku.. aku memang lepak jer, aku takde level.. boleh berkawan dengan semua orang.. dengan syarat kerja perlu buat dengan betul dan minimisekan kesilapan. Bila kerja aku hendak mereka kerja betul-betul.. hormat aku sebagai boss tanpa melampaui batas... setelah semua berlaku, aku boleh berkawan dengan mereka dan treat mereka as friend. Jangan over sudah...
Seteleah selesai bengkel di Mardhiyah Hotel (tinggal semalaman di sana), aku terus ke Zenith Putrajaya untuk meneruskan tugas sebagai ahli Lembaga Pengarah, UPSI Holdings.
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadaku untuk menggalas amanah yang diberikan kepadaku.. InsyaAllah... Amin..
~MEL
23/5/2024
Selasa, 14 Mei 2024
Sesak dengan Dugaan..
Hari ini aku rasa sesak sekali.. rasa macam bertimpa-timpa dugaan. Goyah hati tapi aku kuatkan juga.. sesekali menitis airmata juga.. tapi aku telan saja. Aku rasa macam sampai tahap this is too much.. tapi aku ishtighfar banyak-banyak..
Aku nak cerita tentang kena scam... nantilah. Kepala berat. Hari ni aku sepatutnya MC.. memanglah MC, tapi aku ada flight balik ke KL. So lepas bfast di Restoran Idaman, encik suami hantar aku balik. TQ. Aku memang sebenarnya rasa tak sihat sangat.. lain effect injection kali ni. Sakit kepala, sakit dalam mata.. entahlah.. aku rasa bersalah bila aku tak dapat memasak bila balik.. tapi aku tak mampu buat apa-apa. Sampai airport aku masuk dalam Golden Lounge hanya untuk berehat. Memang tersandar! Mujur flight on-time.
Sampai rumah aku cepat-cepat masak nasi.. ambil air sembahyang dan solat. Tarik nafas panjang-panjang sambil tunggu asar yang pada masa itu lagi 8 minit. Tak sempat rehat lepas asar goreng telur mata lembu, goreng ikan bilis dengan bawang dan cili.. tabur kicap dan makan. Alhamdulillah.. Namun aku perlu cepat.. aku perlu sampai Melaka sebelum gelap. Aku memang tak boleh memandu di waktu gelap especially tempat aku yang tak biasa.. tapi hujan masih lebat. Aku kemas brg untuk esok, apa yang ada je la,, bila hujan nampak reda sikit aku start gerak.. itupun dekat 5.30 dah.. aku tawakkal.. ya sesungguhnya tawakkal... dalam perjalanan hujan tiba-tiba lebat semula... Hanya kepada Allah aku bergantung harap...
Akhirnya aku sampai ke MITC Hotel Melaka. Mujur hotel tak jauh dari tol. Sampai-sampai dapat bilik tingkat 7... nak buka pintu bilik tak boleh... Sabar--sabar... aku turun... pekerja di kaunter tukar kad. Ok.. ingat dah settle.. naik sekali lagi ke atas.. tak boleh juga... memang rasa nak meraung kat situ... Ya Allah.. aku penat.. Allahuakbar.. dugaan apa hari ini... Aku pergi ke bilik sebelah.. lantaklah aku perlu test kad tu.. eh di bilik sebelah ia berbunyi.. di bilik aku tiada apa-apa bunyi atau lampu yg keluar... aku test kat bilik lain pun berbunyi... aku turun lagi.. cakap kat kaunter tu.. pintu yg rosak.. bukan kad.. masa tu aku mmg dah nak naik darah... aku cakap aku penat.. dah la drive dari jauh.. bilik turun naik tak boleh buka.. then dia minta aku tunggu di bawah. Aku just duduk lepak kat lobi sampai settle...
Akhirnya dapat masuk bilik.. Ingatkan dah settle... bilik tiada iron.. kena pergi iron baju untuk esok di korridor.. Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan segala dugaanMU... Siapalah aku untuk mengeluh akan segala dugaan ini... terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan...
~Mel - Bingung...
Isnin, 13 Mei 2024
Coretan..
I haven’t been good sejak akhir² ini.. especially berkaitan kesihatan mata yang makin meruncing. Since last year I can say that aku dah berbelanja hampir RM20k just untuk mengubat mataku yang dah beberapa 2 kali pecah blood vessel.. kiri dan kanan.. walaupun nampak aku kuat sebenarnya aku tak sekuat mana pun. Aku amat bersyukur.. Allah berikan rezeki kepadaku supaya aku mampu tanggung semua ini..
Kadang² hati ada rasa tersinggung.. sedih.. tapi much better untuk aku pendam sahaja.. Aku cuba kuatkan diri.. melupakan apa yang aku tanggung.. melupakan apa yang aku rasa.. sibukkan diri dgn pelbagai perkara..
Latest blood vessel mata kanan pecah waktu bermesyuarat dibulan puasa. Terpaksa aku menyerah diri ke Oasis Eye Specialist. Memang mahal.. tapi aku tiada pilihan. Bila check, doktor menyatakan mmg betul sangkaan aku, blood vessel mata kanan pecah. Akibatnya mata kanan aku kabur. Aku langsung tak boleh drive malam sebab aku tak dapat nak bezakan jalan yg ada di hadapanku. Teringat aku hampir terbabas ketika aku dlm perjalanan balik dari UPSI ke Putrajaya Sentral sebelum Subuh kerana aku ada flight balik Penang. Menggigil aku sekejab.. lepas itu aku tak berani langsung nak drive waktu gelap.
Then, setelah jumpa doktor, doktor cakap kena inject ubat ke dua belah mata sebab mata kiri juga ada risk utk burst blood vessel. So double injection. Kos pertama ini RM3660 untuk dua belah mata. Aku redho jer.. tak bermakna ada duit kalau mata tak nampak… Cuma aku rasa masa proses untuk injection aku sebenarnya ketakutan.. Ya Allah aku takut, cuma aku kuatkan hati. Cuba bayangkan biji mata dicucuk dengan jarum untuk masukkan ubat… walaupun semasa proses tu tidak sakit.. tapi horrornya aku simpan dlm hati. Selepas injection, kedua mata jadi kabur… tak tahan melihat cahaya.. nak berjalan pun aku rasa goyah.. aku tak boleh bezakan sama ada ada tangga aku tidak di hadapanku.. semua nampak rata sahaja.. Tapi aku perlu kuat untuk diriku sendiri..
Sampai rumah.. kepala ku jadi sakit.. kejab² rasa sakit mata.. utk melegakan perasaan aku tidur sahaja. Doktor tak benarkan memasak. Aku tak tau kenapa.. tapi aku ikut jela..
Selepas raya, 30/4 aku hadir lagi utk sesi laser.. sesi yg sangat aku takut. Sakitnya Allah saja yang tahu. Setakat satu mata aku dah menangis… apa lagi dua biji mata..sengsara dia Allah saja yg tahu. Dalam hati aku berdoa kepada Allah.. kalau kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa² ku.. aku redho ya Allah…Impak laser mmg teruk. Doktor telah tahu aku mmg takut dengan laser. Lantas utk laser beliau tidak charge consultansy.. hanya RM650 dikenakan padaku untuk dua mata.. berbanding RM1400 untuk laser sebiji mata tahun lepas. Namun begitu.. teringat sakit laser ini rasa macam nak pecah otak.. sekali teringat sekali aku mengalirkan airmata.. Menangis sendirian dah macam jadi agenda hidup aku.. sebab aku tak mahu org tahu betapa sakitnya diriku ini. I try to be strong ðŸ˜ðŸ˜.. tapi Allah saja yang tahu apa dalam hatiku. Walau sakit aku cuba buat biasa..
Sesi ketiga.. 11 Mei.. injection lagi untuk kedua belah mata. Doktor beri MC beberapa hari.. tapi aku terpaksa bekerja juga sebab aku ada komitmen USM. Mujur ada pembantu. Aku jarang tunjuk aku sakit kalau aku tidak benar² sakit. Hari ni aku rasa kepala aku sakit.. mata kiri aku kejab² rasa sakit.. sakit dia macam dari sakit gigi, mata, kepala..
Dalam keadaan macam ni sentiasa teringatkan arwah mak.. aku ni anak mak yg banyak mewarisi sakit arwah mak.. aku dpt bayangkan sengsara mak satu ketika dahulu.. cuma aku bersyukur aku dikurniakan rezeki untuk berkenalan dengan bijak pandai yang memandu aku ke arah kaedah perubatan yg betul.. InsyaAllah.. Duit? Biarlah.. Moga Allah sentiasa memurahkan rezeki untukku bagi mengubati diri sendiri.. dan semoga aku dimurahkan rezeki untuk membantu insan lain..
Semoga Allah ampunkan dosa² ku dengan dugaan dan ujian ini..
-Mel