Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 30 Oktober 2011

Anak dara berlipstik..


Anak dara berlipstik.., originally uploaded by melati.a.

Kalau lipstik dpt kat anak dara kecik ni.. mmg beginila aksinya.. dah tau lipstik tu letaknya dibibir.. hihi

~mel

Khamis, 27 Oktober 2011

#Thirsty Thursday


#Thirsty Thursday, originally uploaded by melati.a.

Bershopping correle & corning utk rumah baru.. huhu.. dah kuburkan duit di Pengkalan Kubur..

~mel

Selasa, 25 Oktober 2011

Isnin, 24 Oktober 2011

UTP...

Hari Khamis dan Jumaat lepas aku berada di UTP utk mewakili MQA bg akreditasi beberapa program Bachelor di sana. Seawal 5pg aku dah gerak dari penang ke Ipoh. Supposed aku nak gerak mlm sebelumnya tp hujan sgt lebat.. so tak jadila.. lgpun nak drive malam aku tak berapa confident sekarang ni sbb mata kurang nampak... Aku sampai di hotel Heritage Ipoh dlm pkl 7 pg, check-in & bfast, then pkl 8 bersama kumpulan MQA naik bas yg disedikan ke UTP.. Ada 7 org semuanya wakil dr beberapa universiti di Malaysia..

library UTP yg canggih manggih!





Sampai UTP.. adalah beberapa program sebelum start audit.. Mula2 bila sampai tu agak pelik bila bas yg kami naiki disambut oleh guard dan diiringi sampai ke Main Building Registry. Bangunan UTP ni terbahagi kpd dua bahagian.. 1) main building yg canggih manggih 2)bangunan ex-USM.

Anyway... just enjoy this photo from UTP.. kalau nakbandingkan dgn IPTA mmg jauh lebih canggih... librarynya mmg first class... during audit kami ada interview ramai gak la student UTP.. haa... semuanya English bagus2 (kami interview in English).. mmg tak dela yg cakap English berterabur.. kira respek la.. kalau IPTA? hmm... yg kelas kena guna ENglish pun kena cakap melayu pasal ada yg tak faham.. bukan nak ngutuk..tp tang ni budak2 melayu IPTA kena really tengok betul2.. Aku teringat time aku jaga exam English last year bg program PPG... ada sorang cikgu ni jawab soalan dgn kata2.. "Saya tak pandai english, jadi sy tak jawab apa2".. Kalau ginilah guru2 yg mengajar anak2 kita.. apalah nak jadi dgn anak2 kita...

Apa2 pun.. hasil dari lawatan audit aku ke UTP ni aku rasa amat teruja dgn pembangunan sebuah universiti yang mana ramai anak2 melayu hasil tajaan petronas berada di sini.. makmal2 yg aku gi tengok pun sgt best.. kat USM ni mmg kalah laa.. huhu... tp aku xnak pi ngajar kat sana sebab ofis lecturer sgt tak best.. haha... macam dok dlm akuarium.. isi perut akuarium semua boleh nampak.. :P


~mel



Rabu, 19 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Salmiza..


Gambar Kawen Salmiza & Kuching, originally uploaded by melati.a.

Dia adalah org yang mula2 aku kenal rapat di USM. Kami masuk berkerja lebih kurang tp dia buat pernah buat Master di USM.. so dia lebih tau situasi USM. Kami viva lebih kurang sama time.. sama2 masuk jd pensyarah sementara. Sama2 ambil keputusan utk letak jawatan pada 31/7/2008 supaya kami boleh naik pangkat terus ke DS51. Kiranya sama2 rugi servis beberapa bulan. Sama2 juga dilantik, sama2 juga disahkan jawatan, sama2 pi kursus induksi, ofis selang sebuah.. dan banyak jugala persamaan kami dari segi perjawatan dan kehidupan.. Dulu kami pernah sama2 berkongsi suka & duka...


Anyway.. dua minggu lepas kami ke majlisperkahwinan salmiza di alor setar.. I am really happy for her...

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga wahai sahabatku...

~mel

Isnin, 17 Oktober 2011

Bad Day..

After a tiring weekend.. I was hoping for a good monday. Unfortunately, it was not as i expected.. Early morning at my 2nd office.. someone had really made me mad.. i was so angry, he treated me as if i'm nobody in the team. I had sacrified my time and effort for the team but still i have to pay for my own way.. Afternoon, i met one of the Prof in my school. I asked for the payment for the work that i did last 4-5 month. They promised to pay me for that work.. and they forced me even to wake up during midnight to do their work.. when i asked about the payment.. she said it has not been approved!! So i did a job for nothing??? Damn!!

After that i went to a bank to check my account. There are some amount of money to be in in my account last week. but i have no time to check. When i checked the balance, the money is not there! I was shocked!! I went to the bank counter to ask and they told me the money had been banked in to my inacctive account (same bank)!! To get the money i have fill in a form, then go to the Pesuruh Jaya Sumpah etc.. what the heck. it was not my fault!! By then i think i cant take it anymore. i burst into tears as i think it was too much for me to take for one day.. I cried at the bank.. god it was really2 hard.. ;(

I was and still so sad..

~mel
Hoping for a better night but i have a mtg at 10.30pm and i'm sad & tired..

Ahad, 16 Oktober 2011

Dah pandai..

Tadi balik dr Kuching hubby dtg jemput kat airport. Bila naik kereta dia tnya nk gi beli brg tak? Aku ckp ok coz brg kat umah xde.. So kami ke Tesco. Dlm kereta bau eryna kureng wangi.. Huhu.. So smpi2 kat Tesco aku bawak gi basuh. OTW nak gi cuci lalu kat bhg2 'rides' kanak2.. Eryna terus.. Aahh ahhh.. Tunjuk kat rides tu.. Ooooo nk naik rides la tu.. Aku ckp jab gi.. Aku basuh bum dia dulu.. Otw balik lalu tmpt rides dia bising lg.. Aaa aahh aahh..sambil tunjuk kt rides tu.. So aku ngalah.. Letak dia kat situ.. Masuk duit singgit... Eryna sgt gembira.. !! Huhu.. Bila duit abis.. Biasala.. Waaaa.. Huhu..

~mel
Pinjam iphone hubby utk try blogging apps...

Terubuk Masin...


Terubuk Masin..., originally uploaded by melati.a.

Sebelum ke Kuching hubby ada cakap.. jgn lupa beli terubuk masin.. aku ckp.. hah? aku tak pernah mkn pun.. then masa gi Pasar Satok, my student ckp kat situlah tmpt utama jual terubuk masin..

Pendek cerita my student belanja 4 ekor ikan terubuk masin.. huhu.. ingat nk goreng hari ni..tp.. nk masak nasi ayam pulak.. tp boleh je kan makan nasi ayam dgn terubuk masin.. hihi..

~mel
thnks to liza ishak yg belanja terubuk masin ni..:P

Kuching..


Kuching.., originally uploaded by melati.a.

This weekend aku ke Kuching utk mengajar PPG.. Memula ajak hubby ikut tp last2 bila memikirkan kerja bnyk tak jadi.. so aku gi sorang, book flight pergi Sabtu, balik Ahad.

Bila dh sorang2 mmg agak mati kutu tapi mujurlah hotel dkt dgn waterfront dptlah jln2 b4 gi kelas. Jln2 kt bazar & waterfront je la..

Masa naik teksi ke kompleks CIDB aku agak gabra gak sbb tmptnya agak jauh. So aku decide xmo book teksi utk balik.. lgpun kelas aku kelas last, student pun tentu nk balik..Masuk2 kelas aku tnya student, sape boleh hntr aku blk.. hehe.. tentu lah ada yg setuju..:P

Bila nk balik student2 yg nk hntr aku tu ckp.. nk bawak aku pi mkn dulu.. mkn mi kolok n pi Pasar Satok.. aku pun on jer.. Pasar Satok tu hnya buka Sabtu mlm saja.. barang2 jauh lebih murah dr kat bazar yg aku pergi waktu siangnya..

Anyway thnks to Jue & the geng yg bawak aku jln2 tu.. insyaallah bln 12 gi lg dan derang nk bawak jln2 jauh sket sbv cuti sekolah kan.. so hubbyyyy.. stay tune!! :)

~mel
tgh tunggu flight balik Penang!

Khamis, 6 Oktober 2011

Renovation Rumah..


Renovation Rumah.., originally uploaded by melati.a.

Insyaallah renovation rumah kami nak start minggu depan.. hari ni gi ke rumah utk bincang dgn kontraktor plus pilih material utk kabinet dapur. Actually rumah tu mmg ada existing kabinet yg dibuat oleh tuan rumah dulu.. still ok cuma design dia agak out-dated sket.. huhu..

Banyak mende juga yg kami tukar termasuk pagar, buat tiles & awning luar, tukar tingkap kpd tingkap panel, buat wardrobe besar dlm bilik... dllg yg kecil2.. Kosnya agak 'gulp' la jugak.. tp sbb xmo lepas pindah nnt nak renovate lg.. anyway kalau ada time nnt aku update ttg renovation tu.. huhu.. semangat tu mmg ada utk update.. tp masanya ntah ade ntah tidak.. :P

~mel

Selasa, 4 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Shakina & Shaifuddin

Hari Jumaat lepas kami sekeluarga ke Kuantan untuk meraikan majlis perkahwinan anak saudaraku yang pertama.. Shakina Farhan bt. Norazman & suaminya Shaifuddin di Kompleks Dagangan Mahkota. Actually mula2 kami ingat malas nak drive sebab agak jauh... tp Fireflyz dari penang-kuantan hanya ada selang-selang hari.. dan hari jumaat xde la pulak.. begitu juga hari ahad.. do terpaksalah kami drive.. penatnya toksah cakap.. huhu.. hari jumaat tu pula hubby kerja half day.. so kami gerak dlm pkl 2.30 dan sampai ke kuantan 10.30 mlm... dekat2 nak sampai tu pulak eryna membuang.. huhu... terpaksalah benti & mandikan dia terus..bagi wangi.. haha.. Anyway.. kenduri tu berjalan dgn meriahnya.. Abgku sewa homestay utk kami berdekatan dgn rumah dia.. so agak selesa jugala... Shakina ni puteri sulung abg aku.. tapi bukan anak sedara yang pertama... anak sedara no. 1 lelaki.. Hafiz.. bila ntah nak kawen.. rakan2 cintanya dah banyak add aku kat facebook tp sorang pun tak lekat.. mungkin sebab mak sedara dia garang sgt kot.. haha..

Utk Pengantin baru Shakina & Shaifuddin: Selamat Pengantin Baru.. Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga.. Hidup berkeluarga ini bukan mudah.. banyak rintangannya dalam mengenali hati budi pasangan masing2.. Apa yg penting sabar dan tabah dan saling cuba memahami antara satu sama lain... perjalanan bersama harus ditempuhi dengan tolak ansur dan saling sayang menyayangi.. insyaallah.. semoga bersama hingga ke syurga...


Keluarga abangku.. Kiri sekali Shakira Nabila, abg man (abgku no. 2), pengantin Shakina Farhan, Umar aka Kucuk & kakak iparku kak zah..


Bergambar bersama keluarga... cari ler mana aku yer.. haha.. muka boss mmg nampak jelas.. :P


Actually seperti biasa aku mmg agak busy... weekend pun kurang.. this week harap dapat rehat sikit walaupun ada jemputan kawen kawanku di Alor Star... 15 hb iaitu minggu seterusnya aku akan ke Kuching utk kelas PPG yg pertama.. then.. every two weeks akan bergilir2 di KB, Kota Kinabalu & Penang. So.. selamat mengembara buat diriku.. huhu... kesian hubby kena tinggal jer.. :( ... anyway.. kalau dia tak busy sgt boleh la ikut kan!



~mel