Ahad, 30 Disember 2012

Yina & Soft Toys..

Waktu ni kami boring tunggu hubby nak membayar baju kuning yg dibelinya utk kenduri my bro. In law which will be held today di Tmn Metropolitan, KL.. Shopping haritu kat Parkson Sunway Carnival.. Aku dapatlah tangkap henbeg satu utk kenduri... Sambil2 menunggu papa queue yg agak pjg.. Eryna pun main soft toys dari atas stroller.. Actually eryna dh lama xnaik stroller, tp utk memudahkan shopping mmg guna strollernadalah sgt advisable..huhu...



Sabtu, 22 Disember 2012

My new IPad..

Just bought a new iPad 4th generation from Apple Store. Dah lama menunggu iPad with retina display ni sampai Malaysia sampai hampir giveup la jugak..hihi.. Bila apple store announce dah keluar busy dan xde di rumah utk beli... So tunggu punya tunggu last tuesday aku order.. yang bagus beli di apple store boleh buat free engraving... Hihi.

aku beli yg 32gig, harga RM 1799 plus aku beli ipad cover 159.. So dekat2 2k harga semua.. Esok kena cari screen protector.. Hari ni dok berebut dgn yina nak main.. Dah ler tak berscreen protector... Yina mmg terralah guna ipad ni.. Tak yah ajar.. Dia lg terra...

Oklah nk tido dulu.. Kalau ikutkan semua Mac gadjets dah ada cuma satu je yg blom ada.. Iaitu iMac.. Err..mungkin akan dipertimbangkan nnt.. Huhu

~mel
Blogginh using ipad on bed...

Khamis, 20 Disember 2012

Mudah Sgt Org Melayu ni...

Post ni akan buat ramai org marah... heh.. ada org baca ke.. haha..

Anyway.. just some thoughts yg aku observe tentang org2 melayu yg berinternet ni haa.. Mudah sgt terikut bila satu2 'fatwa' dikeluarkan oleh entah sape2 tak kiralah ustaz ke.. kalau fatwa yg benar tu lain la cerita.. ni kaedah nak bagi salam... kaedah nak menulis insyaallah... Benda remeh temah diperbesarkan dan tak relevan pun...

Aku ingat dulu kecoh pasal tak boleh tulis perkataan 'Salam' atau ringkasan 'Aslmkm' dllg.. last2 ramai yg pakat2 tulis salam tulis 'As Salam'.. bagi aku bila tulis As Salam aku mmg baca As Salam je laa.. xdela pulak aku nak menjawab dalam hati Waalaikumsalam...

Sekarang ni pulak sibuk pasal kena tulis In Shaa Allah instead of Insyaallah... Sebab katanya kalau tulis 'Insyaallah' tu tidak membawa maksud 'dengan izin allah'... okeh..

Aku ada student Arab yang selalu beremail dengan aku. Biasanya student arab yg bahasa rasminya adalah bahasa Arab memang akan memulakan email dengan "Salam" atau "Salam Alaikum" atau apa2 ejaan yg membawa maksud mengikut bahasa arab. Takde pulak kalau aku tulis "Salam" atau "Assalamualaikum" diorg cakap salah...atau tegur cakap maksudnya berlainan.. org Arab ni sikap dia lain, kalau mende tak betul dia akan sound tak kiralah org tu SV dia ke.. sebab mereka mmg agak kasar orgnya...

Dan bila tulis insyaallah biasanya mereka guna Inshaallah atau insyaallah.. Cuma tukar y atau h jer..  xde la pulak diorg tulis in shaa allah jauh2.. dan bila aku hayati bila mereka bercakap pun xdelah pulak bhg 'shaa' tu dipanjangkan.. baru tadi jumpa sorang student arab ni.. dia cakap kat aku.. insyaallah taala lagi.. tak pernah pulak dia tegur aku cakap/ eja insyaallah tu salah.. Sedangkan Bahasa Arab tu bahasa percakapan diorg...

So, pendapat aku la.. benda yg remeh2 tak perlulah nak dgembar gemburkan.. di share.. sedangkan kita sendiri tak pasti.. lepas tu bila ada org bawa 'fatwa' jgn tulis camni.. jgn cakap cam ni.. rujuklah pada org yg arif.. jgn terus je ikut dan klik share.. kalau dah pasti baru ikut.. boleh??


~mel
sori lah aku mmg berfikiran negatif sikit pasal hal ni..

Selasa, 18 Disember 2012

Cuti.....Disember...

Aku ambil cuti dari 10 Disember hingga 18 Disember... utk beberapa acara keluarga yang dirancang lama dah.. Setiap tahun aku dan adik beradik aku memang akan buat satu family day atau gathering adik beradik di mana2 tempat untuk kami sama2 jalan2 makan angin. Maklumla kami ni anak yatim piatu... tiada berayah tiada beribu... waaa.... :'( huhu.. tapi mungkin disebabkan itu kami jadi lebih rapat dan setiap plan tiada objection yg diterima. Last year kami berkampung di Morib dan tahun ni kami dan plan awal2. Tapi wat gathering hujung tahun ni banyak betul gangguan sebab aku dan hubby pun sama2 tgh sibuk. Anyway kami belasah jer bercuti dgn jayanya. Kerja tolak tepi!!

Program cuti kali ni bermula dengan Langkawi.... Oleh sebab kami diutara so kami ambil feri ajer dari Penang ke langkawi. Feri dari Penang pukul 8.30pg hari Ahad dan sampai ke Langkawi pukul 12tghari lebih kurang. Sampai2 di jeti aku dan hubby sewa dua bijik kenderaan - satu Serena dan satu Urvan. Adik beradik ku yg lain semua dari KL naik flight dan tiba di airport pukul 3.30ptg. Aku sebagai Superwoman telah memandu van Urvan MANUAL tersebut dari jeti ke airport dan incik hubby dgn CUMA bawak Serena yang auto dan lagi kecik tu. Patutnya dia lagi terra bawak manual kan pasal dia bawak kereta auto baru beberapa tahun jer... hihi.. larikk nyowok kat dapur!

Abis meredah langkawi kami balik Penang kejab utk cuci baju dan cari jeruk madu pak ali utk kenduri kawen doa selamat my brother. Actually kenduri kawen dia di belah perempuan pada 16 september yg lepas.. kami lambat buat menyambut menantu dek kekangan masa.. Aku dah janji dgn dia nak sponsor gudi2 utk tetamu kenduri pada hari sabtu 15 Oktober. Barang2 utk gudi2 mmg aku dah beli awal cuma isinya jer perlu dibeli after balik dari Langkawi. Utk kelainan isi gudi2 tu aku nak letak jeruk pak ali dan bahulu. Kami balik dari langkawi ptg Rabu.. hari Khamis pagi aku & hubby pergilah membeli 20kg jeruk pak ali, bahulu dan makanan ringan utk kanak2. Hari Khamis mmg aku habiskan utk siapkan packing jeruk dlm bekas yg aku dah beli dari awal (sbb takut jeruk tak cukup).

Hari Jumaat kami berangkat ke rumah my sister di Kapar. Awal petang kami sampai.. tak tahu lah mana hubby dpt energy drive non-stop dari penang ke kapar... huhu.. Petang tu di sana aktiviti sambung membungkus gudi2 dgn pekerja2 aku yg demand nak upah utk tolong packing.. cess!! Lepas semua adik beradik aku sampai (ada yg lepak di Putrajaya umah my bro).. my sister buat birthday celebration utk Aliff Zachary yg ke 6 tahun. Happy Birthday Aliff (13/12).. Jangan nakal2 dan semoga jadi anak yang soleh.

Seperti biasa bila beramai2 di rumah my sister bilik pun takcukup jadi kami semua tidur di rumah tamu beramai2.. haha...

15/12 hari Sabtu kenduri my bro dan pasangannya yang gedik Junaidah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tak de penat ape2 sebab semuanya katering kan. Menu kenduri adalah masakan kampung.. ada cendol pulut durian... Sedapp!!

16/12 pagi kena breakfast lempeng dan roti cicah sambal tumis petai belen kenduri.. hihi.. sedap juga.. Dalam pkl 11 kami berangkat pulang ke Penang sampai agak lambat sebab berenti agak lama di Tapah plus hujan dalam perjalanan.

Sampai rumah... biasalah mendobi...mendobi dan mendobi.. Hari ni last cuti aku.. tak tau buat ape pun.. hubby dah start kerja semalam...


 Budak comel atas feri

 Meneropong di Gunung Mat Cincang

 Aksi di atas top station Cable Car

Time ni nak booking island hopping. Kami dapat satu bot besar RM250. Kami naik dua bot utk island hopping tu.. satu bot tak cukup daa...

 

Mummy dan Yina atas top station cable car. Actually dah dua kali aku naik kable car langkawi ni. Dulu tahun 2010 dah naik. Kali kedua naik ni dah tak gayat sgt.. hehehe..

 Selipar baru mummy dan yina. Pandai papa beli selipar yina... ada love love lagi... macam princess..

 Dalam bot tgh island hopping!

 Yina dan Papa di Pulau Beras Basah

 Dua org budak poyo... abang & Achik

 Yina angkat tangan!

 Dalam feri nak balik daaa...

 Mummy layan jiwang dlm feri.. :P

 Papa.... pegang yina kuat2.. nanti tertinggal kat Pulau payar. Tak mo pi Pulau Payar.. henfon tak de line.. haha...

 Happy Birthday Aliff yang ke 6. Be a good boy ok!!

 Aliff tak sabar2 potong kek!

 Best carrot cake ni!


 
Yina dan papa... Yina pakai baju beli di langkawi.. :P
 
Jejaka idaman beratur menunggu gadis2 joget!!


Mummy & Yina...  :D
 
Chicha dan kak Mawar... 

Hahhhh.. terlupa pulak nak cakap di atas... lepas kenduri dalam pukul 5.30 gitu atas desakan dan rayuan budak2 di atas.. kami ke Big Bad Wolf The Mines utk beli buku2 murah di sana... Sangat2 best.. memang rugi kalau tak pi. Terima Kasih la yer budak2 sebab insisted on nak pi walaupun sarat Stream kami dibuatnya... Dua org dewasa dan 10 org remaja & kanak2... haha.. But it was fun.. abis duit aku RM166 beli buku.. huhu... Aku ada beli satu buku Quilting... bila balik rumah aku fikir.. agak2nya pencen nanti la baru aku tengok buku tu... hahaha...


Gitulah cerita cuti Disember aku.. walaupun penat sangat2 plus sakit kaki berjalan di Pulau Dayang Bunting.. tp seperti biasa mmg best.. lupa lak cerita aku & hubby siap berenang di Tasik Dyg Bunting dgn menyewa life jaket (RM5).. hehe.. hubby siap takut nak terjun.. Gambar nak kena tunggu my bro upload... 

My Family... eh... incik hubby tak de pasal dia amik gambar... :P


~mel
Next holiday will be in Universal Studio Singapore.. insyaallah March.. :)

Selasa, 27 November 2012

Student..

Sy ada seorg student Master by research. Dia memohon sgt2 utk dtg berjumpa sy 2 thn 4 bulan yg lepas sewaktu sy dlm pantang & tgh sakit teruk akibat pendarahan tiada henti pd caesearean sy, kerana SV dia kembali kerahmatullah dan dia sgt perlukan SV yg baru. Kerana kesian, sy benarkan dia dtg ke rumah dlm keadaan sy sakit dan sy sign borang pertukaran SV atas dasar simpati sy pada dia. Kini setelah lebih 2 thn, dia masih belum tamat Master dan belum pun present proposal. Setiap kali sy bertnya ttg research dia, alasan bnyk kerja sekolah (dia cikgu), jatuh bilik air lah..jatuh tanggalah.. dan mcm2 alasan. Hinggalah slps dia present prospektus 2 bln lepas (kena bantai dgn hebatnya masa tu).. dia smng kejab..pastu dia hilang. Mggu lps terjumpa dgn dia di cafe harapan, sy tnya kt dia mana bab2 yg dia janji nk hntr pd sy. Dia ckp internet rumah dia problem, dia janji nk dtg jumpa sy hari selasa. Bila hari selasa, sy terpaksa luangkan masa lebih 2 jam kpd dia sbb sy perlu baca satu persatu bab2 yg dia bawak. Then sy suh dtg betulkan, dtg semula hari Jumaat pkl 9.30.. punyalah sy nk tolong dia sbb candidature yg dia dah extend akan habis feb, sdgkan proposal pun belum present. Pkl 9pg jumaat dia call ckp dis xdpt dtg pg, minta nk dtg ptg. Sy cakap ok dtg 3.30ptg. Pkl 3.30 dia tak muncul2,  40 minit sy tunggu, dia xdtg. Sy ada hal lain, sy keluar ofis tp masih lg kesian, sy sms dia ckp sy perlu keluar ada hal. dia tak reply. Pkl 4.30 dia call tp sy malas nk angkat. Dia sms pulak ckp ada kat depan ofis sy. Masa tu sy kat ofis hubby. Sy tnya hubby betul ke sy ckp kat student tu pkl 3.30 bkn 4.30? Hubby sy cakap betul sbb time student tu call dia ada dpn sy. Sy sms students tu suh dia balik sbb dia dah sejam lmbt.

Dia sms sy balik tnya boleh dia jumpa sy esoknya (Sabtu).. masa tu sy mmg dah geram.. sy just reply sabtu sy cuti. Tetiba smlm, Isnin, dia muncul ketuk pintu ofis sy dgn menghulurkan 3 bab utk sy baca. Nak tau pukul berapa? Pkl 5ptg!! Time tu sy sdg tutup pc utk kluar ofis.Sy ckp kat dia sy xboleh tgk, sy nak kluar dan esok dtg pg2 jumpa saya.. pkl 9pg.. Ok, skrg dah 9.45 dia xmuncul2.. Saya sgt geram, sakit hati dllg skrg ni. Sy dah bnyk bg peluang tp dia sendiri punya masalah attitude yg sgt buruk. Sy sgt anti org yg tak punctual. Student ni selalu ingat diorg satu2nya student yg perlu di attend, diorg ingat lecturer kerja 24/7, xde family, xde kerja lain.. xde life lain..asyik nak melayan student semata2.. inilah contohnya. Dan ramai lg bersikap mcm ni.. ni baru sorang.. yg lain2 tu bila time nak submit time tu lah nak cari sv suh baca tu baca ni.. buat kerja semua last minit pastu nak paksa org layan derang macam masing2 tu puteri2 raja.. Sakit hati betul...

Semalam juga ada seorg student lain yg email 5 bab thesis suh saya baca dan thesis tu due datenya hari ni.. gila betul.. dia ingat thesis tu boleh baca dlm 5 minit? Bila sy gtau dia sy ada kursus sehari suntuk semalam, dia cakap suh sy baca kat rumah mlm tadi... heyyy.. ko ingat aku ni ape? xyah masak? xyah makan? xyah kemas rumah? xyah basuh kain? Hampes gila...

Kalau student kat atas ni dtg jumpa sy nanti bila2 memang sy akan basuh... saya akan canai.. sy akan bebel.. ko nak nangis.. nangis la..


~mel
layan geram!


Ahad, 25 November 2012

Baju Princess..

Time balik Gombak ari tu, mak mentuaku ada bg kain utk buat baju Eryna bg kenduri kawen Faiz, adik hubby pada hujung bulan 12.. Mak ckp tak taulah cukup ke idak utk wat baju kurung sebab kain tu kain lebih dari baju sepupu2 yina utk kenduri tu..Bila aku tgk memang cukup nak wat baju kurung.. tapi Yina bukan selalu pakai baju kurung.. lgpun tema kenduri garden wedding..

So, fikir2 nak buat gaun la utk eryna.. Kebetulan pagi semalam ke kedai A tu Z jumpa reben ros yg cantik.. so.. aku belila.. Ptg smlm aku sibuk siapkan alter kain mak yg tempah org tu jahit besar sgt. Bila dah mlm mood menjahit tu masih ada.. So bila yina dah tidur, pkl 10 aku start gunting baju gaun tu.. Kebetulan incik hubby demam, xleh nk tidur dlm bilik sbb aircon sejuk (yina pulak klu xde aircon suka meragam!!), so hubby dok temankan aku menjahit kat bawah.. sambil dia tidur.. huhu

Pukul 2.30pg siaplah aku menjahit baju princess eryna.. cuma ada bhg lipatan yg perlu jahit tgn lom siap. Hajat hatiku nak jahit manik utk bg glitter2 sikit.. itu aku akan buat sikit2 nnt tiap2 mlm before tidur.. huhu..

Eryna dah try baju princess yg mommy buat.. hihi..suka dia.. :D

~mel 💞
p/s masa eryna try baju tu dia lom mandi.. hihi

Khamis, 8 November 2012

Di manakah hilangnya malu...

Iyer.. itu topik yang sentiasa berlegar-legar di kepala aku bila aku melihat penjual2 online terutamanya di facebook yang menjual barang2 'kesihatan' dan kecantikan untuk untuk perempuan.. tagline2 yang dipaparkan kadang2 membuatkan aku yg membaca malu.. tapi mereka yang memaparkan tak malu kah?
Terfikir jugak.. mungkin aku ni dah tua kot.. sebab tu lah sgt sensitif dgn mende2 mcm tu.. tp aku rasa dari dulu aku mmg bukan seorang yg suka dengan perkara2 yg memaparkan dengan terang ciri-ciri keperempuanan... Aku tidak selesa bercerita tentang perkara-perkara yang agak sulit...

Contoh yg aku lihat.. pagi tadi aku melihat di timeline ada seorg yg sgt kukenali, masih anak dara.. menjual barang kesihatan secara online.. dan paparan utk tagline produk tersebut adalah... 1) Laraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan P***D**A. Terus terang aku rasa sangat sedih.. seorang gadis menjual barang dgn tidak malu2 memaparkan perkataan tentang badan perempuan yg seharusnya malu utk diperkatakan dengan huruf besar lagi.. Aku yg membaca merasa malu bagi pihak beliau.. Kalau nak menjual pun agak2lah.. kita ni perempuan.. islam.. seharusnya menjaga akhlak, menjaga perkataan.. menjaga setiap perbuatan.. aku tak tau org lain laa... aku nak sebut perkataan tersebut dgn kawan2 perempuan pun tgk2 juga orgnya.. inikan pula nak paparkan di fb utk menjual barang berkenaan... nauzubillah...

Ada juga isteri-isteri (mentang2 dah kawen).. bila menjual barang kecantikan dan kesihatan tidak malu2 memaparkan chat/perbualan antara mereka dan kawan2 yg guna produk mereka.. cerita pasal hubungan intim suami isteri.. bahagian d*** yg makin $%^& dan macam2 lain yg membuat aku tertanya2... mereka ni tak malu ke? Boleh cerita pasal hubungan suami isteri... suami cakap isteri makin $%%^& dan lain2 lagi la.. yg tak sanggup aku nak tulis (malu!). Tidak kah mereka ini tahu.. bercerita mende2 macam tu adalah HARAM..  walaupun nak jadikan testimoni... Yang aku peliknya dah paparkan mende2 mcm tu bg pulak motivasi cara keislaman... errr... semangat nak dapat duit jadikan macam tu?

Apa2 pun... wahai wanita.. jagalah aib masing2.. sembunyikan apa yg perlu disembunyikan..dan bersikap malulah.. Malu itu menghindarkan diri kita dari melakukan perbuatan yang tidak baik...Peringatan ini juga untuk diriku.. semoga aku sentiasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang.. malu untuk menjadi wanita yg terlalu terbuka pemikirannya dan semoga Allah sentiasa teguhkan keimananku dan keluargaku... Amin Ya Rabbal Alamin...

Maaf sekiranya ada yg baca dan terasa..  malu utk menulis pos ini tapi malu juga utnuk menegur secara terang-terangan, takut disangka dengki atau irihati.. sedang sebenarnya memang malu melihat keterbukaan wanita2 di luar sana... Malu itu sebahagian dari iman..  jagalah maruah kita sebagai wanita islam..


~mel

Rabu, 7 November 2012

Maaflah...

 Aku baru terima email kat bawah ni.. dari seorang student aku di Sarawak. Tajuk email.. "Maaflah...". Perkara yang diutarakan kan kat bawah ni bagi aku perkara biasa berlaku di universiti atau di institusi pengajian di mana bila lecturer minta pelajar buat kerja berkumpulan... ada saja masalah yang berlaku terutama ahli kumpulan tak mahu berkerjasama. Aku pun pernah mengalaminya dulu.. Masa berlaku kat aku, aku abaikan aje ahli kumpulan yg nak jadi penumpang tu.. aku buat kerja sendiri.. siapkan sebaik mungkin..dan hantar. Dia dapat markah tinggi sama cam aku?? Ya.. of course, tapi aku halalkan je lah yer.. sebab yang penting aku dapat markah tinggi dan walaupun dia dapat markah tinggi.. dia mungkin xdapat ilmu yg aku dapat.. tapi tulah kan.. setiap org lain pendekatannya... mamat kat bawah ni ngadu kat aku... :P
 
"A'kum Dr. Apa yang hendak saya luahkan adalah sesuatu yang di luar kehendak saya. Setelah memikirkan kerjaya dan ketenangan jiwa saya maka terpaksa juga saya luahkan untuk perhatian, tindakan dan makluman dr. Saya adalah Pen. Kanan HEM di sekolah yang besar. Walaupun sibuk saya tetap mahu belajar, masalahj yang timbul telah membebankan otak saya untuk berfikir secara rasional.

Saya juga turut mewakili rakan kumpulan saya iaitu P...  ak. ... dan J... ak T...(nama dirahsiakan)  Kami bertiga telah menghantar Pwer Pnt Interaktif secara individu kerana sikap dua orang rakan kumpulan iaitu AR b. AP dan O...  b. N. (nama dirahsiakan) yang tidak pernah menepati janji sejak dari sem.1 lagi. Saya telah arahkan semua ahli supaya mengumpul pwr pt tersebut untuk di burn dlm satu cd. Tetapi kedua2 mereka belum menyiapkan lagi kerja mereka sehingga memaksa kami bertiga mnghantar secara individu pada perjumpaan ke3 lepas.

Projek video dan story board pula menghadapi masalah yg sama. Sya dgn rela telah membeli sebuah handycam semata2 utk memudahkan kerja kump.  AR bersetuju untuk edit dan upload video tersebut. Sehingga sekarang belum ada apa2 berita dpd beliau.

Apa yang merisaukan saya ialah kelewatan tersebut akan menjejaskan 'markah' kami akibat dpd sikap dua org ahli kump tersebut. Saya amat mementingkan masa, setiap saat amat berharga bagi saya.

Apa harus saya buat? Hanya luahan ini yang mampu saya lakukan... "
 
 
Anyway.. aku ada bagi solution kat mamat ni.. hopefully dia dapat melakukannya...
~mel

Selasa, 6 November 2012

Bukit Bendera..

Pada hari raya aidil adha kedua, kami telah berjanji dgn my PhD student yg telah jadi kawan my hubby utk bawa dia dan family ke Bukit Bendera. Isteri dia dtg dari Palestine selama sebulan lebih dan akan pulang ke sana awal Disember. Incik hubby berminat utk berkawan dgn student aku ni, Odah namanya sebab nak tau perkembangan Palestine.. Aku pun tak kisahlah sebab mmg agak kesian kat dia.. since wife dia dtg.. dia hnya bawak wife dia berjalan sama ada berjalan kaki atau naik bas.. dan wife dia pun jenis tak kisah.. So that's why kami bawak dia jalan2 Bukit Bendera... last aku gi Bukit Bendera banyak tahun dah.. time tu keretapi masih keretapi lama yg terhegeh2 tu... skrg keretapi dah laju... :D Anyway.. enjoy the photo je lah... malas nak taip banyak2.. hehe..
 
 Tunggu nak naik train... train dah maju.. tak terhegeh2 macam beberapa tahun lepas..  Beratur pjg utk beli tiket dan naik.. org msia bayar RM7 jer sorang & RM3 utk kanak2 4-12.. tapi utk foreigner kena cas RM30 sorang... gilooo!! huhu

 kat belakang tu mamat palestine tu... Odah nama dia..
 
 
 incik hubby dukung eryna sambil beratur... 

 Masih beratuq nak naik keretapi.. 

Dah sampai atas... ni landasan keretapi yg kami naik tu...

Berjalan di atas bukit bendera

 
 Aku dan Sama..cantik dia ni... tp takut nak bergambar tepi bukit tu..

Hubby dan Odah sahabat karib nya... huhu


 
 @aliffzachary dok meneropong... orang teropong ke atas.. dia teropong ke bawah!!


Eryna berinai macam pengantin... tantikkk!!

Yina & @aliffzachary

Orang tengok teropong, dia teropong orang pulak kat bawah!

papa dan yina dengan @burunghantu

Sempat solat asar di Masjid Bukit Bendera.. alangkah bahagianya dapat berjemaah di atas sana.. selepas solat asar (raya haji ke dua kan) takbir berkumandang... Ya Allah sayunya hati.. berada di atas masjid di puncak Pulau Pinang...

Panorama di ats bukit bendera

Walaupun tinggal di Pulau Pinang.. sekali sekala naik Bukit Bendera memang rasa sangat best.. rasa nak naik lagi. tapi lepas ni rasanya nak melawat pantai pula.. insyaallah kalau ada rezeki panjang umur kita ke Monkey Beach pula yer papa @fullfilth.

~mel

Pergi di Hari Lahir...

Malam tadi aku menerima panggilan telefon yang mengejutkan tentang kematian seorang yang amat aku kenali tanpa disangka2 akibat kemalangan jalanraya. Berita itu sungguh mengejutkan. Yang pergi adalah seorang bapa yg meninggalkan seorang isteri (surirumah) dan tiga anak lelaki. Ketika panggilan telefon itu aku terima, aku menyangkakan anak beliau (berumur dlm lingkungan 9 thn) yg meninggal dunia kerana anak tersebut mempunyai masalah kesihatan yg kritikal dan baru saja keluar dari ICU sebelum hari raya haji yang lalu.. Bila diberitahu ayahnya yg meninggal dunia.. aku terkedu seketika.. macam tak percaya.. Bila aku gtau hubby, dia pun sama2 terkejut yg amat... Kami decide nak pergi melawat pagi tadi sebab dah agak lewat mlm...

Sebelum tidur kami menonton The Walking Dead.. tapi hati tak berapa concentrate on watching.. Ada pulak scene dlm tu yg agak sedih, so melelehlah air mata aku.. pada firasat hati aku mungkin aku juga menangis kerana terkejut... Masa nak tidur.. memang rasa tak boleh tidur.. hati sgt sayu.. kejab2 ambil iphone utk atasi rasa sedih.. bila buka fb tengok di wall arwah.. ya allah.. dia pergi di Hari Lahir dia.. 5 Nov.. Yang paling sedih masih ada yg mengucapkan selamat hari lahir di wall fb dia walaupun telah ada yg mengumumkan pemergian dia.. Sadis sungguh.. org tu mungkin hanya tulis di wall nya tanpa melihat post org lain.. which is soo sad...

Malam tadi aku peluk en hubby kuat2.. aku sebenarnya rasa takut.. ya rasa takut.. ya allah.. kalau terjadi pada diriku macam tu.. macam mana aku nak survive.. Dalam hatiku berdoa.. Ya Allah, semoga perkara begitu tidak terjadi kepada insan2 yg aku sayang.. :'(

Awal pagi tadi kami ke Sg Limau Kulim utk menziarahi keluarga arwah. Rupa2nya arwah telah dikebumikan terus malam tadi pada pukul 1.30pg. Kemalangan berlaku dlm pukul 7 malam. Sangka kami sempatlah kiranya hubby ku solat jenazah... tapi kami hanya dapat ziarah keluarga saja. Isterinya, Kak Ja.. sekejab menangis, sekejab kulihat membacakan ayat2 suci utk suaminya dan menenangkan diri sendiri... Aku peluk kak ja dan dia menangis teresak2 dipangkuanku... sedih sgt.. tapi sempat kak ja ceritakan padaku.. katanya arwah suaminya menaiki motosikal utk pulang ke rumah.. di lorong motor hiway ada motor pamcit.. jadi arwah suami dia mengelak lalu terbabas dan ada motor di belakang juga terbabas (mungkin berlanggar sama2) dan kedua2 tercampak ke bawah hiway.. dan kedua2 meninggal di situ jua.. Arwah suaminya patah rahang muka dan tercucuk ke otak... Astarafirullahalazim...  Sempat kak ja beritahu aku... semalam hari jadi arwah suami dia.. Aku hanya mampu mengangguk sebab aku dah tau perkara itu dari fb...


Frankly speaking, sampai sekarang aku masih macam tak percaya... Keluarga ini banyak jasa pada diriku.. banyak membantu ketika aku struggle to survive sebuah kehidupan..Dan hari ini.. aku sedang memikirkan.. bagaimana pula Kak ja nak survive..Tapi bak kata hubby on the way pulang dari ziarah tadi.. jangan risau, rezeki itu datang dari Allah.. mungkin kita lihat suaminya sebagai provider.. tapi yg sebenarnya Allah itu Pemberi yg utama.. insyaallah.. they will survive..


Ini adalah Afiq Shamin... anak arwah yang bongsu.. Anak ini mempunyai kecacatan sejak lahir.. dan banyak usaha telah dilakukan untuk anak ini.. Beliau hanya mampu berjalan beberapa tahun lepas.. tapi sejak akhir2 ini sering keluar masuk ICU kerana masalah pernafasan dan kahak yg serius.. Kata Kak Ja.. lepas raya haji ni barulah Shamin agak ok dan arwah suaminya berasa agak lega dgn kesihatan anaknya... kalau tidak mungkin dia tidak boleh pergi dengan tenang...


Akhirkata.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Arwah...semoga tenang di sana.. Waktu dia telah sampai... entah bila waktu kita.. bekalan masih jauh dari mencukupi.. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami di dunia dan di akhirat... Hanya padaMU kami berserah... Amin Ya Rabbal Alamin....



~mel


Jumaat, 26 Oktober 2012

Suasana Aidil Adha...

Kali ni kami tak balik kampung utk aidil adha.. walaupun cuti 4 hari tp kami decide tak nak balik sebab mak abah mentua blk ke NS.. Utk ke NS rasa cam penat sgt. Nak balik ke rumah my sister pun sama gak jauhnya.. So.. Penanglah tempat kami beraya.. Aku just buat rendang jer.. beli daging sekilo.. itupun masa tgh beli tu ada makcik tu bertanya., ehhh.. bnyknya beli daging.. aku terpinga2.. makcik ni cam tau jer berapa org yg ada kt umah aku.. ntah2 kt umah aku ada 10 org.. sekilo mana cukup.. haha.. tp sekilo utk aku berdua dgn incik hubby mmg agak bnyk.. tp kalau rendang tulah yg dibuat mkn mlm.. mkn dgn ketupat (beli) dan mkn dgn 2 btg lemang )beli gak.. mmglah abis.., huhu.,

Anyway solat aidil adha di Masjid USM sgt meriah.. org2 dr luar (international$ mmg ramai.. mcm2 jenis pakaian aku tgk.. penuhlah masjid.. best gila.. Eryna first time pi masjid time solat raya.. senyapp jer sbb takut kat org.. kalau tidak bila aku singgah solat maghrib time abis kelas mmg dia berlari satu masjid tmpt jemaah pompuan... huhu..

Hari ni eryna rekod berjaya pakai tudung spjg waktu solat. kalau tidak mmg dicabutnya tudung xsuka pakai.. kecik2 ni okla, klu dah besar nnt xmo pakai mmg mommy debusshhh... huhu

Lastly.. Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga.. Apakah pengorbanan kita ke arah kehidupan yg lebih baik dan berlandaskan hukum Allah Taala? Renung2kan...

~mel