Memaparkan catatan dengan label survival. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label survival. Papar semua catatan

Selasa, 6 November 2012

Pergi di Hari Lahir...

Malam tadi aku menerima panggilan telefon yang mengejutkan tentang kematian seorang yang amat aku kenali tanpa disangka2 akibat kemalangan jalanraya. Berita itu sungguh mengejutkan. Yang pergi adalah seorang bapa yg meninggalkan seorang isteri (surirumah) dan tiga anak lelaki. Ketika panggilan telefon itu aku terima, aku menyangkakan anak beliau (berumur dlm lingkungan 9 thn) yg meninggal dunia kerana anak tersebut mempunyai masalah kesihatan yg kritikal dan baru saja keluar dari ICU sebelum hari raya haji yang lalu.. Bila diberitahu ayahnya yg meninggal dunia.. aku terkedu seketika.. macam tak percaya.. Bila aku gtau hubby, dia pun sama2 terkejut yg amat... Kami decide nak pergi melawat pagi tadi sebab dah agak lewat mlm...

Sebelum tidur kami menonton The Walking Dead.. tapi hati tak berapa concentrate on watching.. Ada pulak scene dlm tu yg agak sedih, so melelehlah air mata aku.. pada firasat hati aku mungkin aku juga menangis kerana terkejut... Masa nak tidur.. memang rasa tak boleh tidur.. hati sgt sayu.. kejab2 ambil iphone utk atasi rasa sedih.. bila buka fb tengok di wall arwah.. ya allah.. dia pergi di Hari Lahir dia.. 5 Nov.. Yang paling sedih masih ada yg mengucapkan selamat hari lahir di wall fb dia walaupun telah ada yg mengumumkan pemergian dia.. Sadis sungguh.. org tu mungkin hanya tulis di wall nya tanpa melihat post org lain.. which is soo sad...

Malam tadi aku peluk en hubby kuat2.. aku sebenarnya rasa takut.. ya rasa takut.. ya allah.. kalau terjadi pada diriku macam tu.. macam mana aku nak survive.. Dalam hatiku berdoa.. Ya Allah, semoga perkara begitu tidak terjadi kepada insan2 yg aku sayang.. :'(

Awal pagi tadi kami ke Sg Limau Kulim utk menziarahi keluarga arwah. Rupa2nya arwah telah dikebumikan terus malam tadi pada pukul 1.30pg. Kemalangan berlaku dlm pukul 7 malam. Sangka kami sempatlah kiranya hubby ku solat jenazah... tapi kami hanya dapat ziarah keluarga saja. Isterinya, Kak Ja.. sekejab menangis, sekejab kulihat membacakan ayat2 suci utk suaminya dan menenangkan diri sendiri... Aku peluk kak ja dan dia menangis teresak2 dipangkuanku... sedih sgt.. tapi sempat kak ja ceritakan padaku.. katanya arwah suaminya menaiki motosikal utk pulang ke rumah.. di lorong motor hiway ada motor pamcit.. jadi arwah suami dia mengelak lalu terbabas dan ada motor di belakang juga terbabas (mungkin berlanggar sama2) dan kedua2 tercampak ke bawah hiway.. dan kedua2 meninggal di situ jua.. Arwah suaminya patah rahang muka dan tercucuk ke otak... Astarafirullahalazim...  Sempat kak ja beritahu aku... semalam hari jadi arwah suami dia.. Aku hanya mampu mengangguk sebab aku dah tau perkara itu dari fb...


Frankly speaking, sampai sekarang aku masih macam tak percaya... Keluarga ini banyak jasa pada diriku.. banyak membantu ketika aku struggle to survive sebuah kehidupan..Dan hari ini.. aku sedang memikirkan.. bagaimana pula Kak ja nak survive..Tapi bak kata hubby on the way pulang dari ziarah tadi.. jangan risau, rezeki itu datang dari Allah.. mungkin kita lihat suaminya sebagai provider.. tapi yg sebenarnya Allah itu Pemberi yg utama.. insyaallah.. they will survive..


Ini adalah Afiq Shamin... anak arwah yang bongsu.. Anak ini mempunyai kecacatan sejak lahir.. dan banyak usaha telah dilakukan untuk anak ini.. Beliau hanya mampu berjalan beberapa tahun lepas.. tapi sejak akhir2 ini sering keluar masuk ICU kerana masalah pernafasan dan kahak yg serius.. Kata Kak Ja.. lepas raya haji ni barulah Shamin agak ok dan arwah suaminya berasa agak lega dgn kesihatan anaknya... kalau tidak mungkin dia tidak boleh pergi dengan tenang...


Akhirkata.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Arwah...semoga tenang di sana.. Waktu dia telah sampai... entah bila waktu kita.. bekalan masih jauh dari mencukupi.. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami di dunia dan di akhirat... Hanya padaMU kami berserah... Amin Ya Rabbal Alamin....



~mel


Rabu, 24 Oktober 2012

Kalau lah...

Aku ada baca satu blog ni beberapa hari yang lepas.. salah satu kisah yg dipaparkan adalah kisah di Pulau Pinang suami tak perlu minta izin isteri untuk berpoligami.. cuma perlu dapat kebenaran mahkamah syariah jer.. ramailah wanita yang melenting.. ramai juga yang ok.. Untuk aku.. aku tak fikirpun hal tu sebenarnya.. tapi yang muncul kat kepala aku ni benda lain.. actually kadang-kadang aku selalu terfikir benda ni...

Dalam post2 aku sebelum ni aku ada ceritakan pasal my student dan kakak sebelah ofis aku yang menghadapi masalah rumah tangga.. my setudent dah bercerai, dimadu dan kakak sebelah tgh dok fikir2.. which is so sad for me.. Bagi aku, sekarang ni tak de lah fikir apa2 negatif.. cuma yg aku selalu fikirkan macam manalah hidup aku kalau suami aku tiada.. ok.. tiada tu bukan maksudnya dia pi kawen lain ke.. atau buat apa2.. tapi kita kan tak tau qada' dan qadar Allah.. tapi kita harus percaya kepada Qada' dan Qadar..

Katalah kita ni perempuan... tak semena2 suami kita meninggalkan kita.. pergi dijemput Ilahi ke.. atau apa2 lah.. (which aku doa2kan semoga ahli keluargaku semua dipanjangkan umur utk hidup bersama).. tapi katakanlah ianya terjadi.. mampu tak kita sebagai wanita menghadapi detik2 itu.. Mungkin perkara yang pertama kita perlu tanggung adalah kesedihan.. kesunyian.. tapi ada yang lebih penting dari itu... mampukah kita berdikari.. hidup sendirian, perlu menanggung anak2.. memikul tanggungjawab di dunia ini.. membesarkan anak2.. memberi makan pakai.. menguruskan segala2nya.. bersediakah kita wahai wanita??
Mungkin kita akan sangka... ahhh.. tak mungkin terjadi pada diri kita.. tapi qada qadar Allah siapa tahu.. Kalau suami kita kawen lain.. still kita boleh juga nak minta tolong dia sana sini kalau dia still ada rasa tanggungjawab pada keluarga.. tapi kalau suami kita sudah tiada.... macam mana kita nak survive..

Bagi diri aku, bila terfikir macam tu... aku rasa dari segi pengurusan keluarga dan nak tanggung keluarga tu.. insyaallah aku mampu.. aku rasa aku boleh tanggung itu semua.. aku wanita berkerja.. so financially mungkin bukan masalah bagi aku... cuma tang emosional mungkin akan takes time.. which is aku tak tau lah macam mana aku nak survive kan..  Tapi insyaallah..

Tapi terfikir juga.. utk wanita yang tidak berkerja.. surirumah.. anda macam mana? Apakah preparation anda untuk menghadapi kehidupan sendirian? Kalau suami anda tak de... how are you going to survive... emotionally, financially etc.... Jgn fikir negatif terhadap suami.. just fikir kalau sesuatu terjadi pada suami kita.. bagaimana dgn kehidupan kita nanti.. fikirkan macam mana nak besarkan anak2.. naknya kalau hidup kita bergantung sepenuhnya pada suami... nak pi pasar/supermarket pun tunggu suami.. nak buat apa2 pun tunggu suami... kalau suami xde mcm mana?Contoh kalau isteri tak pandai memandu... katakanlah kalau suami sakit.. demam.. tak larat.. mcm mana nak bawa suami ke klinik? teksi? oh.. kejamnya isteri yg terpaksa bawak suami yg sakit naik teksi...

Kalau isteri yg berkerja di rumah aka surirumah... aku berpendapat perkembangan diri tu sgt penting.. mmg mudah untuk mengharapkan suami.. tp kalaulah sesuatu terjadi pada suami kita... macam mana? Siapa pula nak dijadikan tempat kita bergantung... so at least si isteri kena tau memandu.. dan duduk saja2 di rumah tu buatlah aktiviti yg boleh menjana kewangan keluarga.. dan yg penting kalau suami bg duit.. simpan sikit2 di tempat yg kita tak mungkin ambil dan guna.. dlm keadaan aku yg berkerja ni pun aku mmg ada 'duit selit'.. bukan ape.. bila sesak2 mmg bolehlah duit selit tu membantu...

So.. just perkongsian utk para isteri... kalau kita berkerja.. simpan juga sikit2 utk masa2 terdesak.. aku ada tengok seorg RA aku dulu lah.. pakaian dia mmg cantik2.. suka melawa.. suka bershopping.. tp duit simpanan.. kosong.. bila tak de duit mula2 update status 'sesak' kat fb... jadi jgnlah abis bulan abis duit kita licin.. tinggal beberapa sen aje... simpan lah di bawah tikar ke.. bawah tilam ke.. dlm 50inggit sebulan.. jgn usik duit tu.. dan utk suri rumah pun perlu mcm tu.. duit yg suami bagi perlu disimpan sebaik mungkin.. mungkin di tempat yg suami kita pun tak tau... manalah tau apa2 terjadi.. sedikit sebanyak kita masih boleh bernafas...

Yang penting.. jgn ingat apa yang terjadi pada org lain takkan terjadi kepada kita... dan kalau ianya terjadi pada kita.. insyaallah.. kita telah bersedia...


~mel