Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 21 Jun 2014

Madrid 1st Day

Alhamdulillah kami sampai di Madrid jam 9.20 pagi..  Sampai2 airport cari2 beg tak jumpa... sampai tertutup tempat pusing beg tu pun xde beg purple 'Piere Cardin' kami.. so nak tak nak kena cari kaunter untuk report... orang report tu cakap.. beg xsempat naik flight so akan sampai pkl 12 tengahari.. bila fikir2.. haaa.. beg kami akan sampai dengan flight kakak2 dan adik aku laa.. Then aku bukak email (aku roaming unlimited data digi RM56/day guna Movistar).. tgk2 ada email dari KLM cakap beg aku delay... oh.. bagus KLM ni cepat dia detect.. Sementara tunggu beg & adik beradik aku sampai.. aku dan hubby berlegar2 kat airport Madrid-Barajas... airport dia xde la menarik sgt di bahagian luar.. tapi sempatlah kami minum cappucino dan irish cream coffee yang berharga 80 sen utk membasahkan tekak.. huhu.. 

Information counter di Airport Madrid

 Kami ada book kereta di airport madrid.. so sementara menunggu kami meninjau dulu kat mana tempat nak ambil kereta.. Kami book dari Budget/Avis.. so kaunter rent kereta di madrid Airport semuanya di Terminal 1.. Jauh jugalah berjalan untuk ke tempat rent kereta tu..


Muka encik hubby je la banyak kat tefon aku ni... huhu.. layankan aje..


  Kat luar Airport madrid ni ada patung2 tak senonoh ni haa... huhu.. amik je la gambar kan.. :P

 Membaca sambil menunggu rombongan dan beg kami... cuaca okla.. tak de la panas sgt.. waktu kami gi Madrid ni musim panas so cuaca dia lebih kurang Msia jer.. 

Dalam pukul 12 kami pergi semula ke Terminal 4 di mana kat situ tempat kami keluar sebelum tu... kami bantai je masuk ikut tempat org kluar di arrival tu.. pegawai keselamatan mmg langsung xpandai cakap English tapi kami tunjuk jer resit beg so dia benarkan kami masuk.. Tunggu kejab jer beg dan rombongan adik beradik aku sampai.. Lega nampak beg kami bergerak atas tempat beg tu.. then kami pi ke kaunter cakap beg dah jumpa.. all settle.. Yang bestnya bila dah settle tetiba dapat sms kat bawah ni.. diorg akan hntr beg.. hihi... beg sebenarnya dah ada ditangan :P


 Dah settle semua then kami menapak ke Terminal 1 untuk ambil kereta sewa.. dengan berg2 semua kami heret... aku dah pesan awal2 dekat kaak2 dan adik aku.. sebab sewa mpv so jgn bawak brg bnyk2 kang tak muat bonet kereta.. kami 6 org.. tengok2 adik aku bawak beg sebesar2 gedapak.. sabor je laa.. huhu..


 Rombongan ke Madrid...

 Inilah kereta yang kami sewa... harganya aku tak ingat... but tak mahal sangat.. nnt later aku akan update kos ke Madrid ni spenuhnya... anyway.. sebenarnya kami plan untuk hubby and adik aku utk drive gilir2 spjg perjalanan... time nak amik kereta, nak daftarkan second driver adik aku cakap lesen dia dah mati sebulan lepas... nak masukkan nama aku.. aku tak prepare nak drive pun.. ingat ada dua lelaki, lelaki yg drive ler.. last2 hubby sorang jer la drive... second experience for him to drive oversea.. first dulu kat New Zealand, tapi tu belah kanan sama dgn msia.. ni haa.. belah kiri.. huhu...


to be continued...


~mel










Tiada ulasan:

Catat Ulasan