Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 26 Jun 2014

La Alhambra Part 2 (Day 3)

Post ni adalah sambungan dari post2 kat bawah ni...
  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day
  3. Madrid - 1st day (contd)
  4. Madrid to Granada (day 2) 
  5. Cortijo del Alcazar  
  6. La Alhambra Part 1 (Day 3)
Lambat sikit update tentang La Alhambra part 2 ni.. tetiba jadi agak sibuk memandangkan ada2aje benda yang nak dibuat. jadi tergendala sebentar walaupun gambar dah lama upload.. 

Ok after kami berjalan di Generalife & castle selama hampir setengah hari.. kami pun berpeluang untuk ke Nasdrid Palaces.. Nak masuk ke Nasdrid Palaces ada time2 tertentu.. jadi mmg kena book dulu, so kami pergi jam 1.30 petang... before pukul 1.30 tu mmg dah beratur panjang utk masuk ke palace tu... Masuk2 dalam palace tu memang kami terpaku... subhanallah.. cantiknya istana berasaskan islam ni.. dengan ukiran jawi dan khat yang sgt cantik.. make me wonder how they was able to create the design in the palace... dan tetiba hati rasa sedih.. sayang sungguh peninggalan islam yang ada telah diambil oleh kaum kristian... sayang.. sayang..

Dan ada juga bahagian-bahagian dalam Nadrid palaces ni yang cuba diubah oleh puak kristian... mereka cuba scrap ayat2 yang ada di dinding, so dinding yang cacat dengan tanda pemusnahan.. walaubagaimanapun nampaknya tidak berjaya dan ianya masih kekal dengan karekter Muslim yang unggul.

Bahagian atas penuh ukiran menarik yang melambangkan keislaman..

Ayat-ayat yang tertera di dinding dalam Nasrid palaces ni..


Yang ni 'the Mexuar' tempatnya ada macam Taj Mahal.. sgt cantik..


Memang bila masuk dalam Nasrid palaces ni rasa macam tak nak keluar.. dan palace yang kami lihat kat luar sebelum tu macam tak ada apa-apa jika dibandingkan dengan environment dalam Nasrid palaces. Dalam hatiku berkata-kata.. hmmm... bertuahnya dapat melangkahkan kaki ke sini... menyaksikan keagungan Islam suatu ketika dulu, di samping berdoa semoga suatu hari nanti Islam akan kembali menjadi kuasa yang sangat kuat di dunia ini...

p/s menyampah pulak tengok mat & minah saleh pakai baju tak senonoh dalam tempat sebegini... :(





Sila lah layan gambar2 di bawah... hihi.. sebenarnya tidak terungkap dengan kata2 tentang keindahan Alhambra ni.. to believe it.. you must see it.. Memang berbaloi menghabiskan ribuan ringgit untuk menziarahi tempat sebegini..

Me and my sisters






By the way, sesiapa yang bawak rugsack (beg sandang belakang) tak boleh bawak di belakang, kena bawak di depan, that's why hubby dok bawak beg cenggitu... bila ubah dan guard nampak kena sound letak depan balik.. justifikasi untuk perkara tersebut tidaklah aku pasti kenapa.. huhu..

Pokok buah oren yang ada dimerata-rata dalam Alhambra... geram je nak petik!


Terdapat penambahan oleh puak kristian terutama di bahagian akhir perjalanan dalam nasrid palaces yang membuatkan kami rasa betapa sebenarnya semi islam itu sangat indah kerana apa2 yg dibina selepas itu nampak malap.. tidak bermaya dan langsung tidak menarik :P. Doaku semoga suatu hari nanti keindahan ini bisa menjadi taklukan Islam kembali.. bernaung di bawah dunia Islam.. Insyaallah.. Amin..

~mel



Isnin, 23 Jun 2014

Kisah anak OKU..

Dalam pada mengupdate kisah perjalanan kami di Spain.. sambil2 mengikuti kisah remaja OKU (Firdaus) yg diabaikan ibunya.. Aku tonton satu persatu video kisah terjumpanya Firdaus.. menitik airmata seorang ibu melihatkan kedhaifan dan keadaan beliau..  Hatiku mengutuk org yg meninggalkan dan mengabaikan Firdaus..

Tapi.. bila aku baca lagi.. baca lagi dan lagi.. macam2 komen org bagi.. ada yg mengutuk2 ibu Firdaus.. ada yg mengecam kezaliman beliau.. mcm2 lagilah.. Sambil membaca aku menilai.. arghh kata hatiku.. apa kata aku ditempat ibunya, melahirkan anak cacat.. ditinggalkan suami.. berkahwin lain.. dan apa pula dugaan dgn suami kedua?? Adakah firdaus diterima oleh suami kedua?? Terpaksa memilih anak atau suami?? Memikirkan perkara itu aku jadi kaku... ya allah..  terkedu aku memikirkannya.. bukan mudah menjalani hidup sebagai ibu tunggal.. dgn anak cacat.. perlu menyara hidup.. dan perlu 'menyara' hati..

Ramai yg menyelar.. kalau kesempitan hidup sekali pun xkan biarkan anak begitu.. takkan boleh pakai tudung liplap..hmm.. aku bukan menyokong ibu firdaus.. malah aku sgt marah padanya kerana mungkin xcukup kuat dlm mengharungi liku hidupnya sehingga membuatkan anaknya terseksa tapi kalau jadi kat kita, cukup kuatkah kita?? Mampu kah kita menghadapinya.. dengan anak yg sempurna, dgn suami yg sentiasa berada disisi pun kdg2 kita rasa down,, kdg2 fikiran celaru.. kdg2 geram kat suami anak pun kena marah.. apatah lagi tanpa sokongan suami, tanpa kasih syg keluarga, tanpa kehidupan yg sempurna.. kemungkinan anak jadi mangsa mmg amat tinggi.. Tanpa fikiran yg waras.. tanpa iman di dada.. mmg sukar mengawal amarah.. 

So.. bagi aku.. sebagai ibu, aku berdoa agar  Allah tidak uji aku seberat ibu Firdaus sebab aku sendiri tak pasti apakah aku cukup kuat utk menghadapinya.. Entah2 aku lagi teruk jika dlm keadaan sedemikian...

Dalam hati aku berdoa moga Allah pulihkan firdaus, berikan kesihatan yg baik, kurniakan padanya insan2 yg menyayangi dan mampu menjaganya dengan baik...

Aku doakan ibu firdaus diberi taufik dan hidayah.. dipanjangkan akal.. berjumpa insan yg boleh menyayangi beliau seadanya supaya beliau tahu dugaan itu datang bersama nikmat.. kalau bukan sekarang, insyaallah diakhirat nanti.. Jika beliau dihukum, kita juga perlu merasakan tempias hukuman itu sbb kita sbg masyarakat selalu menjadi penyebab kepada penyakit hati pd ibu2 sebegini.. 

Sebabnya???

Fikir2 kanlah.. 

Apa2 pun moga Allah teguhkan keimanan kita, supaya sentiasa waras dal am setiap tanduk kita... Marilah kita muhasabah diri... Amin..

~mel


La Alhambra Part 1 (Day 3)

 Post ni adalah sambungan dari post2 kat bawah ni...

  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day
  3. Madrid - 1st day (contd)
  4. Madrid to Granada (day 2) 
  5. Cortijo del Alcazar 


Alhamdulillah.. kami sampai di Alhambra sebelum pkl 8 pagi. Mula-mula terpinga2 juga bila sampai.. tengok orang dah beratur panjang.. alamak.. jenuh pulak nak menunggu.. tapi tgh2 beratur tu aku terasa nak gi bertanya kat kaunter.. so aku suh hubby jaga tempat dan aku pergi tanya kat ofis yang berdekatan sambil tunjuk tiket booking yang aku buat secara online... org kat kaunter tu cakap aku tak perlu beratur panjang, pergi ke satu lagi barisan belah kanan yang ada 2 org je beratur.. aku pun apa lagi cepat2 ajak hubby beratur kat situ.. hihi..  bila sampai kat kaunter mmg cepatla sebab prioriti untuk org yg buat booking awal..  tapi rupa-rupanya booking tu ada silap.. yg aku booking harganya  Euro10.40 kena tambah lagi Euro5 sebab tiket masuk adalah Euro15.40. Aku masa booking tu pun agak keliru sebab ada diskaun gitu gini... klik je la.. tapi tak pe.. tambah je duit dapatlah tiketnya... :D . Masa kitorg dah dpt tiket dah beratur nak masuk Alhamra, tetiba ada satu family melayu dtg kat ak dan hubby dan tanya.. kalau tiket dah booking nak beratur kat mana? hihi.. dgn konfidennya aku tunjuk tempat beratur.. huhu.. ngadelah tu kejab kan :P


Alhambra ni adalah tempat yang umat Islam tak patut miss apabila ke Spain.. terletak di Granada ianya memang tempat yang paling unik untuk dijejaki.. Istana2 di Alhambra ni katanya berasal dari abad ke 9... bayangkan masih kukuh hingga kini... Post tentang Alhambra ni aku bahagikan kepada dua sebab banyak perkara yang boleh dihighlightkan.. Pertama tentang perkara am di Alhambra (di Generalife dan castle2 yang berdekatan), kedua adalah tentang Nasrid Palaces. Kalau korang ke Spain, aku cadangkan pergi ke Generalife dan castle2 lain dulu sebelum ke Nasrid Palaces. Sebabnya kalau korang dah ke Nasrid palaces korang akan rasa Generalife dan castle lain tu xde apa2 sangat.. tapi kalau gi generalife dan castle lain dulu... nasrid palaces tu akan jadi kemuncak lawatan korang ke Alhambra... u all akan terpegun... betull... tak tipu..

Masa aku beli tiket... aku pilih Nasrid Palaces utk lawatan pkl 1.30tghari.. sebabnya masa tu booking untuk waktu awal dah abis.. mujur jugak..memang sesuai waktu tu.. So mula-mula kami masuk ke arah garden (generalife).. memang cantik gardennya... so kami pun apa lagi.. bergambor je la tak puas2..


 

Aksi2 kami di Generalife Alhambra... masuk sini dah rasa stunning sgt.. bila pi kat castle2 memang rasa wahhh... cantiknya... kagumnya...


 Even tombol pintu pun menarik...









Me & hubby .. selalu travel berdua jadi tak banyak gambar berdua.. kali ni ada tukang amik gambar.. huhu.. so banyaklah posing sama2.. :P. Dari atas castle ni view dia boleh nampak seluruh Granada.. pandai betul pahlawan islam zaman dulu2.. memang canggih pembikinan kota2 di sini.. kira macam bangunan pencakar langit zaman dulu2...


 Sisters.. 

 Di atas salah satu castle... view dia sgt breathtaking..




Beratur masa nak tunggu masuk nasrid palaces... cikgu2 ni amik kesempatan beratur dengan anak murid keturunan sepanyol huhu..


Anyway.. gambar memang banyak tapi nak letak semua kat sini tak terletaklah kan... the first part jalan dalam Alhambra memang buat kami letih.. dati satu taman ke castle then ke castle lain.. setiap tempat yang kami pergi tu ada keistimewaannya yang tersendiri... walaupun panas berdesing sampai aku bukak payungla.. (mmg bawak spare payung dlm henbeg)... tapi still nak explore jugak semuanya.. Namun begitu kekaguman kami di sini sikit sahaja berbanding dengan perjalanan di nasrid palaces... tunggu.... diepisod seterusnya.. :P

~mel