Isnin, 28 Oktober 2013

9964 vs 9994


Actually Hyundai i10 ni dah sampai last week dan berkali-kali dah guna.. tapi disebabkan kesibukan yang melampau batas, tak sempat aku nak blogkan.. Dua tiga menjak ni sibuknya tuhan saja yang tau.. tak sabar nak tunggu cuti sabatikal Februari tahun depan.. Kenapa perlu 2 kereta sedangkan kami kerja sama2 satu USM, satu Pusat Pengajian? Sebabnya kadang2 susah juga bila aku kena outstation, ada meeting di luar USM atau di luar Pulau Pinang.. atau pergi Latihan Mengajar di sekolah2.. atau aku gi buat research kat sekolah2 yang jauh... sama ada aku drive sendiri dan hubby merempit ke tempat kerja.. atau hubby hantar.. atau.. dia kena terus temankan aku... atau aku kena naik flight pastu teksi ke sana sini..

So setelah kejadian adik aku accident tempohari naik motor.. aku mcm phobia pulak kalau incik hubby nak merempit di Jambatan Pulau Pinang.. so so so... berjaya lah mendapatkan sebijik kereta i10 untuk backup.. lagipun minyak & gula naik.. so naik kereta kecik jer la gi kerja.. jimat minyak..huhu..

Tapi frust sebab tak dapat plat 9994.. beria aku ke JPJ sorang2 utk beli nombor.. aku dah pakar membeli no plat kereta ssendiri, tak yah guna ejen.. hehe.. tapi no 9994 dah ditender... so terpaksalah amik 9964.. nak tunggu plat PLH keluar tak sangguplah pulak.. lagi PLG ni sinonim dgn kod kursus2 yang di offer di Pusat Pengajian aku... hihi... so nak juga plat PLG..

Anyway... hopefully ada dua kereta ni memudahkan lagilah perjalanan hidup kami.. insyaallah..


~mel