Selasa, 16 Jun 2009

TNB hampeh!!


Kronologi pemotongan elektrik
15/6/09
6.10pm - sampai rumah dan tgk ada kertas putih dgn keratan merah di dlm kawasan gril.. bila baca, elektrik rumahku telah dipotong. Aku amat terkejut sebab aku dah sekian lama tak dpt bil, dan dlm surat ckp ada notis pd 1/6 yg aku TAK PERNAH terima.

6.15pm aku try call nombor telefon pada notis tapi xdapat. aku call faizal mintak dia cari no careline TNB.. dia bg 15454. Aku call cakap masalah aku dan cakap aku sebelum ni pernah report kepada TNB yg bil aku estimate dan aku bayar lebih dari yg sepatutnya bayar. Aku juga mmg dah minta org TNB dtg baca meter aku tapi no respon. Minah customer service yg jwb tu ckp aku mmg kena bayar jugak esok hari bil yg aku tak pernah dpt tu. Aku cakap aku boleh bayar but mereka kena sambung elektrik sebab mereka dah aniaya aku. Minah tu kemudian sambungkan kepada sv dia kot bernama Zul. Aku cerita balik pada si Zul ni dan cakap he must help me sbb aku mmg tak bersalah. Aku minta dia call aku balik sebelum hari gelap. Masa tu aku rasa dah pukul 7.00pm. Dia tak call2.

7.45pm Terima panggilan telefon dari no TNB 04-2224545.. seorang bernama Aini menelefon aku. Masa tu aku berada kat depan lift rumah nak ke pejabat. Aku dah putus harapan, dah siap brg utk tidur di pejabat. Macam mana dan dok rumah dlm keadaan panas semlman. Aku ckp kat si Aini tu.. aku dah nak gi tido ofis sbb dah gelap... dia cakap kejab2.. dia nak tolong aku & call boss dia. Aku cakap boleh ke dpt..dia ckp dia akan cuba. Aku pun patah balik masuk rumah.. pasang lilin dan tunggu.

8.10pm Aini call ckp boss dia tak benarkan dan tak dpt tolong! Aku mmg dah naik darah masa tu. Aku cakap u all boleh tgk akaun saya, semua estimate, sy tinggal seorg dalam rumah kerja monday to friday dan selalu xde kat rumah.. dan bil elektrik RM120++ sebulan. Main brg yg aku ada kat rumah hanya peti ais + washing machine. Dia cakap dia tak dpt bantu. Aku mintak no fon boss dia dia tak bg ckp private no dan boss dia xkerja shift. Si Aini ni siap cakap, esok suh aku gi bayar RM125.50 dulu di tingkat 2 TNB jln Anson dan kemudian gi jumpa somebody name Shahira di tingkat 10. Masa tu aku dah temper sgt2.. aku ckp aku bukan xde duit nak bayar but bukan aku yg berhutang. TNB owes me! Aku dah bayar lebih dari sepatutnya! Then i introduce my jawatan to her and put down the phone.

8.30pm Dalam kereta tingat kak aida rakan sekerja,hubby dia somebody in TNB. Aku call dia minta tolong. Unfortunately hubby dia dlm flight so xdpt nak ambil tindakan segera.

9.00pm aku lepak ofis. Buat apa2 yg patut. biasala tidur ofis atas lantai but xpela ada aircon. better then dok umah xde aircon, xde letrik.

10.00pm kak aida call ckp hubby dia dah call tp they all still tak nak tolong. her hubby promised to personally go to TNB the next morning (pg td).

1.00am tido di opis bukak lampu sbb bila tutp lampu nampak ekor tikus atas lemari ofis. Aku phobia tikus! lebih takut tikus dari hantu yg duduk dibangunan opis aku!

16/06/09
8.00 am mandi kat shower ofis, siap2 gi kursus. aku ada kursus sampai 19hb.

11.00am aku tulis nama utk kursus tp aku lari gi TNB jalan anson. Aku gi bayar that RM125.50 kat tingkat dua sebab aku just saja nak tunjuk kat derang yg aku mampu bayar bil tu. then aku tanya mamat kaunter tu kat sape aku leh tanya pasal estimate bil,dia suh gi kaunter B. Aku gi kaunter B, and minah kat situ cakap suh cari cik hajar di tingkat 10. Aku gi tingkat 10 cari hajar tu, tanya kat kaunter minah kat kaunter tu cakap hajar kat tingkat 2! Aku dah nak ngamuk! Aku cakap org tingkat 2 ckp kat tingkat 10! Dengan muka selamba, minah tu cakap tengokla mana dia ada kat depan sambil tunjuk partition! Aku dah geram. Aku tanya pulak, Shahirah ada? Shahirah ni pulak org yg si Aini mlm td suh cari. Dia tunjuk satu tmpt. Aku gi. Minah kat situ ckp.. sorry cik, cik shahirah kursus hari ni. Grrrr.. aku pun ckp kat minah tu.. abis sape yg boleh tolong sy ni! Dia pun amik bil potong tu, gi kat komputer dan dtg kat aku dgn muka horror.Dia cakap.. cik, bil cik dah dekat setahun estimate, takpatut tu! Aku cakap ye laa.. dan kena potong pulak tu. Minah tu tunjuk pulak kat partition bnyk2 suh aku jumpa salah sorang situ. Bila aku gi, hampehhh... dlm 8 partition tu sorang pun xde. Aku pergi pulak kat2 situ tanya mana derang semua.. kata derang semua kuar baca meter! Aku masa tu mmg darah dah naik kepala. Aku cakap, kalau u all tak tolong sy cari sape yg bertanggungjawab, mmg lah saya akan mengamuk kat sini! Then minah tu tgk aku dah lain macam suh aku cari sorang cina nama evelyn.

Aku gi la tempat evelyn yg sedang pegang kettle nak jerang air buat air! Mujur evelyn tu berhemah sikit,reda sikit marah aku. Bila dia check mmg dia terkejut. Bila aku bg meter reading lg dia dable terkejut. Aku dah bayar 82% more than yg aku guna. Beberapa kali dia mintak maaf dan janji nak sambg letrik aku asap. Dia call somebody suh di umah aku immediately utk check meter! Pendekkan citer, aku cepat2 kuar dari TNB jalan anson utk tunggu tukang baca meter kat rumah.

1.15pm En Narayanan dtg.. terkejut! Meter mmg boleh baca dari luar.. meter reading mmg jauh lebih rendah dari anggaran dan definitely aku teraniaya oleh TNB! So dia pun sama beberapa kali mintak maaf.. amik gmbr meter reading la.. gambar dari luar la.. aku pun amik gmbr sama.. bahan bukti. Then dia mintak aku cari wayar apa2 yg tak guna utk buat sambungan haram sbb kesian aku tak de elektrik dan brg dlm peti ais akan musnah (actually dah musnah pun semalaman xde letrik). Aku dpt wayar dia pun buat seperti di bwh. Settle semua aku gi kerja utk sambung kursus sesi ptg.

6.00pm Sampai rumah aku tgk mcm wayar narayanan masih kat fius tu. Aku jd konpius. Aku bukan tau rupa fius camne. Aku amik kusi, panjat tgk2 wayar tu sama dgn wayar lebih yg tinggal td, so still sambungan haram. Aku call evelyn (dia bg no henfon dia dgn permintaan tlg jgn la bg kat org lain nnt org asyik call dia xde letrik!).. aku ckp camne ni, janji b4 5pm patut dah smbg. Evelyn ckp dia akan amik tindakan. Then aku call jugak kak aida, kak aida call hubby dia.

6.40pm Aku mmg biar pintu bukak sbb tunggu org pasang fius tu. Bila mamat tu dtg, tgk smbgan haram tu, boleh dia cakap ehh.. buat sendiri ke? aku cakap org TNB buat sebab korang salah potong! Dia siap pulak marah dan mintak nama org yg buat. Aku temper lg. Aku cakap dah la aku tak bersalah, dah org tlg nak marah pulak. Apa kejadahnya ni! Last2 mamat tu diam!

Ya Allah geramnya aku! Gambar2 kat bawah ni cerita ttg meter TNB hampeh kat rumah aku.

It seems that sekarang aku tak yah bayar letrik smpi tahun depan kot.. sebab aku mmg dah terlebih bayar!! Tapi takkan tu je kot.. no way.. aku nak bawa perkara ni ke tengah! Tunggu ya!

Bold


meter yang kononnya tak boleh dibaca oleh pihak TNB.pelik betul..bukan ke derang ada teropong? dan mcm2 alat lg?yg boleh nampak dgn mata ni xleh baca?

en. narayanan (org TNB) membuat sambungan haram utk menggantikan fius yg dicabut utk memotong api rumahku. beliau berbuat demikian kerana kesian kat aku yg rumah dipotong elektrik di atas kesilapan TNB mengemukakan bil estimate selama hampir setahun dan tidak mengambil tindakan setelah aku membuat laporan terhadap bil estimate tersebut.


inilah wayar yg diguna utk ganti fius oleh en. narayanan supaya peti ais rumah aku berfungsi. beliau siap pesan jgn guna bnyk2 elektrik sbb wayar tu tak stabil. aku cakap xpe aku xkan guna bnyk sbb aku nak gi kerja (dia dtg 1.15ptg) aku gi kerja kol 2ptg.




inilah rupa meter dgn sambungan haram di sebelah kiri.
ini rupanya meter yg dah dipasang semula dgn fius pd pukul 6.40ptg. Janji manis pihak TNB adalah sebelum pukul 5ptg.


Mamat TNB balik setelah pasang fius dan tuduh aku pasang sambungan haram sendiri!! Dia ingat aku ni orang elektrik ke? Siap mintak nama org yg tolong buat sambungan tu plak.. hampehhh!!


~mel
geram yg tak sudah membara2!!
aku hidup lagi ni kan... jagalah korang..

13 ulasan:

  1. sabo pun ade limitnye.. ape pun aku tangkap suspek la ngn lu punya sabar mel.. semoga ALlah membalas dgn kebaikan...

    BalasPadam
  2. pi belash diorg cukup2. email jer cerita tu kat diorg. kalau boleh terus ke CEO jer.

    BalasPadam
  3. @hanc kira tgh bersabar ni.. huhu

    @adaliaa smlm mmg rasa nak tercollapse gak.. sampai pg ni.. but mujur survive.. huhu

    @anonymous mmg berniat cam tu.. bukan CEO je tp nak post ke suratkhabar sekali..

    BalasPadam
  4. saman encik narayanan
    saman encik tnb

    BalasPadam
  5. sdap mulut je ckp bt sambungan haram, x berbudi bahasa tul org2 TNB ni. sabar je la

    BalasPadam
  6. pulangkan balek TNB pada rakyat!

    BalasPadam
  7. Aku tengah kene ni. Aku dua kali pegi pejabat TNB Selama celaka tu. Muka dia orang macam haramjadah. Aku depan2 cakap kat dia orang yang aku doakan agar ada yang mapuih kene shock dek current atas tinag letrik tu. Cukup celaka kau orang TNB Selama

    BalasPadam
  8. hai semua, selepas mendengar cite dia ni, kesian la..x bersalah tp dipersalahkan..fyi aku lawyer tnb yg buat kes-kes curi letrik ni..aku kt sini bukan nk membackup tnb, tp this is reality..utk pengetahuan semua,kes encik ni bg saya adalah kes yg jarang berlaku, n kalau kt kl ni, org2 kaya lagi kuat mencuri letrik dr org yg hidup susah, bayangkan org2 yg rumah depa kt tropicana bole curi letrik, carrefour pun curi letrik,sbb tu la tnb sgt sgt caution dgn kes2 ni..cthnya pasal pendawaian haram td tu..tu adalah salah satu cara nk curi letrik, sbb tu dia mmg tekejut bila tgk wayar tu ada kt situ, n dia suspect encik ni yg mencuri..tp salah dia jugak sbb dia x tny dulu..hmmmm utk komen yg pekerja tnb selam tu x bes,jgn kata tnb je yg mcm tu,kalau sy deal dgn org2 bawahan mcm tu terutama nya sektor awam layanan yg diberi adalah lebih kurang mcm tu..that is the differnce betwee an educated people and bon-educated..depa x bole nk react mcmana org yg berfikir sbb fikiran depa x le nk smpai that level..tp kalau dh kurang hajr sgt, aku mmg naik darah n terus sound je..tp itulah malaysian..sesuatu yg kena terima walaupun aku x suka dgn sikap busuk tu..lain kali kalau ada kes mcm ni jgn jumpa org bawahmjumpa terus pengurus bahagian..diorang bole tolong..

    BalasPadam
  9. kepada cik puan lawyer. apa yang dikatakan itu memang betol....tapi itu bukan alasan untuk menghalalkan apa yang salah. kalau itu hakikat negara kita hari ni...takkan kita yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan masa depan kita bersikap mendiamkan diri jer....saya tak berkata dari sudut politik yer...... kita citer bab tnb jer....dan seharusnyer pihak tnb bersikap lebih telus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan....sediakan saluran yang neutral untuk pelanggan membuat aduan. Dan harus dipastikan aduan tersebut mendapat perhatian dan tindakan segera diambil. Jangan dilupa....ada mata yang memerhatikan setiap tindakan yang diambil. Dan sokongan dan penghargaan akan menjadi habuan sekiranya pihak tnb bertindak bijak, pantas dan berhemah.

    BalasPadam
  10. Mmg bangkai laa..adeyhh..bergelap mlm ni aku sekeluarga..dh laa ank kecik2..subhanallah..tuhan sja yg tahu..boleh plk dia ckp bil tertunggak, trus potong..

    BalasPadam
  11. Bab nak potong memang laju aje kan. Bab nak re-connect balik, macam2 hal

    BalasPadam