Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 20 Jun 2009

durian oo durian..

~besar2 gak durian ni~


Dah beberapa hari aku teringin nak makan durian ni. Actually mmg dah banyak jual kat Penang ni tapi xde la terasa nak beli. Tapi bila tgk kat sini tetiba rasa mcm nak makan. Lepas tu bau durian yg amat menusuk hidungku yg selsema ni.. agaknya derang buang kulit kat luar tu yg sampai bau masuk tingkap bilik aku. So tadi dgn semangatnya aku membeli tiga bijik durian.. baru aku perabihkan satu.. cadang nak buat kuah durian jugak.. lama tak makan.. buat roti jala pun best ni.. esok?? haa..tengokla kalau rajin aku buat roti jala dgn kuah durian... amacam??


Tiga bijik durian yg aku beli kat simpang berhampiran Kompleks Bukit Jambul

Setelah durian berjaya dibukak.. Sebenarnya aku suh tukang jual tu bukak sikit..
kalau tak mmg jenuh la aku.. bukannya reti sgt bukak durian ni.. tp kalau dah terdesak mmg belasah jer.. kira terbukakla kulit durian tu...



Itu dia isi2 durian.. mmg cantik.. dan isinya memang asli..
mmg hilangla kempunan aku.. rasa lemak berkrim disukai ramai..

Perggghh.. bila dah teringin.. makan mmg sodaaappp..!!
jab lagi nak sambung lagi...


~mel
Dah beli durian 3 bijik dapat free rambutan sekilo
makanlah buah2an tempatan..huhu..

2 ulasan:

  1. 3 bijik tu berapa ringgit? menarik je tgk yg lembik2 sikit isinya ni

    BalasPadam
  2. 3 bijik $15.. buahnya agak besar bukan yg mcm yg longgok kecik2 tu.. mmg sedap isi lembik ni.. puas hati..

    BalasPadam